Luluh hati Kayla melihat keadaan Ammar yang disahkan koma itu. Namun, saat dia menatap wajah Wafa yang sejak dari tadi menangis di sisi Ammar, dia tahu, Wafa lagi berasa sedih ketika ini dan sebagai kawan, waktu inilah dia menjalankan peranan.
Kayla mengesat air matanya lalu mendekati Wafa. Dipeluknya Wafa dari belakang.
"Dia dah janji nak balik makan dengan aku.. Tapi.. Kenapa jadi macam ni?" suara Wafa terketar-ketar.
Bertambah pilu hati Kayla jadinya.
"Wafa,.. Sabar ya. Jangan macam ni. Kau kena kuatkan semangat. Ingat, dalam perut kau tu ada baby" kata Kayla. Dia risau kalau-kalau kandungan Wafa terjejas dek kerana kejadian menimpa Ammar ini.
"Ini semua salah aku. Kalaulah aku berkeras halang dia pergi kerja pagi tadi, mesti semua ni tak jadi" Wafa menyalahkan dirinya.
"Ini bukan salah kau. Bukan salah sesiapa. Ini ujian. Dahlah Wafa.. Janganlah nangis macam ni.."
"Aku bukan isteri yang baik.."
"Wafa,.."
Kayla mengeratkan pelukannya apabila melihat Wafa begitu kesal dengan dirinya sendiri.
Tidak lama kemudian, Hajah Badariah pun muncul di ruangan ICU. Jatuh juga air matanya tatkala melihat keadaan Ammar yang agak parah itu.
Hajah Badariah mengusap lembut kepala Ammar yang berbalut.
"Mak tahu kamu kuat, Ammar. Bertahan ya, nak.." tutur Hajah Badariah sambil dia berusaha untuk mengukir senyum.
Bukan hanya Wafa, malah Kayla juga gagal menahan sebak. Dia mengetap bibirnya agar tangis dapat ditahan. Sedangkan tangisan Wafa semakin deras.
Hajah Badariah mengelap air matanya dengan hujung kain tudung lalu dia berpaling ke arah anak perempuannya.
"Wafa.. Kamu tak makan lagi dari tadi. Kamu nak makan apa-apa tak?" tanya Hajah Badariah lembut.
Wafa menggeleng lemah. Mana mungkin dia ada selera hendak makan apabila melihat Ammar dalam keadaan sebegini rupa.
"Jangan macam tu, nak.. Ini ujian Allah untuk kita semua. Kamu kena jaga diri. Ingat, kamu ada tanggungjawab besar" ujar Hajah Badariah. Dia cuba mengingatkan Wafa yang mengandung itu.
Wafa hanya diam saja. Dia hanya memandang ke arah Ammar sambil mengenggam erat tangan suaminya itu.
"Tak apa, Makcik. Makcik tolong tengok-tengokkan Wafa kat sini. Biar Kay belikan makanan untuk Wafa dengan Makcik, ya?" Kayla bersuara.
"Yelahh.. Terima kasih ya, Kay" ucap Hajah Badariah.
"Sama-sama, Makcik" jawab Kayla.
Kayla sempat mengucup kepala Wafa sebelum dia beredar dari situ.
_______________________
Di sebuah bilik rawatan yang terpapar nama Doktor Zainal Abidin, Black dan Eddie begitu fokus mendengar segala apa yang diterangkan oleh doktor itu berkaitan kondisi Ammar.
Melalui pemeriksaan CT Scan, Doktor Zainal menjelaskan bahawa terdapat kecederaan series di kepala Ammar yang menjadi punca dia koma.
"Buat masa sekarang, Encik Ammar akan dipantau di ruangan ICU dan kami akan merawat beliau secara intensif. I promise to you. Pihak kami akan cuba sedaya-upaya untuk melakukan yang terbaik" ujar Doktor Zainal.
Black tersandar lemah di kerusi. Dia meraup wajahnya seraya mengeluh panjang.
Eddie juga turut mengeluh sama. Dia berpaling ke arah Black. Kawannya itu betul-betul kelihatan buntuh sekali.
"Maaf saya bertanya, Doktor. Macam mana dengan peluang Ammar untuk kembali sembuh?" Eddie bertanya.
"Peluang kesembuhan pesakit yang koma sangat tergantung dari keparahan penyebab dan respon pesakit itu sendiri terhadap pengubatan" jawab Doktor Zainal.
"Pengubatan?"
"Ya. Oleh kerana koma terjadi akibat infeksi pada otak, kami telah memberikan antibiotik. Kami juga memberi infus gula juga untuk mengatasi hipoglikemia. Sekiranya pesakit mengalami kekejangan, kami akan memberikan ubat antikejang. Dan, sekiranya juga pesakit mengalami pembengkakan di otak, pembedahan perlu dijalankan serta-merta" jelas Doktor Zainal lagi.
Black dan Eddie diam sejenak. Kedua-dua mereka tidak tahu hendak berkata apa lagi.
Doktor Zainal melihat mereka silih berganti. Wajah dua lelaki di hadapannya itu begitu kusut. Sebagai doktor, dia sudah biasa dengan keadaan ini.
"Kita semua perlu banyak berdoa. Sebagai doktor, sudah tentu saya akan berusaha semampu yang saya boleh untuk selamatkan Encik Ammar tapi jangan kita lupa. Ada yang lebih berkuasa di atas sana" kata Doktor Zainal sambil dia tersenyum segaris.
Black dan Eddie hanya mengangguk kecil bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Doktor Zainal itu.
Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya di luar bilik, Kayla sedang memasang telinga.
"Doktor, Doktor rasa, Ammar ada peluang untuk kembali sedar ke?" tanya Black dengan wajahnya yang penuh berharap.
"Untuk tidak memberi sebarang harapan yang tinggi, saya tak dapat menjawab soalan itu. Tapi, apa yang boleh saya katakan adalah, sekiranya Encik Ammar sedar dari koma, kita tak boleh menjangkakan yang dia akan sama seperti dulu"
"Maksud Doktor?" Black kurang mengerti.
"Pulihnya kesedaran orang yang mengalami koma biasanya terjadi secara bertahap. Ada sebagian pesakit yang dapat sembuh sepenuhnya dari koma tanpa mengalami kecacatan sedikit pun. Dan, pernah juga terjadi, pesakit yang sedar dari koma akan mengalami penurunan fungsi otak atau bahagian tubuh tertentu seperti,.."
"Lumpuh?" Black menduga.
Kayla menekup mulutnya. Tangis mulai pecah.
Lumpuh? Tak.. Tak mungkin. Ammar tak boleh lumpuh!
"Maksud Doktor, Ammar akan lumpuh?" tanya Black lagi.
Eddie menyedari akan ada air jernih yang mula bertakung di kelopak mata Black.
Eddie semakin tertanya-tanya. Kenapa Black terkesan sampai macam ni sekali pasal Ammar?
"Itulah selalunya yang terjadi pada pesakit yang baru tersedar dari koma. Tapi jangan risau, kami akan membimbing pesakit dengan rawatan terapi seperti fisioterapi, psikoterapi dan terapi okupasi" jelas Doktor Zainal.
"Selain dari tu, ada lagi ke kesan sampingan untuk pesakit yang baru sedar dari koma?" Black bertanya lagi.
Setiap soalan yang terpacul membuatkan hati Kayla menjadi ribut. Bergegar-gegar dia menanti jawapan dari Doktor Zainal.
Dengan hati yang berat, Doktor Zainal menganggukkan kepala.
"Akibat terbaring terlalu lama, pesakit akan mengalami beberapa komplikasi seperti luka pada bagian belakang tubuh iaitu ulkus dekubitus, pneumonia dan juga deep vein thrombosis" beritahu Doktor Zainal.
Semangat Black terus melayang terbang. Dia terdiam seribu.
Di luar pintu, Kayla juga menjadi lemah longlai. Tidak sanggup lagi rasanya untuk terus berada di situ. Dengan perasaan yang retak, dia terus menapak pergi.
________________________
Sementara menunggu pesanannya disiapkan, Kayla melabuh punggung di sebuah meja kosong tidak jauh dari kaunter.
"Eh, kau ada dengar cerita tak pasal patient Doktor Zainal?"
"Oh, patient yang koma sebab accident tu?"
"Ha'ah"
Perbualan dua orang doktor yang berada di belakang menarik perhatian Kayla.
Doktor Zainal? Itu, doktor yang merawat Ammar. Dah tentu-tentu, doktor-doktor ni sedang bercakap pasal Ammar.
"Ohh.. Ada gak. Boleh tahan kritikal jugak patient tu kan. Pastu, aku dengar-dengar, isteri dia pula tengah pregnant" kata doktor yang bersuara serak basah itu.
"Tu lah pasal. Kes ni sama macam kes patient aku tahun lalu"
"Maksud kau, ada orang sengaja langgar patient Doktor Zainal tu sama macam patient kau?"
Kayla tersentak. Kepalanya dipusingkan sedikit. Dapatlah dia lihat doktor lelaki itu dengan ekor matanya.
"Kalau dah parah sampai macam tu sekali, dah tentu-tentulah ada orang sengaja langgar dia"
"Heihh.. Kenapalah manusia zaman sekarang ni kejam sangat?"
"Hmm.. Manusia akhir zamanlah katakan.."
Tika ini, Kayla teringat akan kejadian tempoh hari semasa dia, Ammar dan Wafa keluar bersama.
Masa di hadapan restoran lempeng tu, sebuah kereta memecut laju menuju ke arah Kayla. Nasib baik, Ammar sempat menyelamatkannya.
Kalaulah betul apa yang dikatakan oleh doktor-doktor kat belakang aku ni, jadi maknanya, mungkinkah yang melanggar Ammar ni adalah budak-budak Roy?
Jadi itu bermakna.. Semua ni semestinya ada kaitan dengan aku. Bermakna.. Budak-budak Roy jadikan Ammar mangsa selepas Ammar dah selamatkan aku masa kejadian hari tu?
_____________________
Wafa menghantar Kayla, Black dan Eddie ke luar ICU. Wajah Wafa masih kelihatan sugul. Matanya jugak bengkak kerana asyik menangis tidak henti-henti.
"Sabar ya, Wafa. Kuatkan semangat awak. Banyakkan berdoa. Inshaallah, Ammar akan sedar tak lama lagi" ujar Black.
Wafa hanya tersenyum kelat. Sungguh dia berharap perkara itu terjadi.
"Awak kena jaga diri awak juga. Awak tu pregnant. Awak kena makan, kena minum, kena rehat secukupnya" tambah Eddie pula.
Wafa mengangguk lesu.
"Terima kasih, Black. Terima kasih, Eddie" ucap Wafa perlahan sambil dia melihat ke arah Black dan Eddie silih berganti.
Tiba-tiba, Kayla melutut di hadapan Wafa.
"Eh. Kay! Kau buat apa ni?" Wafa tergamam.
Kayla menangis teresak-esak sambil dia menarik tangan Wafa ke dahinya.
"Kay,.. Kenapa ni?" Black cuba untuk mengangkat Kayla berdiri namun Kayla berkeras. Dia kaku di posisinya.
"Wafa.. Aku minta maaf.. Aku minta maaf.. Aku minta maaf.." hanya itu yang mampu terungkap dari mulut Kayla.
"Ya Allah, Kayla! Kau kenapa ni, ha? Kau nak minta maaf kenapa? Kau salah apa? Dah, dah, bangun cepat" Wafa juga cuba mengangkat Kayla berdiri dari melutut di depannya itu.
"Aku minta maaf, Wafa.. Aku minta maaf.. Aku minta maaf.." Kayla mendongak melihat Wafa dengan tangisan teresak-esak.
Wafa, Black dan Eddie masing-masing hairan dengan tindakan Kayla itu.
Wafa memegang muka Kayla. Diusap rambut kawannya itu dengan lembut.
"Kay, kau tak ada salah pun dekat aku. Kenapa kau nak minta maaf? Dahlah, Kay. Janganlah macam ni. Aku rasa tak selesalah kau melutut depan aku macam ni" kata Wafa kemudian dia mengangkat Kayla berdiri dari terus melutut.
Kayla pun kemudian bangkit dari melutut.
Wafa mengeluh halus. Ditatap muka Kayla sekejap.
Kayla pula sepertinya takut-takut hendak bersemuka dengan Wafa dan Wafa menyedari akan hal itu.
"Kay, tengok aku" kata Wafa.
Kayla menunduk.
"Kay, tengok aku" kata Wafa lagi. Kali ini suaranya kedengaran agak keras dari tadi.
Kayla masih lagi tidak mengangkat wajahnya memandang Wafa.
"Kayla Nasuha. Look at me" Wafa menggoncang sedikit tangan Kayla yang digenggamnya itu.
Akhirnya, barulah Kayla ada keberanian untuk memandang Wafa.
"Aku minta maaf, Wafa.." tutur Kayla dengan suara bergetar.
Wafa enggan terus bertanya kenapa Kayla asyik meminta maaf kepadanya.
Wafa lantas memeluk Kayla tanpa berkata apa-apa.
Dengan rasa bersalah yang amat, Kayla juga turut membalas pelukan Wafa itu.
_______________________
Black dan Eddie berjalan beriringan di belakang Kayla. Mereka berdua hairan melihat Kayla yang berjalan dengan lemah itu. Bunyi selipar bergesel dengan lantai. Seperti ada sesuatu yang tidak kena pada Kayla.
Eddie mendekatkan kepalanya dengan Black.
"Kau gaduh dengan Kayla lagi ke?" tanya Eddie secara berbisik.
Black berdecit. "Mana ada" jawabnya.
"Habis tu? Kenapa dia pelik semacam je ni?" tanya Eddie lagi.
"Ish, kau ni. Manalah aku tahu. Mungkin, dia sedihlah tu pasal Ammar. Ammar kan best friend dia jugak" kata Black.
Eddie hanya mengangguk saja. Boleh jadi juga apa yang Black cakap ni.
Tiba-tiba, Kayla menghentikan langkahnya.
Black dan Eddie pun terhenti serta-merta.
Kayla terduduk lemah di kerusi. Mimik wajahnya mula hendak menangis.
Eddie menepuk bahu Black sekali untuk meminta diri dari situ.
Setelah Eddie sudah beredar, Black mengambil tempat di sebelah Kayla.
Kayla hanya membisu.
Black melihat sekilas ke arah Kayla lalu dia mengeluh kecil.
"Kau tak boleh macam ni, Kayla. Wafa tu perlukan kau. Kalau kau lemah macam ni, siapa nak jadi penguat semangat Wafa?" Black bersuara.
Kayla masih mendiamkan diri.
"Kayla,.."
"Tadi.." Kayla mula membuka mulut.
Black pun memasang telinga untuk mendengar.
"Saya terdengar.." ayat Kayla tergantung seketika.
"Kau terdengar apa?" tanya Black. Dia mula berasa penasaran.
"Saya terdengar.. Ada doktor cakap yang.. Kes Ammar ni.. Seperti.. Dirancang"
"Dirancang? Maksud kau?"
Kayla sudah gagal mengawal sebaknya. Dia menggerakkan badannya menghadap Black.
"Doktor tu cakap.. Mungkin,.. Ada orang sengaja langgar Ammar.."
"Apa?" Black agak terkejut dengan pernyataan Kayla itu.
"Black.. Saya rasa.. Ini semua kerja Roy. Dia yang langgar Ammar"
Black terus terdiam kelu. Roy. Black mengenggam penumbuknya.
"Black.. Ini semua salah saya. Hari tu, Ammar selamatkan saya dari kena langgar masa kat depan restoran lempeng. Saya rasa, Roy tak puas hati. Black.. Saya takut.. Saya takut kalau ada apa-apa jadi kat Ammar.. Black.. Ammar akan okey kan? Dia akan sembuh kan? Dia akan sedar kan?" Kayla mula menangis ketakutan.
"Black! Jawablah saya! Ammar akan sembuh kan?! Ammar akan sedar balikkan?! Takkan ada apa-apa jadi kat Ammar kan?! Dia akan balik semula ke pangkuan Wafa kan?!" semakin lama Kayla semakin dipengaruhi emosinya.
Black pula tidak mampu berkata apa-apa. Dia teringat akan penjelasan daripada Doktor Zainal semasa di biliknya tadi.
Sedangkan Doktor Zainal sendiri tidak berani menjamin apa-apa tentang kesudahan kondisi Ammar.
Melihat Black hanya membungkam, hati Kayla makin tidak tenang.
Kayla memegang kolar baju Black.
"Kenapa awak diam je ni?! Jawablah soalan saya! Ammar akan okey kan?! Tak lama lagi, Ammar akan sedar kan?! Ammar akan sembuh kan?! Black! Jawablah!!! Jawablahhhh!" Kayla menggoncang tubuh Black. Dia betul-betul tidak keruan jadinya.
Black melihat akan genggaman Kayla pada kolar bajunya itu. Urat tangan Kayla dapat kelihatan. Tapak tangannya juga berubah pucat lesi.
"Black! Jawablah! Ammar akan okey kan?!"
Tidak sanggup melihat Kayla terus meronta sebegitu, Black lantas mendakapnya.
Kayla menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Black. Tidak terbayang sekiranya ada apa-apa terjadi kepada Ammar. Dia takut kalau dia menjadi punca Wafa dan bakal anak mereka nanti kehilangan suami dan juga ayah.
______________________
"Tolong! Tolong! Peragut!!"
Baru saja dia hendak masuk ke dalam kereta, Elena terdengar akan suara wanita menjerit-jerit meminta pertolongan.
"Tolong! Peragut! Peraguttt!"
Motor dua orang peragut itu kebetulan menuju ke arah Elena.
Elena terus mencabut heels yang dipakainya dari kaki dan sekuat hati dia menghumban ke peragut itu.
Apabila si peragut yang memakai helmet itu terjatuh dari motornya, cepat-cepat Elena mengambil beg tangan wanita tadi.
"Lepaskan beg ni! Tak guna! Sampah masyarakat!"
Elena dan peragut itu saling tarik-menarik.
Tidak lama kemudian, beberapa orang awam meluru ke arah mereka untuk memberi pertolongan kepada Elena.
"Woi! Tak sempat, blah! Blah!" kawan si peragut memberi amaran.
Peragut yang berlawan dengan Elena itu berasa bengang. Dia berasa tercabar apabila dikalahkan oleh seorang wanita.
"Perempuan tak guna! Kau nak sangatkan beg ni?! Ha, hambek!"
Tatkala si peragut itu melepaskan genggamannya dari beg, Elena jatuh tersungkur di atas jalan raya.
Lalu, peragut tadi pun ketawa puas dan terus berlalu dari situ bersama rakan sekutunya.
"Awww!" Elena mengerang kecil apabila terasa pedih di bahagian siku.
Cis! Masa aku pakai lengan pendek ni lah, ada peragut! Tak guna! Aku harap kau accident teruk nanti!!
"Cik! Cik! Ya Allah,.. Cik okey?" pemilik beg tadi membantu Elena untuk berdiri.
"I okey je. Nah, beg you" Elena menyerahkan beg berwarna merah itu kepada pemiliknya.
Wanita yang bersanggul itu menjengah ke arah siku Elena yang berlumuran darah.
"Cik, siku Cik berdarah tu. Jom, saya bawa ke hospital" ajak wanita itu. Dia sungguh rasa bersalah. Disebabkan dia, tak pasal pasal orang lain pula yang cedera.
"Tak ada apalah. Sikit je ni. You okey?" tanya Elena pula.
"Saya okey.. Tapi Cik.."
"Kalau macam tu eloklah. Jangan lupa buat report polis. Biar polis tangkap dua orang malaun tu tadi" kata Elena geram.
"Baik. Terima kasih sebab dah tolong saya. Baik betul hati Cik" tutur wanita itu sambil tersenyum manis.
Elena hanya mengukir senyum segaris. Dia pun kemudiannya pergi dari situ.
Di dalam kereta, Elena termenung seketika. Dia tergelak sendiri.
Ada juga orang yang sudi cakap hati aku baik. Selama ni, aku asyik dicemuh saja.
Elena menilik sikunya kembali.
Aduhh! Baik baik jugak. Tapi, siku aku bukan main pedih lagi ni!
Elena mencapai telefonnya di dalam beg tangan lalu mendail telefon rumah.
"Hello,..?" suara Makcik Jamilah di talian.
"Makcik Jamilah, I ni, Elena. Kejap lagi I balik. Tolong keluarkan kotak first aid" ujar Elena.
"Kotak first aid? Eh, kenapa Cik Elena? Cik Elena cedera ke?" tanya Makcik Jamilah risau.
Elena berdecit. "Tak payahlah banyak tanya, Makcik. Buat je lah apa I suruh" kata Elena.
"Baiklah, Cik El" Makcik Jamilah pun akur.
______________________
Hajah Badariah menyelimutkan Wafa yang sedang tidur di atas sofa itu. Akhirnya, setelah dipaksa makan dan berehat, barulah dia menurut. Mungkin, sudah terlalu penat agaknya.
Hajah Badariah kemudiannya menapak pula ke arah Ammar. Kelopak mata Ammar langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan.
Hajah Badariah tidak dapat menahan sebaknya tiap kali memandang Ammar. Dia menekup mulutnya dengan kain tudung untuk menahan suara tangis.
"Assalamualaikum,.." seseorang masuk ke dalam ICU.
"Waalaikumsalam.. Abang,.." Hajah Badariah menyambut kedatangan suaminya itu.
Haji Samad melihat sekilas ke arah Wafa. Kepala Wafa diusap perlahan.
"Sejak dari tadi dia menangis. Jenuh saya nak memujuknya" beritahu Hajah Badariah.
Haji Samad hanya mengeluh halus. Dia kemudian mendekati Ammar pula. Luluh hatinya melihat keadaan menantunya itu.
Ammar dipasangkan alat bantuan pernafasan. Kepala dan tangan kanan Ammar berbalut. Beberapa wayar lagi turut bersambung di anggota badan Ammar. Monitor denyutan jantung terus berbunyi memenuhi ruang ICU itu.
"Allahuakhbar.. Kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali?" Haji Samad sangat kesal.
Hajah Badariah hanya mampu membisu di sisi katil.
"Orang tua Ammar dah tahu ke pasal ni?" tanya Haji Samad.
"Wafa kata, orang tua Ammar tak dapat dihubungi. Alahh.. Awak pun tahu. Orang tua Ammar tu bukannya kisah sangat pasal anak diaorang. Asyik kerja je 24 jam" kata Hajah Badariah dengan nada geram.
"Hey awak ni. Kalau Ammar dengar awak cakap macam tu, kecik hati dia"
"Saya geramlah, bang. Anak diaorang dah terlantar kat ICU macam ni pun, diaorang masih tak kisah"
"Tadi awak cakap apa? Orang tua Ammar tak dapat dihubungi kan? Maksudnya, orang tua Ammar tak tahu lagi apa dah jadi kat Ammar"
Hajah Badariah terus terdiam seketika. Namun rasa geramnya terhadap besannya itu masih berbaki.
Haji Samad menggeleng kecil melihat gelagat isterinya itu.
"Tak apalah. Nanti saya cuba telefon diaorang. Mustahillah diaorang tak kisah pasal Ammar walaupun sibuk bekerja. Lagi lagi, Ammar ni satu-satunya anak diaorang" ujar Haji Samad.
"Itupun kalau diaorang angkat telefon" gumam Hajah Badariah perlahan.
"Sudahlah tu, Badariah. Awak ni. Tak kesian ke kat Ammar ni? Dia tengah sakit macam ni, awak boleh pula cakap buruk pasal orang tua dia"
"Abang, saya bukan cakap buruk. Saya cakap benda yang betul. Selama diaorang kat Brunei, pernah ke diaorang datang sini jenguk Ammar? Jenguk anak kita? Huh. Nak jenguk kita? Jangan haraplah" Hajah Badariah masih melawan.
"Astaghfirullahalazim. Awak ni kenapa, Badariah? Tak habis-habis nak cakap yang bukan-bukan pasal besan kita tu. Dari dulu sampai sekarang, tak berubah-ubah perangai awak ya"
"Selagi diaorang tu tak ubah perangai diaorang, saya pun samalah, bang. Saya takkan ubah perangai saya. Apa? Mentang-mentang diaorang tu kaya, dia boleh pijak pijak kita?"
"Badariah, sudah.."
"Hm! Nasib baik Ammar ni budaknya baik tau. Kalau tidak,.."
"Kalau tidak apa, Mak?"
Berderau darah Hajah Badariah apabila tiba-tiba suara Wafa menerpa.
Wafa mendekati Hajah Badariah.
"Kalau tidak apa? Mak tak akan bagi orang kahwin dengan Ammar?"
"Wafa,.." Hajah Badariah mula terpinga-pinga.
"Sampai hati, Mak! Orang ingat, Mak dah berubah. Tapi, Mak masih je macam dulu!" bentak Wafa dengan rasa kecewanya.
"Wafa.. Nak.. Jangan macam ni. Mak cuma.."
"Mak jangan nak samakan keluarga suami orang dengan keluarga menantu Mak Long. Tak semua orang kaya tu jahat, Mak. Kalau betul Mama dan Papa tu orang kaya yang jahat dan mementingkan status, diaorang tak akan terima orang jadi menantu dan diaorang takkan terima Mak dengan Ayah jadi besan diaorang!"
"Wafa,.. Mak.."
Belum sempat Hajah Badariah berkata apa, Wafa terus beredar dari situ sambil menangis.
"Wafa,..!"
Haji Samad mendengus perlahan. Dia sudah lali dengan perkara ini.
"Abang! Kenapa Abang diam je tadi?!" Hajah Badariah menyalahkan Haji Samad pula.
Haji Samad hanya menggelengkan kepalanya dengan rasa rimas.
______________________
Tiba di anak tangga untuk ke biliknya, Black pun memberikan sling bag berwarna pink itu kepada Kayla.
Kayla mengambil begnya itu dengan lemah lalu dipakai di bahu kanan.
"Thank you" ucap Kayla tidak bersemangat. Matanya juga kelihatan tidak bermaya.
Black hanya mengangguk sekali. Dia masih risaukan keadaan Kayla itu.
"Saya naik dulu" kata Kayla.
"Kayla,.."
Baru Kayla hendak berganjak, Black pula bersuara.
Kayla kembali menoleh ke arah Black.
"Apa yang jadi pada Ammar hari ni, tak ada kena mengena dengan kau. Kalau Ammar ada kat sini pun sekarang, dia mesti akan cakap benda yang sama" ujar Black.
"Mana awak tahu Ammar akan cakap macam tu?" soal Kayla.
Black terdiam seketika.
Kayla tergelak sekilas melihat reaksi Black itu. Dia tahu, Black cuma mahu menenangkan hatinya.
"Awak dah banyak bantu saya, Black. Awak selalu ada bila saya susah. Ada kalanya, awak menyakitkan saya, awak mengecewakan saya, awak buat saya rasa buntuh"
Black masih lagi diam sambil dia menatap wajah Kayla.
"Tapi.. Saya tak kisah semua tu. Sebab, apa yang pasti, bila awak ada dengan saya, saya pasti, saya akan baik-baik saja di penghujungnya" tutur Kayla.
"Jujur saya cakap. Awak dah ada tempat yang istimewa dalam hati saya, Black" kata Kayla lagi.
Sungguh Black tergamam mendengar kata-kata Kayla itu.
"Awak boleh tolak cinta saya sebab itu hak awak dan saya takkan paksa awak. Tapi, awak tak boleh halang saya dari untuk terus mencintai awak sebab itu hak saya dan sekali pun awak paksa saya, saya tak jamin perasaan ni akan hilang semudah itu" sambung Kayla.
Kedengaran Black mengeluh perlahan.
Tika ini Black mula terfikir. Selama ini pun, dia begitu risau jika ada apa-apa berlaku terhadap Kayla. Perasaan aneh seringkali menyinggah.
Perlukah aku memberi Kayla peluang? Tidak. Perlukah aku memberi aku peluang? Layakkah aku untuk mencintai wanita ini?
"Tapi.." Kayla kembali bersuara.
Kayla tertunduk seketika.
"Lepas apa yang dah jadi, saya rasa, saya patut berterima kasih pada awak sebab tolak cinta saya" Kayla meneruskan ayatnya.
"Kayla, aku.."
"Ada baiknya kalau kita tak bersama"
Terasa hati Black bagai dicengkam mendengar ayat Kayla itu.
"Tapi.. Kenapa?" soal Black hampa. Dia baru hendak membuka hatinya untuk hubungan ini.
"Kak El betul. Saya ni pembawa malang. Saya pembawa sial. Saya.."
"Kayla, that's not true. Kau,.."
"That's the fact, Black!" suara Kayla tiba-tiba meruncing. Dia mula menangis.
"Dulu, saya cintakan Kashaf. Bila Kashaf datang ke sini untuk minta restu, I lost him. Dan sampai sekarang saya tak tahu dia kat mana. Entah dia masih hidup atau.." Kayla mengetap bibirnya. Tidak mampu untuk menyebut perkataan 'mati'.
"Lepas tu, Mikael. Mikael lelaki yang baik. Keluarga dia pun semua baik. Tapi bila saya cuba untuk mencintai dia, something bad happened to him" Kayla membuka cerita pasal Mikael pula.
"Dan sekarang, saya dah mula cintakan awak. Saya dah mula sayangkan awak. Tapi kali ni, saya tak nak.."
Black terus mencapai tangan Kayla.
"Kayla, aku pun sayangkan kau" tuturnya tanpa disangka-sangka.
Bagai terhenti nafas Kayla saat ini apabila Black meluahkan perasaannya.
"Aku pun cintakan kau, Kayla" ujar Black seraya mengenggam kemas tangan Kayla.
"Aku harap.. Kau bagi aku peluang. Boleh?" mohon Black.
Lidah Kayla terkunci rapat. Dia melihat Black dengan pandangan sayu.
"Saya pun berharap kita ada peluang untuk bersama tapi..." perlahan-lahan Kayla menarik tangannya dari genggaman Black.
"Saya tak nak kehilangan awak, Black. Saya tak nak awak ikut jejak langkah Kashaf dan Mikael" kata Kayla.
"Kayla,.."
"Saya minta maaf. Tapi bagi saya, cukuplah saya tahu yang awak pun cinta dan sayangkan saya. Itu sudah memadai" ujar Kayla dengan senyuman halusnya.
Sejurus itu, Kayla pun menguatkan dirinya untuk meninggalkan Black di situ.
"Kayla,..!"
Kayla tidak mempedulikan Black yang memanggilnya. Mulut ditutup dengan tangan menahan tangis. Nafasnya turun naik. Air mata usah dicakap. Sudah merembes keluar. Kayla begitu kecewa dengan keputusannya sendiri. Namun, inilah yang terbaik.
_______________________
Setibanya kereta BMW M5 masuk ke perkarangan rumah, Makcik Jamilah mula berubah runsing.
Keluar saja dari kereta, Elena menapak ke arah bangku di halaman rumah.
"Makcik Jamilah, mana kotak first aid?" tanya Elena lalu dia melabuhkan punggung di bangku.
Membulat mata Makcik Jamilah bila ternampak akan siku Elena yang mengalir darah itu. Penyapu terus dicampak ke tepi.
"Ya Allah, Cik Elena! Apa dah jadi ni?" tanya Makcik Jamilah dengan mukanya yang berkerut kerana risau.
Elena merengus perlahan.
"Tak payahlah banyak tanya, Makcik Jamilah. I tanya kotak first aid tadi mana?"
Mendengar soalan Elena itu, riak wajah Makcik Jamilah berubah kelat sedikit. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kotak first aid tu.. Ada dengan Eddie.."
"What?! Makcik Jamilah! Kenapa ada dengan Eddie pula?!" Elena terus naik berang.
"Tapi Cik Elena,.."
"Kenapa? Siapa cedera? Dia? Atau perempuan tu?" kelihatan Elena tidak berpuas hati.
Cis! Tak cukup orang-orang dalam rumah ni, barang-barang kat rumah ni pun semua mesti dahulukan si Kayla tu ke?! Tak guna betullah!
Elena kemudian berpaling ke arah Makcik Jamilah. Dia memandang orang tua memakai anak tudung berwarna biru laut itu dengan pandangan tajam.
"Lain kali, kalau I cakap I nak sesuatu benda tu, just do it for me! Jangan kasi orang lain!" jerkah Elena.
Makcik Jamilah hanya diam menunduk.
"Kalau tahu macam ni, baik I pergi klinik je tadi!!"
Dengan rasa marah, Elena mencapai beg tangannya lalu hendak bangkit dari situ untuk ke klinik.
Namun, baru saja dia mengangkat punggung, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang dan secara automatik dia dibawa duduk semula.
Elena tersentak melihat kemunculan Eddie yang entah dari mana itu.
Eddie meletakkan kotak first aid di atas meja lalu mengeluarkan kapas serta antiseptik untuk merawat luka Elena.
Makcik Jamilah tersenyum-senyum melihat situasi itu. Sebenarnya, sewaktu dia sedang menyiapkan kotak first aid itu untuk Elena, Eddie kebetulan ternampak akannya.
Setelah itu, Makcik Jamilah pun kemudiannya meninggalkan Elena dengan Eddie.
__________________________
Malam itu, Haji Samad mahupun Hajah Badariah tidur begitu lena bersama-sama dengan Ammar.
Tanpa mereka sedari, ruangan ICU dimasuki oleh seorang lelaki yang berpakaian serba hitam.
Lelaki memakai topi itu mendekati katil Ammar.
Terdengar lelaki itu menghela nafas perlahan. Dia melihat Ammar dari ke kepala hingga kaki. Keadaan Ammar sangat merenggut perasaannya dan perasaan marah semakin membuak-buak terhadap si pelaku.
Lelaki itu mengeluarkan kedua-dua belah tangannya dari poket jaket.
"Ammar, aku ni, Kashaf" lelaki itu mengakui dirinya sebagai Kashaf.
"Aku janji, Ammar. Siapa pun yang buat kau macam ni, dia tak akan terlepas. Aku akan pastikan, dia dapat balasan yang setimpal. Aku akan bersemuka dengan siapa pun dia walaupun orang tu ialah Raid" katanya lagi. Tangannya menggengam segumpal penumbuk.
"Black?" tiba-tiba satu suara muncul dari belakang.
"Wafa,.."
"Awak rupanya. Awak datang sorang je? Kayla mana?" tanya Wafa.
"Saya datang sendiri" beritahu Black.
"Ohhh.."
Wafa mula pelik. Dah lewat malam macam ni. Black datang ke sini untuk jenguk Ammar. Bukan main prihatin lagi Black terhadap Ammar.
"Maaf, kalau saya menganggu" kata Black.
"Eh, tak apa. Cuma.. Saya rasa terharu dan dalam masa yang sama saya rasa pelik jugak"
Black mengangkat wajahnya memandang ke arah Wafa.
"Apa maksud awak?" soalnya.
"Tak adalah.. Awak dengan Ammar baru je kenal. Tapi awak ambil berat betul pasal dia. Sampai sanggup datang sini semata-mata nak tengok dia walaupun dah lewat malam macam ni. Awak boleh je datang esok. Hari-hari datang pun tak apa" ujar Wafa lalu dia tersenyum kecil.
Black hanya mendiamkan diri. Dia kemudian berpaling semula ke arah Ammar.
"Ammar,.. Aku pergi dulu. Esok, aku datang lagi. Kuatkan semangat ya" ujar Black sambil dia memegang lengan Ammar.
Setelah itu, Black menghadap pula ke arah Wafa.
Wajah Wafa kelihatan tidak bermaya. Matanya jugak bengkak. Black berasa kasihan terhadap Wafa.
"Wafa, take care of yourself. Mesti Ammar pun tak nak tengok awak macam ni" kata Black lembut.
Sambil dia menahan sebak, Wafa mengangguk lemah.
"Thank you, Black" ucap Wafa.
Black hanya mengangguk sekali. Setelah itu, dia pun beredar pergi.
Share this novel