Hello! Apa khabar readers MAL? Masih setia menunggu tak tu? Hehehehehe
Sorry sbb buat awak semua tunggu
Yes, guys. Ianya sbb yg sama hahahaha. Assignment bertimbun weh ????????
But jgn risau. Sis takkan kecewakan awak semua. So this is it! Happy reading
By the way, korang ada ig tak? Ha, meh ler kita berfollow hahaahha
IG - nialovaa_
________________
"What, Sir?!"
Eddie lantas terbangun dari kerusi setelah mendengar berita dari Jeneral Steeve itu.
"But Sir.. How can this happen?" tanya Eddie. Jelas dia masih tidak percaya dengan apa yang baru saja diberitahu kepadanya.
"The DSU has confirmed this. We can no longer deny it" ujar Jeneral Steeve di talian.
Eddie mengeluh halus. Dengan lemah, dia kembali duduk di kerusi.
"If that so, do I need to tell Agent Black about this, Sir?" soal Eddie. Nada suaranya kedengaran sedikit hampa.
Sama seperti Eddie, Jeneral Steeve turut berasa perkara yang sama. Kedengaran dia juga turut mengeluh di corong telefon.
"As the leader for this mission, I instruct you, Agent Eddie, to tell this authentic report to Agent Black. We will not compromise with the enemy"
Tatkala Jeneral Steeve telah mengeluarkan arahan sedemikian, Ejen Eddie tiada jalan lain selain dari akur terhadap arahan tersebut.
"Instructions received, Sir" sahut Eddie.
Setelah mematikan talian, Eddie diam seketika. Dia meraup wajahnya hingga ke belakang kepala.
_____________________
"DADDDYYYYYY!!"
Elena terbangun dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap. Dia memegang dadanya seraya cuba untuk membawa bertenang.
Elena melihat ke arah sekeliling ruang yang berkonsepkan modern rustic itu. Dia meraba-raba permukaan tilamnya. Setelah dia pasti dia berada di biliknya, barulah Elena dapat menghela nafas seperti biasa.
Huh! Tadi tu mimpi je rupanya.
Elena mengusap wajahnya perlahan lalu menyandar di kepala katil.
Ya Allah! Kenapalah aku mimpi macam tu? Tak pernah pernah aku mimpi buruk pasal Daddy. 8 tahun aku kat Itali tu, tak pernah sekali pun aku dapat mimpi macam tadi.
Hish! Tak apalah! Tak payah fikirlah tu. Tu kan cuma mimpi je? Mimpi tu kan, mainan tidur.
Tapi.. Still.. Aku masih tak sedap hati.
Elena kemudiannya melihat ke arah jam. Pukul 7.
Mesti Daddy belum gerak pergi office lagi.
Tanpa membuang masa, Elena bergegas turun dari katil dan meluru keluar dari biliknya untuk mendapatkan Tan Sri Zaim.
Namun langkah Elena hanya sampai di luar bilik saja.
Di tingkat bawah, kelihatan Tan Sri Zaim ada bersama dengan Kayla. Dua beranak itu sedang menapak ke arah pintu utama. Kayla sedang menghantar Tan Sri Zaim yang hendak pergi ke pejabat itu.
"Kerja elok-elok tau, Daddy. I love you. Kay saaaaayang Daddy" tutur Kayla dengan manjanya.
"Daddy pun saaaayaang princess Daddy ni" balas Tan Sri Zaim sambil mengusap rambut Kayla.
Elena terdiam kaku di posisi. Hatinya mula terasa sakit melihat kemesraan Tan Sri Zaim dan Kayla itu.
Sejak dari dulu, Daddy asyik cakap benda yang sama kepada Kayla. Sekali pun Daddy tak pernah cakap macam tu kat aku.
Betapa mudahnya mereka berdua mengungkapkan perasaan sayang terhadap satu sama lain. Sedangkan aku?
Tanpa disedari, air mata Elena menitis pagi itu. Sewaktu dia hendak masuk semula ke dalam bilik, ternyata Eddie telah memerhatikannya juga dari tingkat bawah.
Menyedari pandangan Eddie seperti mengasihani akannya, Elena segera mengesat air matanya dan terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan Eddie.
Tibanya dia di dalam bilik, Elena gagal mengawal emosinya.
Bingkai gambar arwah Puan Sri Dahlia yang terletak di atas perabot, dicapai oleh Elena sambil menangis tersedu-sedu.
"Mommy.. I have no one. El tak ada sesiapa. Mommy.. I miss you.. I want you.." Elena merintih dengan penuh rasa rindu.
Elena terduduk lemah di belakang pintu. Bingkai gambar arwah Puan Sri Dahlia dia bawa ke dada dan dipeluk erat.
____________________
"Jom keluar?"
Black yang sedang melayan iPad di halaman rumah melihat Kayla yang sudah bersiap-siap hendak keluar itu dengan perasaan kosong.
Kayla berdecit. Dia mendekatkan lagi jaraknya dengan Black apabila lelaki yang memakai sut berwarna dark maroon itu tidak melayannya.
"Black. Awak dengar tak saya cakap apa ni? Saya nak keluar. Jom" ajak Kayla dengan senyuman lebarnya.
"Aku busy" ringkas saja dari Black.
Kayla menjuihkan bibirnya. Dia cuba mengintai apa yang sedang Black layari di iPad miliknya itu.
Namun laju saja Black menyembunyikan iPad itu.
"Elehh! Busy konon. Black.. Jomlah keluar" Kayla mendesak manja.
Black menayangkan muka ketatnya.
"Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap aku busy. Kau pergi keluar dengan Eddie lah" tak pasal pasal, Eddie yang menjadi mangsa.
"Saya dah ajak Eddie tadi. Tapi.."
"Oh maksudnya. I'm the second choice?" kedengaran seperti Black tidak berpuas hati.
Melihat reaksi Black sebegitu, Kayla tertawa pelik.
"Awak jealous ke?" soal Kayla sambil dia tersengih-sengih.
Black terdiam seketika. Bibir digumam.
Eh gilalah kau ni, Black! Asal kau tanya soalan macam tu pula?
"Ohh.. Okeyyy,..! I see. Awak jealous eh" sengaja lagi Kayla mengusik.
"Tak payah nak mengarutlah" Black terus bangun dari tempat duduknya dan beredar dari situ.
Kayla tergelak kecil. Dia mengikut langkah Black dari belakang.
"Black, awak jealous ke?" tanya Kayla lagi.
Namun Black hanya membisu saja. Langkahnya semakin laju ke hadapan.
"Ohh! Patutlah hari tu, masa awak ambil saya kat tepi jalan sebab kereta rosak, awak moody! Awak jealous eh sebab saya keluar dengan Eddie?"
Black memutarkan bebola matanya ke atas. Malas dia hendak melayan spekulasi merepek Kayla itu.
Kayla menekup mulutnya menahan tawa.
Ok, now aku dah tahu dah! Patutlah hari tu dia dingin semacam je dengan aku! Rupa-rupanya dia jealous aku keluar dengan Eddie. Ya Allah, hahahahahaha!
"Alaahh, awak ni. Actually, hari tu, saya ada emergency. Kebetulan pula, Eddie dah ada kat situ. So, saya gunalah perkhidmatan bodyguard Eddie" Kayla cuba menjelaskan hal yang sebenar.
Black akhirnya menghentikan langkahnya. Dia kemudian berpaling ke arah Kayla.
"Emergency?" tanya Black dengan raut wajahnya yang ragu-ragu.
Kayla menganggukkan kepalanya.
Black tergelak sinis. Emergency konon. Yelahh tu.
"Tapi Eddie bagitahu aku yang korang pergi keluar makan" kata Black sambil dia memeluk tubuh melihat Kayla.
Kayla menutup mulutnya. Menahan ketawanya dari meletus.
"Oh. Eddie bagitahu awak macam tu eh?" kata Kayla sambil dia menahan gelak.
Black semakin geram. Dia menggeleng kepala melihat gaya Kayla yang sengaja hendak mempermainkannya itu.
"Ok fine. Saya akan bagitahu awak perkara yang sebenar" ujar Kayla. Entah kenapa aku rasa risau pula membiarkan mamat dingin ni terus salah faham pasal kejadian hari tu.
"Hari tu. Wafa call saya. Tengah syok kitaorang borak tiba-tiba saya dengar Wafa muntah. So saya risaukan dia. Then, saya decide saya nak pergi kat dia untuk make sure yang dia tak apa-apa. Well, of course saya risaukan pasal dia. Dia kan bff saya" Kayla mula menceritakan hal yang sebenar.
"Kau tahukan yang Tuan suruh aku jaga kau? Kenapa kau tak cari aku? Aku bodyguard kau. Bukan Eddie" kedengaran Black masih lagi tidak berpuas hati.
"I did, okey. I was looking for you"
"Habis tu?"
"Masa tu, kebetulan, Eddie ada kat situ. So, saya pergi je lah dengan dia"
"Kenapa? Tak boleh ke cari aku sekejap?"
"Awak tahu tak EMERGENCY? E M E R G E N C Y. Emergency. Kecemasan. Saya takut kalau ada apa-apa jadi kat Wafa. Sebab, masa tu, saya call Ammar. Ammar pun tak pick up call saya. So, saya risau kalau ada apa-apa buruk jadi kat kawan saya. Jadi, kebetulan Eddie dah ada kat depan mata saya masa tu. Saya pergilah dengan dia" jelas Kayla bersungguh-sungguh.
Mendengar penjelasan Kayla itu, Black membungkam seketika.
"Ok now, awak dah tahu. So, awak masih marahkan saya?" tanya Kayla sambil membuat muka sepuluh sennya.
Black masih lagi mendiamkan diri.
Kayla menjadi bingung. Diam tu, maksudnya apa?
"Awak maafkan saya tak?" tanya Kayla.
Black akui Kayla berjaya memujuk hatinya. Namun, dia tidak mahu menunjukkan hakikat itu kepada Kayla.
"Aku tunggu kau kat kereta" usai berkata demikian, Black terus beredar.
"Ha? Kita jadi keluar ke? Yeayyy! Jom!" Kayla pun bersorak kegembiraan apabila Black akhirnya sudi juga hendak keluar dengannya.
________________________
*tok *tok
Ketukan pintu membuatkan Tan Sri Zaim berhenti dari menyelak helaian fail.
"Yes, come in" arahnya.
"Tan Sri.." suara Ramli kedengaran.
Apabila Tan Sri Zaim mengangkat wajahnya memandang Ramli, dia tergamam terkelu.
Ramli tidak datang seorang. Lelaki separuh umur itu 'ditemani' oleh Roy.
"Kau nak apa, Roy?" Tan Sri Zaim memandang Roy dengan tajam sekali.
"Aku nak kau ikut aku keluar dari office kau yang besar ni"
"Berani kau buat hal kat sini"
"Ini Roy lah" Roy ketawa besar.
Tan Sri Zaim mulai buntuh. Apalagi melihat Ramli di dalam genggaman Roy.
Roy memang licik! Untuk mendapatkan Tan Sri Zaim, dia akan jadikan sesiapa saja yang berkaitan dengannya sebagai tebusan.
Tan Sri Zaim melirik ke arah telefon dan Roy menyedari akan hal itu.
"Kau jangan terfikir pun nak call sesiapa. Kalau tidak, sampai sini je lah riwayat orang tua ni" Roy memberi amaran. Dia mengacukan pisau di bahagian pinggang Ramli.
"Tan Sri.. Tolong saya.." Ramli terketar-ketar. Dapat dia rasakan akan mata pisau itu.
Tan Sri Zaim tidak mampu berbuat apa-apa apabila nyawa Ramli kini berada di hujung tanduk.
"Baiklah. Aku akan ikut cakap kau. Kau nak apa?" Tan Sri Zaim terpaksa akur kepada Roy.
Tawa jahat Roy mula bergema di seluruh pelusuk bilik pejabat Tan Sri Zaim. Puas hatinya melihat Tan Sri Zaim yang sudah kecut itu.
"Aku nak kau follow aku keluar dengan lagak biasa. Kalau ada sesiapa kat office kau ni curiga pasal kita, kau akan menyesal" Roy memberi amaran.
Tan Sri Zaim tidak mahu membuang masa. Dia tidak mahu melibatkan pula nyawa pekerjanya.
Tan Sri Zaim keluar dari bilik pejabat bersama Roy dan Ramli. Seperti yang dikehendaki Roy tadi, mereka bertiga keluar dengan lagak yang biasa.
Mereka masuk lif bersama-sama. Beberapa orang pekerja berada di dalam lif yang sama.
Tan Sri Zaim melakukan seperti apa yang dimahukan oleh Roy.
"Tan Sri.. Saya baru nak ke bilik Tan Sri. Saya perlukan tandatangan Tan Sri" salah seorang dari mereka bersuara.
Tan Sri Zaim melihat sekilas ke arah Roy yang berada betul-betul berada di sebelahnya.
Walaupun Roy tidak memberi sebarang respon dan hanya melihat saja ke depan, Tan Sri Zaim tahu, mesti Roy tidak mahu dia berinteraksi dengan pekerjanya itu.
"Tak apa. Bagi kat secretary saya je" kata Tan Sri Zaim. Kemudian dia berpaling semula ke arah Roy. Roy mengukir senyuman sinis.
Ramli pula hanya diam di posisi. Tanpa mereka sedar, Roy masih lagi mengacu pisau di pinggangnya sebagai ugutan untuk Tan Sri Zaim.
Tidak lama kemudian, mereka bertiga pun tiba di parking basement. Suasana begitu sunyi kerana waktu itu masih waktu bekerja.
Akhirnya Roy melepaskan Ramli. Dihumbannya orang tua itu sehingga dia jatuh tersembam ke lantai.
"Ramli,..!"
"Kau ikut aku!!" Roy menarik pula Tan Sri Zaim yang hendak mendapatkan Ramli.
"Tan Sri!" Ramli tidak mampu berbuat apa-apa.
Dua orang konco Roy telah pun menanti di kereta Toyota Alphard milik Tan Sri Zaim. Dalam sekelip mata saja, mereka membawa Tan Sri Zaim pergi dari situ.
_________________________
"Wafa tak masuk kerja ke hari ni?" tanya Kayla semasa membuat pembayaran di kaunter.
"Kacip molek mung off hari ni" jawab pekerja perempuan yang manis bertudung bawal berwarna hitam itu.
Kayla mengangguk faham.
Yelahh.. Orang pregnantlah katakan. Mestilah kena duduk rumah je.
Ha? Kacip molek tu apa? Ha, untuk pengetahuan korang, kat Terengganu, kacip molek tu maksud dia, kawan baik.
"Gewe mung ka?" cashier itu menyoal lagi.
"Ha?"
"Tuuu. Kat luar tu. Gewe mung ka?" tanyanya dengan bibir dimuncungkan ke arah seseorang yang berada di luar kedai.
Kayla melihat sekilas ke luar kedai. Black?
Kayla tertawa kekok.
"Bukanlah. Kawan je" beritahu Kayla.
Cashier itu menjuihkan bibirnya. Seperti tidak percaya akan Kayla.
Usai membuat pembayaran, Kayla pun terus beredar keluar. Kalau lama-lama kat situ, entah apa lagi soalan yang perlu dia hadap.
"Tadaaaaa! Saya ada novel baruuuu" Kayla menayangkan beberapa buah buku novel yang baru dibelinya kepada Black.
Black memandang Kayla tanpa sebarang perasaan. Entah apa yang dia ni excited sangat entah.
"Kau ajak aku keluar semata-mata nak beli novel je?" tanya Black.
"Ha'ah. Novel hari tu saya dah habis baca. So, saya nak beli novel baru" jawab Kayla.
"Kau memang tahu baca novel je eh?"
"Yup"
"Huh. Boringnya life kau" ujar Black dengan nada mengejek.
"Amboi! Habis tu life awak? Best sangat ke?"
"Mestilah best" jawab Balik dengan gaya angkuh.
Kayla mencebik. "Best? Jadi bodyguard awak cakap best?"
"Well, jadi bodyguard ni extreme sikit. That's so me"
"Cehh! Extreme konon! Berbahaya adalah"
Black tertawa pendek apabila Kayla berkata sedemikian. Tu baru dia tahu aku kerja sebagai bodyguard. Agaknya, apa akan dia cakap kalau dia tahu yang aku sebenarnya adalah ejen perisikan rahsia?
"Saya tak dapat bayangkan kalau saya jadi girlfriend awak. Mesti hari-hari saya akan risau je. Sebab saya tahu, bila-bila masa je saya akan kehilangan awak" ujar Kayla dengan selambanya.
"Kalau macam tu, kau jangan jatuh cinta kat aku" jawab Black.
Kayla lantas terdiam seribu bahasa.
Black mengukir senyuman halus memandang Kayla yang sepertinya kebingungan itu.
"Kau dengar tak aku cakap apa?" tanya Black apabila Kayla membisu saja.
"Ermm.. Ya.. Saya dengar.. Tapi.."
"Then, aku akan anggap kau faham apa maksud aku" celah Black yang masih tersenyum itu.
Air muka Kayla sepertinya tidak mahu mengiyakan apa yang baru saja dia dengar. Dia sepertinya tidak mahu memahami apa maksud di sebalik ayat Black itu tadi.
"Tapi.. Macam mana kalau, satu hari nanti, saya jatuh cinta kat awak?"
"Jangan, Kayla" nada suara Black kedengaran tegas. Seolah-olah dia bersungguh-sungguh menghalang Kayla dari jatuh cinta kepadanya.
Lidah Kayla terus menjadi kelu. Dipandang Black dengan pandangan redup.
"Lagipun, aku yakin. Dalam hati kau, masih ada Kashaf" ujar Black.
Kayla terkedu. Dia tidak menyangka ayat itu terpacul keluar dari mulut Black.
"Malam masa kau bergaduh dengan Elena, aku ada kat situ. Aku dengar semuanya. Kau masih cintakan Kashaf. Kau masih sayangkan Kashaf. Jadi,.."
Belum sempat Black menghabiskan ayatnya, Kayla sudah pun beredar dan dia terus masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta, perasaan Kayla bercampur-baur.
Ya, malam itu memang aku cakap macam tu. Tapi, aku cakap macam tu semata-mata untuk melembutkan hati Kak Elena. Aku tak tahu kenapa perasaan aku kosong sewaktu aku cakap aku masih cintakan Kashaf.
Tiba-tiba, Black masuk ke dalam kereta dengan keadaan tergesa-gesa.
"Kenapa ni?" Kayla mula berasa takut. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena.
Tidak lama kemudian, telefon bimbit Black berdering. Black terus menjawab panggilan itu sambil dia memecut laju.
"Eddie,.."
"........"
"Ya, aku tahu. Aisar dah call aku tadi. Elena mana?"
"........."
"Ok. Aku datang sekarang"
"Black, kenapa ni? Apa dah jadi?" Kayla bertambah cemas.
"Aku akan hantar kau balik"
"Ha? Balik? Tapi kenapa? Apa dah jadi?"
"Aku akan hantar kau balik dan kau jangan sesekali keluar dari rumah"
"Tapi.."
"Kau ikut je lah cakap aku!" tiba-tiba suara Black naik mendadak.
Kayla lantas terdiam. Meski masih terasa dengan kejadian tadi, ditambah pula apabila Black menengkingnya sebegini, Kayla berfikiran bahawa mesti ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. Lalu, Kayla hanya menurut saja kata Black.
________________________
Apabila sampai saja kereta Audi TT yang dinaiki Kayla dan Black ke perkarangan rumah, dua orang bodyguard terus meluru untuk mengiringi Kayla masuk ke dalam rumah. Black mengetuai mereka.
Sewaktu Kayla keluar dari perut kereta,Black terus mendakap bahunya dengan erat sekali.
Kayla tergamam dengan tindakan Black itu. Dilihatnya Black dengan mata yang tidak berkedip. Situasi ini mengingatkan Kayla tentang saat kali pertama dia bertemu dengan Black sewaktu berada di lapangan terbang tempoh hari. Demi menyelamatkan dia dari Roy dan konco-konconya, Black melakukan hal yang sama seperti ini.
Kayla melihat bahunya yang dipegang kemas oleh Black. Terasa dia betul-betul dalam keadaan yang sangat selamat.
"Aisar dengan yang lain dah gerak ke sana?" tanya Black kepada dua orang bodyguard itu.
Lamunan Kayla mengimbau detik pertemuannya dengan Black terhenti serta-merta.
Kayla terdengar akan persoalan Black kepada dua orang bodyguard itu.
'Gerak ke sana'? Apa maksud Black?
"Sudah. Memang betul. Diaorang dah bawa Tuan ke tempat tu" jawab salah seorang bodyguard itu.
Kayla yang tadi diganggu perasaan tanda tanya mula berasa risau. Dilihatnya Black dengan wajahnya yang pucat.
"Apa maksud awak? Daddy mana? Daddy kenapa?" soal Kayla resah.
Tiba di muka pintu, Makcik Jamilah sudah berada di sana. Manakala Elena pula sedang menanti di ruang tamu. Namun wajah Elena kelihatan baru seperti menangis.
Kayla semakin tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang dah jadi ni?
"Korang dah kunci semua pintu dan tingkap kat sini?" tanya Black kepada para bodyguard itu lagi.
"Sudah, Black"
"Ok bagus. Korang take over kat sini. Yang lain dah ambil position masing-masing?"
"Sudah"
Black seperti berpuas hati. Kemudian dia berpaling ke arah Makcik Jamilah dan Kayla. Black mengukir senyum. Mungkin untuk menenangkan hati kedua-dua mereka.
"Makcik Jamilah. Tolong tengok-tengokkan diaorang ya" ujar Black kepada Makcik Jamilah.
Makcik Jamilah hanya mengangguk kecil.
"Hati-hati, Black" tutur Makcik Jamilah dengan raut wajahnya yang risau.
Black hanya tersenyum saja.
Black seperti tidak sanggup untuk melihat Kayla. Tanpa berkata apa-apa, dia mengatur langkah dari situ. Namun pergelangan tangannya dipegang oleh Kayla membuatkan langkahnya terbantut.
Saat Black menatap mata Kayla, mata wanita itu penuh dengan kebimbangan.
"Jangan risau. Aku janji. Aku akan bawa Tuan balik dengan selamat" ujar Black dengan nada yang menyenangkan. Tidak lagi dia dingin seperti di kedai buku tadi.
"Awak juga mesti janji awak akan balik dengan selamat" kata Kayla.
Black diam seketika. Pergelangan tangannya yang digenggam Kayla dilihat sekilas. Betapa erat Kayla memegangnya.
Black tidak mampu menjanjikan hal itu. Apa yang pasti, dia akan membawa Tan Sri Zaim pulang ke pangkuan Kayla dengan selamat.
Perlahan-lahan Black meleraikan tangannya dari genggaman Kayla lalu dia terus beredar dari situ.
__________________________
Black tiba di jeti bot Penambang Shahbandar. Dia terus ke arah Eddie yang kebetulan berada tidak jauh darinya.
"Apa cerita? Ada dapat apa-apa info?" soal Black setelah mendekati Eddie.
"Tak ada lagi. Orang-orang kat sini tak nak bagi kerjasamalah" jawab Eddie sambil mukanya berkerut-kerut menahan kepanasan cahaya matahari.
"Tak nak bagi kerjasama? Kenapa? Diaorang takut? Budak-budak Roy ugut diaorang ke?"
"Bukan"
"Habis tu?"
"Tuu,.." Eddie memuncungkan mulutnya ke arah belakang Black.
Black lantas menoleh. Kelihatan Aisar dan Muiz sedang berbincang sesuatu dengan dua orang lelaki yang lengkap memakai uniform keselamatan.
"Siapa diaorang tu?" tanya Black.
"Komander Hasani dengan Leftenan Khairil. Diaorang tu Pegawai Maritim Terengganu. Aisar yang panggil diaorang ke sini untuk minta bantuan. Apa lagi? Kecutlah nelayan-nelayan kat sini. Nelayan-nelayan kat sini bukan semuanya penduduk tempatan" jelas Eddie dengan nada bengang. Jelas dia tidak berpuas hati dengan tindakan Aisar itu.
Black mengeluh berat. Dia kemudiannya melihat sekeliling sambil mencekak pinggang.
"Kenapa agaknya Roy bawa Tan Sri Zaim ke sini?" Black tertanya-tanya.
Eddie hanya membisu seribu. Dia sendiri tidak tahu.
Seketika, mata Black tertancap ke arah seorang lelaki sebaya dengannya yang berada di dalam bot beberapa jarak dari mereka.
Lelaki yang memakai baju berwarna biru lusuh itu menunjukkan tingkah laku yang mencurigakan.
Apabila bebola mata mereka bertentangan, riak wajah lelaki itu kelihatan berubah cuak. Topi yang dia pakai diturunkan sedikit untuk menyembunyikan mukanya dari Black.
"Encik?" Black mula menapak ke arah lelaki tersebut.
Apabila menyedari Black mula mendekatinya, lelaki itu gelabah habis. Dia berlari ke belakang bot.
"Encik, tunggu!"
"Black!" Eddie mengejar Black yang sudah meluru ke arah sebuah bot.
"Encik! Tunggu! Jangan lari!" Black yang berada di atas jambatan terus melompat ke bot lelaki tadi.
Terlalu takut, lelaki itu menemui jalan buntuh. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun ke dalam laut.
Black tidak akan melepaskan lelaki. Lelaki itu mesti tahu sesuatu. Sutnya dibuka lalu dia turut terjun ke dalam laut untuk mendapatkan lelaki tadi.
"Encik, tunggu!"
Dalam sekelip mata, Black dapat mencengkam kolar baju lelaki itu.
"Lepas! Lepas! Ambe dok salah! Ambe dok salah!" lelaki itu meronta-ronta meminta dilepaskan oleh Black.
"Encik! Bertenang! Saya tak akan apa-apakan awak!" Black cuba untuk menenangkan lelaki itu.
"Black! Ambil ni!" Eddie yang berada di atas bot melemparkan pelampung ke arah mereka.
Black membawa lelaki itu naik ke atas bot dengan bantuan pelampung.
Setibanya di permukaan bot, seluruh badan lelaki itu mengigil.
"Asal kau kejar lelaki ni?" tanya Eddie kepada Black yang sudah basah lencun itu.
Black tidak menjawab pertanyaan Eddie itu. Tapi, dia yakin. Tindakannya mengejar lelaki ini sehingga terpaksa terjun ke laut tadi adalah tindakan yang betul.
Black kemudian duduk melutut dengan sebelah kaki menghadap lelaki itu.
"Saya.."
"Ambe dok tahu mende!" lelaki itu memintas ayat Black.
Black berpaling ke arah Eddie. Seolah-olah memberikan jawapan kepada soalannya tadi.
Eddie dapat menangkap akan pandangan mata Black itu. Dia pun turut mendekati lelaki tersebut.
"Kami tak cakap apa-apa pun lagi" ujar Eddie.
Lelaki itu kelihatan sangat takut sekali. Dia sampaikan tidak berani hendak melihat ke arah Black dan Eddie.
Black menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Encik. Tolong, bagi kerjasama. Saya janji. Encik akan selamat" kata Black.
Mendengar kata-kata Black itu, barulah lelaki tadi mengangkat wajahnya.
Black mengukir senyum. Dia memaksa lelaki itu secara halus untuk memberi kerjasama.
_______________________
Apabila ikatan matanya dibuka, pandangan Tan Sri Zaim kelihatan kabur dan tidak jelas.
Beberapa saat kemudian, barulah pandangannya kembali normal seperti biasa. Dia melihat sekeliling. Dia sedang berada di bot besar dan terperangkap di tengah-tengah laut!
"Hello Tan Sri Zaim Mustafa" seorang lelaki memakai kemeja merah yang tidak berbutang di bahagian dada melabuh punggung di hadapan Tan Sri Zaim. Rantai berbuahkan huruf R bergoyang perlahan di pergelangan leher lelaki itu.
Tan Sri Zaim yang dalam keadaan terikat hanya membungkam. Dilihatnya lelaki itu dengan dahi berkerut. Dia tidak mengenali lelaki yang sedang berada di hadapannya itu. Namun, dia tahu, mesti lelaki itu konco Roy.
Lelaki itu tergelak-gelak melihat reaksi Tan Sri Zaim yang terpinga-pinga itu.
"Roy, muka orang macam ni pun kau boleh benci ke? Muka dia ni kelakar kot. Macam muka joker" kata lelaki itu dengan berseloroh.
Tidak lama kemudian, seseorang datang dari arah belakang lalu mengambil tempat di sebelah lelaki tadi.
"Roy!" Tan Sri Zaim memandang Roy dengan pandangan tajam sekali.
"Wahhh! Kau kenal dia je. Kau tak kenal aku?" lelaki berpakaian kemeja merah tadi kembali bersuara.
"Korang semua ni nak apa ha sebenarnya?! Korang nak tengok sangat aku matikan?! Bunuhlah aku sekarang! Bunuh! Korang semua jangan ganggu keluarga aku lagi!!"
Melihat Tan Sri Zaim mulai mengangkat bendera putih, ketawa lelaki berpakaian kemeja merah tadi mula tercetus besar seiring dengan ketawa Roy.
"Tan Sri Zaim Mustafa. Ikutkan hati aku ni, aku boleh je bunuh kau dari dulu lagi. Malah, sekarang ni. Ikutkan hati aku, aku nak je sepak kau masuk ke dalam laut. Biar kau mati lemas kat dalam laut ni. Biar kau,.."
"Tak payah cakap banyaklah, lelaki tak guna! Kau buat je lah!"
Mendidih satu badan Roy apabila dicabar sebegitu oleh Tan Sri Zaim.
"Orang tua ni,..!"
Apabila Roy hendak menghentam Tan Sri Zaim, lelaki berpakaian kemeja merah itu menahannya.
Roy tidak berpuas hati.
"Raid! Kau tunggu apa lagi?! Kita habiskan je orang tua ni kat sini sekarang!" teriak Roy.
Raid mengeluh kecil. Dia bangun dari tempat duduknya dan berhadapan dengan Roy seraya mengukir senyuman polos.
Dushhh! Satu tumbukan padu singgah tepat di pipi Roy. Sehingga Roy tersembam jatuh di atas bot itu.
"Jangan jadi bodoh, boleh tak? Orang tua ni baru acah sikit macam tu, kau dah berangin?"
Mendengar kata-kata Raid itu, Roy hanya mampu berdiam.
Tan Sri Zaim melihat ke arah Raid. Melihat situasi itu, dia berpendapat bahawa mungkin Raid ni orang atasan Roy.
________________________
"Tuan, sebuah bot seperti yang dijelaskan oleh informer semasa di jeti tadi telah dikenalpasti dan berada 20 meter dari arah kita" lapor salah seorang anggota pasukan Maritim kepada orang atasannya.
"Baik. Ok semua. Kita akan selamatkan tebusan, Tan Sri Zaim Mustafa dengan cara yang baik. Minimumkan segala risiko yang akan membahayakan nyawa tebusan dan juga orang sekeliling. Kamu semua dibenarkan melepaskan tembakan sekiranya berada dalam keadaan darurat" Komander Hasani memberi arahan.
Mereka disertai beberapa orang anggota pasukan Maritim untuk menyelamatkan Tan Sri Zaim.
Dalam masa mereka semua sedang bersiap-sedia, tiba-tiba, satu tembakan dilepaskan ke arah pemandu bot yang dinaiki mereka.
"Ambush!!! Move outttttt!!!"
Mendengar arahan kecemasan itu, ke semua mereka terjun keluar dari bot. Dalam beberapa saat, bot yang dinaiki mereka tadi meletup serta-merta.
Black melihat ke arah tembakan itu dilepaskan tadi.
Wajahnya yang basah kuyup diusap berkali-kali untuk mendapatkan semula pandangan yang jelas.
Kelihatan sebuah bot besar sedang meluru laju ke arah mereka.
Aisar yang berada di haluan yang sama tidak menyedari akan bot yang menghala laju ke arahnya.
"Aisar, awasss!" Black berenang selaju yang dia boleh untuk mendapatkan Aisar.
Mujur Black sempat menyelamatkan Aisar. dari dilanggar oleh bot.
Aisar yang dalam keadaan terkejut itu melihat Black dengan lidahnya yang terkunci. Tidak sangka, Black akan menyelamatkannya tadi.
Bangggg!
Bangggg!
Banggg!
Bunyi tembakan dilepaskan bertalu-talu.
Ke semua mereka terapung-apung di permukaan laut. Masing-masing terkial-kial mencari suspek utama mereka yang sepertinya ada dekat dengan mereka di sekitar situ.
"Arrghhhh! Tolongggg!"
Suara seseorang meminta tolong kedengaran.
"Situ!" Aisar menunding jari ke arah kawasan yang airnya berkocak kuat. Seorang anggota pasukan Maritim yang menepuk kuat permukaan air sedang mengerang kesakitan.
Aisar dan Black terus berenang mendapatkan anggota pasukan Maritim yang dipenuhi darah itu.
Black menyedari aliran darah di kawasan situ semakin banyak.
"Arghhh! Tolong akuuuu!" anggota pasukan Maritim itu merintih kesakitan.
Black terus menyelam ke dalam laut untuk melihat keadaan sebenar anggota itu. Anggota keselamatan itu terkena tembakan di bahagian perut.
"Aisar, kita kena minta bantuan, cepat! Dia cedera!" kata Black kepada Aisar.
Aisar pun segera memaklumkan hal itu melalui walkie-talkie yang diberikan kepadanya oleh Komander Hasani sebelum operasi bermula tadi.
Anggota yang terkena tembakan itu memejam mata sambil mengetap bibirnya untuk menahan kesakitan yang dia hadapi sekarang.
"Black!" tidak lama kemudian, Eddie dengan sebuah bot datang ke tempat mereka.
"Black, Aisar! Cepat! Roy dengan budak-budak dia nak lari. Tuan ada dengan diaorang!" kata Eddie.
"Naim! Johan!" Aisar melaung nama dua bodyguard yang lain.
Naim dan Johan terus berenang ke arah mereka.
"Sarjan Awang, kami pergi dulu. Orang-orang saya akan jaga awak" ujar Aisar kepada Awang.
Setelah itu, Black dan Aisar naik ke atas bot bersama Eddie dan mereka pun terus memecut dari situ untuk mengejar Roy.
____________________________
"Raid! Kau tunggu apa lagi?! Kita buang je lah orang tua ni kat laut! Lepas tu kita blah!!" kata Roy dengan marah. Kesabarannya sudah habis.
"Kau boleh sabar tak, Roy?"
"Kau nak aku sabar?! Eh Raid. Kau ni dah gila ke?! Plan kita cuma nak culik orang tua ni! Yang kau pergi buat onar macam tu tadi kenapa?! Letupkan bot orang! Tembak orang sembarangan! Kau tahu tak? Yang datang tadi tu bukan cuma bodyguard dia je! Tapi ada anggota pasukan Maritim!"
"Aku kata, diam!" Raid mengacu pistol tepat ke dahi Roy.
Serentak itu, Roy terus terdiam kaku.
"Ok.. Baiklah. Raid.. Aku.."
Bangg!!
Satu tembakan dilepaskan ke arah mereka. Beberapa orang Roy tumbang.
Kelihatan dua buah bot khas anggota Pasukan Maritim sedang meluncur laju ke arah bot mereka.
Raid tersenyum lebar sambil dia mencekak pinggang.
"Akhirnya. Yang dinanti-nantikan telah pun datang" ujar Raid dengan sinis sekali. Wajah Black terbayang di minda.
Raid membawa Tan Sri Zaim masuk ke dalam ruangan dalam bot sementara Roy dan anak buahnya saling berbalas tembakan bersama Black, Eddie, Aisar dan beberapa anggota pasukan Maritim yang lain.
Happy reading, loves! ❤️
Share this novel