BAB 6 : KONFLIK DUA BERADIK

Romance Series 22494

Apabila tiba di dalam rumah, Black melepaskan tangan Kayla.

"Eeee awak ni! Terkejut saya tau! Ingatkan siapa yang culik saya tadi" omel Kayla geram.

Black memeluk tubuh memandang Kayla.

"Apasal kau ada kat situ waktu waktu macam ni? Kalau budak-budak Roy ada, macam mana?" tanya Black. Dia juga tidak kurang geramnya terhadap Kayla.

Kayla tergelak tidak percaya. Mamat ni dah gila agaknya. Kalau bukan sebab dia yang call and ganggu tidur aku tadi, aku tak adalah nak ke sana!

"Excuse me? Awak marah saya? Hello, Encik Black! Awak yang call saya and suruh saya pergi laman belakang tu tadi. Tak ingat ke?"

"What? Aku call kau?" Black kehairanan.

"Awak ingat saya gila ke ha nak pergi laman belakang tu pukul 1 pagi macam ni? Huft!" kata Kayla sambil dia mencekak pinggang memandang Black yang memakai hoodie berwarna hitam itu.

"Eh aku pun tak gilalah nak call kau pukul 1 pagi macam ni" balas Black pula.

Kayla ketawa lagi. Makin lama ketawanya makin kuat. Main-main pulak dia ni.

"Plus, aku tak save pun nombor kau" sambung Black lagi.

Tawa Kayla terus mati serta-merta. Dia berpaling ke arah Black. Melihat wajah Black yang series itu, dia menjadi cuak. Nampaknya, Black tak main-main.

"Awak ni,.. Jangan main-main. Walaupun saya mengantuk tapi saya yakin yang saya dengar tu memang suara awak" ujar Kayla. Dia mula takut.

"Itu bukan aku, Kayla" bidas Black.

Kayla terkedu. Dia menelan air liur. Kalau tadi tu bukan Black, habis tu siapa?

Kedengaran Black menghela nafas berat. Dia dapat berasa ada sesuatu tidak kena.

"Bawa sini handphone kau" Black menghulurkan tangannya kepada Kayla.

"Ha? Awak nak buat apa dengan handphone saya ni?" tanya Kayla. Telefonnya dia sorok ke belakang.

"Jangan banyak tanya, boleh tak? Bagi je lah"

Bila nada suara Black mula berubah tegas, Kayla akhirnya mengalah jua. Telefon iPhone 11 miliknya diserahkan kepada Black dalam keadaan tidak rela.

"Dah. Sekarang ni kau pergi masuk bilik kau balik" kata Black. Telefon Kayla dia simpan di poket hoodienya.

"Tapi handphone saya.."

"Dan jangan buat macam tadi lagi. Bahaya. Kau faham?"

Kayla tercengang seketika. Serentak itu, dia mengangguk faham.

Black pun mengatur langkah dari situ.

"Dan jangan buat macam tadi lagi. Bahaya. Kau faham?" Kayla mengajuk cakap Black.

Elehh! Obvious sangat, dia risau pasal aku. Hohohoho~

_______________________

Black dan Eddie begitu fokus dalam menyelongkar rekod panggilan telefon Kayla.

Tidak sampai beberapa minit, mereka telah dapat mengenalpasti akan kecurigaan Black tadi.

"Aku nak jumpa kau kejap. Aku tunggu kau kat belakang halaman rumah" peti suara yang memang sebiji suara Black dimainkan melalui laptop.

Black dan Eddie saling berpandangan.

"Samalah, Black. Itu memang suara kau!" kata Eddie terkejut.

Black yang berdiri di sebelah Eddie mengusap-usap dagunya.

"Tapi kau tahu kan, itu bukan aku" kata Black kemudiannya.

"Aku rasa diaorang dah duplicate gelombang audio suara kau untuk perangkap Kayla" ujar Eddie.

"Licik betul lelaki ni. Dia tak dapat guna cara kasar, dia guna cara halus"

"Roy dengan budak-budak dia tak akan berhenti untuk terus ganggu family ni"

"Apa sebenarnya diaorang nak dari keluarga ni?" Black menjadi penasaran.

"Itulah juga yang aku terfikir. Kalau pasal duit, takkan sampai macam ni sekali jadinya. Kalau aku jadi Roy, aku hantar surat ugut je. Tan Sri Zaim tu boleh bagi dia duit berapa je dan bila-bila masa je Roy nak" ulas Eddie.

Black diam sejenak. Dipandang Eddie yang sedang meneliti skrin laptop itu dengan fikiran bercelaru.

