Semasa menjamu selera, Black memerhatikan 4 sekawan itu. Keadaan di antara Kayla, Wafa, Ammar dan lelaki bernama Fahrin itu jelas kelihatan kekok dan dingin. Sesekali Black ternampak akan Fahrin asyik-asyik mengerling ke arah Kayla. Perasaan penasarannya berubah menjadi cemburu.
Cepat-cepat Black membuang perasaan itu. Kenapa pula aku perlu cemburu?
"So, Fahrin. Lepas SPM hari tu, kau terus menghilang. Kau pergi mana?" Ammar membuka bicara.
"Aku sambung study kat Saint Petersburg State University" jawab Fahrin. Sempat dia melihat sekilas ke arah Kayla yang sejak dari tadi membungkam itu.
"Oh. Kau sambung study kat Russia? Wahh hebat. Patutlah, muka kau pun dah macam mat salleh sikit. Sampai kitaorang pun dah tak cam" kata Ammar lalu tergelak kecil.
Fahrin turut tergelak sama. Begitu juga dengan Wafa dan Black. Hanya Kayla saja yang dengan dunianya sendiri.
"Dah alang-alang sambung study kat Russia, kenapa kerja kat Malaysia?" tanya Wafa pula.
"Saya dah memang niat macam tu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagipun, apa gunanya kalau saya kerja kat Russia tapi hati saya masih kat sini" jawab Fahrin lalu dia mengerling lagi ke arah Kayla.
Wafa dan Ammar terkedu seketika mendengar jawapan Fahrin. Wafa berpaling ke arah Kayla yang duduk di sebelahnya. Nampaknya, ada yang masih berharaplah.
Kayla membuat muka jeliknya. Menyampah! Dia langsung tidak tertarik sama sekali dengan kata-kata pujangga Fahrin itu.
_______________________
Wafa membawa Kayla masuk ke dalam biliknya. Pintu lantas dikunci.
"Kau dah gila ke, Wafa?! Kenapa kau tak bagitahu aku yang Fahrin pun ada sekali malam ni?!" omel Kayla. Kemarahan yang sekian lama dia tahan sejak tadi akhirnya meledak.
Wafa menarik tangan Kayla untuk duduk bersamanya di atas tilam.
"Eh kau tu yang gila. Kau dah lupa? Pagi tadi kan aku ada call kau. Aku nak bagitahu kau pasal hal ni tapi kau terus off phone. Ha. Salah siapa sekarang?" Wafa melawan. Siap mencekak pinggang lagi.
Kayla merengus geram. Dia memeluk tubuh dengan bibirnya muncung seperti itik.
"Tu lahhh. Lain kali, kalau orang tengah cakap, jangan terus off call. Dengar dulu" kata Wafa.
Kayla berdecit. Dia mengaku akan kesalahannya.
"Asal dia ada kat sini? Tiba-tiba je muncul. Ingatkan dah arwah" jelas Kayla masih lagi marah kepada Fahrin.
"Dia ke sini buat marketing research. Alah, actually, aku tak jemput dia pun. Tapi, tadi masa aku dengan Ammar beli barang dapur, kitaorang terserempak dengan dia" jelas Wafa.
Kayla mencebik. Dia masih tidak berpuas hati jugak. Eleeh mamat tu. Entah entah, dia sengaja je lalu depan Wafa dengan Ammar.
Eeee bencinya! Kenapa aku mesti jumpa balik dengan dia?!
_____________________
Di ruang tamu, Wafa dan Ammar menghidang pencuci mulut untuk Kayla, Black dan juga Fahrin.
"Babe, aku datang dengan hadiah tau" beritahu Kayla apabila Wafa mengambil tempat di sebelahnya.
"Hadiah?" mata Wafa mula berpinar-pinar.
"Sukalah tu dapat hadiah" Ammar mencelah.
Wafa tersengih-sengih. Mestilah suka!
"Aku ada belikan kau, ni! Tadaaaaa" Kayla menunjukkan bakul beg plastik ke arah Wafa.
"Wahhh! Thank you! Macam beg je. Beg apa ni? YSL? Gucci? LV?" Wafa mulai teruja.
"Tengoklah,.." kata Kayla. Dia tidak mahu memberitahu Wafa secara terus.
Apabila Wafa membuka hadiah daripada Kayla itu, senyumannya perlahan-lahan pudar.
"Seriously, Kay? Kau hadiahkan aku birth bag?"
Kayla ketawa kecil melihat reaksi Wafa itu. Nampaknya, tinggi sangat harapan Wafa aku hadiahkan dia beg tangan. Hahahahahaha!
"Ni namanya birth bag untuk baby. Comel apa? Kat dalam ni nanti, kau boleh letak barang-barang untuk baby kau. Kau boleh simpan botol susu, pampers, baju dia, hand sock dia, towel" ujar Kayla. Dah macam orang berpengalaman pula.
Wafa berdecit. "Amboi, bukan main kau eh"
Wafa melihat sejenak beg pemberian Kayla itu. Dia kemudian tersenyum-senyum.
"Aik. Asal kau senyum-senyum ni?" tanya Kayla hairan. Ingatkan Wafa tak suka hadiahnya tu.
"Tak adalah. Bila aku tengok beg baby ni, aku rasa touching pula. Tak sangka, tak lama lagi aku dah nak jadi mama" kata Wafa dengan nada sayu. Diusap lembut perutnya itu.
"Haa. Tahu pun. So, stoplah berangan nak beli handbag YSL la, Gucci la, LV la. Semua tu tak boleh muat barang baby" balas Kayla.
"Yelahhh yelahhhh" Wafa mengiyakan saja kata-kata Kayla itu.
Setelah itu, Kayla berpaling pula ke arah Ammar.
"Ammar, kau jaga bestfriend aku ni elok-elok. Kalau kau buat hal, kau nampak ni?" Kayla menunjukkan segumpal penumbuk ke arah Ammar.
"Patutnya kau cakap macam tu kat bestfriend kau tu. Kau bukan tak tahu perangai dia macam mana" balas Ammar.
"Kau pun sama" Kayla mencuit bahu Wafa.
"Okey, okey. Baiklah" Wafa akur. Dia membaringkan kepalanya di bahu Kayla.
"Wafa dah kahwin. Dah nak ada baby dah pun. Awak bila lagi, Kay?" lama mendiamkan diri, Fahrin akhirnya bersuara.
Ke semua mereka terkedu dengan soalan cepumas dari Fahrin itu.
Black melihat ke arah Kayla. Wajah Kayla mula berubah bengang sekali.
Melihat raut wajah Kayla yang sepertinya tidak mahu melayan Fahrin itu, Wafa laju mengubah topik.
"Kay, sedap tak cheesecake tu? Aku yang buat tau" kata Wafa.
"Yeke? Pandai kau buat. Sedap gila. Nanti ajar aku eh. Aku nak buatkan untuk Black" ujar Kayla dengan selambanya. Sengaja untuk menyakitkan hati Fahrin.
Hampir tersembur air dari mulut Black apabila Kayla berkata demikian.
Aik, dia petik nama aku pula?
Ammar hanya tergelak-gelak. Dia melihat ke arah Black kemudian Fahrin.
Yang satu dah gelabah semacam. Yang satu pula diserang rasa cemburu.
________________________
Sementara menunggu Black yang berada di bilik air, Kayla berbual sekejap dengan Wafa di muka pintu.
Fahrin dan Ammar juga berada berdekatan di situ. Sambil berbual, Fahrin memerhatikan Kayla yang memegang pouch bag milik Black. Perasaan cemburu semakin membuak-buak.
"Ammar, aku nak tanya sikit, boleh?"
Ammar melihat Fahrin sejenak sambil ketawa sekilas.
"Aku rasa aku tahu kau nak tanya apa. Mesti kau nak tanya pasal Kayla dengan Black kan?" teka Ammar.
"Ha'ah. Black tu siapa? Boyfriend Kayla ke?" tanya Fahrin secara terus. Malas dia hendak berselindung lagi.
"Entahlah. Aku pun sebenarnya tak tahu apa hubungan diaorang. Tapi, kau perasan something tak pasal Black?"
"Apa dia?"
"Muka Black tu ada iras-iras Kashaf kan?"
"Yeke?" Fahrin cuba mengingat semula muka Black. Bukan apa, sepanjang malam ni, dia tak berbual banyak sangat dengan Black. Black pun, orangnya pendiam. Tapi kalau dengan Ammar, ok je Black borak.
"Selera dia pun lebih kurang sama dengan Kashaf. Kalau kau perasan, Black tak makan cheesecake tadi. Dia minum je. Sama dengan Kashaf. Kashaf pun tak berapa suka makan kek" kata Ammar lagi.
Fahrin hanya membisu. Dia memandang Ammar dengan perasaan bercampur-baur.
Tidak lama kemudian, Black pun muncul. Dia dan Kayla sudah hendak beransur pulang.
Kayla dan Wafa saling berpelukan.
"Thank you sebab datang. Minggu depan, kalau kau free datanglah lagi. Mak aku mesti rindu gila kat kau" kata Wafa.
"Eeee aku pun rindu gila kat mak kau. Kalau tak ada kekangan, aku datang, okey?"
"Ha, Black. Kau pun datanglah sekali" ajak Ammar pula.
"Aku.."
"Mestilah dia kena datang sekali" celah Kayla lalu dia memaut lengan Black dengan manja.
Fahrin semakin mendidih melihat kemesraan Kayla dan Black itu.
"Kau pun datanglah sekali, Fahrin" Ammar mengajak Fahrin pula.
"Terima kasih, Ammar. Tapi rasanya aku tak boleh nak datang kot sebab lusa aku dah nak kena balik KL" jelas Fahrin.
"Ohh.. Yeke.. Tak apalah. Asalkan kau dah datang malam ni" balas Ammar.
Usai itu, Kayla, Black dan Fahrin pun membawa haluan masing-masing.
_____________________
"Ketara sangat tadi tu" Black tiba-tiba bersuara.
Kayla berpaling ke arah Black yang sedang memandu itu.
"Apa yang ketara?" tanya Kayla hairan.
"Yang kau tak suka Fahrin. Kesian aku tengok dia tadi" ujar Black.
Kayla tergelak sinis. Dia memeluk tubuh memandang ke hadapan.
"I don't care. Pedulilah dia tu" kata Kayla tanpa perasaan bersalah.
"Asal kau tak suka dia eh?" Black mengemukakan soalan yang sejak dari tadi berlegar-legar di fikirannya.
"Saya bukan setakat tak suka. Saya benci dia" balas Kayla dengan muka ketatnya.
"Benci? Kenapa pula?"
"Haish! Malaslah saya nak cerita. Buat sakit hati je"
Black melihat sekilas ke arah Kayla. Nampaknya, Kayla memang betul-betul bencikan Fahrin tu. Tapi kenapa?
Pelik. Elena yang duk maki dia hari-hari, dia boleh pula tahan. Tapi, Fahrin yang nampak baik tu, dia benci pula. Ni mesti ada benda yang Fahrin buat kat Kayla sampai Kayla benci sangat kat dia.
Black enggan bertanya lagi. Nampak macam Kayla sedang melayan perasaan amarahnya.
"Sampai bila-bila pun, saya takkan maafkan lelaki tu" Kayla kembali bersuara.
Black hanya membungkam di tepi. Dia mula hendak cari tahu apa sebenarnya yang terjadi di antara Kayla dan Fahrin.
Entah kenapa dia berasakan, memang ada sesuatu yang Fahrin pernah lakukan terhadap Kayla. Dan semestinya, 'sesuatu' itu merujuk kepada perkara yang tidak baik.
_______________________
"Eh, dah balik? Cik Kay.." Makcik Jamilah tergamam apabila Kayla tidak mengendah akannya.
Sesampainya dia di rumah, Kayla terus meluru naik ke biliknya.
Makcik Jamilah menggaru kepalanya yang dibaluti anak tudung berwarna hitam itu. Pulak dah. Kenapa pula tu?
"Dia marah tu" kata Black yang baru tiba di dalam rumah.
"Marah? Aik,.. Tak pernah pernah Cik Kayla marah. Dia marah sebab apa?" tanya Makcik Jamilah.
"Tadi, masa kat rumah Wafa, ada sorang lelaki ni datang. Start lelaki tu muncul sampailah sekarang ni, Kayla terus jadi badmood" jelas Black.
"Lelaki mana pula ni?"
"Nama lelaki tu Fahrin. Makcik Jamilah kenal?"
"Fahrin. Oh, kalau tak silap Makcik Jamilah, Fahrin ni kawan sekolah Cik Kayla juga dulu masa kat KL"
"Kawan sekolah?"
"Fahrin Hazami ke?" tiba-tiba suara Elena menerpa dari tingkat atas.
Black dan Makcik Jamilah serentak mendongak melihat ke arah Elena.
"Ha'ah. Nama lelaki tu Fahrin Hazami. Kau kenal ke?" tanya Black.
Elena hanya memeluk tubuh seraya memandang serius ke arah Black. Melalui pandangan itu, sepertinya Elena mengenali Fahrin.
______________________
"Elena, kau kenal ke Fahrin tu?" ini sudah masuk kali ketiga Black bertanya.
"Asal you nak tahu sangat pasal Fahrin?" tanya Elena tanpa melihat ke arah Black.
"Aku cuma,.."
"You jangan risau. Kalau you sukakan Kayla, saingan you cuma Kashaf. And now, si Kashaf tu entah hilang ke mana. Maknanya, you dah tak perlu bersaing lagi untuk dapatkan Kayla" ujar Elena.
"Elena, aku cuma nak tahu kenapa Kayla bencikan Fahrin. Aku tak nak tahu hal lain" kata Black.
Elena menghela nafas perlahan. Dia memeluk tubuh sambil menyilangkan kaki.
"Fahrin, Kashaf dan Ammar adalah kawan baik waktu kat sekolah menengah dulu. Tapi, persahabatan diaorang mula goyah disebabkan seorang perempuan. Fahrin dan Kashaf mula bermusuh apabila Kashaf dan Kayla bercinta. Apa yang I tahu, Fahrin cemburukan Kashaf sebab rupa-rupanya dia ada hati dekat Kayla tanpa pengetahuan Kashaf dan Ammar" Elena mula membuka cerita.
"Habis tu, kenapa Kayla benci sangat kat Fahrin?"
"As you can see, Kayla tu memang baik. I can't deny it. Actually, I tak tahu kenapa Kayla boleh bencikan Fahrin. Apa yang I pasti, semua ni berpunca dari Kashaf yang tiba-tiba menghilang" sambung Elena lagi.
Black tiba-tiba terdiam. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Elena hairan apabila melihat reaksi Black itu. Lelaki memakai jacket kulit berwarna maroon itu kelihatan serba tidak kena.
"Kayla tu beruntung. Ramai suka kat dia. Kashaf, Fahrin, even arwah Mikael" Elena bersuara kembali.
Black yang seperti dalam dilema itu hanya membungkam.
"And now, you pula sukakan Kayla" kata Elena lagi.
"Tapi Kayla masih tak dapat nak lupakan Kashaf" balas Black.
Elena berdecit. "The son of the bitch"
Black tersentak mendengar Elena berkata begitu pasal Kashaf.
"I peliklah. Tak tahulah sama ada Kayla tu bodoh atau apa. Mikael tu lelaki yang baik. Tapi dia masih juga nakkan si Kashaf tu. At last, tengoklah. Sampai sekarang, Kashaf tak muncul muncul. Nak menyesal pun tak guna sebab Mikael dah tak ada" ujar Elena sinis.
"Tapi, bukan ke Kashaf pergi sebab Tuan tak restu hubungan dia dengan Kayla? Kashaf pergi sebab dia berkorban. Kalau dia tak pergi, Kayla tak akan ikut cakap Tuan untuk bertunang dengan Mikael"
"Kalau dia tak pergi juga, Kayla tak adalah cuba nak bunuh diri hari tu"
"Bunuh diri?" Black yang tadinya menyandar di kerusi terus terduduk tegak menghadap Elena.
Elena bertambah pelik apabila Black sampai menggelabah sebegitu sekali.
"Black, I cerita pasal Kashaf tau. Bukan pasal you. Yang you gelabah sampai macam ni sekali, kenapa?"
Seraya itu, Black cuba untuk mengawal dirinya. Rasanya, dia tidak boleh terus di situ.
Black bangun dari kerusi.
"Dah lewat malam. Kau masuklah" nampaknya Black hendak menyudahkan perbualan mereka.
Elena memandang Black dengan dahi berkerut. Malas hendak menyoal lebih-lebih, Elena pun beredar dari situ.
_______________________
Pagi itu, sedang dia menonton televisyen, tiba-tiba tekaknya teringin pula nak makan kek.
Tiada yang lain, Kayla mencari kelibat Black. Di halaman rumah, Black tiada kelihatan. Di halaman belakang juga, dia tiada.
Kayla melihat ke arah jam di dinding. Pukul 10 pagi.
Mana pula Black ni? Takkan tidur lagi kot.
"Cik Kayla?" tiba-tiba Aisar muncul dari arah belakang.
"Abang Aisar,.."
"Ha, kenapa ni? Cari Black eh?" laju saja Aisar meneka.
"Ha'ah. Abang ada nampak Black tak?" tanya Kayla.
"Black dengan Eddie keluar tadi"
"Keluar? Diaorang pergi mana?"
"Abang pun tak pasti. Tapi katanya diaorang ada urusan penting"
"Oh yeke. Lama dah ke diaorang keluar?"
"Ermm.. Dalam pukul 8 lebih macam tu"
Kayla mengeluh panjang. Alahhh, dia keluar pulak. Baru nak ajak pergi makan kek.
"Kenapa ni, Cik Kayla? Cik Kayla ada nak pergi mana-mana ke?" soal Aisar.
"Kay nak makan keklah, abang. Jom keluar" Kayla mengajak Aisar pula.
"Ohh. Nak makan kek rupanya. Okeylah. Pergilah siap. Abang tunggu kat kereta" kata Aisar.
"Okey bos!"
_______________________
Black dan Eddie meneliti beberapa keping gambar yang terletak di atas meja.
Seketika, Black ternampak akan sekeping gambar yang membuatkan fikiran dan emosinya sedikit terganggu.
Gambar sebuah kapal yang meletup di perairan. Kapal itu amat dia kenal. Tempat itu sememangnya amat dia tahu. Black kemudiannya memusingkan gambar itu lalu melihat tarikh kejadiannya yang berada di hujung keping gambar tersebut.
12/6/2018.
Tarikh keramat itu masih segar di ingatan. Itulah tarikh di mana kali terakhir dia melihat Raid. Namun, siapa sangka, mereka akan bertemu semula dalam situasi berbeza.
Eddie yang berada di sebelah menepuk bahu Black untuk menyedarkannya.
"Jangan biarkan hal tu melemahkan semangat kau" kata Eddie. Dia bimbang kalau kalau peristiwa itu mengakibatkan Black hilang tumpuan.
Black hanya mengukir senyuman kelat.
"Ejen Black, Ejen Eddie" seorang lelaki memakai baju kemeja berwarna biru navy mendekati Black dan Eddie.
Dia kemudiannya menyerahkan sehelai kertas kepada Black dan juga Eddie.
"Itu counterfeit identity Raid selepas kejadian di Santarem 3 tahun yang lalu" jelas lelaki itu kepada Black dan Eddie.
"Counterfeit identity? Maksud kau, Raid ada identiti lain selama ni?" tanya Eddie sementara Black pula fokus membaca pernyataan yang tertera di atas helaian kertas itu.
"Kalau pasal hal tu, Jeneral Gadaffi akan bagi briefing kejap lagi" beritahu lelaki itu.
Black dan Eddie mengangguk faham. Setelah itu, lelaki itu pun beredar dari situ.
"Nampaknya, Raid ada 'kejutan' untuk kita" ujar Eddie seraya mengeluh berat.
"That's true dan saya pasti awak berdua tak suka akan kejutan itu" suara Jeneral Gadaffi menerpa masuk.
Black dan Eddie masing-masing dalam keadaan bersiap sedia apabila Jeneral Gadaffi masuk ke dalam ruangan Pusat Kawalan Operasi.
"Thank you for coming, Ejen Black, Ejen Eddie. Saya harap, saya tak ganggu awak berdua dalam menjalankan misi" kata Jeneral Gadaffi.
"Sama sekali tidak, Tuan" Black menjawab.
Jeneral Gadaffi mengukir senyum berpuas hati.
"Okey, baiklah. Saya pun tak nak mencuri masa awak berdua lebih lama. Kita just straight to the point"
Jeneral Gadaffi kemudiannya membuka laptopnya dan televisyen di belakangnya untuk dipaparkan kepada Black dan Eddie yang duduk berhadapan dengannya.
Wajah Raid dan seorang lelaki mempunyai bebola mata berwarna amber disiarkan di paparan televisyen.
"Siapa lelaki sebelah Raid tu, Tuan?" tanya Eddie. Dia pasti, Black juga tentu hendakkan jawapan yang sama.
"Lelaki yang kamu berdua lihat sekarang ni ialah Giulio Lopes dan Manoel" jelas Jeneral Gadaffi.
Black dan Eddie serentak melihat semula ke arah kertas yang diberikan tadi. Manoel?
"Jadi, selama ini, Raid menggunakan nama Manoel" Eddie membuat pengesahan.
Black pula masih membungkam di posisi. Dia tidak berkata apa-apa. Dia hanya melihat dan mendengar sahaja.
"Selama 3 tahun ini, Raid bekerjasama dengan Giulio Lopes yang merupakan ketua pemberontak. Kumpulan ini bertapak di Pernambuco, Brazil. Dalam tempoh yang singkat, Raid dan Giulio Lopes telah berjaya menawan Colombia, Peru dan Bolivia. Kami mendapat tahu, Raid yang menggesa Giulio untuk membuat kacau di ketiga-tiga negara ini" jelas Jeneral Gadaffi.
"Kenapa agaknya Raid nak buat kacau kat negara-negara tu?" Eddie menjadi penasaran.
"Sebab,.."
"Sebab itu negara-negara Amerika Selatan" Black bersuara.
Eddie dan Jeneral Gadaffi masing-masing melihat ke arah Black.
"Apa motif Raid?" Eddie menyoal.
"Kita hilang jejak Raid masa kat Santarem, Brazil. Brazil salah satu negara Amerika Selatan. Sama dengan negara Colombia, Peru dan Bolivia" sambung Black.
"Jadi maksudnya, Raid buat kacau kat negara-negara tu sebagai petunjuk dia memberontak pada DIA" barulah Eddie dapat menangkap motif sebenar Raid.
Jeneral Gadaffi berpendapat Black dan Eddie sudah mengenal pasti akan hal pertama itu. Dia berganjak ke perkara yang seterusnya.
"Kumpulan Giulio Lopes telah terlibat dalam pemberontakan bebas di banyak wilayah di negara Amerika Selatan. Kumpulan itu dianggarkan 200 hingga 400 anggota. Mereka kebanyakannya menggunakan alat letupan diperbaharui, mortar dan senapang automatik"Â
Semasa Jeneral Gadaffi memberi penerangan tentang tindak-tanduk Raid selama ini, Black dan Eddie mendengar dengan teliti.
"Kumpulan ini telah menjalankan pengeboman, penculikan, pembunuhan dan pemerasan. Mereka juga terlibat dalam kegiatan jenayah seperti rogol, serangan seksual kanak-kanak, memandu dengan tembakan dan pengedaran dadah"
Dalam dia memberi sepenuh perhatian terhadap penerangan Jeneral Gadaffi itu, Black bagaikan tidak percaya yang Raid terlibat dalam semua kegiatan itu walhal sebelum ini, dia mengenali Raid sebagai ejen yang sangat berdedikasi.
"Kumpulan yang disertai oleh bekas ejen elit DIA ini telah ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Australia, Filipina, United Kingdom, Amerika Syarikat serta Malaysia sendiri. Pendek kata, Raid sasaran utama kita untuk misi kali ini" sambung Jeneral Gadaffi lagi.
Terdengar Black mengeluh perlahan. Jeneral Gadaffi dan Eddie tahu, misi kali ini menggugat keyakinannya. Namun, mereka tiada pilihan lain. Mahu tidak mahu, misi kali ini mereka perlu berhadapan dengan Raid.
_____________________
"Kumpulan Giulio Lopes telah terlibat dalam pemberontakan bebas di banyak wilayah di negara Amerika Selatan. Kumpulan itu dianggarkan 200 hingga 400 anggota. Mereka kebanyakannya menggunakan alat letupan diperbaharui, mortar dan senapang automatik"
"Kumpulan ini telah menjalankan pengeboman, penculikan, pembunuhan dan pemerasan. Mereka juga terlibat dalam kegiatan jenayah seperti rogol, serangan seksual kanak-kanak, memandu dengan tembakan dan pengedaran dadah"
"Kumpulan yang disertai oleh bekas ejen elit DIA ini telah ditetapkansebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Australia, Filipina, United Kingdom, Amerika Syarikat serta Malaysia sendiri"
Black seakan payah hendak menerima segala apa yang diterangkan oleh Jeneral Gadaffi tadi tentang Raid.
Sungguh dia berharap agar semua yang didengari tadi adalah fakta palsu semata-mata. Namun, itu cuma hanya menjadi harapannya. Hakikatnya, itulah kebenarannya.
Eddie yang sedang memandu itu melihat sekilas ke arah Black. Melalui raut wajah Black itu saja, dia tahu, mesti Black masih memikirkan tentang perkara tadi.
"Nak atau tak nak, kau kena terima yang Raid adalah musuh kita untuk misi kali ni" Eddie memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Aku tahu" jawab Black ringkas lalu dia mengeluh panjang.
Melalui keluhan itu, Black sepertinya masih dua hati.
"Aku cuma tak sangka yang Raid akan bertindak sampai macam ni sekali" kata Black.
"Aku pun. Masa DIA bagitahu aku yang Raid masih hidup, aku happy sangat. Aku langsung tak persoalkan macam mana dia boleh terselamat dari kejadian 3 tahun yang lalu. Tapi, bila Jeneral Steeve bagitahu aku yang Raid sudah berpaling tadah, aku tak tahu nak cakap apa. Aku minta maaf, Black. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu kau tentang hal ni" ujar Eddie panjang lebar.
Black hanya mengukir senyuman kelat.
"Aku okeylah. Tak payahlah nak minta maaf bagai" jawab Black.
"Hmm.. Tapi muka kau monyok je"
"Aku penat sikitlah" Black mula mengatur posisi untuk melelapkan mata.
"Kita pergi minum nak? Bolehlah tenangkan sikit fikiran kau tu" kata Eddie. Dia tahu, mesti fikiran Black bercelaru sekarang ni.
"Kau yang drive. Aku ikut je lah" jawab Black yang matanya sudah tertutup itu.
Pabila Black bersetuju, Eddie pun segera mencari kafe yang berdekatan di kawasan situ.
_______________________
"Cik Kayla, abang jawab call dulu. Cik Kayla tunggu kat sini je tau" pesan Aisar kepada Kayla yang sedang memilih kek itu.
"Ha, call dari siapa tu? Dari makwe eh?" sempat lagi Kayla mengusik Aisar.
Aisar berdecit. "Takda maknanya makwe" kata Aisar.
Kayla tergelak kecil. Aisar pun kemudiannya beredar dari situ untuk menjawab panggilan.
"Kak, bagi kek red velvet satu slice" seperti biasa, Kayla memesan kek kegemarannya.
Setelah itu, Kayla pun mengambil tempat duduk. Sebelum dia makan, dia memuat naik gambar kek dan iced blended mocha yang dipesannya itu ke ig story. Dia juga turut mentioned nama ig Black. Hahhahaha!
Kayla menjamu selera sambil melayan instagramnya. Inilah jadinya kalau keluar sorang-sorang. Dating dengan socmed pun boleh. Huhuhu..~
"Sorang je?" tiba-tiba satu suara menyapa Kayla.
Apabila Kayla melihat ke arah pemilik suara itu, moodnya terus terbang melayang.
"Saya duduk ya" pinta Fahrin lalu dia pun melabuhkan punggung di kerusi kosong yang berada di depan Kayla.
Kayla mendengus. Jelas dia tidak mengalu-alukan kedatangan Fahrin itu. Hilang seleranya hendak makan.
Melalui reaksi dingin wanita memakai blouse berwarna merah jambu itu, Fahrin berasa kurang enak. Dia tahu, Kayla masih marah akannya tentang apa yang telah berlaku 10 tahun yang lalu.
"Kay, saya tak tahu nak start macam mana but.. I'm really sorry for what I've done to you 10 years ago. Masa tu, saya tak sedar apa yang saya buat. Saya terlalu ikutkan emosi" tutur Fahrin kesal.
"Emosi apa, Fahrin? Awak tahu tak apa yang saya rasa masa tu? Awak canang kat satu dewan yang saya mengandung. Tak cukup dengan tu, awak canang pula yang Kashaf menghilang tiba-tiba sebab dia tak nak bertanggungjawab ke atas 'baby' yang ada dalam perut saya. That was too much!" balas Kayla dengan rasa marah. Dia memeluk tubuh melihat Fahrin.
"Kay, I know. Saya betul-betul minta maaf. Masa tu saya lost control. Awak pun tahu kan, hubungan saya dengan Kashaf macam mana waktu tu?"
"Oh. Jadi awak nak salahkan Kashaf lah sekarang ni?"
"Whatever it is, look at now, Kayla. Awak tengoklah siapa yang ada depan awak sekarang. It's me. Bukan Kashaf"
Kayla lantas terdiam seketika apabila Fahrin berkata demikian.
"Lelaki yang awak cintakan sangat tu tinggalkan awak macam tu je. Pernah ke dia cari awak selama ni?" Fahrin sengaja memprovok Kashaf di depan Kayla.
"Mana awak tahu Kashaf tak cari saya?"
"Come on lah, Kay. Sudah-sudahlah tu nak back-up Kashaf. Entah-entah, sekarang ni, Kashaf dah happy dengan anak bini dia"
Kayla mati kata. Dia merenung Fahrin dengan tajam sekali. Dia akui Fahrin berjaya untuk menyakitkan hatinya.
"Sejahat-jahat saya ni, sekurang-kurangnya saya ada kat sini dengan awak dan saya nak awak tahu yang hati saya masih untuk awak. Perasaan saya pada awak tak berubah, Kayla. I still love you" ujar Fahrin bersungguh-sungguh dengan harapan agar dapat melembutkan hati Kayla.
Kayla tergelak sinis. Dia tidak hanyut dengan kata-kata manis Fahrin itu.
"Dahlah, Fahrin. Even kalau betul Kashaf dah bahagia dengan anak bini dia sekarang ni, ia tak akan mengubah perasaan saya pada awak. Sampai saya mati sekali pun, saya takkan lupakan apa yang awak buat kat saya" kata Kayla dengan rasa bengang. Dia mulai hendak beredar dari situ.
"Kayla,.."
"Dan jangan harap saya akan maafkan awak!"
Setelah itu, Kayla terus beredar keluar dari kafe dan meninggalkan Fahrin.
Ergh! Kacau mood aku je! Masa ni pula boleh terserempak dengan lelaki malaun niii! Potong selera aku betullah!
"Kayla, wait!" Fahrin tidak melepaskan Kayla begitu saja.
"Eh, lepaslah! Kenapa dengan awak ni?!" Kayla mencuba sedaya-upayanya untuk meloloskan pergelangan tangannya yang dipegang erat oleh Fahrin.
"Saya takkan lepaskan awak kali ni. Saya tahu ini peluang terbaik saya. Kayla, please. Bagi saya peluang" mohon Fahrin.
"Awak dah gila ke, Fahrin?! Awak tak faham bahasa? Saya cakap saya tak nak dekat awak!!"
"Kayla, kenapa awak boleh terima Kashaf? Kenapa awak tak boleh terima saya? Apa kurangnya saya?! Apa lebihnya Kashaf tu?!" Fahrin mula naik angin apabila Kayla masih berkeras tidah mahu menerimanya.
"This is it! Kashaf tak pernah berkasar dengan saya macam awak ni! Dia tak pernah sakitkan saya!"
"Habis tu, dia tinggalkan awak, itu tak buat awak sakit?!"
"Itu masalah saya! Bukan masalah awak! Lepaslah, Fahrin! Sakitlah!" Kayla meronta kesakitan. Genggaman Fahrin semakin lama semakin kuat. Pergelangan tangannya juga mula kelihatan merah.
"Saya takkan lepaskan awak!"
"Awak ni memang gilalah!"
Sedang mereka berdua bertekak, tiba-tiba, satu tumbukan padu singgah tepat di pipi Fahrin. Serentak itu, barulah genggaman Fahrin terlerai jua.
"Black, sudah!" Eddie menghalang Black yang cuba untuk menyerang Fahrin yang sudah jatuh tersembam di atas jalan raya itu.
Walaupun terkejut dengan kemunculan Black itu namun Kayla berasa amat lega. Dia tahu, Black mesti akan muncul di kala dia dalam kesusahan.
"Kau jangan ganggu Kayla lagi!" jerkah Black kepada Fahrin.
Fahrin tergelak-gelak. Dia bangun lalu berhadapan dengan Black.
"Asal? Kau pun nak cuba jadi pengganti Kashaf ke?" tanya Fahrin dengan senyuman sinisnya.
"Dia tak perlu cuba. Dia memang pengganti Kashaf" Kayla menjawab.
Darah Fahrin menggelegak apabila melihat tangan Kayla dan Black berpaut erat antara satu sama lain.
Wajah Fahrin mula merah padam. Dia mendengus kasar. Kolar bajunya dikuis sekali lalu dia pergi dari situ. Nampak sangat dia tak puas hati.
Kayla menjelirkan lidahnya kepada Fahrin yang sudah melangkah jauh itu. Huh! Padan muka!
Kemudian, Kayla berpaling semula ke arah Black dengan senyuman lebarnya.
"Saya tahu awak akan datang" kata Kayla.
Namun Black hanya menayang muka ketatnya. Tangannya juga laju ditarik semula dari genggaman Kayla dan tanpa berkata apa-apa, dia terus melangkah pergi dari situ.
Kayla terkedu apabila Black melakukannya sedemikian. Jujur, dia terkilan dengan tindakan Black itu.
Happy reading, smeuanua! Minta maaf atas kelewatan. Thank you kepada awak semua yg sentiasa menantikan bab baru untuk MAL. LOVE.
Share this novel