BAB 16 : MASIH ADA CINTA

Romance Series 22494

"Thank you, Makcik Jemi,.." ucap Kayla apabila Makcik Jamilah menghidangkan jus oren dan juga roti bakar untuknya.

Makcik Jamilah hanya mengukir senyuman kecil.

Seketika, sedang Kayla menjamu selera, Makcik Jamilah ternampak akan jam tangan yang terletak elok di pergelangan tangan kanan Kayla.

Pelik pula Makcik Jamilah jadinya. Bukan apa, sebelum ni, tak pernah nampak pula Kayla pakai jam tu.

"Jam tangan baru ke, Cik Kayla?" tanya Makcik Jamilah sambil dia tersengih-sengih.

Kayla melihat Makcik Jamilah sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

"Cantik tak?" tanyanya.

"Cantik tu memang cantik. Tapi, nampak macam jam tangan lelaki je" kata Makcik Jamilah. Diperhatikan betul jam tangan itu.

Kayla berdecit. Dia terus menyembunyikan tangannya ke belakang.

"Sekarang ni, perempuan pun boleh pakai jam tangan lelaki tau" ujar Kayla.

"Yeke?" Makcik Jamilah sepertinya ragu-ragu.

"Ha'ahh. Trend" jawab Kayla dengan mukanya bukan main yakin lagi.

Makcik Jamilah hanya mengiyakan saja. Dia pun bukannya tahu sangat pasal trend sekarang.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba sliding door dibuka seseorang. Aroma minyak wangi Calvin Klein menusuk hidung Kayla.

Cebisan roti bakar yang ditelan bagaikan tersangkut di tengah-tengah pergelangan leher.

Masak aku! Itu minyak wangi Black!!

"Ya, Black? Ada apa?" tanya Makcik Jamilah.

Kayla mengetap bibirnya. Jam tangan milik Black yang dipakainya itu terus dibuka dengan pantas.

"Makcik.. Saya nak tanyalah. Makcik ada kemas kemas tak bilik saya?" Black menyoal dengan sopan.

"Tak ada pula. Kalau tak silap, Jemaimah yang kemas bilik korang minggu ni" beritahu Makcik Jamilah.

"Ohh yeke.. Erm, macam ni. Sebenarnya, jam saya hilang"

"Uhuk! Uhuk! Uhuk! Err.. Excuse me" sebelum aku tercekik roti kat dapur ni, baik aku keluar dulu.

"Cik Kayla! Cik Kayla ok tak tu?" laung Makcik Jamilah dari arah dapur.

Kayla yang terus melangkah pergi itu hanya menaikkan ibu jarinya tanpa menoleh ke belakang.

______________________

Apabila keluar dari bilik, perkara pertama yang dilakukannya adalah melihat ke arah meja yang berada di ruang tamu.

Elena mendengus apabila dia melihat meja di tingkat bawah itu kosong.

Muka Eddie terlintas di fikirannya.

Mamat ni betul-betul sengaja naikkan darah akulah! Aku dah cakap, aku nak phone aku ada kat atas meja tu pagi ni!!

Elena menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa lalu membuka pintu utama seluas-luasnya. Dia melihat ke arah sekeliling rumah sambil mencekak pinggang.

"You're up" suara Eddie kedengaran.

Elena menjulingkan matanya ke atas. Dia kemudiannya menapak ke arah Eddie yang sedang berada berdekatan dengan kolam ikan itu.

"I told you! I nak phone I kat atas meja tu pagi ni! Mana phone I?!" awal awal lagi Elena mengamuk.

Eddie kemudiannya mengangkat tangan kanannya ke paras dada untuk menilik jam. Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengahari.

"Tapi sekarang dah tengahari" kata Eddie selamba.

Elena semakin mendidih. Dia tahu, Eddie sengaja memerlinya yang bangun lewat itu.

"You ni kan! Jangan banyak cakap, boleh tak? I tanya mana phone I?!"

"Kau ni tak boleh cakap slow slow ke? Masa kecik, kau termakan mikrofon ke apa?" geram pula Eddie jadinya.

"You jangan nak perli perli I eh! Bagilah balik phone I!"

Eddie berdecit. Dia membuat muka jeliknya.

Kemudian, Eddie mengeluarkan telefon bimbit milik Elena yang dia simpan di poket dalam sut yang dipakainya kemudian dihulurkan kepada Elena.

Namun, semasa Elena hendak mengambil telefonnya itu, Eddie tidak melepaskan.