Betul juga cakap Eddie tu. Kalau Roy nak duit, dia boleh je hantar surat ugut. Tak perlu main taktik kotor macam ni.

Tan Sri Zaim Mustafa. Billionaire Malaysia. Ada tiga cawangan syarikat perniagaan di luar negara. Kat Malaysia ni, siapa je tak kenal dia? Kalau pasal duit, walau Roy minta satu juta sekalipun, Tan Sri Zaim boleh bagi lebih dari itu tak sampai dalam masa 24 jam.

______________________

Usai menyelongkar taktik kotor Roy di telefon Kayla, Black dan Eddie kembali berjaga di halaman rumah.

Kelihatan Aisar dan beberapa bodyguard yang lain sedang berkumpul di luar pagar.

"Kenapa tu?" tanya Eddie ingin tahu.

Seperti ada yang tidak kena, Black dan Eddie pun melajukan langkah ke arah mereka.

Ke semua mereka berkumpul secara membulat. Apabila Black dan Eddie muncul, mereka diberikan laluan.

"Ada apa ni?" tanya Eddie sambil melihat mereka satu persatu dengan rasa pelik.

Lagi pelik apabila mata mereka memandang semacam melihat Black.

"Apahal korang tengok aku macam ni?" Black pula bersuara.

"Kau nak tahu kenapa?" tiba-tiba suara Aisar menerpa.

Secara mengejut, Aisar melayangkan satu tumbukan tepat di hujung bibir Black.

"Kau apahal?!" waktu Black hendak menyerang balas, Eddie dan beberapa bodyguard lain menahannya.

"Aku apahal? Kau yang apahal?!" tengking Aisar.

"Aisar, aku tahu kau ketua kat sini tapi kau jangan melampau!" jerkah Eddie pula.

Aisar hanya menjeling tajam ke arah Eddie. Dia kemudiannya menapak mendekati Black. Sehelai kertas putih dihalakan ke arah Black.

JAGA KAYLA ELOK-ELOK, BLACK. JANGAN SAMPAI KAU TERLEPAS DIA LAGI.

Tulisan berwarna merah itu membuatkan Black tergamam.

"Apa semua ni, Black?" soal Muiz apabila dia berhenti di sisi Aisar.

Ke semua bodyguard yang berkumpul di situ mendamba jawapan yang sama daripada Black.

Eddie terus merampas kertas itu dari tangan Aisar lalu dia keronyokkan dan dibuang ke atas tanah.

"Itu dah tentu surat ugutan dari Roy. Korang gelabah sangat apahal?!" kata Eddie. Seperti biasa, dia sentiasa menyebelahi Black.

"Ya, memang. Memang itu surat ugutan dari Roy. Tapi dia mentioned nama Black dan juga Cik Kayla. We need an explanation" balas Muiz tanpa melihat ke arah Eddie. Dia hanya memandang tepat ke arah Black yang membatu itu.

"Explanation apa bendanya?"

"Eddie,.."

Bang!

Belum sempat Muiz bersuara, satu tembakan dilepaskan dan ia terkena salah seorang dari mereka.

Black, Eddie dan yang lain lantas mencari tempat bersembunyi. Kebetulan Black dan Eddie bersembunyi di tempat yang sama.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi das tembakan bertalu-talu dilepaskan.

Di sebalik semak, Black mencuri-curi melihat siapa tetamu tidak diundang mereka pada malam itu.

"Eddie, cover aku" Black sepertinya hendak meluru ke arah lelaki yang melepaskan tembakan itu.

Eddie mengambil posisi Black.

Melihat Black yang sudah maju, Aisar enggan mengalah. Dia juga turut keluar dari tempat persembunyiannya.

Tidak senang membiarkan Black dan Aisar berdua, Eddie turut mengekori mereka berdua.

"Muiz! Follow aku" arah Eddie.

Sepantas kilat, Muiz pun terus pergi bersama-sama Eddie dari situ.

Tiba di hujung jalan, lelaki misteri yang Black nampak tadi hilang dimakan kegelapan malam.

Black yang tercungap-cungap menendang batu kecil di atas jalan. Dia bengang bila terlepas akan lelaki tadi.

"Kau cari aku, Black?" tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang Black. Suara itu.

Black menoleh ke belakang dan Roy tersenyum sinis ke arahnya.

Black tidak membuang masa. Dia terus mengacu pistol tepat ke arah Roy. Picu ditarik untuk segera menyudahkan riwayat Roy.

"Jangan terburu-buru, Ejen Black" Roy kembali bersuara.

Black terkedu seketika. Namun dia tidak menunjukkan reaksi gelabah apabila identitinya yang sebenar sudah diketahui oleh Roy.

"Since dah kau tahu siapa aku, nampaknya aku kena senyapkan kau" Black bersedia untuk melepaskan tembakan.

"Sayangnya! Aku baru nak tanya kau satu soalan"

"Aku tak ada masa nak bersoal jawab dengan penyangak macam kau"

"Ok. Kalau kau tak nak bersoal jawab dengan aku. Aku nak kau jelaskan sesuatu pada aku"

Roy mengeluarkan sesuatu dari di sebalik jaketnya.

"Cantikkan rantai ni" rantai silver berbuahkan bentuk huruf R ditunjukkan kepada Black.

Roy puas melihat Black yang mula kaku itu. Sangkaannya betul. Rantai itu semestinya kelemahan Black.

"Mana kau dapat rantai tu?!"

Tawa besar Roy tercetus memenuhi ruang malam.

"Kau jangan main gila dengan aku, Roy! Mana kau dapat rantai tu?!" Black hilang arah. Melihat rantai yang terikat di 4 jari Roy itu melemahkan semangatnya untuk menamatkan riwayat Roy.

Roy tidak berkata apa-apa. Serentak itu, sebuah kereta hitam berhenti di tepi untuk mengambil Roy.

"Roy!"

Black tidak sempat mendapatkan Roy yang sudah masuk ke dalam kereta itu dan memecut laju pergi dari situ.

"Royy!!!"

Dengan perasaan begitu marah, Black melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki Roy namun semakin lama kereta itu semakin jauh beredar.

"Black!"

Tidak lama kemudian, Eddie, Aisar dan Muiz datang mendekati Black.

"Black, kau okey?" tanya Eddie. Dia hairan melihat wajah Black yang pucat itu.

"Tadi tu, Roy kan" Aisar menduga setelah melihat geseran tayar di atas jalan. Dia sudah kenal sangat akan geseran tayar milik kereta Roy.

Rantai tadi masih memerangkap emosi Black sehinggakan dia tidak dapat hendak bersuara.

"Eh Black! Kau jawablah aku! Tadi tu Roy kan!" Aisar menolak bahu Black.

"Aisar, rilekslah! Black dah korbankan nyawa dia kejar Roy sampai sini. Kau kena sedar tu!" celah Eddie.

"Aku tak kisahlah! Itu masalah dia! Black, asal kau biar Roy blah macam tu je?!" tengking Aisar lagi kepada Black.

Muiz mengeluh panjang. Kusut kepalanya dengan krisis Aisar dan Black yang tidak berkesudahan itu.

"Black, kau dah gila ke?! Asal kau lepaskan Roy?!" Aisar menolak Black dengan lebih kuat.

Black yang masih dalam dilema hanya membungkam di posisi.

Eddie dan Muiz melihat Black dengan rasa hairan. Asal Black diam je ni?

"Black! Kau jangan diam je! Jawablah aku, sial!" Aisar semakin bengang bila Black tidak menjawab apa-apa.

Black seakan-akan merelakan saja dirinya ditolak dan dicemuh oleh Aisar. Seraya itu, tanpa berkata apa-apa, Black mengatur langkah pergi dari situ meninggalkan mereka.

"Black, aku tak habis cakap lagilah dengan kau!!" laung Aisar tidak puas hati namun Black langsung tidak mengendahkannya.

Eddie tersentak dengan kelakuan Black itu. Kenapa pula dengan dia tu?

________________________

Elena berhenti dari berjoging di sisi jalan sambil tercungap-cungap. Peluh yang membasahi dahinya dikesat dengan tuala kecil yang tergantung di pergelangan leher.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki memakai singlet Adidas berwarna kelabu berjoging melalui Elena tanpa menegurnya.

Elena mengecilkan matanya memandang Eddie yang sudah jauh di hadapan itu.

Sejak kebelakangan ni, Eddie sudah jarang bercakap dengannya. Kalau bukan Elena yang dahulu bersuara, jangan haraplah Eddie akan bersuara juga.

Bukan apa. Elena kadang rasa janggal pula kalau tak bertekak dengan Eddie.

Eh wait. Asal aku nak rasa macam tu pula? Lantaklah kalau dia tak nak layan aku! Aku pun malas nak hadap muka dia!

Malas melayan perasaan merepek itu, Elena kembali berjoging dan mengejar larian Eddie.

Stamina Eddie yang stabil membuatkan Elena semput. Lelaki itu langsung tidak berhenti apatahlagi menoleh ke menjenguk Elena yang berada di belakang itu.

Arghhh! Aku penat!

Elena duduk di bangku kayu lalu tersandar kepenatan.

Sedang dia duduk untuk menghilangkan rasa penat, Eddie lalu di hadapan tanpa menoleh ke arah Elena.

Eddie lalu lagi. Masih juga tidak menoleh.

Dan lagi..

Dan lagi..

Dan lagi..

Dan lagi..

Eddie hanya meneruskan saja lariannya. Peluh di dada sudah kelihatan. Warna baju juga mula berubah gelap. Tapi still dia tidak berhenti.

Eddie masih tetap tidak memandang ke arah Elena apabila dia lalu di hadapan wanita itu.

Tiba-tiba, Elena sedar Eddie tidak lagi kelihatan.

Elena menunggu. Kaki disilang sambil memeluk tubuh. Lehernya dipanjangkan ke sekitar situ untuk mencari Eddie.

Aik? Mana pula dia ni?

Elena menjadi penasaran. Dia bangun dari tempat duduknya. Bebola matanya liar melihat ke seluruh taman.

Sah, Eddie sudah tiada di situ. Dah balik agaknya. Eh, tapi kitaorang datang sama-sama. Takkan dia balik sendiri pula?

"Cari apa tu?" kedengaran suara Eddie dari arah belakang.

Elena mengetap bibirnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang menghadap Eddie.

Sambil mengelap peluh, Eddie menapak mendekati Elena yang mukanya mula kelihatan merah itu.

"Cari aku eh?" tanya Eddie dengan senyuman meleret.

"Yes, memang I cari you. Tapi you jangan perasan. I cari you sebab I nak balik. I dah penat" jelas Elena dengan muka ketatnya.

Eddie hanya ketawa pendek. Dia mengiyakan saja penjelasan Elena itu.

_______________________

Eddie masuk ke dalam kereta BMW M5 dengan membawa dua tin 100 plus. Satu untuknya manakala satu lagi dia belikan untuk Elena.

Plak!

Penutup tin dibuka lalu Eddie memberikan kepada Elena yang khusyuk melayan telefon di tempat duduk belakang.

Namun pemberian Eddie itu tidak diendahkan oleh Elena. Malah Elena langsung tidak melihat pun. Apatahlagi sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih.

"Tak mahu sudah" Eddie pun kembali menghadap depan. 100 plus itu dia yang minum.

Elena menjulingkan matanya seraya merengus perlahan.

Just like that? Tak cakap apa-apa pun! Eee lelaki ni! Saja je buat aku bengang kat dia!

Tanpa mempedulikan Elena, Eddie pun terus meneruskan pemanduan pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan masing-masing hanya membungkam saja.

Yang perempuan kekal dengan egonya. Yang lelaki kekal dengan no feelingnya.

Setibanya di rumah, kelihatan Tan Sri Zaim sedang bersiap-siap hendak ke office agaknya.

Kayla bersalaman dengan Tan Sri Zaim. Siap berpelukan bagai. Jelas hubungan dua beranak itu amat rapat dan mesra.

Eddie memerhati Elena dari pantulan cermin. Seperti biasa, Elena tetap dengan muka ketatnya. Tapi, bohonglah kalau Elena tidak berasa cemburu dengan kemesraan yang terjalin di antara ayah dan adik perempuannya itu.

Elena keluar dari perut kereta. Eddie pula mengikuti Elena di belakang.

Melihat kebetulan Elena sudah pulang, Tan Sri Zaim menanti di pintu untuk bersua dengan anak sulungnya itu sebelum bertolak ke pejabat.

"El,.. Daddy nak ke kerja ni,.." beritahu Tan Sri Zaim.

"So?" balas Elena dengan memandang Tan Sri Zaim sambil memeluk tubuh.

"Tak nak salam Daddy?" Tan Sri Zaim menghulurkan tangannya kepada Elena.

Tangan Tan Sri Zaim yang dihulur langsung tidak dipandang oleh Elena.

"Kalau Daddy nak I salam Daddy, make sure tangan Daddy tu tak ada kesan tangan perempuan ni" kata Elena sinis.

Kayla tertunduk membisu. Dia tahu sindiran pedas itu Elena tujukan kepadanya.

Eddie yang masih di situ Elena jeling sekilas. Dia tidak kisah apa Eddie nak cuci dia selepas menyaksikan perkara yang sedang berlaku ini.

"El, kenapa dengan kamu ni?"

"Dahlah Daddy! I malaslah nak gaduh dengan Daddy pasal hal yang sama!" suara Elena mula meninggi.

"Then jangan asyik ungkit pasal hal yang sama! You're too much, Elena!!" kemarahan Tan Sri Zaim meletus dalam sekelip mata.

"Daddy pun melampau, tahu tak?! Daddy selalu menangkan perempuan jijik ni! Kenapa?! Sebab dia ni,.."

"Cukup!!!"

"Daddy, jangan!" saat melihat tangan Tan Sri Zaim mula naik ke udara untuk menampar Elena, Kayla segera menghalang.

"Daddy.. Please.. Jangan buat macam ni kat kakak.." rayu Kayla sambil memegang lengan Tan Sri Zaim.

Merah padam muka Tan Sri Zaim memandang Elena. Dia mendengus.

Tanpa berkata apa-apa, Tan Sri Zaim pun terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Elena dan Kayla.

Seraya itu, Elena pun mengatur langkah. Namun Kayla menahannya.

"Kakak,.."

"Kau jangan sentuh akulah!" Elena menolak Kayla dengan kuat sehingga dia tersandar di muka pintu.

"Elena! Kau jangan melampau sangat, boleh tak?!" Eddie segera mengawal situasi yang genting itu. Dia berdiri di antara Elena dan Kayla.

Hati Elena semakin sakit tatkala kini Eddie pula menyebelahi Kayla.

"Asal semua orang nak backup sangat perempuan pembawa sial ni, ha?!"

"Siapa pun dia ni, dia tetap adik kau!"

"Dia bukan adik aku!"

"Kau,.." ayat Eddie terhenti apabila lengannya dipegang oleh Kayla dari belakang.

Eddie berpaling melihat Kayla. Air mata Kayla mula bertakung. Dia menggeleng kepala agar menyuruh Eddie untuk tidak terus bertekak dengan Elena.

"Semak betullah semua orang dalam rumah ni! Macam bodoh je semua!!" teriak Elena semasa dia pergi dari situ.

Eddie menggeleng kepala melihat sikap baran Elena itu.

"Kakak kau tu dah melampau sangat dah, Kayla" ujar Eddie. Dia tidak puas hati apabila Kayla menghalangnya tadi.

"Tak apa. Jangan berkeras sangat dengan Kak El. Itu tak akan dapat mengubah apa-apa" jawab Kayla lembut.

Eddie mengeluh halus. Dia hanya mampu menurut saja kata Kayla sebagai ahli keluarga rumah itu. Siapalah dia hendak bersuara?

_______________________

Rantai berbuahkan huruf R yang berada pada Roy masih bermain di benak fikiran Black.

Black yang berada di balkoni bilik termenung jauh. Sesekali terdengar dia mengeluh panjang.

Dalam masa yang sama juga, Black kembali teringat akan lelaki yang dia nampak di bawah cahaya lampu malam tempoh hari.

"Macam-macamlah benda yang jadi kat keluarga ni. Tak cukup konflik kat luar, konflik dalaman pun teruk jugak" suara Eddie membebel menyentak lamunan Black.

"Kenapa ni?" tanya Black apabila Eddie mengambil tempat di sebelahnya.

"Apa lagi? Elena dengan Kayla lah.." jawab Eddie separuh.

"Gaduh lagi?" Black sudah dapat mengagak.

"Tak gaduh. Elena je yang tak habis-habis dengan baran dia tu. Asyik nak dihentamnya saja si Kayla tu"

"Habis tu, Kayla ok tak?" soal Black. Nadanya kedengaran risau.

Eddie diam sejenak. Dipandang Black dengan dahi berkerut kemudian tawa pelik tercetus.

"Kau asal gelabah semacam ni? Lek ah" kata Eddie.

"Takda lah gelabah. Aku tanya je, Kayla ok tak?"

Eddie mencebik bibir. "Yelah yelah. Kayla ok. Cuma dia sedihlah sebab Elena asyik-asyik layan dia kasar padahal dia sayangkan Elena tu" ujar Eddie.

Perasaan risau mula menyinggah di hati. Mesti Kayla sedang bersedih sekarang ni.

"Eh, kau nak ke mana?" tanya Eddie apabila Black hendak beredar dari situ.

"Err.. Aku nak pergi dapur. Nak minum" bohong Black. Padahal wajah Kayla kini bermain di minda.

"Yeke nak pergi dapur?" Eddie seakan tidak percaya.

"Ok takpa. Kalau kau nak tengok aku mati kehausan kat sini, takpa ah"

"Aduhai! Eh buruk gilalah kau macam ni!" geli geleman pula Eddie bila Black acah-acah merajuk bagai.

Black ketawa pendek. Lengan Eddie dipukul sekali sebelum dia berlalu dari situ.

Tiba-tiba Eddie teringat akan sesuatu.

"Eh, Black. Kejap"

"Apa lagi?" Black menoleh semula ke arah Eddie dengan gaya malas.

"Pasal semalam. Betul ke apa Aisar cakap? Kau terjumpa dengan Roy?" soal Eddie.

Black terdiam.

Melalui reaksi ditunjukkan Black itu, Eddie menjadi semakin penasaran.

"Kalau betul apa yang Aisar cakapkan tu, kenapa kau lepaskan Roy?" Eddie menyoal lagi. Setahunya, Black jenis yang tidak akan memberi muka kepada musuh. Apatahlagi melepaskan begitu saja.

Black tidak bersedia untuk memberitahu hal sebenar kepada Eddie. Bukan sekarang.

Tanpa menjawab apa-apa, Black berlalu pergi meninggalkan Eddie tanpa jawapan.

Seraya itu, telefon milik Eddie berdering. Jeneral Steeve di talian.

_____________________

Tiba di tangga belakang rumah, Black mendapati Kayla tiada di situ.

Pelik.

"So, mesti Eddie dah cerita kat awak pasal apa yang dah jadi antara saya dengan Kak El tadi" suara Kayla kedengaran. Dia keluar dari bawah anak tangga. Rupa-rupanya dia bersembunyi di situ.

Lebar senyuman Kayla menapak ke arah Black yang terkial-kial itu.

"Saya tahu awak akan datang sini cari saya" kata Kayla.

"Kalau kau tahu aku akan datang sini cari kau, kenapa kau menyorok bawah tangga tu?"

"Saja. Nak tengok awak risau pasal saya"

Black tergelak sinis. "Tak ada maknanya aku nak risau pasal kau" katanya.

"Kalau awak tak risau pasal saya, awak takkan ada kat sini"

"Tuan arah aku untuk jaga kau. So it's normal kalau aku datang sini cari kau" Black tidak mengaku kalah.

Mood Kayla swing serta-merta. Dia merengus geram apabila tewas dengan sikap ego melambung Black itu.

"Awak ni kan,.."

"Nampaknya kau ok dah ni. Aku pergi dululah" Black mula berganjak dari situ.

Kayla ternganga luas. Dia pergi tinggal aku macam tu je?!

Kayla tidak membiarkan Black pergi begitu saja.

"Hey! Awak ni boleh tak jangan nak ego sangat, ha?"

Black hanya membisu. Malah langkahnya semakin laju melangkah.

"Eee awak ni! Saya tengah cakap dengan awak ni!"

Black tidak mengendahkan Kayla.

"Black, kalau betul awak risau pasal saya, just say it! Saya ok je kalau awak risau pasal saya"

"Black! Awak dengar tak apa saya cakap ni?"

"Blaacckkk!!"

Black akhirnya berhenti melangkah. Bingit telinganya mendengar Kayla membebel macam mak nenek.

Black berpaling melihat ke arah Kayla yang beberapa jarak di belakangnya itu.

"Fine, memang. Memang aku risau pasal kau. Puas hati?"

Nafas Kayla bagaikan terhenti.

Black menjulingkan matanya ke atas seraya menggeleng perlahan. Setelah itu, dia pun menyambung langkah beredar dari situ.

Kayla menyandar di dinding. Jantungnya berdegup kencang. Dadanya dia pegang manakala mulut ditekup untuk menahan senyum.

Betul ke apa aku dengar tadi tu? Dia risau pasal aku?

_______________________

Elena hairan bila Makcik Jamilah memerhatikan dia makan sambil tersenyum-senyum sendiri.

"Makcik Jamilah ni dah kenapa? Tersengih-sengih tengok I" soal Elena. Jus oren diteguk sekali.

"Takda apa. Makcik seronok tengok Cik El berselera makan walaupun kari ayam yang makcik masak tu tak sama macam masakan arwah Puan Sri Dahlia" jawab Makcik Jamilah.

Elena hanya mengukir senyuman kelat mendengar kata-kata Makcik Jamilah itu. Kemudian, dia mengelap tepi bibirnya dengan sehelai tisu. Piring yang licin dia tolak ke tepi.

"Cik El nak tambah lagi?" tanya Makcik Jamilah apabila Elena selesai makan.

"No, thanks"

Makcik Jamilah pun terus mengambil piring dan cawan Elena lalu dibawa ke sinki lalu dicuci.

Elena keluar dari dapur. Dia menapak ke arah ruang tamu.

Bingkai gambar besar yang tergantung di dinding ruang tamu menarik perhatian Elena. Gambar itu dia pandang sambil menghela nafas berat.

Elena mendekati gambar besar yang terpapar wajah arwah Puan Sri Dahlia itu. Sudah 8 tahun dia tidak menatap wajah ini. Perasaan hiba mula datang tanpa dijemput.

"Mommy mesti rindukan kakak. Sama seperti Kay dan Daddy rindukan kakak" tiba-tiba suara Kayla muncul di belakang.

Elena lantas mengesat air matanya.

Tanpa bersuara, Elena beredar dari situ namun Kayla menahan lengannya.

Tangan Kayla ditepis kuat oleh Elena.

"Kakak, Kay minta maaf kalau selama ni Kay banyak buat salah kat kakak. Please,.. Jangan layan Kay macam ni" tutur Kayla sebak.

"Habis tu kau nak aku layan kau macam mana?!"

"Kakak,.."

"Mentang-mentanglah Daddy selalu menangkan kau, so kau nak aku layan kau macam puteri? Macam ratu? Macam madam besar kat rumah ni?!"

"Tak.. Bukan itu yang Kay nak,.."

"Habis tu apa kau nak, Kayla?! Apa kau nak dari aku?!"

"Kay.. Kay cuma nak kakak layan Kay macam seorang adik"

Kayla gagal menahan emosi. Tangisannya pecah. Air mata mengalir laju membasahi pipi. Sungguh dia berharap agar hati Elena kembali lembut untuknya.

"Akak, kalau Kay tahu yang akak cintakan Mikael, sumpah kak. Kay tak.."

"Tak payah cakap pasal benda yang dah lepaslah, Kayla"

"Akak, Kay.."

"Cukup, Kayla!"

Kayla terus terdiam seribu. Sementara dia memandang Elena dengan pandangan sayu, Elena pula memandangnya dengan pandangan penuh kebencian.

"Apa pun yang keluar dari mulut kau, ia takkan dapat mengubah apa perasaan aku kat kau" ujar Elena sinis.

"Kenapa akak benci sangat dekat Kay? Hanya disebabkan seorang lelaki, kakak sanggup buat adik kandung akak macam ni?"

"Kau bukan adik akulah! Kau jangan sesekali mengaku yang kau tu adik aku!"

"Kakak! Sampai hati kakak cakap macam tu. Depan Mommy, kakak sanggup cakap macam tu kat Kay?"

Elena menjeling sekilas ke arah gambar arwah Puan Sri Dahlia yang mengukir senyum manis.

Kayla menyedari akan air mata Elena yang tumpah.

"Akak,.." hati Kayla tersentuh bila melihat Elena menangis.

Elena tidak tahan untuk terus menghadap Kayla lagi. Dia terus beredar dari situ tanpa seungkap kata.

________________________

Terlalu melayan rasa sakit hatinya, Elena terlelap di samping air matanya yang terus-menerus mengalir.

Apabila mata terbuka, Elena menggosok-gosok kelopak matanya. Handphone di sisi dia capai untuk melihat jam.

Pergh! Dah pukul 6 petang?! Lamanya aku tidur.

Elena bangkit dari katil. Pantulan cermin besar menampakkan matanya yang sembab itu.

Heyy.. Elena.. Elena.. Tak boleh nangis sikit. Cepat je mata kau sembab.

Elena mengusap wajahnya perlahan. Rambutnya yang kusut dia ikat longgar lalu dibawa ke sisi belah kanan.

Bunyi tawa kecil di halaman rumah membuatkan Elena penasaran. Dia segera bangun dari katil lalu menapak ke arah balkoni biliknya.

Elena mengetap rahang. Darahnya menggelegak apabila melihat Kayla dan Tan Sri Zaim saling berketawa. Dua beranak itu kelihatan sangat gembira.

Happy betul diorang tanpa aku. Agaknya, kalau aku tak balik pun, tak apa.

Hati Elena kembali sakit. Seperti dicengkam sesuatu. Seperti disiat-siat benda tajam. Cemburu apabila Kayla mendapat layanan istimewa sebegitu daripada Tan Sri Zaim.

*tok! *tok!

Ketukan pintu membuatkan Elena terhenti sekejap daripada terpaksa menyaksikan happy moment Kayla dan Tan Sri Zaim.

Apabila pintu dibuka, Eddie terpacak depan pintu.

"You nak apa?" tanya Elena sambil memeluk tubuh melihat Eddie.

Eddie memerhati sejenak mata Elena yang sembab itu. Namun dia menahan diri dari bertanya.

"Aku terjumpa ni kat kereta" Eddie menghulurkan sebentuk subang mutiara kepada Elena.

Elena terus memegang cuping telinganya. Sebelah kanan ada. Sebelah kiri tak ada.

Aduh macam manalah aku boleh tak perasan?

Tanpa berkata apa-apa, Elena terus mengambil subang miliknya itu dari tangan Eddie.

Sewaktu Elena hendak menutup pintu, Eddie menahannya.

"You nak apa lagi, Eddie?" tanya Elena dengan nada malas.

"Asal dengan mata kau tu? Sembab semacam. Kau menangis ke?"

"You tak payah sibuk hal I, boleh tak?"

"Elena,.."

Bup!

Pintu bilik Elena hampir terkena batang hidung Eddie.

Eddie merengus perlahan.

Apalah masalah dia ni? Tak penat ke asyik nak moody je 24 jam?

_____________________

Sudah pukul 11 malam. Kayla melihat pintu bilik Elena masih tertutup rapat. Lauk yang terhidang dan jus oren yang terhidang di atas dulang depan bilik Elena masih tidak bersentuh.

Kayla mengeluh kecil. Rasa bimbang dan risau.

Kayla keluar dari biliknya lalu menapak menuju ke bilik Elena.

Kayla takut takut hendak mengetuk pintu bilik kakaknya itu. Tapi, kalau tak ketuk, bermakna dia membiarkan saja Elena tidur malam itu dengan perut kosong.

Kayla menarik nafas dalam-dalam. Dulang makanan dia pegang sebelah tangan sambil perut dijadikan sandaran. Tangan sebelah lagi digagahkan untuk mengetuk pintu bilik Elena.

"Akak,.. Kay ada bawakan akak makanan ni. Jom, makan" ujar Kayla lembut.

Namun Elena tidak membalas apa-apa dari dalam bilik.

Kayla mengetuk lagi.

"Akak, tak elok tidur dengan perut kosong. Nanti akak sakit. Makanlah sikit.." kata Kayla lagi.

Masih tiada respon dari Elena.

Pintu bilik Elena diketuk lagi oleh Kayla.

"Janganlah macam ni, kak.. Makanlah sikit. Sikit pun tak apa. Asal perut akak terisi" pujuk Kayla lagi.

Kayla mendekatkan telinganya di muka pintu. Elena masih membisu.

Kayla kemudiannya mengambil telefon di poket baju tidurnya lalu mendail nombor Elena. Deringan telefon milik Elena berbunyi. Maknanya, Elena ada kat dalam bilik.

"Akak,.. Kay tahu akak ada kat dalam. Keluarlah akak. Jamah makanan ni sikit. Nanti akak sakit.." Kayla terus memujuk Elena.

"Akak,.."

Bup!

Kayla terdiam apabila sepertinya Elena menghumban sesuatu di sebalik pintu. Bunyi itu sangat kuat.

Apabila Kayla mendail semula, bunyi ringtone telefon Elena semakin kuat. Jadi, benda yang dibaling oleh Elena itu adalah telefonnya.

"Akak,.."

"Kau blahlah, Kayla!" Elena menengking dari dalam.

"Akak, please.."

"Kayla,.." tiba-tiba Black muncul di sisi Kayla.

"Black,.."

"Dahlah tu"

"Tapi.. Kak El tak makan lagi" suara Elena mula bergetar.

"Mesti dia akan keluar breakfast juga esok" Black cuba menyedapkan hati Kayla.

"Tak. Kak El tak takkan keluar. Pernah sekali, Kak El tak keluar dari bilik selama seminggu" jelas Kayla risau akan Elena.

Black mengeluh halus. Dia tidak sanggup lagi melihat keadaan Kayla sebegitu.

"Takpa. Esok pagi, kita pujuk kakak kau breakfast, okey?"

"Kita?"

Black membungkam. Dulang makanan yang Kayla pegang dia ambil perlahan.

"Dah lewat dah ni. Kau pergilah tidur" ujar Black.

Entah kenapa Kayla berasa lelaki yang ada di depannya sekarang ini adalah orang yang lain. Bukan Black. Cakap pun lembut je. Atau mungkin, ini sisi Black yang dia tidak tunjukkan selama ini? Rupa-rupanya, di sebalik sifat dingin Black, terselit juga sifat prihatin.

"Thank you, Black" ucap Kayla.

Black hanya mengukir senyuman nipis sebagai jawapan untuk ucapan terima kasih dari Kayla itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience