Hello :) First of all, this is bukan my first story. Sesiapa yg ada tu, korang bolehlah singgah baca story saya yg lain :)
: NiaAzmi
Buka Hatimu, My Maid! (457K)
Runtuhkan Egoismu (484K)
Percayalah (735K)
(On going) Patah Tumbuh Hilang Berganti (6.63K)
(New) Semakin Hari Semakin Sayang (966)
Happy reading! :)
____________________
For Novel+, here's my first story. Story ni 90% rekaan semata-mata, okey. Nama, watak, nama organisasi, tempat dan apa-apa yang pelik namanya kat cerita ni adalah rekaan untuk menguatkan lagi jalan cerita ??
So just enjoy! :)
____________________
Kira-kira 10 orang lelaki lengkap berpakaian vest berwarna hitam mengacu senapang COLT M4 ke arah seorang lelaki yang hanya beberapa jarak berhadapan dengan ketua misi mereka, Black. Mereka cuma hanya tinggal menunggu arahan dari Black untuk melepaskan tembakan.
Hampir 5 bulan mereka berkampung di Jasper, akhirnya James Grande tumpas di tangan mereka.
James yang sudah tidak berdaya itu melihat Black dengan senyuman mengejek. Sisi kepalanya yang dipenuhi darah kerana dibelasah teruk oleh Black dibiarkan mengalir.
"Finally, I get the chance to see you, Black. It's an honour" ujar James. Kononnya dia bangga tewas di tangan seorang ejen yang terhebat. Terasa dia tewas dengan bermaruah.
Black menapak mendekati James yang terduduk melutut itu.
"After I followed your pace in Vancouver, Banff, Whistler and Tofino. I feel the same feel. It's nice to meet you, James" balas Black dengan senyuman sinis. Pipi James ditepuk beberapa kali.
Dari Pusat Kawalan Operasi, Major Jeneral Thomas Jefferson memeluk tubuh menyaksikan pertembungan Black dengan penjenayah utama mereka itu.
"I know you don't mean what you just said, Agent Black. Bring him to me" arah Major Jeneral Thomas.
Arahan itu sampai di alat pendengar Black yang terpasang di telinga.
Namun Black tidak mengendahkannya.
"Making a mess in people's country, trying to endanger the lives of the people, trying to kill the powerful person, trying to make the prime minister a hostage. You amaze me with such a neat plan" kata Black kagum. Dia sengaja lagi melengahkan masa.
Alang-alang sudah bersua dengan orang yang telah banyak menyusahkannya selama 5 bulan ini, Black ingin 'berbual' sekejap dengan James.
"I just want to test your greatness as you are the best agent in the world" James mengerdipkan sebelah matanya.
Darah yang mengalir di bibir, Black kesat perlahan dengan ibu jarinya.
"And you give a punch to this great agent. So, do you know what that means? You've dug your own grave, dude" jawab Black.
"You should also dig your own grave too, bastard!!"
Dengan sepantas kilat, James menyiku perut ejen yang dari tadi berada di belakangnya. Senapang ejen itu dirampas oleh James lalu diacukan terus ke arah Black.
Namun seperti biasa, Black sentiasa selangkah ke hadapan dari pihak musuh. Pistol yang terletak elok di di bahagian tepi peha diambil pantas lalu dua das tembakan dilepaskan dan ia tepat kena pada sasaran.
James terbaring meniarap. Beberapa ejen lain mendapatkan dan memberkasnya dengan segera.
"As you yourself admit. I'm the best agent" Black kemudiannya menyimpan semula pistol itu.
Mission completed.
____________________________
Tangan disandarkan di dinding. Air pancuran terus membasahi seluruh badannya. Sesekali Black meraup wajahnya hingga ke belakang kepala.
Black keluar dari bilik air dengan memakai tuala putih separa pinggang. Satu lagi tuala disangkut di pergelangan lehernya.
Dia melihat dirinya di pantulan cermin. Wajahnya mengalami beberapa calar dek kerana misi ini. Bibir pecah. Dahi pula koyak sedikit terkena mata pisau semasa bertarung dengan James.
Black mencapai tshirt hitam. Jaket kulit berwarna hitam disarung ke badan. Rambut disikat kemas dan rapi.
Sudah seminggu dia di Amerika Syarikat. Hari ini dia dikehendaki ke Defense Intelligence Agency untuk membuat laporan tentang misinya di Jasper.
Defense Intelligence Agency merupakan rumah kedua bagi ejen perisikan di Amerika. Black memasuki bangunan besar yang diperbuat daripada 80% kaca itu.
"Welcome, Agent Black" suara digital menyambut kedatangan Black apabila dia masuk ke dalam lif.
"Major Jeneral Thomas's office room, please"
Setelah menganalisis kehendak suara itu, secara automatik, lif dinaiki Black itupun pun meluncur laju ke tingkat 25.
Seorang wanita berambut blonde mengiringi Black ke bilik Major Jeneral Thomas. Setelah membukakan pintu untuk Black, wanita itu pun kembali semula ke mejanya.
Major Jeneral Thomas yang segak memakai sut berwarna biru gelap itu tersenyum apabila melihat kehadiran Black. Dia bangun dari tempat duduknya lalu mendekati Black.
"As you always wished, I would not congratulate you on your success in every mission" ujar Major Jeneral Thomas. Dia sudah tahu akan prinsip Black itu. Di mana Black tidak berapa senang sekiranya mendapat pujian walaupun segala dia telah menjayakan banyak misi dengan cemerlang sekali.
Kaki kiri dirapatkan ke kaki kanan. Kedua-dua tangan terletak lurus di sisi sambil menggumpal penumbuk. Black menundukkan kepalanya sekali tanda hormat.
"I, Agent Black as a leader and chief pillar of the mission in Canada would like to report data as the mission progresses. As directed, me and 25 members as a team, I would like to say that we have successfully defeated James Grande. Thank you for your trust, sir" Black melapor persis seorang tentera. Penuh formal dan jelas.
Major Jeneral Thomas membalas laporan Black itu dengan tabik hormat.
"Sir, 48 hours ago, I received a notice of a new mission for me" ujar Black.
"Yes, you are but your release date for this latest mission is next month" jelas Major Jeneral Thomas.
Dari melihat riak wajah Black, kelihatan dia tidak berpuas hati. Sepertinya dia berasakan bulan depan itu terlalu lama.
"In humility, I asked permission to carry out this mission ahead of the departure date" ujar Black. Dia tahu permintaannya ini mungkin keterlaluan tapi dia tidak mahu berlengah.
Major Jeneral Thomas diam seketika. Cuba untuk pertimbangkan permintaan ejen elit itu.
Sedang Major Jeneral Thomas memikirkan kata putus, mata Black melirik ke arah meja yang didudukinya.
5 fail biru dan 1 fail hitam. Sudah tentu, fail hitam itu adalah butiran misi yang baru untuknya sebagai ejen kelas atasan. Besar harapan Black agar fail itu berada di tangannya sekarang ini.
"You just completed a mission a week ago and now you want to go back on the mission again?" Major Jeneral Thomas ketawa tidak percaya.
Black hanya membisu. Berdiri tegak di hadapan Major Jeneral Thomas.
"Black, you need some rest" kata Major Jeneral Thomas sambil memegang bahu Black.
"Enemies can do a better planning if I think for having some rest, Sir" jawab Black.
Major Jeneral Thomas mulai menemui jalan buntuh. Nampaknya, Black memang seorang yang tetap berpegang pada prinsip. Dia tidak boleh dipujuk apatahlagi dipaksa.
_______________________
New Mission
For : Agent Black
Name : Tan Sri Zaim Mustafa
Age : 50 years old
Country : Malaysia
Current residence : Terengganu
Excess offer : RM 1 million per day
"Welcome home, bro" suara Eddie menyentak lamunan Black.
Air champagne diteguk sekali sambil dia tersenyum meleret memandang Black.
"Seingat aku, perjalanan Malaysia ke Singapura lebih kurang sejam. Wanna be my partner for this mission?"
Ketawa Eddie tercetus. "Haha funny" Eddie menjulingkan matanya ke atas.
"Aku nak kau tengok profile client aku ni. Tengok apa dia offer aku" Black menghumban fail berwarna hitam itu ke atas meja.
Eddie yang duduk berhadapan dengan Black menjadi penasaran. "Kenapa?" tanyanya.
Fail hitam tadi sudah berada di tangan Eddie. "RM 1 million?" Eddie ketawa besar.
Black juga turut ketawa namun tidaklah beriya-iya seperti Eddie ketawa.
"Nampaknya client kau kali ni tak percayakan kau sampai terpaksa offer fulus" ujar Eddie. Dia sepertinya dapat membaca fikiran Black yang juga turut memikirkan hal yang sama.
Black hanya mengukir senyum saja. "Orang sekarang menganggap nyawa boleh terjamin dengan wang"
"Tapi, kalau kaulah orang yang ditakdirkan untuk menjaga nyawa seseorang tu, well aku rasa, you deserve more than this, bro" balas Eddie.
"Aku tak perlukan wang, Eddie"
"Ya, ya, ya. I know. Kau cuma nakkan penghargaan dan penghormatan" sambung Eddie. Dia sudah masak dengan pegangan Black itu.
Black sememangnya mementingkan kejayaan misi. Namun dia buat bukanlah untuk wang dan balasan semata-mata. Tidak seperti ejen lain. Ada juga yang sanggup menerima habuan hasil dari kejayaan misi mereka.
"Tapi Black, dua tahun yang lalu, kau dapat anugerah dari Federalnaya Sluzhba Bezopasnosti, Rusia. Kau juga mendapat kepujian dari Secret Intelligence oleh United Kingdom. Kau dapat dua kali anugerah Bahagian Keselamatan dan Perisikan dari Singapura. You're not only the best agent in DIA, Black. You're the best agent in the world" ujar Eddie panjang lebar. Dia cukup bangga dengan pencapaian rakan sekerjanya itu.
Black tersenyum nipis. Dia menghela nafas panjang.
"You deserve more than the award and the honor" sambung Eddie lagi sambil menepuk-nepuk bahu Black.
"Then, aku akan pastikan aku dapat satu lagi penghargaan dari majlis perisikan Malaysia" Black tersenyum yakin.
Setelah mendengar kata-kata Black itu, Eddie tidak berkata apa-apa. Dia menghulur tangan ke arah Black tanda mengucap selamat.
____________________________
Seorang gadis yang memakai sport suit jenama Adidas berhenti dari joging dan mengambil tempat di tepi jalan. Dia menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan lalu menarik dan menghembus nafas silih berganti. Dia membuat regangan sambil-sambil melihat ke arah beberapa orang yang masih berjoging.
Lelaki berpakaian hitam mendekatinya.
"Cik Kayla, dah pukul 6. Waktu untuk pulang" kata Aisar, bodyguard yang diupah untuk menjaganya.
Kayla yang memakai headphone tidak mengendahkan Aisar. Malah dia melabuhkan lagi punggungnya di bangku panjang ingin mengambil angin petang yang segar.
Boleh gila weh asyik berkurung je kat rumah tu!
"Cik Kayla, dah pukul 6. Waktu untuk pulang" kata Aisar lagi. Kali ini dia meninggikan sedikit frekuensi suaranya.
Namun Kayla masih tidak berganjak. Melihat ke arah Aisar pun tidak. Entah dia dengar atau tidak apa yang Aisar cakap.
Aisar merengus perlahan. Geram betul dia dengan sikap keras kepala anak majikannya itu. Nak saja dia cabut headphone yang melekat di kepala Kayla itu lalu dipatahkan.
Aisar berjalan mendekati Kayla. Bahu Kayla diketuk dengan jari telunjuk.
Kayla menoleh ke arah Aisar dengan muka malas.
Aisar menunjukkan jam tangannya sebagai signal masa untuk berjoging sudah tamat dan sekarang Kayla perlu dihantar pulang.
"5 minit" Kayla menunjukkan tapak tangannya.
"Tapi Cik Kayla, Tuan cakap jam 6 kena balik ke rumah" Aisar mula risau. Kalau balik lewat, dah tentu tentu dia yang kena. Bukan Kayla.
"Abang Aisar, kalau kita balik sekarang, Daddy tak ada kat rumah juga. Chill lah.."
"Tak bolehlah macam tu, Cik Kayla. Nanti Tuan marah abang"
"Abang bodyguard kesayangan Daddy kot. Dia takkan marah punya" jawab Kayla selamba.
Aisar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Budak Kayla ni lah. Susah betul nak ikut cakap.
Tiba-tiba, Kayla terfikir akan sesuatu. Dia memalingkan badan menghadap Aisar yang sudah dianggapnya sebagai abang kandung sendiri.
"Abang, Kay laparlah. Rasa nak makan pancake" Kayla mengusap-usap perutnya.
"Ha eloklah tu. Sia-sia je Cik Kayla joging. Pastu, melantak jugak"
"Abang ni!"
"Cik Kayla, tolonglah. Janganlah degil macam ni. Jomlah kita balik"
"Lepas kita pergi makan pancake" Kayla masih mendesak. Selagi dia tidak dapat makan pancake di Restoran Lempeng Rusila yang paling famous di Terengganu ni, selagi itulah dia tidak mahu balik.
Aisar mengetap bibirnya. Sekarang, dia betul-betul menyesal sebab bawa Kayla pergi ke restoran itu tempoh hari. Tak sangka pula Kayla suka pancake di restoran tu.
____________________________
"Eh, Cik Kayla. Cik Kayla nak pergi mana?" tanya Aisar apabila Kayla hendak membuka pintu kereta.
Kayla mengeluh panjang. "Kita kan dah sampai? Kay nak turunlah beli lempeng" jawab Kayla.
"Eh, jangan!" Aisar menahan Kayla dari keluar. Setelah itu, dia memberi arahan kepada pemandu untuk mengunci pintu dari dalam. Seorang lagi bodyguard yang berada di tempat duduk bersebelahan pemandu, dia suruh turun untuk menjaga Kayla dari luar.
Kayla sudah lali dengan penjagaan yang sangat ketat ini. Terasa dia seperti banduan pula. Asyik kena jaga je.
"Cik Kayla tunggu sini. Biar abang yang turun beli lempeng" ujar Aisar.
"Abang, nak ikut"
"Tak payah. Cik Kayla tunggu dalam kereta je"
"Alaahhh! Abang!"
Bup!
Aisar menutup pintu kereta.
Cis! Kayla berdecit. Tidak puas hati dengan tindakan Aisar itu.
Kayla memeluk tubuh lalu bersandar di kerusi. Mulutnya sudah mengomel panjang pasal ketidakpuasan hatinya pada Aisar.
Tengok tu! Lama sangat dia order lempeng.
Kayla tidak tahan. Dia tetap juga mahu keluar dari kereta.
Kayla mula bertindak gila. Pintu yang Aisar keluar tadi dia perhatikan. Pintu itu satu-satunya pintu yang tidak berkunci dan tidak ada yang menjaga.
Perlahan-lahan Kayla mengangkat punggung bergerak ke pintu tempat duduk Aisar. Dia bagaikan terapung di udara. Bibir digumam dengan mata tertutup. Berharap agar dia tidak kantoi.
Akhirnya, Kayla berjaya keluar dari kereta.
Kebetulan Aisar berpaling ke arah kereta.
Kayla tersenyum keriangan. "Abang!" dia siap melambai-lambai ke arah Aisar.
"Cik Kayla!"
Tanpa Kayla sedari, sebuah kereta berhenti di belakang. 2 orang lelaki cuba untuk membawanya pergi.
"Woi apa ni?! Lepaskan aku! Lepas! Abang! Tolong Kay!"
Mujur Aisar dan beberapa orang bodyguard lain sempat menyelamatkan Kayla yang hampir dimasukkan ke dalam kereta itu.
Kayla cemas apabila menyaksikan ke semua mereka bertumbuk sesama sendiri. Tubuhnya bergegar.
Bodyguard yang menjaga Kayla terdiri dari 4 orang. Kayla berdiri di belakang mereka.
Tidak lama kemudian, 3 orang lagi keluar dari kereta dan berhadapan dengan mereka.
4 lawan 5.
"Berani kau bawa dia keluar ya" salah seorang dari mereka bersuara. Dia memandang Kayla dan melemparkan senyuman yang menakutkan Kayla.
Kayla menjadi kecut. Dia tidak berani membalas pandangan lelaki itu.
"Tunggu apa lagi?! Bantai ah!" lelaki berpakaian tshirt seekor naga itu memberi arahan.
"Cik Kayla! Masuk kereta!" arah Aisar yang sedang bertarung itu.
Tidak membuang masa, Kayla mengikut cakap Aisar. Sebaik saja Kayla masuk ke dalam kereta, dia terus dibawa pergi dari situ.
Kayla melihat Aisar dan 2 orang bodyguard lain masih bertarung dengan ahhh! ntah siapa mereka semua tu. Dia mulai diselubungi rasa bersalah. Kalaulah dia tidak berdegil untuk ke sini tadi, mesti semua ni takkan terjadi!
_______________________
"Daddyyyy!"
Setibanya di rumah, Kayla terus mendapatkan Tan Sri Zaim.
"Daddy! Kay minta maaf.. Kay minta maaf, Daddy.." Kayla menangis sambil memeluk Tan Sri Zaim.
Tan Sri Zaim kebingungan. "Kay, sayang. Kenapa ni? Kenapa Kay menangis? Apa dah jadi?"
Kayla mengesat air matanya. Dia memberanikan diri mengangkat wajah untuk melihat Tan Sri Zaim.
"Abang Aisar.." nama Aisar terpacul keluar dari mulut Kayla.
"Aisar? Kenapa dengan Aisar?" Tan Sri Zaim mula tidak berasa sedap hati.
Tan Sri Zaim menapak ke arah pintu utama. Dia menjengah di seluruh kawasan perumahan. Tidak kelihatan kelibat Aisar dan bodyguard yang lain.
Tan Sri Zaim sudah dapat mengagak apakah yang telah terjadi. Dia menggengam penumbuk. Wajahnya kemerahan menahan marah.
"Daddy.."
Baru saja Kayla hendak melanjutkan ayatnya, telefon bimbit Tan Sri Zaim berdering.
Private Number.
"Kay, masuk bilik" nada suara Tan Sri Zaim membuatkan Kayla bertambah gusar.
"Daddy.. Abang Aisar.."
"Daddy cakap masuk bilik, Kay"
"Tapi Daddy,.."
"Go!"
Dijerkah sebegitu oleh Tan Sri Zaim, Kayla tidak berani melawan. Dengan hati penasaran, dia pun terus naik ke bilik seperti yang disuruh oleh Tan Sri Zaim.
Tiba di tingkat atas, Kayla memerhatikan Tan Sri Zaim.
Tan Sri Zaim menjawab panggilan itu di luar rumah.
Kayla mengeluh lemah.
Ya Allah.. Apa sebenarnya semua ni? Kenapa keluarga aku tak selamat?
_____________________________
Pelindung mata dibuka manakala pelindung telinga disangkut di leher. Black memerhatikan hasil tembakannya yang berjarak 100 meter itu. Ke semua tembakannya menepati bulatan di tengah.
"Your shots are always right on target. You don't need to practice anymore" satu suara menerpa dari tepi.
Black tersenyum sekilas tanpa berpaling ke arah si pemilik suara.
"How was Mexico?" soal Black.
Laneisha bersandar di dinding. Lengan baju diselak menampakkan balutan yang masih jelas akan warna merah.
Black melihat sekilas. Nampaknya, ejen wanita paling elit di DIA kena 'habuan' oleh pihak lawan.
"I'm excited for that mission. A mission that really challenges my abilities" katanya.
"That mission make you feel challenged?"
"Yeah"
Black hanya tergelak pendek. Dia kembali memasukkan peluru ke dalam pistol. Sepertinya dia hendak membuat satu lagi round latihan menembak.
"But, making you fall in love with me is one of the most challenging missions of my life" Laneisha bersuara lagi.
Black terus memakai ear protector. Tidak dipedulikan apa yang baru saja dikatakan oleh Laneisha itu.
Laneisha tidak kisah. Dia memang sudah biasa dengan respon acuh tidak acuh Black itu. Disebabkan itulah, dia semakin tertarik dengan Black. Keegoan Black membuatkan Laneisha semakin jatuh hati padanya.
"Notify your presence, Agent Black"
Laneisha membuka ear protector yang dipakai oleh Black.
Laneisha menunding jari ke arah pouch bag Black yang terletak di kerusi belakang. Skrin telefon bernyala tanda Black baru saja menerima panggilan penting dari Pusat Kawalan Operasi DIA.
"So, do you need a partner for your new mission?" tanya Laneisha dengan senyuman manis.
"I don't think you'll like Malaysia's food" jawab Black.
Laneisha sudah mengagak. Dia ketawa kecil. Jadi seperti biasa, jawapan Black adalah 'tidak'.
______________________________
"This voice scan are for you, Agent Black"
Black memakai head mic yang diberi kepadanya oleh Major Jeneral Thomas.
"I need Black as soon as possible. I will,.."
Black lantas mengambil posisi menghadap Major Jeneral Thomas seperti mengikut protokol.
"Sir, I, Agent Black, asked permission to leave for the mission site today" Kaki kanan dibuka sambil dia dalam posisi sedia.
Major Jeneral Thomas kali ini tiada pilihan objektif. Mahu tidak mahu, dia perlu memberi kebenaran untuk Black segera ke lokasi misinya.
"I look forward for you success for this mission"
Mendengar jawapan dari Major Jeneral Thomas itu, Black akhirnya berjaya mendapatkan kebenaran untuk menjalankan misi terbarunya.
"Agent Black reports to run the mission, Sir!" Black menabik hormat.
"Self report accepted. You have been approved to carry out this mission, Agent Black" sahut Major Jeneral Thomas dengan menabik hormat.
Usai melapor diri, Black tidak membuang masa. Dia terus beredar dari situ untuk menjalankan misi terbarunya.
New Mission : Started.
_________________________
"El! Dengar cakap Daddy! Daddy nak El balik Malaysia esok! Daddy dah siapkan semuanya"
"Apa hal Daddy ni?! Asal nak suruh I balik tiba-tiba?!"
"Jangan banyak tanya! Daddy kata balik! Balik!"
"And hadap muka Daddy dengan anak kesayangan Daddy tu?! No! Eh, aku lebih relalah tinggal kat hutan daripada duduk sebumbung dengan perempuan tu!"
"El,.."
Tuttt.. Tutt..
"Elena!!"
Jatuh air mata Kayla melihat Tan Sri Zaim bertekak dengan Elena di talian itu.
Keras betul hati kakaknya. Sudah 8 tahun Elena di Itali. Sekali pun tak pernah balik untuk menjenguk mereka.
Tidak lama kemudian, Aisar datang ke ruang tamu.
Kayla terkedu melihat wajah Aisar. Matanya sebelah kanan bengkak sedikit. Mungkin kerana dibelasah petang tadi.
Ya Allah,.. kesiannya Abang Aisar. Ini semua salah aku. Tak pasal pasal muka dia yang macho tu dah bengkak.
"Tuan, nampaknya mereka dah dapat tahu kita kat sini. Macam mana, Tuan?" tanya Aisar kepada Tan Sri yang duduk di sofa itu.
Tan Sri Zaim mengeluh kecil. Spek mata dibuka lalu diurut batang hidungnya yang paling atas.
"Itu kau tak payah risau. Sekarang ni, aku nak kau contact orang kita kat Milan. Bawa Elena balik" arah Tan Sri Zaim.
"Bawa Elena balik, Tuan?" Aisar sedikit terkejut. Selama ini, Elena tidak pernah balik ke Malaysia.
"Ya. Aku nak anak-anak aku ada dengan aku"
"Baik, Tuan" Walaupun kurang yakin dengan keputusan Tan Sri Zaim itu namun Aisar tiada hak untuk membantah.
Setelah itu, Aisar pun meminta diri. Dia sebagai ketua bodyguard akan berjaga malam sampailah subuh nanti. Dia merupakan orang kuat Tan Sri Zaim.
Akan tetapi, setelah Tan Sri Zaim memaklumkan dia telah mendapatkan seorang bodyguard bertaraf antarabangsa, Aisar mula rasa tergugat.
Share this novel
bila nk ade sambungan
bila nak update
Not bad. Best sgtt ne.. baru prolog