Elena merengus geram. Dia memeluk tubuh memandang Eddie.

"What else, Eddie?" tanyanya dengan muka ketat.

"Aku boleh bagi phone kau ni balik tapi dengan satu syarat" kata Eddie lalu dia tersenyum polos.

Elena ketawa sinis. "This is mine. I don't think I need any conditions to have it back"

"Well, kalau kau dah cakap macam tu, nampaknya aku kena simpan baliklah phone kau ni" ugut Eddie.

"Seriously, Eddie?"

Eddie mula memasukkan semula telefon bimbit Elena ke poket sutnya. Nampaknya, Eddie tidak bergurau.

Elena mengetap bibirnya. Ya Allah! Lelaki ni betul-betul mencabar kesabaran aku!

"Fine! Apa syaratnya?" Elena terpaksa akur.

Eddie menghela nafasnya perlahan lalu dia berganjak satu tapak mendekati Elena.

"Elena, hargailah keluarga kau sementara diaorang masih ada" Eddie bersuara.

Elena tersentak dengan ayat Eddie itu.

"Walaupun kau dah hilang ibu, tapi kau masih ada seorang ayah dan juga adik. Kau beruntung sebab masih ada family" sambung Eddie lagi.

Elena masih lagi membungkam di posisi. Dia mengalihkan pandangannya dari Eddie. Terdengar juga dia mengeluh kecil.

"Jangan sampai nikmat ni Allah tarik balik. Masa tu, dah tak guna kalau kau menyesal" tambah Eddie.

Masih tiada kata balas dari Elena.

Eddie kemudiannya mengeluarkan telefon dari poket sutnya lalu dihulurkan kepada Elena dan dia mula menapak pergi dari situ.

"Eddie, wait"

Eddie menghentikan langkahnya apabila Elena bersuara setelah agak lama membisu. Dia kembali menoleh ke arah Elena.

"Walaupun you ni lelaki yang annoying dan menyakitkan hati but I can't deny the fact that you're actually a nice guy" kata Elena.

Kali ini giliran Eddie pula yang mendengar apa yang hendak Elena katakan.

"Unfortunately, you are misjudging me. Kalau you bermati-matian nasihatkan I untuk hargai Daddy dengan Kayla, it means, you are on a wrong side" kedengaran suara Elena mula berubah sebak dan Eddie menyedari akan hal itu.

"Elena,.. Aku cuma.."

"You jangan salah faham. I tak minta untuk you kesiankan I. I tak minta untuk you ada dengan I. I dah biasa dah hidup sendiri. I dah biasa hidup tanpa ada sesiapa dengan I"

Tanpa disedari, Elena gagal mengawal emosinya. Air mata jernih mula mengalir membasahi pipi.

Eddie sampaikan terdiam sejenak.

"Cuma I kecewa sebab lelaki sebaik you asyik nampak kesalahan I. Sejak dari hari pertama kita jumpa, you dah letak 100% kesalahan yang you nampak dalam family ni pada I"

Eddie kaku di hadapan Elena. Perasaannya mula berasa janggal. Melihat Elena yang sudah menangis itu, hati Eddie dihempap rasa bersalah.

"You sedar tak? Dah dekat dua bulan dah you ada kat sini dan sampai saat ni pun, you still nampak cuma I yang salah dan ini membuatkan I sedar yang you ni bukanlah lelaki yang baik sangat pun" kata Elena lagi.

Sungguh Eddie tergamam dengan kata-kata Elena itu.

Usai menghabiskan ayatnya, Elena pun berlalu pergi dari situ meninggalkan Eddie dengan memberikannya jelingan tajam.

_______________________

"Walaupun you ni lelaki yang annoying dan menyakitkan hati but I can't deny the fact that you're actually a nice guy"

"Unfortunately, you are misjudging me. Kalau you bermati-matian nasihatkan I untuk hargai Daddy dengan Kayla, it means, you are on a wrong side"

"You jangan salah faham. I tak minta untuk you kesiankan I. I tak minta untuk you ada dengan I. I dah biasa dah hidup sendiri. I dah biasa hidup tanpa ada sesiapa dengan I"

"Cuma I kecewa sebab lelaki sebaik you asyik nampak kesalahan I. Sejak dari hari pertama kita jumpa, you dah letak 100% kesalahan yang you nampak dalam family ni pada I"

"You sedar tak? Dah dekat dua bulan dah you ada kat sini dan sampai saat ni pun, you still nampak cuma I yang salah dan ini membuatkan I sedar yang you ni bukanlah lelaki yang baik sangat pun"

Eddis mengeluh halus. Dia memicit batang hidungnya lalu menyandar lemah di kerusi.

