Makcik Jamilah tergelak kecil melihat Kayla yang termenung dengan muka masamnya itu.
"Haihhh Cik Kayla,.. Tan Sri baru je pergi KL semalam. Takkan dah rindu?"
Kayla mengeluh panjang.
"Memanglah rindu. Ish, Daddy ni. Kalau dah kerja, mesti tak ingat dah kat Kay" kata Kayla dengan muka muncung.
"Janganlah cakap macam tu, Cik Kayla. Tan Sri pun dah tentulah rindu kat Cik Kayla. Mungkin, sekarang Tan Sri sibuk kot" Makcik Jamilah cuba untuk memujuk.
"Hmmm.." Kayla menatap skrin telefonnya dengan tidak berkelip. Berharap agar Tan Sri Zaim menghubunginya.
Ish! Tak ada tanda-tanda langsung Daddy nak call! Kalau macam ni, baik aku baca novel je lahh.
Baru saja dia hendak mengangkat punggung untuk mengambil novelnya, satu panggilan masuk.
Wajah Kayla berseri-seri. Laju saja dia mengangkat panggilan dari Tan Sri Zaim itu.
"Daddyyyyy!!!!" teruja betul Kayla mendapat panggilan dari Tan Sri Zaim.
"Amboiii. Happy semacam je princess Daddy sorang ni"
"Mestilah happy! Kay happy Daddy call Kay. I miss you. Kay baru je borak pasal Daddy dengan Makcik Jemi" beritahu Kayla. Sempat dia melihat sekilas ke arah Makcik Jamilah yang sedang menyapu halaman rumah itu.
"Lahhhh, yeke.. I miss you too, sayang. Sorry, Daddy baru dapat pegang phone ni"
"It's okay. As long as Daddy call Kay. So, are you okey there?" tanya Kayla.
"So far so good. Petang nanti Daddy kena ke Putrajaya pula. Kay pula? Ok ke kat sana?"
"Ohh.. Hmm.. Kay ok je. Cuma, bosan sikit"
"Bosan? Black mana?"
"Aik, apasal pula tanya pasal Black?" pelik pula Kayla dibuatnya apabila Tan Sri Zaim tiba-tiba membuka topik pasal Black.
"Yelahhh. Kalau Kay bosan, Kay keluarlah dengan Black. Pergi makan kat restoran lempeng kegemaran Kay tu" kata Tan Sri Zaim.
"Haih Daddy ni. Dulu, waktu dengan Kashaf, bukan main lagi Daddy defensive sangat. Sekarang ni, siap suruh Kay keluar lagi dengan Black" ujar Kayla. Sengaja hendak mengusik Tan Sri Zaim.
Namun, tanpa dia sedar, usikannya itu sedikit sebanyak membuatkan hati Tan Sri Zaim dijentik perasaan bersalah.
Tan Sri Zaim kembali terkenang betapa begitu kerasnya dia menghalang hubungan Kayla dan Kashaf satu ketika dahulu.
"Well,.. Kali ni, Daddy tak nak tengok Kay kecewa lagi" tutur Tan Sri Zaim dengan nada sedikit sayu.
Mendengar Tan Sri Zaim berkata demikian, Kayla terus terdiam sejenak.
"Cukuplah dulu sekali Daddy menjadi penghalang untuk Kay mencintai lelaki yang betul-betul Kay sayang. Daddy tahu, betapa susahnya Kay nak lupakan Kashaf" tambah Tan Sri Zaim.
Kayla tidak mampu berkata apa-apa. Dalam diamnya itu, Kayla cuba mengawal emosinya.
"Dan, kalaulah Daddy tak paksa Kay bertunang dengan arwah Mikael dulu, mesti hubungan Kay dengan Elena juga tak macam ni sekarang" Tan Sri Zaim terus bersuara di talian.
Kayla sedaya-upaya menahan sebak di dada apabila Tan Sri Zaim membuka kisah lama.
"Kay anak yang baik. Banyak perkara yang Kay korbankan untuk Daddy. Termasuklah mengorbankan cinta Kay pada Kashaf. Daddy minta maaf" sambung Tan Sri Zaim lagi.
Air jernih mula bertakung di kelopak mata Kayla. Cepat-cepat dia mengesatnya.
"Whatever it is, Kay nak Daddy tahu yang Kay tetap sayangkan Daddy tak kira apa jua yang berlaku" tutur Kayla dengan suaranya yang bergetar.
Tan Sri Zaim tersenyum nipis.
"Daddy pun sayangkan Kay" jawabnya dengan lembut.
_____________________
Eddie, Naim dan Johan begitu rancak sekali berbual sambil melangkah ke ruang makan di bangunan khas mereka.
Seketika, mata Eddie tertancap ke arah Elena yang sedang berada di atas jambatan hiasan. Sambil wanita itu memberi makan kepada ikan-ikan di kolam, telefon di tangan dia lihat sekilas sebelum jarinya pantas men-slide skrin ke tepi.
Tergerak hati Eddie untuk mendekati Elena.
"Weh, korang pergi dulu. Nanti aku datang" beritahunya pada Naim dan Johan.
Apabila Eddie berkata begitu, Naim dan Johan pun meneruskan langkah tanpa Eddie.
Sewaktu Eddie sedang berjalan ke arah Elena, telefon bimbit Elena berdering. Namun dibiarkan saja oleh Elena. Kelihatan sepertinya Elena tidak mahu menjawab panggilan itu.
Telefon Elena berdering lagi apabila Eddie sudah berada berdekatan. Akan tetapi, Elena masih juga mengabaikan panggilan tersebut.
Sampai saja di atas jambatan itu, Eddie terus merampas telefon yang asyik berdering itu dari tangan Elena.
"Hey! Apa you buat ni?!" tersentak Elena dengan tindakan mengejut Eddie itu.
Eddie melihat sekilas ke arah si pemanggil lalu dia berpaling ke arah Elena.
Eddie menggeleng kepala dengan mukanya yang series.
"Tuan call kau ni. Asal kau tak jawab?" tanyanya.
Elena merengus sambil menjulingkan matanya ke atas. Dia merampas semula telefonnya dari tangan Eddie.
"I nak jawab ke, I tak nak jawab ke, itu masalah I" jawab Elena dengan gaya egonya.
"Kau ni memang keras kepala kan. Elena, kau sepatutnya bersyukur sebab masih ada orang tua"
Elena hanya tergelak sinis mendengar kata-kata Eddie itu. Reaksi Elena itu seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Kalau perangai kau macam ni, aku tak salahkan Tuan kalau Tuan lebih rapat dengan Kayla" kata Eddie dengan nada sinis. Geram betul dia dengan sikap Elena itu.
Elena kelihatan mula bengang. Dia berpaling menghadap ke arah Eddie.
Eddie tahu, melalui pandangan Elena memandangnya ketika ini, darah wanita yang memakai utility jumpsuit berwarna baby pink itu sudah hendak meledak. Namun Eddie tidak peduli akan hal itu. Dia sudah biasa sangat menghadap akan baran Elena.
Terlalu sakit hati apabila Eddie terus-menerus memenangkan Kayla, Elena sampaikan terdiam kaku. Kedua-dua tangannya mengenggam penumbuk.
"Kau silap kalau kau rasa yang Tuan tak sayangkan kau. Dia sayangkan kau, Elena. Kau silap kalau kau rasa yang Tuan tak adil dengan kau. Tuan tu seorang ayah paling adil pernah aku kenal. Kalau betul dia tak adil pada kau, dia takkan hantar aku pergi Milan untuk jemput kau balik ke sini. Dia nak kau selamat, sama macam Kayla" kata Eddie panjang lebar.
Elena hanya terus memandang Eddie dengan muka bengisnya.
Dari wajah Elena, memang kelihatan dia dalam keadaan marah. Namun, tatkala Eddie menatap mata wanita yang berdiri kaku di hadapannya itu, jelas, Elena seperti tersentuh dengan kata-kata Eddie tadi.
Eddie dapat merasakan ada sesuatu yang sebenarnya Elena pendam sampaikan dia terpaksa berkelakuan sebegini. Di sebalik sifat dingin Elena itu, dia yakin, ada rasa sayang terhadap ahli keluarganya. Tapi, kenapa Elena tidak menunjukkannya?
Sedang mereka membungkam seketika, telefon Elena kembali berdering.
Eddie melihat nama si pemanggil. Tan Sri Zaim di talian.
"Jangan layankan sangat ego kau, Elena. Aku tahu kau pun rindukan Tuan, sama macam Tuan rindukan kau. Jawablah panggilan tu" desak Eddie perlahan.
Namun, Elena berkelakuan di luar jangkaan Eddie.
Tanpa teragak-agak, Elena menghumban telefonnya ke dalam kolam ikan.
Eddie terus tidak mampu berkata apa setelah Elena melakukan hal itu.
"Lepas ni, Tuan you tu tak boleh call I lagi. I pun tak payah susah susah nak mengelak dari nak jawab call dia and you pun tak payah susah susah nak berleter panjang" ujar Elena dengan senyuman polosnya.
Eddie tergelak pendek. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia nampak dan dengar.
"Kau anggap apa yang aku cakap semua tu tadi hanya sebagai leteran?" soal Eddie hampa.
Tanpa menjawab apa-apa, Elena terus beredar pergi dari situ. Sempat lagi dia melanggar bahu Eddie dengan kuat.
______________________
Black mengeluh panjang lalu mencekak pinggang. Dipandangnya dressing table di depannya itu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Mana pula perginya jam tangan aku tu? Rasanya aku letak kat sini je.
"Haihh,.. Masih tak jumpa lagi jam kau tu?" tanya Eddie yang baru masuk ke dalam bilik.
"Ha'ah. Aku,.." ayat Black terputus apabila menoleh ke arah Eddie.
"Weh, asal kau basah ni?" tanya Black terkejut setelah melihat keadaan Eddie yang dalam keadaan separuh basah itu.
Eddie hanya mendengus. Sutnya dibuka lalu dilemparkan ke atas tilam. Baju kemeja putih yang di dalam juga dia buka.
Kemudian, telefon bimbit milik Elena yang tidak bernyala itu juga dilempar ke atas tilam.
"Elena tu memang gilalah" ujar Eddie dengan nada geram.
Dari intonasi suara itu saja, Black dapat mengagak, mesti ada sesuatu yang terjadi di antara Eddie dan Elena.
"Elena buat apa pula kali ni?" tanya Black elok-elok.
Eddie pun kemudiannya menceritakan perkara yang berlaku di antaranya dengan Elena semasa di halaman rumah tadi.
Black pula memberi sepenuh perhatian. Boleh tahan parah juga krisis Eddie dengan Elena ni.
"Kau bayangkanlah, aku punyalah beriya-iya bagi dia nasihat tapi dia boleh kata aku ni berleter pula" Eddie meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada Black.
"Habis tu, handphone dia ni, kenapa ada dengan kau?" tanya Black.
"Heihh,...! Tu lah aku cakap. Elena tu memang gila. Dia pergi campak handphone dia ni kat kolam ikan tu. Entah apa agaknya dalam kepala dia tu" kata Eddie disudahi dengan keluhan.
"Alaaah,.. Gila gila pun. Kau sayang juga. Kan?" Black cuba untuk menyejukkan hati Eddie yang sedang panas itu.
"Takdanya aku nak sayang perempuan gila macam dia tu"
"Elehhh! Tak sayang konon. Habis tu, yang kau sanggup masuk kolam ikan semata-mata nak ambil balik handphone Elena ni, apa? Itu kau kata tak sayang?"
"Hmmm.. Aku bukan apa, Black. Kau pun tahukan. Aku sensitif sikit kalau hal yang melibatkan family ni" ujar Eddie. Raut wajahnya mula berubah sayu.
Black terus membisu. Tidak mahu lagi bergurau apabila Eddie sudah berkata demikian.
"Aku tak nak apa yang jadi kat aku, jadi kat orang lain. Lagi lagi Elena. Dia tu dahlah perempuan" sambung Eddie.
Black menepuk-nepuk bahu Eddie. Dia begitu tahu kalau Eddie masih lagi tidak dapat melupakan kisah silamnya.
"Dahlah tu. Sekarang ni, baik kau pergi salin baju. Aku tunggu kau kat laman belakang" kata Black.
Eddie hanya mengangguk lemah. Dia pun enggan lagi meneruskan perbualan yang seringkali membuatkan dia dihantui perasaan hiba itu.
______________________
"Ini rakaman CCTV semalam. Nampaknya, tak ada apa-apa yang pelik" lapor Adli kepada Black yang berdiri di tepinya.
Sebelum berkata apa-apa, Black meneliti dengan lebih lanjut setiap rakaman CCTV.
"Korang ada ronda kawasan sekeliling?" tanya Black. Dia tidak mahu kejadian yang lalu berulang lagi. Mereka tidak seharusnya bergantung sangat terhadap rakaman CCTV.
"Dah. Semuanya okey" jawab Adli.
Black menganggukkan kepalanya tanda dia berpuas hati.
"Okey, bagus. Kalau ada apa-apa, terus bagitahu aku, ok?" kata Black.
"Ok, Black" jawab Adli.
Setelah itu, Black pun keluar dari bilik CCTV dan menuju ke laman belakang rumah untuk berjaga seperti biasa.
Sedar tidak sedar, sudah beberapa minggu berlalu. Raid dan Roy masih berdiam diri. Apa agaknya rancangan mereka?
Sedang Black memikirkan tentang Raid dan Roy, tiba-tiba dia ternampak akan Kayla yang sedang keluar dari pagar belakang rumah.
Black mula berasa tidak sedap hati. Rasa geram pun ada jugak.
Haih dia ni! Aku dah banyak kali pesan, jangan keluar sorang-sorang! Tak faham bahasa ke?
Black lantas membuka langkah untuk mendapatkan Kayla. Dia berlari selaju yang dia mampu.
Sesampainya dia di luar halaman belakang rumah, Black mencari-cari kelibat Kayla. Perasan geram tadi berubah risau.
Mana pula dia pergi ni?
"Black?" suara Kayla menerpa dari arah belakang.
Black segera berpaling. Dia mendekatkan jaraknya dengan Kayla.
"Kau ni,.."
"Comel tak?" belum sempat Black berkata apa-apa, Kayla terus menghalakan seekor anak kucing berwarna oren ke arahnya.
Black merengus geram. Anak kucing yang berada di dukungan Kayla itu dia lihat sekilas.
"Kau boleh tak jangan buat macam ni lagi?"
"Ha? Buat apa?" tanya Kayla hairan.
Kegeraman Black semakin membuak apabila Kayla boleh pula mengajukan soalan itu.
"Kau boleh tanya 'buat apa?'. Kayla, aku dah pesan banyak kali kan. Jangan keluar sorang-sorang macam ni. Bahaya. Kau tak faham bahasa Melayu ke?"
Kayla berdecit. "Awak ni. Tak boleh ke kalau tak marah saya dalam sehari?"
"Habis kau tu? Tak boleh ke dengar cakap aku?" balas Black pula.
"Haihhh..! Yelah yelah. Sorrylahh. Saya nampak anak kucing ni tadi. Anak kucing ni comel sangat! Sebab tu saya kejar" jelas Kayla sambil dia mengusap lembut badan anak kucing itu.
Black mengeluh kecil. Penat melayan sikap Kayla yang degil itu. Saat ini, dia teringat pula akan cerita Eddie pasal Elena.
Dua beradik ni. Tak sah kalau tak buat hal dalam sehari.
"Dahlah. Masuk cepat" arah Black seperti dia mengarah seorang anak kecil.
"Tak nak. Saya nak main dengan anak kucing ni"
"Kau bawalah kucing tu masuk. Apa susah?"
"Tak boleh. Kak Elena alah dengan bulu kucing. Kang kalau saya bawa masuk kucing ni, dia duk bersin je memanjang"
Mendengar ada saja jawapan yang keluar dari mulut Kayla itu, darah Black semakin menggelegak. Dia meraup wajahnya hingga ke belakang tengkuk.
Black pun kemudiannya mula hendak mengatur langkah pergi dari situ.
"Awak! Awak nak pergi mana?" tanya Kayla apabila melihat Black berganjak.
"Aku nak masuk"
"Nak masuk? Sampai hati awak tinggalkan saya sorang-sorang kat sini"
"Dah kau tak nak dengar cakap aku. Kau mainlah dengan kucing tu puas-puas"
"Ishh awak ni!"
Tidak mempedulikan Kayla, Black pun meneruskan langkahnya pergi dari situ.
"Blackkkk! Sinilah dulu!" Kayla merengek apabila ditinggalkan oleh Black.
Black hanya melangkah pergi dengan selambanya.
"Eeee awak ni! Blackkk! Kejaplahhhh"
Saat membelakangi Kayla, Black tersenyum-senyum. Suka betul dia mendengar Kayla merengek manja begitu.
Seketika, apabila Black sudah berada di perkarangan rumah, suara Kayla mula hilang.
"Kayla?"
Black menjadi gelisah apabila tiada lagi suara Kayla kedengaran.
"Arrrghhhh! Tolongg saya, Blaackkkk!"
"Kayla!"
Terdengar jeritan Kayla cemas sebegitu, Black kembali mendapatkannya.
"Kayla?!" Black mula mencapai pistol yang berada di belakang pinggangnya untuk bersiap-sedia sekiranya ada tetamu yang tidak diundang datang.
"Blackkkkk,....!!" Kayla berlari anak ke arah Black sambil dia menangis seperti anak kecil.
"Kau.. Kau kenapa ni?" Black terkebil-kebil melihat Kayla.
"Huaarrghhhh! Anak kucing tu jahaattttt! Dia gigit jari sayaaaaa! Sakit, tahu taaakkkk!!!" Kayla meronta kesakitan sambil dia menunjukkan jari telunjuknya yang berdarah itu kepada Black.
Black tergamam sebentar. Ya Allah,.. Kayla.. Kayla.. Kau ni lahhhh.
_______________________
"Tu lahh. Lain kali, kalau orang cakap tu, dengar. Jangan degil. Kan dah kena gigit oleh kucing. Padan muka kau" kata Black dengan nada mengejek.
Tapi, ejek ejek pun, dia juga yang merawat luka di jari Kayla.
Kayla menjulingkan matanya ke atas sambil merengus geram.
"Kurang asam punya kucing. Saya belai dia dengan penuh kasih sayang, dia boleh pula gigit jari saya! Ish!"
Black hanya ketawa kecil mendengar Kayla membebel pasal anak kucing itu.
Setelah selesai merawat luka di jari Kayla itu, Black memasukkan segala barang-barang yang digunakan ke dalam kotak first aid semula.
"Kayla, kau tak jawab lagi persoalan aku" Black bersuara semula.
Kayla memandang Black dengan dahi berkerut.
"Persoalan? Persoalan apa?" tanya Kayla hairan.
"Pasal Fahrin. Kenapa kau benci sangat kat dia?"
Kayla mengeluh panjang. Haihh dia ni. Tak habis-habis lagi ke pasal Fahrin.
"Dahlah. Saya malas nak cakap pasal malaun tu. Buat sakit hati je" ujar Kayla dengan malasnya.
Pap!
Oi mak kau! Terkejut Kayla apabila Black menutup kotak first aid itu dengan kuat.
"Awak kenapa ni?" soal Kayla. Pelik pula dia bila Black tiba-tiba menjadi emosi.
"Look Kayla. Tuan arah aku untuk jaga kau. Jadi, aku.."
"Yes, I know. Tapi, kalau pasal Fahrin tu, awak jangan risaulah" Kayla mencelah.
"Jangan risau? Eh, lelaki macam tu, dia boleh buat lebih dari apa yang kau fikirkan, Kayla. Aku kenal betullah lelaki yang jenis macam Fahrin tu"
"Ya, saya tahu. Can you just relax? Lagipun Fahrin tu dah tak ada kat sini. And, for your information, rupa-rupanya, Fahrin tu dah ada tunang. So, dia takkan kacau saya lagi lepas ni"
"Kau yakin ke dia takkan kacau kau lagi?"
"Well,.. Selagi awak ada, saya yakin dia tak berani nak kacau saya" kata Kayla sambil dia tersenyum meleret.
"Kau ni boleh tak series sikit? Aku tak main-mainlah, Kayla"
Kayla ketawa kecil. Cute pula tengok Black macam ni. Rasa macam Black betul-betul prihatin akannya.
"Ermm.. Black. Saya nak tanya sikit, boleh?"
"Apa dia?"
Kayla menggumam bibirnya seketika. Posisinya dibetulkan menghadap Black.
"Ermm.. Awak risaukan saya ni, sebab apa eh? Sebab.. Saya ni anak majikan awak ke atau sebab lain?"
"Sebab lain? Maksud kau?"
Kayla berdecit. Ekspresi mukanya terus berubah masam mencuka apabila Black menyoal sebegitu.
Ish dia ni! Faham-faham sendiri je lah apa maksud 'sebab lain' tu. Takkan aku nak cakap straight to the point. Malulah aku!
Ke, Black betul-betul tak faham apa maksud aku?
"Ermm.. Maksud saya, sebab lain tu.."
Belum sempat Kayla menghabiskan soalannya, telefon milik Black berdering.
Tanpa berkata apa-apa, Black pun menjawab panggilan itu dan beredar pergi begitu saja. Nampak macam panggilan penting je.
Kayla mengetap giginya. Hish! Siapa pulalah yang call tu?! Kacau daun je!!
____________________
Black dan Eddie hanya mampu mengeluh halus melihat salah seorang anggota perisikan yang tidak sedarkan diri dari luar pintu kaca.
Black dan Eddie segera ke Pusat Kawalan Operasi apabila mereka dimaklumkan mengenai salah seorang anggota perisikan telah ditembak.
"Ejen Black, Ejen Eddie" seorang lelaki memanggil Black dan Eddie.
Kedua-dua mereka serentak menoleh ke arah pemilik suara itu.
"Jeneral Gadaffi ada kat bilik dia. Mari, ikut saya" kata lelaki yang memakai jaket kulit berwarna coklat itu.
Black dan Eddie pun mengikut langkah lelaki itu menuju ke bilik pejabat Jeneral Gadaffi.
Tiba di ruangan pejabat, kelihatan Jeneral Gadaffi sedang fokus meneliti laptop miliknya.
Black dan Eddie mengambil tempat berhadapan dengan Jeneral Gadaffi.
"Tuan, apa dah jadi?" soal Eddie.
"Kes tembakan pandu lalu" jawab Jeneral Gadaffi seraya menghulurkan beberapa helai kertas kepada Black dan juga Eddie.
Di helaian kertas itu tertera beberapa maklumat tentang apa yang telah terjadi.
Black dan Eddie membaca dengan teliti.
"Yang sedang menerima rawatan di STC ketika ini ialah Ejen Aaron. Beliau sepatutnya akan bertolak ke Hat Yai untuk menjalankan misi jenayah bukan indeks mulai 42 jam dari sekarang. Namun, beliau telah ditembak di bahagian kaki dan dada di sekitar kawasan Jalan Balik Bukit" Jeneral Gadaffi mula membuka topik kes.
"Tak ada apa-apa laporan dari tempat kejadian ke, Tuan?" tanya Black.
"Saya telah mendapat laporan bahawa terdapat antara tiga atau empat tembakan dari lokasi kejadian" jawab Jeneral Gadaffi.
"Macam mana dengan suspek?" tanya Black lagi.
"Untuk mengenalpasti suspek, pasukan penyiasat masih sedang beroperasi" ujar Jeneral Gadaffi.
"Ini ada kaitan dengan Raid ke?" Eddie menyoal.
Black melihat sekilas ke arah Eddie. Dia sepertinya tidak begitu biasa apabila mendengar nama Raid sebagai suspek.
Namun, Black cuba untuk berlaku profesional.
"Kalau dah mangsanya adalah ejen perisikan, korang ada terfikir lagi ke suspek yang lain?" balas Jeneral Gadaffi.
Eddie mengangguk faham. Jadi, maknanya, dalang di sebalik kejadian ini adalah Raid.
Terdengar Black menghela nafas berat. Dia kelihatan gelisah semacam.
Tidak lama kemudian, pintu bilik pejabat Jeneral Gadaffi diketuk seseorang. Apabila diarahkan masuk, lelaki yang memakai serba hitam itu pun mendekati mereka bertiga dan berdiri betul-betul di sebelah Black.
"Yes, Ejen Fakhrul. Ada apa-apa info?" tanya Jeneral Gadaffi.
Ejen Fakhrul kemudiannya memberikan fail berwarna putih kepada Jeneral Gadaffi.
"Oh ya. By the way, Ejen Fakhrul, ini Ejen Eddie dan Ejen Black dari DIA. Ejen Black, Ejen Eddie, this is Ejen Fakhrul, Ketua Pasukan Penyiasat Bahagian Risikan Tempatan" Jeneral Gadaffi memperkenalkan mereka sesama sendiri.
Ketiga-tiga ejen elit itu saling bersalaman.
"Ejen Black?" Ejen Fakhrul tersenyum mendengar nama itu.
"Err.. Ya, aku Ejen Black" Black pelik apabila melihat Ejen Fakhrul yang melihatnya lain macam itu.
"The success of your mission at Jasper was so amazing. It's an honor to get stand beside you" ujar Ejen Fakhrul.
"Thank you, Ejen Fakhrul. So, any updates for this case?" tanya Black kemudian. Seperti biasa, dia tidak selesa dengan pujian.
"Oh, yes. Tuan, Ejen Black, Ejen Eddie. Bahagian Pasukan Penyiasat telah menjalankan pemeriksaan CCTV di lokasi kejadian. Kami mendapati bahawa suspek merupakan lelaki Asia, berketinggian kira-kira 5 kaki 8 inci dan berbadan saiz sederhana. Suspek juga memakai jaket dan topeng berwarna merah" Ejen Fakhrul menyampaikan laporannya.
"Merah?" Black menyoal. Warna merah sememangnya sinonim dengan seseorang yang dia kenal.
"Ya. Warna merah" jawab Ejen Fakhrul.
Jeneral Gadaffi memerhatikan reaksi Black itu. Seperti ada yang tidak kena.
"Ada apa, Ejen Black?" tanyanya inginkan kepastian.
"Ermm.. Tak.. Tak ada apa-apa, Tuan" kata Black dengan mukanya sedikit cuak.
"Dan, kami juga mendapati suspek menggunakan pistol semi automatik dan polimer berbingkai" sambung Ejen Fakhrul lagi.
"Itu pistol jenis FN Herstal FNP-9" Eddie bersuara.
"Ya, betul dan pistol ini adalah siri yang diperbuat dari Amerika Syarikat" kata Ejen Fakhrul lagi.
Segala laporan sudah dikemukakan dan jelas sekali, kes ini sememangnya ada kaitan dengan Raid.
_______________________
"Nahh! Ambil balik kau punya topeng ni" Roy menghumban topeng berwarna merah di atas meja.
Roy kemudiannya mencapai sebiji epal lalu dia duduk di atas meja dengan sebelah punggungnya.
"Aku ada topeng sendiri kot. Asal kau nak suruh aku pakai topeng kau ni?" tanya Roy pelik.
Raid tidak mengendahkan Roy. Sebaliknya, dia fokus bermain dart. Diberikan sepenuh perhatian untuk anak panah yang terakhir.
"Gotcha!" anak panah kecil yang terakhir itu menepati sasaran bullseye berwarna merah dan itu anak panah yang kelima menepati sasaran.
"Hoi Raid! Kau dengar tak apa aku tanya ni? Aku,.."
"Dia tak mati kan?" Raid terus mencelah.
Roy merengus kasar. Epal di tangan dia gigit sekali.
"Dah kau tak suruh kasi mati. Takkan aku nak lawan cakap kau" kata Roy.
Raid tergelak-gelak. "Bagus, Roy. Aku tahu aku boleh harapkan kau"
"Tapi Raid, kau tak rasa ke semua ni menyusahkan kerja kita? Yelah, aku tahu bukan senang nak tumbangkan si Black tu. Tapi, setakat nak tumbangkan yang lain, aku rasa aku boleh. Sebab,.."
Ayat Roy terus mati apabila satu anak panah kecil tepat tercucuk betul-betul di badan epal yang berada di tangannya.
Roy kemudian berpaling ke arah Raid.
Lelaki yang memakai baju kemeja berwarna merah dan hitam itu tersenyum sinis.
"Kalau kau banyak cakap lagi, kau akan jadi macam epal tu. Kau nak?" Raid memberi amaran.
Roy terus gentar. Dia menelan air liurnya. Kemudian dia mengangguk laju.
________________________
Haishhh!
Elena menyelak kuat selimut yang membaluti tubuhnya lalu dia melihat ke arah jam.
Pukul 10 malam.
Elena berdecit. Dia menampar kedua-dua belah pipinya dengan rasa geram. Geram dengan diri sendiri.
Apahallah kau bijak sangat pergi buang phone kau kat kolam ikan tu?! Sekarang, dah tak boleh nak buat apa-apa. Ergh! Stupid!!
Mahu tidak mahu, Elena pun memaksa dirinya untuk keluar dari bilik dan keluar ke halaman rumah untuk mengambil semula telefon bimbitnya.
Pintu bilik dibuka perlahan sambil-sambil matanya liar melihat sekeliling. Kang kalau ada yang nampak, buat malu je. Lagi lagi kalau orang tu Eddie.
Setelah dia pasti keadaan senyap sunyi, Elena pun keluar terkedek-kedek dari biliknya.
Tiba di kolam ikan, Elena memeluk tubuh seraya mengetap bibirnya.
Belum celup tangan lagi, aku dah menggigil kesejukan dah ni.
Aduhai! Padanlah muka kau, Elena! Siapa suruh bijak sangat pergi campak phone kat kolam ni.
Elena duduk melutut di tepi kolam. Dia memasukkan tangannya hingga paras siku ke dalam kolam. Nasib baiklah tak dalam sangat pun kolam ni. Cumaaaa.. Ha, sejuk nak mamp*s.
Hmmm,.. Mana pula phone aku tu? Rasanya kat sinilah aku campak tadi.
"Ha! Kau buat apa tu?!"
"Aaaarghhhhhh!!"
Sergahan mengejut Eddie itu membuatkan Elena jatuh tersungkur ke dalam kolam ikan.
"Kau buat apa kat sini malam-malam macam ni?" soal Eddie sambil dia menghalakan lampu suluh ke arah Elena.
"Argh! Damn! You tu buat apa kat sini?!" Elena menengking Eddie.
Eddie ketawa besar melihat Elena yang tak pasal pasal mandi kolam tengah malam macam ni.
Tapi, dalam kelakar kelakar pun, kasihan jugak. Hahahahahaah!
Eddie kemudiannya duduk melutut sebelah kaki di tepi kolam. Dia menghulurkan tangannya kepada Elena.
"Come. Let me help you" kata Eddie sambil dia mengukir senyuman manis.
Elena mendengus kasar. Namun, tangan Eddie itu tetap juga dia capai untuk naik semula ke darat.
Setelah itu, Eddie membuka jaketnya lalu disarungkan ke badan Elena yang sudah basah lencun itu.
_________________________
Makcik Jamilah menghidangkan air suam untuk Elena.
"Cik Elena,.. Cik Elena buat apa kat kolam ikan malam-malam buta macam ni?" tanya Makcik Jamilah sambil dia mengusap-usap lengan Elena.
Elena hanya membungkam. Dia memandang tajam ke arah Eddie yang sedang menahan gelak itu.
Ergh! This guy are so annoying! Elena membebel dalam hati.
Black yang turut berada di situ menyiku lengan Eddie agar menyuruhnya untuk berhenti ketawa.
"Mujurlah tak jadi apa-apa kat Cik Elena. Nasib baik juga kolam ikan tu tak dalam. Kalau dalam tadi, ha kan susah. Cik Elena tu bukannya reti berenang" kata Makcik Jamilah lagi.
"TAK RETI BERENANG? HAHAHAHAHAHAHAHAHAA!" akhirnya ketawa Eddie meledak keluar. Dia tidak mampu lagi menahan tawa.
"Shut up! You ni annoying betullah! You tunggu! I report kat Daddy pasal you! Useless!!!" jerkah Elena dengan suaranya yang terketar-ketar menahan kesejukan.
"Ya Allah! Apa dah jadi kat Kak El?!" akibat bising-bising itu tadi, Kayla sampaikan terbangun dari tidurnya.
Terkejut dia melihat keadaan Elena yang basah kuyup itu.
"Kakak kau baru habis belajar berenang" jawab Eddie selamba.
"What? Belajar berenang?"
"Belajar berenang kepala hotak you! Eh, kalau bukan sebab you sergah I tadi, I tak adalah terjatuh kat dalam kolam tu! This is all your fault!" Elena menuding jari ke arah Eddie.
"Kolam? Wait. Kak El buat apa kat kolam tu malam-malam macam ni?" tanya Kayla pelik.
Mendengar soalan Kayla itu, Elena terus diam membisu. Takkan nak bagitahu hal yang sebenar. Malulah aku.
Elena berpura-pura meneguk air untuk coverline.
"Kakak kau cari handphone dia. Pagi tadi, dia campak kat kolam tu" Eddie pula yang menjawab.
Habis tersembur air dari mulut Elena. Dia sampaikan terbatuk-batuk.
This guy really,...! Elena mengecilkan matanya melihat Eddie.
"Lahhh,.. Kenapa Kak El campak phone kat kolam?" Kayla bertanya lagi. Dia semakin bingung dengan topik ini.
"Kayla, kakak kau ni,.." belum sempat Eddie menghabiskan ayatnya, Black terus menekup mulutnya. Sebelum tercetusnya perang kat ruang tamu tu, baik dia senyapkan Eddie awal-awal.
"Tak. Sebenarnya, handphone Elena terjatuh kat kolam" kata Black.
"Ohhh lah yeke,.. Habis tu, jumpa tak handphone Kak El?"
"Tak jumpa lagi. Tapi takpa. Esok, Eddie akan cari handphone Elena"
Eddie terus menoleh ke arah Black. "Asal aku pulak yang kena cari handphone dia?" gumamnya sambil menjegilkan matanya.
"Haih. Kau dah lupa ke? Handphone Elena kan ada kat kau?" bisik Black sambil cuba berlagak biasa.
"Ohh.. Ye tak iya" Eddie tersengih. Lupa pula dia yang telefon Elena ada dengannya.
Elena menjulingkan matanya ke atas. Dia mendengus kasar. Ikutkan hati, nak saja dia tenyeh muka si Eddie ni.
"Dahlah, dahlah. Sekarang ni, Cik Elena, Cik Kayla, pergi masuk bilik. Dah lewat malam ni. Cik Elena, sebelum tidur salin baju dulu" Makcik Jamilah menyudahkan perbualan mereka malam itu.
Kayla dan Elena pun akur dengan kata Makcik Jamilah itu.
"Epp! Bagi balik jaket aku tu" Eddie meminta balik jaketnya dari Elena.
Black menepuk dahinya sendiri. Dia pula yang malu dengan sikap Eddie yang langsung tak gentlemen itu. Apalah salahnya kalau pinjamkan saja kat Elena? Eddie, Eddie!
"Ingat I hadap sangat ke ha jaket you ni?! Dahlah busuk! Tak cantik!"
"Eh, kalau jaket ni tak ada, agaknya kau dah beku dah sekarang ni. Bersyukurlah sikit"
"Whatever. Yang penting, esok pagi, I nak handphone I ada kat atas meja ni. Kalau tak ada, I sumbat kepala you kat dalam kolam ikan tu!"
Elena kemudiannya bangun dari sofa lalu membuka jaket milik Eddie dan dihumban tepat ke arah Eddie.
Black, Kayla dan Makcik Jamilah mentertawakan Eddie yang diberi amaran keras oleh Elena itu.
Hahahahaha! Tu lahh! Lain kali, jangan suka sangat nak cari pasal dengan Elena. Macamlah dia tak kenal Elena tu macam mana orangnya.
Share this novel