"Makcik Jemi?"
Kayla melihat sekeliling dapur.
Ai? Mana pula Makcik Jemi ni pergi?
Kayla kemudiannya membuka peti sejuk. Bekas air yang berisi oren diambil lalu dituang ke dalam gelas kaca.
Kayla melabuhkan punggung di kerusi sebelum minum.
Kayla meneguk setengah air itu. Dia tersandar di kerusi lalu mengeluh panjang.
Bosaaannnyaaaaaa! Kan best, kalau aku dapat ikut keluar sekali dengan Daddy dan Kak El.
Heishh! Kayla! Tak bolehlah macam tu. Kak Elena tu 8 tahun duduk kat Milan. 8 tahun jauh dari Daddy. Kau kenalah bertolak-ansur sikit. Bagilah chance pula Kak El nak spent time dengan Daddy.
Setelah dia selesai minum, seperti biasa, Kayla akan membilas gelas yang digunanya. Kalau ada Makcik Jamilah sekarang ni, mesti dia bising. Haih.. Makcik Jemi.. Makcik Jemi.. Setakat cuci gelas je. Apalah sangat.
Sewaktu hendak keluar dari dapur, langkah Kayla terhenti apabila ternampak akan Eddie dan Aisar sedang berbual akan sesuatu.
Asal diaorang tu macam series je?
Kayla diserang rasa penasaran. Dia berjalan berjengket seperti seorang pencuri untuk mendekati jarak Eddie dan Aisar.
Kayla bersembunyi di sebalik dinding.
"Eh by the way. Macam mana keadaan Black sekarang? Dia dah ok? Dia dah sedar?" Aisar bertanya.
Tatkala soalan itu terpacul keluar dari mulut Aisar, Kayla tidak dapat menahan dirinya dari untuk bersembunyi lagi. Dia terus meluru ke arah Eddie dan Aisar.
"Kenapa dengan Black?" soal Kayla sambil dia melihat Eddie dan Aisar silih berganti.
Melihat kemunculan Kayla tiba-tiba itu, Eddie dan Aisar masing-masing berubah cuak.
"Abang Aisar. Eddie. Jawablah. Kenapa dengan Black? Apa jadi kat dia?" tanya Kayla lagi. Hatinya mula berasa tidak enak.
"Black tak ada apa-apa. Dia ok. Cuma.."
"Awak jangan nak tipu saya, Eddie!" suara Kayla naik meninggi.
Eddie terdiam sejenak.
Kayla berpaling pula ke arah Aisar.
"Abang cakap Black dengan Eddie pergi balai polis. Tapi hari ni, kenapa Eddie balik sorang. Black mana?" tanya Kayla. Dia berasa sungguh hampa kerana ditipu oleh Aisar.
Dalam dia membisu, Eddie memerhatikan raut wajah Kayla. Diperhatikan mata wanita itu. Sungguh jelas Kayla amat merisaukan keadaan Black.
"Eddie.. Saya tanya awak sekali lagi. Black mana? Apa dah jadi kat dia? Kenapa dia tak balik sini? Kenapa dia tak balik dengan awak?" soal Kayla bertubi-tubi.
Eddie masih kaku di posisi. Dia hanya menunduk. Dia sebenarnya sudah berjanji dengan Black yang dia tidak akan membuka mulut pasal keadaan diri Black, lagi lagi terhadap Kayla.
"Jawablah saya! Kenapa korang diam je ni?! Apa dah jadi kat Black?!" perasaan geram dan risau bermain di hati Kayla.
"Black cedera masa kami selamatkan Tuan semalam. Sekarang dia ada kat hospital" akhirnya Aisar menjawab.
Eddie lantas berpaling ke arah Aisar. Dia terkedu apabila Aisar memberitahu perkara itu kepada Kayla. Namun dia tidak boleh menyalahkan Aisar kerana Aisar tidak tahu apa-apa.
Eddie menghela nafas berat. Dia tidak menyangka akan jadi seperti ini.
"B.. Black.. Black cedera?" suara Kayla terketar-ketar. Seluruh badannya mula terasa lemah.
"Ya, Cik Kayla. Tapi Cik Kayla jangan risau.."
"Macam mana Kay tak risau, abang? Seharian Kay tunggu dia! Seharian Kay cari dia! And at last, tanpa pengetahuan Kay, Black cedera?" Kayla betul-betul kelihatan kesal.
"Abang minta maaf Kay. Abang.."
"Abang sebagai ketua sepatutnya abang jaga orang abang! Abang tak sepatutnya biarkan orang abang cedera!" marah Kayla.
Aisar terdiam kelu. Dia akur apabila dimarahi oleh Kayla. Dia sedar akan kesalahannya.
"Kayla. Dahlah tu. Aisar tak salahlah.." Eddie cuba untuk menenangkan Kayla.
Kayla hanya mengerling Eddie sekilas tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia berpaling semula ke arah Aisar. Dia tidak sangka, Aisar menyembunyikan perkara sebegini dari dirinya.
"If anything bad happen to Black, you will be responsibility on that. Get it?!" jerkah Kayla terhadap Aisar.
Aisar hanya mengangguk lemah.
Seraya itu, Kayla pun beredar dari situ meninggalkan mereka.
________________________
"Macam mana? Awak dah rasa tenang sikit?" tanya Doktor Rania apabila Black sudah keluar dari sebuah bilik yang dilengkapkan dengan suasana yang nyaman.
Black duduk di kerusi yang berhadapan dengan Doktor Rania.
"Biasa je. Tak ada apa yang berubah" jawabnya ringkas.
Doktor Rania tersenyum kecil.
"Awak tahu kenapa saya suruh awak masuk ke dalam bilik tu selama 20 minit?" tanya Doktor Rania lagi.
"Tak tahu"
"Ejen Black, untuk mengawal emosi awak, saya kena pastikan awak dalam keadaan yang rileks. Sebab tu saya suruh awak masuk ke dalam bilik tu" beritahu Doktor Rania.
Black hanya menunjukkan reaksi biasa. Dia sepertinya melakukan sesi itu dengan keadaan hati yang tidak rela.
Namun Doktor Rania tidak berputus asa untuk meneruskan rawatan ke atas ejen elit itu.
"Kalau awak perasan, colour bilik yang awak masuk tu colour biru kan. Awak tahu kenapa?" Doktor Rania menyoal lagi.
Black sempat mengeluh perlahan sebelum dia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
"Sebab, warna biru boleh menurunkan tekanan darah dan menstabilkan pernafasan. Oleh sebab itu, biru dianggap warna yang boleh memberi ketenangan" jelas Doktor Rania dengan nada mesra.
"Ok, baiklah, Doktor. I know you did all this for my good and I really thank you for that. Tapi, Doktor. Apa yang jadi semalam, itu semua di luar jangkaan aku" Black akhirnya bersuara.
Doktor Rania membisu sejenak sambil dia memerhatikan Black. Wanita itu kemudiannya bersandar di kerusinya. Doktor Rania seolah-olah hendak memberikan Black peluang untuk memberitahunya apa yang dia rasa ketika ini.
"Apa yang berlaku semalam amat mengejutkan aku. Aku bersemuka dengan abang aku yang selama ini aku sangkakan sudah tiada. Aku selamatkan Raid dari serangan Eddie sebab aku sangkakan dia masih orang yang sama dengan Raid yang aku kenal 3 tahun yang lalu" jelas Black.
Doktor Rania masih hanya membungkam.
"Sebenarnya.. Aku pernah ternampak Raid sekali waktu aku tengah berjaga di rumah Tan Sri Zaim Mustafa" beritahu Black lagi.
Doktor Rania kelihatan terkejut sedikit dengan pernyataan dari Black itu. Dia memperbetulkan posisinya. Kedua-dua tangan diletak di atas meja kacanya.
"Maksud awak, awak dah tahu yang Raid masih hidup?" tanya Doktor Rania inginkan kepastian.
"Keadaan malam tu agak samar-samar. Aku ternampak seorang lelaki berdiri di bawah cahaya lampu. Dia tersenyum sinis melihat aku. Senyuman tu.. Aku kenal. Itu senyuman Raid"
"Adakah pihak atasan awak tahu pasal hal ni?"
"Tak. DIA tak tahu"
"Partner awak?"
"Eddie pun tak tahu juga"
"Ejen Black, why you didn't tell them?" Doktor Rania kelihatan agak kecewa.
Black memandang Doktor Rania dengan pandangan kosong. Dia sendiri tidak tahu kenapa perkara penting sebegitu dia tidak melaporkan ke pihak DIA atau sekurang-kurangnya memberitahu kepada Eddie.
_________________________
Dua cawan hot vanilla tiba di atas meja mereka.
Sambil dia menggaul minuman, Tan Sri Zaim memerhatikan Elena. Senang hatinya dapat keluar dengan anak sulungnya itu. Bukan senang hendak memujuk Elena.
"Are you happy?" tanya Tan Sri Zaim.
"So much" jawab Elena seraya mengukir senyuman lebar.
Tan Sri Zaim turut tersenyum.
"How was Milan?" tanya Tan Sri Zaim lagi.
"Best. Hari-hari El shopping kat Galleria Vittorio Emanuele II" jawab Elena lalu dia tergelak-gelak.
"El, please. You know what I mean"
Gelak Elena terhenti apabila menyedari Tan Sri Zaim dalam mood series.
"8 tahun El tinggalkan Daddy, El tinggalkan Kayla. Best sangat ke berjauhan dari family?" soal Tan Sri Zaim.
Elena mengeluh berat. Helaian rambutnya dibawa ke belakang cuping telinga lalu dia memandang tepat ke arah Tan Sri Zaim yang berada di hadapannya itu.
"Well.. After what happened 10 years ago, I don't think I have a family anymore. Especially bila Mommy meninggal. El rasa,.."
"El masih ada Daddy. Masih ada Kayla. Kami family El. El masih ada family,.."
"Kayla is not,..!" Elena mula bengang. Kelihatan dia mengetap rahang.
"El, Kayla tu hari-hari berharap supaya kamu balik ke pangkuan kami. Apapun yang jadi, rasa sayang Kayla terhadap kamu tak pernah berubah" ujar Tan Sri Zaim.
Elena begitu kecewa apabila Tan Sri Zaim masih bercerita pasal Kayla di waktu mereka berdua sedang meluangkan masa bersama seperti ini.
"Daddy ni memang tak sayangkan El kan. Dalam waktu Daddy dengan El pun, Daddy masih juga nak terfikirkan pasal perempuan tu!" marah Elena.
"El.."
"I really thought you are with me at this moment. Tapi rupanya El silap"
"El.. Daddy minta maaf. Daddy cuma.."
"Enough for today. El nak balik" hati Elena sudah terguris. Dia terus mengangkat punggung dari situ dan beredar pergi.
"Elena,..!" Tan Sri Zaim mengeluh kecil. Dia meraup wajahnya perlahan. Kesal dengan diri sendiri yang tidak berlaku adil terhadap Elena.
_______________________
Sebuah Lexus RZ berhenti di tempat letak kereta hospital.
Berhenti saja kereta itu, Kayla terus bergegas keluar.
"Kay, tunggu!" Wafa pula mengejar langkah Kayla dari belakang.
Sesampainya dia di dalam hospital, Kayla tercari-cari kaunter utama dengan langkah yang pantas. Tidak dapat dia bayangkan keadaan Black sekarang. Apa yang dia tahu, dia begitu risaukan akannya.
"Nurse,.."
"Ya Cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya jururawat yang memakai tudung itu apabila Kayla tiba di kaunter pertanyaan.
Kayla mengambil nafas sejenak. Lelah kerana memecut dari tadi.
"Saya nak cari patient bernama.."
Kayla menepuk dahinya. Aduhai, Kayla! Asal kau main blah macam tu je? Kau sepatutnya tanya Eddie dulu apa nama betul Black!
Kayla mula buntuh. Dia mana tahu nama betul Black.
"Kenapa, babe?" tanya Wafa pelik.
"Wafa.. Aku tak tahu nama betul Black.." jawab Kayla lalu dia menekup mukanya.
Wafa ternganga seketika. Ya Allah kawan aku ni!
Melihat Kayla yang sudah lost itu,Wafa berasa kasihan pula. Dia mengusap perlahan belakang Kayla yang tertunduk di meja kaunter.
"Ermmm.. Ok macam ni. Semalam, ada tak patient dari jeti Shahbandar?" Wafa menggunakan alternatif lain untuk mencari Black.
Wajah jururawat itu berkerut sedikit.
"Rasanya tak ada, Cik. Sebab.."
"Apa maksud awak 'rasanya'?" Kayla memintas ayat jururawat itu dengan nada tidak berpuas hati.
"Kay.. Rileks.." Wafa menggoncang perlahan lengan Kayla. Dia takut Kayla 'meletup' pula kat hospital ni.
"Nurse, boleh tak awak tolong cek dulu?" pinta Wafa dengan lembut.
"Baiklah. Sebentar ya Cik. Saya cek kat sistem" jururawat itu pun beralih ke sebuah komputer yang ada di mejanya.
Kayla menanti dengan penuh debar. Begitu juga dengan Wafa.
Setelah beberapa saat, jururawat itu kembali menghadap Kayla dan Wafa.
"Maaf, Cik. Hospital kami tak ada terima patient dari jeti Shahbandar" beritahu jururawat itu.
"Takkan tak ada? Kawan saya cedera semalam. Awak mesti silap! Awak ceklah betul-betul!" kata Kayla dengan marah.
"Kayla, dahlah tu. Mungkin Black kat hospital lain" Wafa cuba memujuk kawannya itu.
"Hospital mana lagi, Wafa? Hospital ni je paling dekat" balas Kayla.
Kayla kemudian berpaling kembali ke arah jururawat itu.
"Nurse, awak cek balik kat sistem awak!"
"Maaf, Cik. Tapi.."
"Kay, dah. Jom. Kita balik" enggan mengeruhkan keadaan, Wafa membawa Kayla pergi dari situ.
"No! Aku tak nak balik selagi aku tak jumpa Black!"
"Kau jangan buat hal, boleh tak? Kita kat hospital ni! Kau nak kita kena halau ke?!"
"Wafa,.."
Tanpa membiarkan Kayla bersuara lagi, Wafa terus menarik lengan Kayla dan membawa dia beredar dari situ dengan segera.
________________________
Di sebalik jaket kulit berwarna hitam yang dipakainya, tubuh badannya yang dibalut dengan bandage masih lagi terasa kesakitannya.
Black cuba untuk membuat regangan badan sementara dia menunggu dijemput namun melalui dari riak wajahnya saja, sudah pasti badannya masih memerlukan rehat.
Tapi yang jelas, lagi sakit rasanya apabila terpaksa menerima hakikat bahawa musuh untuk misinya kali ini ialah Raid.
"Macam mana keadaan awak, Ejen Black?" satu suara yang datang menerpa dari belakang menghentikan lamunan Black.
Jeneral Gadaffi mengambil tempat di sisi Black.
"Saya baik, Tuan. Terima kasih" jawab Black dengan ucapan terima kasih.
"Alhamdulillah. So, how was your session with our psychologist?" tanya Jeneral Gadaffi lagi.
"It went smoothly, Sir. Doktor Rania helped me a lot" jawab Black sambil dia tersenyum kecil.
Jeneral Gadaffi kelihatan puas hati.
"Ejen Black, kami di sini akan terus memantau segala pergerakan Raid dan saya rasa, dia bekerjasama dengan Roy untuk mengacau ketenteraman keluarga client VIP awak" Jeneral Gadaffi membuka topik pasal Raid.
Black hanya mengangguk faham.
"Tuan, boleh saya tanya sesuatu?"
"Ya, silakan"
"Adakah.. Misi ini sebenarnya melibatkan saya?" Black mengajukan soalannya.
"Maksud awak?" Jeneral Gadaffi sepertinya kurang jelas.
"Untuk pengetahuan Tuan, seminggu sebelum saya mendapat misi ini, saya telah menjalankan misi di Kanada. Selepas saya kembali ke DIA, Major Jeneral Thomas terus menyerahkan misi ini kepada saya. Ramai lagi ejen yang saya rasa boleh kendalikan misi ini tapi kenapa saya juga?"
Jeneral Gadaffi diam seketika. Dia memeluk tubuh seraya menghela nafas panjang.
"Kejadian 3 tahun lalu masih jelas di ingatan saya dan saya pasti, Ejen Raid juga sama" tambah Black.
Jeneral Gadaffi masih mendiamkan diri.
"Saya amat menghormati dia. Kalau bukan disebabkan dia, saya takkan sampai ke tahap ini. Saya bukan ejen terbaik DIA kalau bukan disebabkan Ejen Raid" kata Black lagi.
Jeneral Gadaffi tetap membisu. Dipandangnya Black yang mula lemah itu.
"Ejen Raid bukan saingan saya, Tuan. Keyakinan saya mula pudar. Saya tak tahu sama ada saya boleh meneruskan misi ini atau tidak" sambung Black.
Walaupun dia berasa agak terkilan kerana Black sepertinya sudah menyerah namun Jeneral Gadaffi masih mengukir senyuman nipis.
"Take some rest, Ejen Black" hanya itu saja balasan dari Jeneral Gadaffi. Setelah itu, dia menepuk perlahan sebelah bahu Black sebelum beredar meninggalkannya.
______________________
"Nah. Ambil ni" Wafa menyerahkan sebotol tin soya kepada Kayla yang dari tadi asyik termenung itu.
Dengan malasnya, Kayla menolak pemberian Wafa itu.
Wafa mengeluh halus.
"Minumlah sikit. Bagi tenang hati kau tu" pujuk Wafa.
"Tak nak. Kalau kau nak bagi aku tenang, bawa aku jumpa Black" ujar Kayla.
Pap!
"Auuu! Sakitlah!" Kayla mengusap laju lengannya yang dipukul oleh Wafa yang mula geram dengannya itu.
"Ha! Tahu pun sakit. Kang kalau aku hempuk kau dengan tin soya ni kang. Apa pun tak dapat" kata Wafa. Tin soya itu sudah naik ke udara. Tinggal masa nak dilepaskan ke arah Kayla.
Kayla mencebikkan bibirnya.
"Ambil ni. Minum. Kau jangan nak mengada eh" Wafa mendesak lagi.
Mahu tidak mahu, Kayla pun mengambil soya yang berada di tangan Wafa itu lalu meminumnya dengan muka monyok.
Wafa yang duduk di kerusi pemandu itu menggeleng kepala melihat Kayla.
"Kau punya risau pasal Black ni, macamlah si Black tu boyfriend kau" Wafa bersuara lagi.
"Diam ah. Kau tak faham perasaan aku"
"Tak faham konon! Eh, aku ni dah bersuami tau. Apa yang tak fahamnya?"
Ha, sudah. Bergaduh pula dua orang ni.
"Dahlah. Sekarang ni, aku hantar kau balik" kata Wafa. Malas dia nak bertekak dengan Kayla.
Kayla hanya diam. Dia mengikut saja kata Wafa itu. Balik dengan rasa hampalah aku ni jawabnya.
_____________________
"Aku nak korang cari Kayla sampai dapat!!"
Tatkala mendengar Aisar menjerit dari dalam rumah, Black segera melajukan langkahnya.
Sewaktu tiba di dalam rumah, keadaan kelihatan kelam-kabut. Aisar juga terlihat cemas semacam.
Black menjadi penasaran. Dia pun mendekati Aisar.
"Aisar.."
Aisar menoleh ke arah si pemanggil. Dia menghela nafas lega apabila melihat Black sudah kembali dalam keadaan yang baik-baik saja sebegitu.
"Black, alhamdulillah. Baguslah kau dah balik. Kau ok?" tanya Aisar.
"Aku ok. Apa dah jadi ni?" tanya Black pula.
"Kayla. Dia hilang" jawab Aisar. Dia kembali resah.
"Kayla hilang?!"
"Aku tak tahu macam mana dia boleh hilang. Pagi tadi dia ada je kat sini"
"Kau biar betul, Aisar? Tuan dengan Elena mana?"
"Tuan dengan Elena keluar"
"Kayla tak ikut sekali?"
"Tak. Elena tak bagi"
Black diam seketika. Seperti ada sesuatu yang dia fikirkan ketika ini.
Tan Sri Zaim keluar berdua dengan Elena. Kayla tak ikut sekali sebab Elena tak bagi. Mungkinkah sekarang ni Kayla tengah sedih?
Hanya satu tempat yang terlintas di fikiran Black. Dia pun segera ke tempat itu.
Black meluru ke tangga belakang. Namun Kayla tiada di situ.
"Kayla!"
Black mencari Kayla di sekitar situ.
"Kayla!"
Black menjadi resah gelisah. Matanya liar melihat sekeliling.
Tiba-tiba, seseorang memegang bahunya dari arah belakang.
Sepantas kilat, Black menepis tangan itu lalu dia bawa orang tersebut ke permukaan dinding.
"Weh! Sakitlah, gila!" Eddie meronta kesakitan apabila siku Black mengunci lehernya.
"Eddie! Kau rupanya. Sorry.. Sorry.." cepat-cepat Black melepaskan Eddie.
"Ish kau ni! Sakit sakit pun masih kuat ya" kata Eddie sambil dia mengemaskan kolar bajunya.
Black tidak mempedulikan Eddie. Dia meneruskan pencariannya yang terbantut tadi.
"Kalau ada apa-apa jadi kat Kayla, ni semua salah kau tau" Eddie kembali bersuara.
Black lantas menoleh semula ke arah Eddie.
"Kenapa salah aku pula?" tanya Black hairan.
"Aku rasa Kayla keluar pergi cari kau" beritahu Eddie.
"What? Dia keluar cari aku?"
"Ha'ah"
Eddie mengatur langkah ke anak tangga lalu melabuhkan punggungnya. Black pula mengambil posisi di hadapan Eddie sambil dia mencekak pinggang.
"Pagi tadi. Dia terdengar perbualan aku dengan Aisar pasal kau. Dia tahu kau cedera. Habis si Aisar tu dia marah" Eddie membuka cerita pasal kejadian pagi tadi.
Black bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar ini.
Ya Allah,.. Kayla! Kerja gila apa kau buat ni?
________________________
Kayla masih lagi membatu di tempat duduknya apabila sudah tiba di depan rumah.
Wafa mengeluh halus.
"Dahlah. Janganlah macam ni, Kay. Esok Black baliklah tu" Wafa cuba untuk memujuk.
"Kalau dia tak balik juga, macam mana?"
"Ish kau ni! Janganlah fikir bukan-bukan. Kau kenalah fikir yang baik-baik"
"Aku risaulah, Wafa"
"Ya, aku tahu kau risau. Tapi janganlah ikutkan hati kau sangat. Dahlah. Sekarang ni, kau masuk rumah, makan lepastu kau tidur. Okey?"
Kayla mengangguk lemah. Dipandangnya Wafa dengan muka sepuluh sennya.
"Sorry tau aku kacau hari cuti kau. Dahlah kau pregnant. Kau pula kena teman aku ke hulur ke hilir cari Black" kata Kayla dengan rasa bersalah.
Wafa tergelak sekilas. Kelakar pula bila tengok Kayla rasa bersalah begini.
"Jangan nak mengadalah. Sedangkan Sung Gyeong yang berlari ke sana ke sini pun boleh survive. Inikan aku yang setakat drive je. Aku okeylah, babe. Jangan risau" ujar Wafa siap dia menaikkan lagi ibu jarinya.
"Sung Gyeong? Siapa tu?"
"Alaahh. Perempuan pregnant yang kena kejar zombi dalam cerita Train to Busan tu" jawab Wafa berseloroh.
Kayla turut tergelak sama. Wafa ni lahhh. Tak pernah nak series.
"Kau ni lahhh.. Ada-ada je"
"Hehehehe.. Eh by the way. Kalau kau masih tak ada mood macam ni, esok malam kau tak datang pun tak apa. Jiran-jiran aku ada boleh teman aku makan" kata Wafa.
"Ish kau ni. Janganlah macam tu. Aku kan dah janji? Kenalah tunaikan"
"Takpa lah. Lagipun, mesti kau masih trauma kan lepas apa yang dah jadi kat Daddy kau"
Kayla menghela nafas panjang. Tipulah kalau aku cakap aku dah ok kalau pasal tu. Sampai sekarang aku rasa takut.
"It's okeylah, Wafa. Esok malam, aku akan datang ke rumah kau. Okey?"
"Betul ni?"
"Elehh kau ni. Yelahhhh"
"Yeayyy! Okey. Jumpa esok malam, babe"
"Okey. Aku masuk dulu. Drive safe"
"Okey"
Setelah Kayla keluar dari kereta, Wafa pun terus berlalu pergi dari situ.
Kayla mengeluh perlahan. Dia masih terfikir akan keberadaan Black.
"Kayla!"
Kayla terkedu apabila suara yang amat dikenalinya itu melaung namanya dari arah belakang. Dan suara itu terasa amat dekat.
Perlahan-lahan Kayla menoleh. Black sedang menapak ke arahnya.
"Kayla! Kau dah gila ke? Apasal kau keluar sorang-sorang?!"
Kayla bagaikan hendak menangis apabila melihat Black kini berada di depan matanya.
"Black.."
"Kau pergi mana tadi? Kenapa keluar sorang-sorang? Kau tahu tak, bahaya kalau.."
Ayat Black tergantung apabila Kayla tiba-tiba memeluknya dengan begitu erat.
Kayla tidak dapat mengawal perasaan gembiranya dia melihat Black ketika ini.
"You're back" tutur Kayla separuh sebak.
Walaupun terpaksa menahan sakit apabila dipeluk oleh Kayla namun sejujurnya pelukan Kayla itu sedikit sebanyak menenangkan hati Black.
__________________________
"Lain kali jangan buat macam tadi tu lagi tau, Cik Kayla. Huru-hara orang dalam rumah ni bila Cik Kayla tiba-tiba je hilang macam tu" Makcik Jamilah membebel panjang sambil dia menyiapkan makanan untuk Kayla.
Kayla yang duduk di meja makan hanya tersengih-sengih.
"Sorry Makcik Jemi.." ujarnya manja.
Makcik Jamilah menggeleng perlahan melihat Kayla.
"Nasib baik tak ada apa-apa buruk jadi kat Cik Kayla" kata Makcik Jamilah lagi.
Kayla hanya tersengih macam kerang busuk. Tak sangka pula dia keadaan di rumah tadi kecoh sekali.
"Okeylah. Cik Kayla makan dulu. Makcik nak pergi laman belakang"
"Ok Makcik Jemi,.."
Sewaktu Makcik Jamilah keluar dari dapur, Black pula kebetulan masuk ke dalam dapur.
Kayla tersenyum lebar. Dia ni. Macam tahu-tahu je aku sorang-sorang kat dapur ni.
"Awak! Teman saya makan" kata Kayla dengan semangat sekali.
Black yang hendak minum itu hanya membisu.
"Aku kena berjaga kat depan. Kau makanlah sorang" jawab Black. Gelas yang berisi air oren itu dia bawa keluar dari situ.
Kayla berdecit. Matanya memerhatikan Black sampailah ke halaman rumah.
Oh! Awak tak nak teman saya makan ya. Takpa. Ingat saya ni tak ada kaki ke ha nak kejar awak?
Kayla pun segera mengangkat pinggannya lalu dia menuju ke arah Black yang sedang berada di gazebo halaman rumah.
Black mengeluh halus apabila Kayla muncul di hadapannya. Dah elok elok makan kat dapur tadi, nak juga makan kat sini.
"Sampai hati awak menghilang macam tu je tanpa berita" ujar Kayla.
Black hanya membungkam.
"Tak elok tau buat saya risau pasal awak" kata Kayla lagi sambil dia makan.
"Tak elok juga makan sambil bercakap" Black memerlinya.
Kayla menjuihkan bibirnya. Eleh mamat ni! Kita sound dia. Dia pula sound kita balik. Ok, baiklah. Tak elok ya makan sambil bercakap.
Kayla pun meletakkan pinggannya ke tepi. Dengan selambanya, jus oren milik Black tadi dia capai lalu minum.
"Heishh! Tu air aku lah" geram pula Black dibuatnya.
"Ups. Sorry" Kayla sengaja lagi menambahkan tahap geram Black.
Black menjulingkan matanya ke atas. Dia mengambil semula gelas itu dari tangan Kayla lalu bangun untuk mengisi semula air untuk dirinya.
"Black,.." Kayla menahan Black dengan memegang lengannya.
Kayla kemudian berdiri dari tempat duduknya lalu menghadap ke arah Black.
"I really meant it. Saya betul-betul risaukan awak. Saya takut kalau ada apa-apa jadi kat awak" ujar Kayla. Bebola matanya tepat memandang mata Black.
Entah kenapa lidah Black menjadi kelu tiba-tiba.
Kayla mengukir senyuman manis. Biarlah jika Black hanya membisu sebegitu. Sekurang-kurangnya, Black dalam keadaan selamat dan kini berada bersamanya.
_____________________________
Setelah dia menarik nafas dalam lalu menghembusnya keluar, Kayla menapak ke arah Aisar sambil membawa segelas jus oren untuknya.
"Hai Abang Aisar,.." sapa Kayla dengan lembut.
"Ya, Cik Kayla. Ada apa?" tanya Aisar lalu dia berdiri dari tempat duduknya.
"Err.. Tak. Tak ada apa. Kay just nak bagi abang air ni" kata Kayla sambil dia menghulurkan jus oren itu kepada Aisar.
"Ohh. Lah susah susah je Cik Kayla. Abang boleh ambil sendirilah kat dapur" ujar Aisar.
Kayla hanya tergelak kecil.
Jus oren tadi berpindah tangan. Aisar kemudiannya melekat jus oren itu di atas meja.
Kayla menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduhh! Asal kau diam lagi, Kayla? Cakaplah!
"Ada apa-apa lagi, Cik Kayla?" tanya Aisar apabila Kayla tidak lagi berganjak dari situ.
"Ermm.. Abang.."
"Yes?"
"Errr.. Kay.. Kay nak minta maaf"
"Minta maaf? Pasal?"
"Pasal pagi tadi. Kay tak sengaja tengking abang, marah marah abang macam tu. Sedangkan selama ni, abang baik sangat dengan Kay" kata Kayla dengan penuh bersalah. Entah apalah yang merasuk dirinya pagi tadi sampai dia memarahi Aisar teruk begitu.
Aisar ketawa sekilas. Pasal itu rupanya.
"Jadi, jus oren ni sebagai tanda minta maaf lah ya?" tanya Aisar dengan nada mengusik.
"Abang.. Kay minta maaf. Kay tak sengaja marah abang tadi. Kay cuma,.."
"Risaukan pasal Black?" duga Aisar.
Kayla terdiam seketika.
"Cik Kayla sukakan Black eh?" teka Aisar lagi.
"Ish abang ni! Ke situ pulak" muka Kayla berubah merah.
Aisar tergelak-gelak.
"Adik abang sorang ni dah jatuh cinta rupanya" kata Aisar lalu mengusap kepala Kayla.
"Ish abang! Rosaklah rambut Kay!" Kayla terus membetulkan rambutnya dengan jari.
"Eleeh! Ha! Marah abang lagi. Abang merajuk, baru tahu!" ugut Aisar.
"Alahh abang ni! Janganlah macam tuuu"
"Tahu pun takut"
Black yang memerhatikan Aisar dan Kayla dari jauh itu hanya ketawa kecil melihat keletah mereka berdua.
______________________
Di anak tangga, Black mendongak ke langit melihat bintang-bintang yang berkelipan. Banyak pula bintang malam ini.
Tiba-tiba, seseorang datang dari belakang. Selipar rumah dengan gambar kartun beruang itu berhenti di sisinya.
"Asal kau tak tidur lagi ni?" tanya Black tanpa melihat ke arah si gerangan yang datang. Tengok selipar je dah tahu siapa.
"Saya nak duduk sebelah awak, boleh?"
Suara itu seakan baru habis menangis. Barulah Black berpaling ke arah Kayla.
"Kau ok ke?" tanya Black.
Kayla lalu melabuhkan punggungnya di sisi Black.
"Saya mimpi arwah Mommy.." beritahu Kayla. Dia kelihatan masih sebak.
Black diam sejenak. Diperhatikan Kayla dengan pandangan redup.
"Saya rindu arwah Mommy,.." kata Kayla lagi dengan suaranya yang bergetar.
"Kayla.. Kalau kau rindu, sedekahkan Al-Fatihah.." ujar Black dengan nada lembut.
Kayla tersenyum nipis. "Dah.. Cuma.. Perasaan rindu tu. Tak boleh nak hilang. Black, awak pernah rindu seseorang tak?" tanya Kayla.
Raut wajah Black berubah sedikit. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Aku tak ada sesiapa nak rindu" kata Black.
"Awak tak rindu abang awak, Raid?" tanya Kayla lagi.
Black mengeluh berat. Tangannya menggumpal penumbuk. Soalan Kayla itu dibiarkan tanpa berjawab.
Kalau dulu, mungkin aku akan cakap aku rindukan Raid. Tapi sekarang, nampaknya aku tak perlu rindukan dia lagi.
Seketika, Kayla membaringkan kepalanya di bahu Black. Lengan Black dirangkul olehnya dengan erat sekali. Seolah-olah dia tidak mahu membiarkan Black pergi lagi.
Black terus kaku menjadi patung.
"Black, thank you.." tutur Kayla.
"Untuk?" soal Black.
"Thank you sebab awak balik dengan keadaan yang baik-baik macam ni. I'm glad you're back. Saya tahu awak akan kembali" jelas Kayla. Matanya hampir tertutup.
"Aku balik sebab dah memang tugas aku. Bukan aku balik sebab kau" kata Black.
Kayla yang hendak terlelap di bahu Black itu ketawa pendek. Asyik nak dingin je mamat ni.
"I know. Saya tahu awak balik bukan sebab saya. But whatever it is, saya happy awak balik semula. Lepas ni, awak jangan tinggalkan saya lagi tau" ujar Kayla.
Black terkedu mendengar ayat Kayla itu. Jangan tinggalkan dia? Kenapa ayat Kayla ni lain macam?
"Kayla, aku.." ayat Black tergantung apabila menyedari Kayla sudah pun terlelap di bahunya.
Black menghela nafas perlahan.
Black memerhatikan wajah Kayla yang nyenyak tidur itu. Tanpa disedari, dia mengukir senyum kecil. Ada satu perasaan aneh dirasainya ketika ini apabila merenung Kayla.
"Selamat malam, Kayla. Aku minta maaf pasal hari ni dan aku juga minta maaf andai satu hari nanti aku terpaksa tinggalkan kau sekali lagi" tutur Black perlahan.
Share this novel