Kata-kata Elena masih terngiang-ngiang di telinga.

"Eddie?" seseorang memegang bahunya dari belakang.

Eddie kemudiannya membetulkan kedudukannya.

"Kau ok tak ni?" tanya Black apabila mengambil tempat di sebelah Eddie. Sebenarnya, sejak dari tadi lagi dia perasan ada sesuatu yang tidak kena pada kawan baiknya itu.

Eddie diam sejenak. Dia memandang Black dengan pandangan kosong.

"Black, dah berapa lama kita kat sini?" soal Eddie.

"Errmm.. Dalam 2 bulan lebih macam tu. Kenapa?"

"2 bulan?"

"Yalah kot rasanya. Kenapa, Eddie? Ada yang tak kena ke?" Black mula penasaran. Lagi lagi apabila melihat raut wajah Eddie yang kusut itu.

Eddie menghela nafas berat.

"Kau sedar tak? Dalam kita menjalankan misi, kita juga terperangkap dalam konflik family Tan Sri Zaim ni" ujar Eddie.

Black diam sejenak. Dia hanya memerhatikan saja Eddie.

"Kau tak terfikir ke? Kenapa payah sangat Elena nak berbaik dengan Tan Sri Zaim dan juga Kayla. Kalau pasal Puan Sri Dahlia, Tan Sri Zaim dan Kayla dah redha dengan pemergian arwah. Kalau pasal Mikael pula, Kayla sendiri pun dah redha. Aku tak fahamlah apa sebenarnya masalah Elena tu. Kalau Tan Sri Zaim dengan Kayla dah boleh terima apa yang dah jadi, kenapa tidak dia?" begitu banyak persoalan yang bermain di minda Eddie pasal Elena.

"Eddie, tak semua orang boleh lupakan kenangan silam macam tu je" ujar Black.

"Aku tahu. Tapi, dia dah melampau. Hati dia macam dah mati untuk keluarga dia sendiri"

"Mungkin betul apa kau cakapkan tu. Tapi, aku yakin, jauh dalam sudut hati Elena, dia sebenarnya sayangkan Tan Sri Zaim dan juga Kayla"

Eddie hanya membisu. Hatinya masih lagi tidak berasa tenang.

Black tergelak sekilas melihat Eddie yang sepertinya berasa serba salah itu.

"Dahlah. Aku tahu kau jadi macam ni sebab kau tak nak Elena rasa apa yang kau rasa sekarang. Tapi, hati manusia lain-lain. Yang penting, kau dah nasihat dia. Itupun dah cukup baik" kata Black lalu dia menepuk perlahan bahu Eddie.

Mendengar kata-kata Black itu, barulah Eddie berasa tenteram sedikit. Barulah nampak akan senyuman kecil meniti di bibirnya.

_______________________

Di ruang tamu, Kayla sedang khusyuk membaca novel Antara Cinta Kita karya Aisya Sofea itu.

Kisah cinta antara Ana dan Yusuf Mikhail betul-betul menyayat hatinya sebagai seorang pembaca.

Hsk! Hsk!

Tengok tu, sampai menangis-nangis Kayla jadinya.

Haish! Emosi betul kau ni, Kayla.

Baru saja dia hendak berganjak ke lembaran seterusnya, telefon bimbit di sisi berdering pula.

Kayla berdecit. Kacau betullah!

Melihat nama Wafa di skrin, Kayla terus menjawab panggilan itu.

Yelah, mak buyung satu ni aku kena layan elok elok. Almaklumla, perempuan pregnant ni kan, sensitif sikit. Huhuhuuu

"Yes, Puan Wafa Farhain. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" haaa gitchuuu. Formal amat ya.

"Ke hadapan Cik Kayla Nasuha, saya memang memerlukan bantuan anda" balas Wafa juga dengan cara formal.

"Ya, bantuan apa yang anda perlukan?"

"Saya nak makan lempeng"

Tawa Kayla tercetus. "Kau nak makan lempeng. Biar betul?" tanya Kayla tidak percaya. Bukan apa. Sebelum ni, Wafa bukannya suka sangat makan lempeng.

"Sampai hati kau gelakkan aku. Haish! Cepatlah, Kay. Jom ah keluar, kita makan lempeng. Aku dengan Ammar on the way ke rumah kau dah ni" beritahu Wafa.

"Weh kau ni lah! Tak ada angin tak ada ribut, nak ajak aku keluar. Kau pun tahu kan, aku ni lambat bersiap. Lain kali bagitahulah awal-awal" Kayla membebel geram.

"Ha, kalau kau membebel terus macam ni, tak siaplah kau jawabnya. Cepatlah siap sana! Lagi 5 minit kitaorang sampai. Bye!"

"Wafa,.."

Tut.. Tutt..

Kurang asam punya kawan! Dia letak macam tu je.

Eeee nasiblah kau pregnant tau! Kalau tak, aku tenyeh tenyeh muka kau ni, Wafa.

Enggan melengah masa, Kayla pun bergegas naik ke bilik untuk bersiap. Novelnya dibiarkan saja di atas sofa.

________________________

Nama Tan Sri Zaim di skrin telefonnya ditatap lama. Sesekali terdengar juga dia mengeluh kecil.

Ibu jarinya sudah terangkat separuh hendak mendail nombor Tan Sri Zaim.

"Elena, hargailah keluarga kau sementara diaorang masih ada"

"Walaupun kau dah hilang ibu, tapi kau masih ada seorang ayah dan juga adik. Kau beruntung sebab masih ada family"

"Jangan sampai nikmat ni Allah tarik balik. Masa tu, dah tak guna kalau kau menyesal"

Kata-kata Eddie hampir meruntuhkan tembok ego yang tersemat di hati Elena.

Elene merengus. Telefonnya dihumban ke atas tilam.

Come on, Elena! Takkan kau nak termakan dengan kata-kata lelaki tu? Dia stranger kot. Kau tak perlu nak dengar cakap dia. Dia tak tahu apa-apa.

Elena kemudiannya menapak ke arah balkoni biliknya lalu cuba untuk menenangkan hati yang panas.

Eddie tak tahu siapa sebenarnya Tan Sri Zaim dan Kayla. Sebab tu, dia boleh cakap macam tu.

Aku tak gilalah nak bermusuh dengan keluarga sendiri. Tak ada siapa kat dunia ni nak bermusuh dengan keluarga sendiri.

Tapi apa yang diaorang dah buat ke atas aku dan juga arwah Mommy, that was cruel! Sampai bila-bila pun, aku takkan lupa apa yang jadi malam tu. Apa yang aku nampak malam tu, apa yang aku dengar malam tu, semuanya masih segar di ingatan sampai ke hari ni.

Dan selagi kejadian malam tu masih segar di ingatan aku, selagi itulah aku akan terus bermusuh dengan keluarga aku sendiri.

________________________

Black menuang jus oren ke dalam gelas kaca lalu dia keluar dari dapur.

Semasa hendak keluar ke halaman rumah, langkah Black terhenti seketika apabila ternampak akan novel yang semestinya milik Kayla terbiar saja di atas sofa ruang tamu.

Black mengambil novel tersebut sambil dia melihat sekilas ke arah bilik Kayla yang berada di tingkat atas.

"Aik? Asal novel ni ada kat sini?" Black tertanya sendiri.

Baru saja dia hendak meletakkan novel itu di atas meja, tiba-tiba Black tertarik pula hendak membacanya. Dia beralih ke kulit belakang novel untuk membaca sinopsis.

Usai membacanya, Black tergelak pendek. Dia menggeleng perlahan. Baginya, novel itu mengutarakan sebuah kisah cinta yang agak berat atau lebih ringkas, drama tak habis-habis.

Black mula menjadi penasaran. Kenapa agaknya Kayla suka baca novel ya?

"Black?" suara Makcik Jamilah menerpa.

Cepat-cepat Black meletakkan novel milik Kayla itu di atas meja.

"Haihh,.. Dah minat baca novel jugak ke?" Makcik Jamilah mengusik.

Black ketawa kecil. Dia mula tersipu-sipu.

"Tak adalah. Saya ternampak je novel ni kat sini" jawabnya.

"Ohhh.."

"Ermm.. Makcik. Saya nak tanya sikit, boleh?"

Makcik Jamilah yang sedang mengemas ruang tamu itu berpaling ke arah Black.

"Apa dia?"

"Kenapa Kayla suka sangat baca novel eh?"

Riak wajah Makcik Jamilah berubah sayu sedikit.

Black yang menyedari akan hal itu mendekatkan jaraknya dengan Makcik Jamilah.

"Kenapa ni, Makcik?" soal Black yang hairan apabila tiba-tiba Makcik Jamilah membisu.

Kedengaran Makcik Jamilah mengeluh halus. Dia mengukir senyuman kelat memandang Black.

"Kisah cinta kat novel je lah satu-satunya yang mampu mengubat luka di hati Kayla" tutur Makcik Jamilah.

Black terkedu mendengar jawapan Makcik Jamilah itu.

"Kayla tu nampak je dia gembira, happy, senyum sentiasa, gelak sentiasa tapi hakikatnya dalam hatinya, dia sebenarnya sedih, kecewa dan terluka"

Black masih membisu di posisinya. Sempat dia mengerling ke arah novel milik Kayla yang berada di atas meja.

"Kayla selalu cakap yang kisah cintanya pun lebih kurang macam cerita dalam novel. Percintaannya dengan lelaki yang dia sayang dihalang oleh orang tuanya dan kemudiannya dia dijodohkan pula dengan lelaki lain. Tapi siapa sangka? Kesudahannya, tidak seindah yang seperti disangkakan"

"Jadi.. Kayla suka baca novel sebab.."

"Sebab kesudahan dalam cerita novel semuanya bahagia dan indah-indah belaka" ujar Makcik Jamilah.

Lidah Black terus menjadi kelu.

"Kesudahan yang bahagia dalam cerita sebuah novel dapat merawat hati Kayla tentang masa silamnya dan Makcik percaya.. Disebabkan sebuah novel, Kayla masih percaya pada cinta" kata Makcik Jamilah lagi lalu dia tersenyum nipis memandang wajah Black.

Pandangan mata Makcik Jamilah yang berpinar melihatnya sambil melemparkan senyuman yang seolah ada makna, Black menjadi kekok pula.

"Kenapa Makcik tengok saya macam tu?" tanya Black hairan.

"Takda apa. Cuma, Makcik rasa, sekarang ni, bukan novel je yang membuatkan Kayla percaya pada cinta" ujar Makcik Jamilah sambil dia tersenyum-senyum.

"Maksud Makcik?"

Makcik Jamilah hanya ketawa kecil. Kelakar pula tengok Black yang pipinya mula kemerahan.

Seketika, sedang dia berbual dengan Black ini, Makcik Jamilah tersedar akan sesuatu.

"Oh iya tak iya. Baru Makcik perasan. Kamu ada kat sini. Jadi, maknanya, Kayla keluar dengan siapa?"

Niat Black hendak meneguk jus oren terus terbantut apabila mendengar soalan Makcik Jamilah itu.

"Apa Makcik cakap tadi? Kayla keluar?" tanya Black. Dia mula runsing.

"Ha'ah. Dia keluar. Lahh, kamu tak tahu ke?"

"Saya tak tahu pun. Dia keluar dengan siapa?" tanya Black lagi. Gelas yang masih penuh berisi jus oren itu dia letak di atas meja.

Makcik Jamilah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ishh,.. Makcik tak tanya pula. Sebab, Makcik fikir dia keluar dengan kamu, Black" jawabnya.

Black berdecit. Haih! Kayla ni buat hal betullah. Apasal dia keluar tak bagitahu aku?

________________________

"Huahhhhh! Kenyangnya. Sedap betullah lempeng kat sini" kata Wafa sambil tersandar di kerusi.

"Amboi,..! Sampai 5 keping awak tibai. Gemuk nanti, baru tahu"

"So what? Habis tu kenapa kalau saya gemuk?! Awak nak tinggalkan saya?! Awak dah tak nak kat saya?! Awak nak cari lain?!" soal Wafa bertubi-tubi. Sambil dia menyoal sambil tangannya menampar lengan Ammar.

"Adoi! Sakitlah, sayang. Saya gurau je lahhh!" Ammar surrender pabila dipukul oleh isterinya itu.

"Awak jangan macam-macam eh. Saya cucuk mata awak pakai garfu ni kang. Jangan kata perempuan, jalan pun awak tak nampak!" marah Wafa.

"Yelahh, sayang. Saya gurau je lah. Kayla, tengoklah kawan kau ni" Ammar meminta bantuan Kayla pula.

Kayla yang duduk berhadapan dengan mereka itu ketawa terkekeh-kekeh.

"Tu lah kau, Ammar. Padan muka! Kau kacau lagi kawan aku. Kan dah kena" Kayla menyebelahi Wafa.

Ammar mencebik geram. "Kau ni, Kayla. Bukan nak backup aku"

"Wuerkkk! Aku nak backup kau? Huh! Lamberrrtttt lagi"

Kayla dan Wafa ketawa mengilai. Habis Ammar diaorang buli. Hahahahahaha!

Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba Kayla terpandang akan sekumpulan budak remaja selang beberapa meja dari tempat mereka.

Dua orang lelaki, dua orang perempuan. Kayla memandang mereka sambil dia mengeluh kecil.

Melihat Kayla yang syok memandang ke arah meja itu, Wafa dan Ammar pun turut mengalihkan pandangan mereka ke arah yang sama.

"Korang ingat tak dulu masa kita masih belajar? Kita pun selalu berempat macam tu" Kayla bersuara perlahan.

Wafa dan Ammar melihat sesama sendiri dengan lidah mereka yang kelu.

Kayla melihat pula ke arah kerusi kosong yang berada di sebelahnya. Sungguh dia berharap, Kashaf ada di situ.

"Tapi sekarang kita cuma bertiga" tutur Kayla.

Wafa lantas mencapai tangan Kayla lalu digenggam erat.

"Kay, dahlah tu.. Dah 10 tahun Kashaf tinggalkan kita. Tak payahlah kau ingat orang yang dah tak ada. Buat sakit hati kau je" Wafa cuba memujuk Kayla.

Sementara Ammar pula hanya mendiamkan diri.

_____________________

Setelah mereka habis menjamu lempeng, ketiga-tiga mereka pun keluar bersama dari restoran.

"So, lepas ni korang ada nak pergi mana-mana tak?" tanya Ammar kepada Wafa dan Kayla.

Wafa menoleh ke arah Kayla. "Kay, kau ada nak pergi mana-mana tak lepas ni?" tanyanya.

Kayla mengusap dagunya. "Hmm.. Nak ke mana erk?"

"Kita lepak jap kat Pantai Batu Buruk, nak tak?" cadang Wafa.

"No" Ammar laju menolak cadangan isterinya itu.

"Kenapa pula no?" Wafa tidak puas hati.

"Sayang, awak lupa ke pesan mak? Awak tu pregnant. Tak elok pergi tempat yang berangin macam tu" ujar Ammar.

"Ha! Kali ni aku setuju dengan Ammar. Lagipun, sekarang ni dah petang. Nanti entah apa-apa yang korang terbawa balik ke rumah" Kayla menyokong Ammar.

"Hishh! Okeylah okeylahhhh" Wafa akur apabila Ammar dan Kayla sudah bergabung.

Kayla merangkul bahu Wafa. "Good girllah kawan aku ni"

Wafa hanya tersengih-sengih saja.

"Eh by the way, Kay. Kau keluar dengan kitaorang ni tak apa ke? Daddy kau tak marah?" tiba-tiba Ammar membuka topik lain.

"Oh! Alahhh chilllahh. Daddy aku.. WEHHHH!!" mata Kayla membesar.

"Kau ni! Terkejut aku! Kenapa, Kay?" terperanjat Wafa dibuatnya apabila tiba-tiba Kayla menjerit ketakutan.

Kayla menepuk dahinya.

Masak aku! Aku keluar rumah, macam tu je! Aku tak bagitahu Black! Habislah! Dia mesti cuci aku kaw kaw punya balik nanti! Tak pun, dia report kat Daddy!

"Kayyyy! Kau kenapa ni?" Wafa menggoncang kuat lengan Kayla.

"Err.. Kejap. Kejap. Aku nak call Daddy aku jap. Aku lupa bagitahu dia yang aku keluar dengan korang" kata Kayla. Kelam-kabut dia mengeluarkan telefon dari sling begnya.

Kayla kemudian melangkah beberapa jarak dari Wafa dan Ammar. Sebenarnya dia bukan nak call Tan Sri Zaim pun tapi Black.

Saat Kayla menghidupkan telefonnya, nafasnya bagaikan terhenti apabila melihat ada 30 missed call dari Black!!

Weh asal aku tak perasan handphone aku dalam mode silent ni?! Aduhai habislah aku!

Kayla menghembus nafasnya laju sebelum menghubungi Black.

Siap sedialah kau Kayla untuk dibebel 3000 patah perkataan dari Black.

Belum sempat Kayla hendal mendail Black, telefonnya sudah pun berdering.

Black di talian.

Kayla mengetap bibirnya. Aduhh! Habislahhh aku!

Okey, Kay. Rileks. Kau macam tak biasa je kena marah oleh Black tu. Alahh, dia marah kejap je. Hadap je lahhh.

Kayla pun mengangkat panggilan Black itu.

"Hello. Hai.." suara Kayla terketar-ketar.

"Kayla Nasuha!! Where have you been?! Kau kat mana ni?! Kenapa aku call kau banyak kali, kau tak angkat?"

Pergh!

Kayla menjauhkan telefon dari cuping telinganya apabila suara jantan Black meruncing di talian.

"Sorry.. Saya lupa nak bagitahu awak yang saya keluar.."

"Kau ni lah, Kayla! Berapa kali dah aku pesan? Jangan keluar sorang-sorang. Jangan keluar tanpa aku. Kenapa susah sangat kau nak dengar cakap aku ni, ha?! Kau suka ke buat aku risau?"

"Maaflah, Black.. Saya.."

"KAYLAAA AWASSS!"

Alangkah terkejutnya Kayla apabila Ammar tiba-tiba menolaknya ke tepi.

"Kayla?! Kenapa tu?!" Black sampaikan menekan brek kereta secara mendadak.

"Ya Allah, Ammar!"

"Ammar!"

Kayla dan Wafa terus mendapatkan Ammar yang sudah mengerang kesakitan itu.

Kayla melihat ke arah kereta yang cuba hendak melanggarnya tadi. Namun kereta itu sudah memecut jauh. Tidak sempat untuk dia menyalin nombor plat kereta tersebut.

_______________________

Kayla berjalan ke hulur ke hilir di depan bilik rawatan. Dia terlalu takut kalau ada apa-apa jadi pada Ammar kerana sudah menyelamatkan nyawanya tadi.

Kayla melabuh punggung di kerusi ruangan menunggu. Sesekali dia melihat ke arah pintu bilik rawatan. Ammar dan Wafa masih di dalam. Kayla mulai hendak menangis.

Kalau ada apa-apa jadi kat Ammar, aku takkan dapat maafkan diri aku! Ya Allah, Kayla! Kau ni memang pembawa malang betullah!

"Kayla,..!"

Mendengar suara itu, Kayla terus bangun dari tempat duduknya.

"Black..!"

Dek kerana terlalu bimbang sejak dari tadi, Black lantas memeluk Kayla. Kayla menangis di dakapan Black.

Apabila meleraikan pelukan, Black mengesat air mata Kayla. Betapa dia bersyukur melihat Kayla dalam keadaan baik-baik saja.

"Kau ok tak ni?" tanya Black lembut.

"Saya ok. Tapi Ammar.."

"Kenapa dengan aku?" tiba-tiba suara Ammar menerpa dari belakang.

Kayla segera menoleh. Dia tergamam apabila melihat tangan dan dahi Ammar berbalut.

"Ammar,..!" Kayla menangis seperti budak kecil. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

Wafa ketawa sekilas. "Dahlah, Kay. Ammar ok lah. Tak ada apa yang series pun. Hidup je lagi ni ha. Kau ni over je. Mentang-mentang ada Black kat sini" sempat lagi Wafa mengusik.

"Korang ni! Aku risau, tahu tak?!"

"Alololoooo,.. Black, apa lagi? Pujuklah girlfriend awak ni"

Kayla berdecit. Dipukulnya lengan Wafa.

Wafa mencebik. Elehhh! Malu-malu pulak. Padahal suka!

"Ammar, kau okey?" Black bertanya.

"Aku okey je lah. Jangan risau. Tapi tu lah. Kereta tadi, aku tak sempat nak tengok nombor plat dia. Aku rasa semua ni dirancanglah" kata Ammar.

"Dirancang? Maksud kau.. Kereta tadi tu betul-betul nak langgar aku?" soal Kayla.

"Ya, Kayla. Kay, kau kena hati-hati tau lepas ni. Jangan keluar sorang-sorang. Bahaya" pesan Ammar.

Kayla menelan air liurnya. Alamak! Pesanan Ammar ni sebiji macam pesanan Black.

Sewaktu Kayla melirik ke arah Black, Black sudah pun lama memandangnya.

Aduh! I don't like the way dia pandang aku! Konfom aku kena lagi lepas ni.

"By the way, Ammar. Kau ni gila tahu tak? Asal kau selamatkan aku? Nasib baik kau tak apa-apa tau!" perasaan risau tadi berubah jadi geram.

"Amboi kau! Aku dah selamatkan kau, bersyukurlah sikit. Habis tu? Kau nak siapa selamatkan kau? Wafa?"

"Ish! Bukan tu maksud aku. Apa yang aku cuba nak sampaikan, kau kena jaga diri kau, Ammar. Kalau apa-apa jadi kat kau, macam mana dengan Wafa dan bakal anak kau ni nanti? Diaorang perlukan kau dari aku" jelas Kayla.

"Tak apalah, Kay. In fact, aku bangga sangat dengan Ammar sebab dia dah selamatkan best friend aku ni" Wafa mencelah. Dia merangkul manja lengan Kayla.

Kayla diam sejenak. Perasaan terharu mula menyinggah dalam hati.

"Lagipun Kay,.." ayat Ammar tergantung seketika.

Kayla, Wafa dan juga Black sama-sama melihat ke arah Ammar.

"Selain daripada aku kena jaga Wafa, aku kena jaga kau juga" Ammar menyambung ayatnya.

Dahi Kayla berkerut sedikit. "Maksud kau?"

Ammar mengerling ke arah Black lalu kembali memandang Kayla.

"Aku dah janji dengan Kashaf yang aku akan jaga kau. Kashaf tak akan maafkan aku kalau ada apa-apa benda buruk jadi kat kau, Kayla" ujar Ammar.

Kayla lantas terdiam seribu apabila Ammar berkata demikian.

_________________________

Di dalam kereta, suasana antara Kayla dan Black begitu sepi sekali. Yang satu hanya fokus memandu, yang satu lagi pula termenung ke luar tingkap.

Namun sesekali Black sempat juga mengerling ke arah Kayla dengan ekor matanya.

Dari raut wajah Kayla saja, dia tahu mesti ada sesuatu yang sedang difikirkan olehnya.

"Aku dah janji dengan Kashaf yang aku akan jaga kau. Kashaf tak akan maafkan aku kalau ada apa-apa benda buruk jadi kat kau, Kayla"

Kayla mendengus kasar. Kata-kata Ammar tadi masih berbekas di ingatan.

Sampai hati awak, Kashaf. Awak tinggalkan saya. Lepas tu, awak suruh Ammar pula yang jaga saya. Awak ingat, perjanjian awak dengan Ammar tu bagus sangat ke?! Kalau betul awak sayangkan saya, sepatutnya awak yang jaga saya, bukan Ammar!!

Apabila kereta yang dinaiki sudah berhenti, barulah lamunan Kayla terhenti. Mereka sudah tiba di rumah.

Kayla kemudiannya berpaling ke arah Black.

"Black,.."

Namun, belum sempat Kayla berkata apa, Black sudah pun keluar dari kereta.

Kayla semakin buntuh. Dia pun keluar dari kereta dengan lemah longlai. Diperhatikan Black yang sudah jauh melangkah pergi itu.

Melihat Black dalam angin tidak baik, Kayla membuat keputusan untuk membiarkan saja Black terlebih dahulu.

Kang, kalau aku banyak cakap, lagi naik darah dia jadinya.

Setibanya dia di dalam rumah, Kayla duduk sekejap di ruang tamu. Sedang dia berehat, dia ternampak akan novel miliknya yang berada di atas meja.

Eh jap. Novel ni memang aku punya tapi..

Kayla mencapai gelas kaca yang penuh berisi jus oren yang terletak elok di tepi novelnya.

Ni air siapa pula ni? Heishh! Pandai-pandai je letak air sebelah novel aku. Kalau tumpah, macam mana?

Saat dia ternampak akan Kayla di ruang tamu itu, Makcik Jamilah terus meluru ke arahnya.

"Cik Kayla! Cik Kayla keluar pergi mana tadi? Kenapa tak bagitahu Black, ha?"

Kayla menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Black marah Kay ke?" soalnya.

"Tak adalah marah. Cuma, dia risau. Cik Kayla tahu tak? Dia punya risau tu, sampai minum pun tak sempat"

"Tak sempat minum?" Kayla melihat ke arah gelas tadi. Maksudnya, air ni, air Black ke?

Aduhhhhh!

Kayla menekup seluruh wajahnya. Kali ni memang aku cari nahas betullah dengan Black!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience