Tan Sri Zaim menyelimutkan Kayla dengan perlahan. Kepala Kayla yang tidur nyenyak itu, dia belai lembut dengan keluhan halus.
Malam ini dia hampir kehilangan Kayla.
Tan Sri Zaim membiarkan Kayla berehat. Lampu di kedua sisi katil Kayla ditutup. Pintu bilik Kayla tidak ditutup rapat. Dibiarkan terbuka sedikit.
Apabila dia keluar dari bilik anak bongsunya itu, kelihatan Elena sedang memerhatikan dari biliknya yang berhadapan dengan bilik Kayla.
Elena memandang Tan Sri Zaim sambil memeluk tubuh.
"So, sebab ni lah Daddy suruh I balik Malaysia?" tanya Elena.
"El, dah. Lupakan apa yang dah jadi tadi. Masuk bilik. Tidur" suruh Tan Sri Zaim. Dia tidak mahu Elena kusut memikirkan tentang apa yang berlaku malam ini.
"Daddy, siapa diaorang tu?"
"El,.."
"I need to know, Daddy. I berhak tahu dan I nak tahu" kata Elena. Dia tetap berkeras ingin tahu.
"Tak ada apa yang kamu perlu tahu. Apa yang penting, kamu dengar cakap Daddy. Jangan sesekali keluar dari rumah. Faham?"
Elena merengus geram. Dia pun terus masuk ke biliknya.
Tan Sri Zaim kemudiannya menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu.
Di ruang tamu, Black dan Aisar menantikannya. Mereka berdiri beberapa jarak dari meja yang menjadi perantaraan dengan sofa.
Tan Sri Zaim melabuh punggung di sofa seraya mengeluh panjang. Spek mata dibuka lalu dia mengurut batang hidungnya.
"Tuan,.."
"Terima kasih sebab selamatkan Kayla, Black" Tan Sri Zaim memintas ayat Aisar.
Aisar terkedu. Dia melihat ke arah Black sekilas.
Black hanya menundukkan kepalanya sekali.
"Mulai malam ini, awak take over tempat Aisar. Awak akan jadi ketua kepada mereka semua" ujar Tan Sri Zaim tanpa berfikir panjang. Dia seolah-olah tidak menyedari Aisar berada di situ.
Bukan saja Aisar yang terkejut dengan keputusan Tan Sri Zaim itu. Black juga turut tidak menyangka akannya.
Black menoleh ke arah Aisar. Wajah Aisar mula bengang. Jelas dia tidak berpuas hati dengan tindakan Tan Sri Zaim itu.
"Tuan, saya rasa, tak perlu timbul isu ketua atau yang berkaitan dengannya. Apa yang penting, ke semua pihak memberi kerjasama dan komitmen yang sebaiknya untuk terus melindungi Tuan dan keluarga Tuan" Black menyuarakan pendapatnya.
Malas hendak memanjangkan isu ini, Tan Sri Zaim menurut saja.
Black sekali lagi berpaling ke arah Aisar. Aisar membalas pandangan Black dengan pandangan marah. Namun Black tidak mengendahkannya.
______________________
Black dan Aisar menuju ke bilik CCTV. Eddie dan bodyguard yang lain sedang menantikan mereka di sana sambil memeriksa rakaman.
"Roy dah makin melampau. Kita kena buat sesuatu" kata Black. Dia berjalan pantas ke arah bilik CCTV.
Namun tiba-tiba, Aisar mengamuk tidak tentu pasal. Kolar baju Black dicengkam pantas olehnya lalu dia membawa Black ke dinding.
"Aisar! Kau apa hal ni?!"
"Kau yang apahal?!"
"Lepaslah! Aku tak ada masa nak bergaduh dengan kau!"
"Selama ni aku dan budak-budak aku tak pernah tumpaskan kumpulan Roy walaupun diaorang cuma datang bertiga. Tapi kenapa kau dengan mudahnya dapat tumpaskan diaorang?!"
Rupa-rupanya Aisar tidak berpuas hati dengan Black. Ya, itu memang sudah jelas.
Black tahu. Aisar mesti bengang gila terhadapnya. Tambah-tambah lagi, bila keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Zaim semasa di ruang tadi.
"Ke.. Kau sebenarnya tali barut Roy? Kau sebenarnya orang Roy kan?! Kau pun sama macam diaorang! Penyangak!!!" tengking Aisar tepat ke muka Black.
"Kau jangan jadi gilalah, Aisar!" Black tidak lagi mampu menahan sabar. Dada Aisar dia tolak dengan kuat.
"Kalau aku ni tali barut Roy, aku tak bodohlah nak selamatkan Kayla banyak kali! Fikirlah Aisar!!" kata Black.
"Kau jangan nak kencing akulah, Black. Kau jangan nak buat taik dengan aku!" Aisar menolak bahu Black.
Darah Black mula menggelegak. Dia mengetap bibirnya. Dipandang Aisar dengan tajam sekali sambil menggumpal penumbuk.
"Apahal kau diam?! Jawablah!" suara Aisar semakin tinggi mendadak.
Walaupun dalam keadaan marah, Black tidak mahu membuang masa melayan Aisar. Dia tahu Aisar dalam keadaan yang tidak terkawal.
"Dahlah, Aisar. Kita ada benda yang lagi penting nak kena buat" Black mula mengatur langkah dari situ.
Aisar tidak melepaskan Black begitu saja. Bahu Black dicapai dan dipusingkan menghadapnya. Seraya itu, Aisar melancarkan satu tumbukan tepat di tulang pipi Black.
Black gagal mengawal emosinya.
Black membalas tumbukan Aisar itu. Tumbukannya lebih kuat dari Aisar sehingga membuatkan Aisar tersembam jatuh ke tanah.
Aisar bangkit dengan pantas.
Kedua-dua mereka bergelut sesama sendiri dek kerana rasa amarah yang tersemat di hati masing-masing.
"Black!"
"Aisar!"
Tidak lama kemudian, Eddie dan Muiz muncul. Kedua-dua mereka terus mendapatkan Black dan juga Aisar.
"Lepaskan aku! Lepas!" Aisar meronta meminta dilepaskan oleh Muiz.
"Kau lepaskan je kawan kau tu, Muiz! Aku nak tengok, tahap mana kuat dia" kata Black menambahkan lagi amarah Aisar.
"Black! Dahlah tu! Kau dah kenapa?!" Eddie pula menahan Black. Hairan. Sebelum ni, Black tidak pernah bergaduh dengan rakan sepasukan sendiri.
"Hey, kau ingat aku goyang dengan kau ke?!" Aisar masih bersuara.
"Kalau kau tak goyang dengan aku, kau takkan serang akulah. Atau, kau memang goyang pun sebenarnya? Kau goyang sebab Tuan bagi title kau kat aku kan?!" balas Black.
Nafas Aisar naik turun kerana terlalu marah.
Eddie dan Muiz saling berpandangan dengan diselubungi rasa tanda tanya.
"Title?"
"Korang cakap apa ni? Title apa benda ni?"
Eddie dan Muiz terpinga-pinga melihat Black dan Aisar silih berganti.
Namun Black dan Aisar tidak mengendahkan mereka. Mereka berdua memandang tajam ke arah satu sama lain.
"Aku tak pandanglah semua tu. Aku datang sini sebab nak selamatkan Tuan dan family dia. Bukan nak berebut title dengan kau" ujar Black lalu memberi Aisar jelingan tajam.
Aisar hanya membungkam. Rasa marah masih berbekas walaupun Black berkata demikian.
Setelah itu, Black pun mengatur langkah dari situ. Eddie yang tidak tahu apa-apa membontoti Black dari belakang.
_______________________
Black, Eddie dan beberapa bodyguard lain berkumpul di bilik CCTV.
Black sibuk menekan papan kekunci laptop. Matanya fokus ke arah skrin. Eddie juga turut fokus.
Beberapa bodyguard lain hanya kaku di posisi. Mereka bukan tahu sangat kalau hal hal macam ni.
"Black,.." Eddie melihat ke arah Black dengan reaksi terkesima.
Black mengangguk perlahan. "Ya. Hampir semua CCTV kat rumah ni dah kena hacked" Black mentafsirkan apa yang bermain di fikiran Eddie.
"Kena hacked?!" Naim terkejut. Dia melihat ke arah skrin laptop Black. Tapi satu apa pun dia tidak faham.
Skrin laptop Black hanya memaparkan background hitam dan tulisan kecil berwarna hijau.
Tidak lama kemudian, Aisar dan Muiz masuk ke dalam bilik tersebut.
"Aisar, Muiz. CCTV kat rumah ni kena hacked. Patutlah Roy dan budak-budak dia senang je menyelinap masuk" bagitahu Naim.
"Kena hacked? Macam mana kau tahu?" tanya Aisar.
"Black dah check" ringkas dari Naim.
Aisar tergelak sinis.
Dengan satu tawa itu, Black tahu ada maksud yang tersirat. Mesti dalam fikiran Aisar tika ini, dialah orang yang menggodam CCTV di rumah itu. Ibarat Black sengaja mengaburi mata mereka yang berada di bilik itu yang kononnya dia menjumpai punca Roy dengan mudahnya menyelinap masuk ke perkarangan rumah Tan Sri Zaim.
Eddie menyedari akan bahang di antara Black dan juga Aisar.
"Apa dah jadi, Black?" soal Muiz lalu mengambil tempat di sebelah Black.
"Muiz, kita kena tukar password default IP kamera dan DVR untuk mengelakkan lagi pencerobohan CCTV ni" ujar Eddie.
Muiz diam seketika. Dia terkebil-kebil. "DVR? Kamera IP? Apa tu?" tanyanya. Tidak pernah dia dengar semua nama nama itu sebelum ini.
Eddie mengeluh kecil. Sia-sia je dia cakap dengan Muiz ni.
"Black, kita kena ubah setting dari awal balik" akhirnya Eddie bercakap saja dengan Black.
"Good idea. Tapi tak membantu sangat" jawab Black.
"Kenapa pula?" tanya Eddie.
"Kamera keselamatan mempunyai sistem operasi dalaman dan program lain yang mungkin mempunyai kelemahan. Kelemahan ni hacker boleh detect. Diaorang akan mengeksploitasi sistem dan memintas kata laluan yang diubah" jelas Black dengan lancar.
"Setelah mengeksploitasi kelemahan keselamatan, diaorang akan lancarkan program automatik mencari sistem dengan kelemahan seluruh internet" tambah Eddie pula.
"Diaorang mungkin mengetengahkan method virus untuk masuk ke sistem yang dihubungkan ke internet untuk digunakan kemudian sebagai sumber serangan ke tapak yang ingin diguna pakai" sambung Black.
"Maksud kau, MIRAI?" tanya Eddie inginkan kepastian.
"Mungkin. Atau pun, DDOS" jawab Black.
Terasa hanya Black dan Eddie saja yang berfungsi di bilik itu.
"Eddie, kita kena tukar port DVR atau NVR standard dan port akses IP kamera, kemas kini firmware dan pisahkan access rangkaian dari rangkaian DVR atau IP kamera" Black kembali bersuara.
"We need to secure additional network security. VPN" kata Eddie pula.
"Ok. Kau uruskan itu. Aku akan usahakan untuk gunakan encryption antara DVR, NVR atau kamera dan peranti remote" sambung Black.
Kerjasama dan kesalinghubungan informasi di antara Black dan Eddie begitu kukuh. Mujur saja identiti mereka tidak terdedah.
Bodyguard yang lain termasuklah Aisar dam Muiz terpinga-pinga seketika. Ke semua mereka hanya mendengar saja analisis Black dan Eddie itu. Tapi, satu apapun diaorang tak faham.
Melihat Black cekap membuat kerja membuatkan Aisar bertambah bengang.
"Weh, Black, Eddie. Korang boleh tak jelaskan kat kitaorang apa yang dah jadi sebenarnya?" Muiz menyampuk sekejap.
"Lahh.. Tadi kitaorang dah explain dah. Panjang lebar tu" jawab Eddie.
"Maksud aku, jelaskan guna laras bahasa yang standard" kata Muiz.
"Macam ni,.."
Black memegang bahu Eddie. Dia menggeleng sekali tanda menyuruh Eddie berhenti saja bercakap.
Eddie pun menurut.
Dengan senyuman kecil, Black berpaling pula ke arah Muiz.
"Muiz, apa yang kau perlu tahu adalah, CCTV kat rumah ni dah kena hacked" jelas Black dengan laras bahasa yang standard seperti yang dimahukan oleh Muiz.
Muiz berdecit. Dia mengecilkan matanya melihat Black. Saja ja dia ni nak permainkan aku!
_______________________
Black yang berada di halaman belakang rumah dihampiri oleh seorang gadis yang memakai culotte jumpsuit berwarna maroon.
Dengan membawa sepotong kek red velvet, Kayla melangkah ke arah Black yang sedang memberi makan kepada ikan di kolam.
"Nak try?" soal Kayla apabila berhenti di sisi Black. Piring putih dihalakan kepada Black.
Black hanya melihat Kayla sekali pandang. Kemudiannya dia kembali menghumban beberapa biji kecil berwarna coklat tanah ke dalam mini kolam.
"Terima kasih. Tapi, aku tak makan kek" balas Black.
"Awak tak makan kek? So kampung" Kayla ketawa mengejek.
Black hanya menggeleng kepala. Mata dijulingkan ke atas.
"Makanlah sikit. Kek ni saya buat sendiri tau" paksa Kayla dengan muka sepuluh sennya.
"Kau yang buat? Lagilah aku tak nak makan" katanya selamba.
Kayla mengetap bibirnya. "Awak ingat saya tak reti buat kek ke, ha?!" geram pula Kayla dibuatnya.
Black tidak melayan Kayla. Dibiarkan saja Kayla tercegat di sebelahnya.
"Black, makanlah sikit. Ni tanda saya ucap terima kasih kat awak sebab awak dah selamatkan saya semalam" ujar Kayla.
"Tu dah memang tugas aku. Lagipun, bukan aku je yang selamatkan kau semalam. Aisar, Eddie, Muiz dan yang lain-lain pun ada sekali" balas Black.
"But for me, awak yang selamatkan saya semalam"
"Dahlah. Kau makanlah kek tu sorang sorang. Aku tak makan kek. Muak"
"Ish awak ni! Sama je macam Kashaf. Tak makan kek. Pelik betullah!" tiba-tiba, terpacul keluar pula nama seorang lelaki dari mulut Kayla.
Serentak dengan itu, Black terhenti dari menghumban makanan ikan ke dalam kolam. Dia menoleh ke arah Kayla.
Kelihatan air muka Kayla berubah sedikit. Adakah disebabkan nama Kashaf tadi?
"Errr.. Tak apalah, kalau awak tak nak makan. Saya,.."
"Siapa Kashaf?" tanya Black ingin tahu.
Kayla hanya mengukir senyum tawar. Dia menggeleng kepala.
"Tak ada siapa. Okeylah. Saya masuk dulu. Tak apalah kalau awak tak nak kek saya ni"
Seraya itu, dengan muka monyok, Kayla pun beredar dari meninggalkan Black.
Black melihat Kayla yang telah masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Rasa bersalah mula timbul pula dalam hatinya.
Black mengeluh halus. Kemudian, bekas makanan ikan yang dipegang dia letak di hujung jambatan kecil yang sejak dari tadi menampung dirinya.
Black masuk ke dalam rumah. Sliding door dapur dia buka. Kek yang dibawa Kayla tadi berada di atas meja tanpa disentuh.
Kerusi ditarik. Sudu kecil dicapai lalu dia pun memakan kek red velvet buatan Kayla itu.
Di sebalik pintu, rupa-rupanya Kayla memerhatikan Black.
Kayla tergelak kecil. Sewaktu Black cuba menelan kek, lain beno reaksi muka lelaki itu. Hahahahahaha! At the same time, dia berasa terharu Black tetap sudi menjamah kek itu walaupun dalam keadaan yang tidak rela.
Hmph, mamat ni! Nak tunggu aku merajuk, baru dia nak makan kek tu.
__________________________
Aduhhh! Kenapalah aku boleh pergi sebut pula nama Kashaf?
Kayla mengeluh panjang. Dia melabuhkan punggung di bangku panjang yang terletak di balkoni ruang tamu.
Come on, Kay. Dah 10 tahun. Dah 10 tahun Kashaf tinggalkan kau. Takkan kau masih berharap yang dia akan muncul semula? Ya, memang hal tu boleh terjadi. Perkara tu tak mustahil. Tapi, mungkin dia muncul dengan isteri dia. Lagi advance, Kashaf akan muncul dengan anak-anak dia sekali.
"Kay?" tiba-tiba suara Tan Sri Zaim muncul dari belakang.
"Daddy,.."
"Kay buat apa kat sini?" tanya Tan Sri Zaim lalu dia duduk di sebelah Kayla.
Kayla melihat Tan Sri Zaim dengan pandangan sayu.
"Kay ok?" Tan Sri Zaim sedar akan ada sesuatu yang menganggu fikiran anak perempuannya itu.
Kayla diam seketika. Sebenarnya, kalau boleh, dia tidak mahu membuka cerita pasal Kashaf apabila adanya Tan Sri Zaim.
"Pasal Kashaf eh?" laju saja Tan Sri Zaim meneka.
Kalau dah Kayla buat muka begitu, tiada perkara lain yang akan Kayla fikirkan. Sudah semestinya pasal Kashaf. Lelaki yang pernah dan sentiasa bertakhta di hati Kayla.
"Daddy, Kay.."
"Kay masih tak dapat lupakan Kashaf ke?" soal Tan Sri Zaim perlahan.
Kayla menunduk. Dia membungkam. Perasaan sebak mula menyinggah tanpa diundang.
Tan Sri Zaim menghela nafas halus. Diusapnya lembut sisi kepala Kayla.
"Daddy minta maaf Kay. Kalaulah dulu Daddy tak larang Kay berkawan dengan Kashaf,.."
"Sekurang-kurangnya, Kay dapat kenal dengan Mikael dan dia dah jaga Kay sebaik yang mungkin sepanjang tempoh pertunangan kami" laju Kayla memintas ayat Tan Sri Zaim.
Tan Sri Zaim mengukir senyuman kelat. "Arwah Mikael memang lelaki yang baik. Tapi sayang, Allah lebih sayangkan dia. Atau mungkin,.. Ini sebenarnya petunjuk dari Allah yang Kashaf.."
"Daddy.. Dahlah.." Kayla mendaratkan kepalanya di bahu Tan Sri Zaim dengan manja.
"Kay tahu Daddy cuma nakkan yang terbaik untuk Kay" kata Kayla lembut.
"Tapi Daddy sepatutnya bagi Kashaf peluang dulu" Tan Sri Zaim terus-menerus menyalahkan dirinya.
"Daddy, it's been 10 years. Entah-entah, Kashaf pun dah tak ingat kat Kay. Kay je yang masih ingat dia" Kayla tergelak sendiri.
"Inshaallah. Kalau ada jodoh, Allah akan pertemukan juga Kay dengan Kashaf satu hari nanti" pujuk Tan Sri Zaim.
Kayla mendambakan hal yang sama. Sungguh dia berharap dia akan bersua kembali dengan Kashaf.
Namun, entah kenapa kebelakangan ini, dia berasa Kashaf begitu dekat dengannya. Lagi lagi apabila kemunculan Black.
Sejujurnya, Black dan Kashaf mempunyai personaliti yang sama. Cuma, Kashaf tak sedingin Black.
________________________
Elena melangkah ke arah dapur. Kelihatan Makcik Jamilah sedang mengemas dapur.
"Makcik Jamilah, I lapar. Servekan makanan" kata Elena setelah duduk di kerusi makan.
"Baik, Cik El" Makcik Jamilah menurut saja. Dia terus memanaskan lauk tadi untuk dihidang.
Tengahari tadi Elena tidak makan bersama-sama Tan Sri Zaim dan Kayla. Itu memang perkara biasa. Tiga beranak itu tidak pernah makan semeja. Ianya sama ada Tan Sri Zaim akan makan bersama Kayla atau Tan Sri Zaim akan makan bersama Elena.
Tidak lama kemudian, Kayla masuk ke dapur untuk mendapatkan segelas air.
Makcik Jamilah mula berasa seram sejuk. Dia melihat sekilas ke arah Elena. Wajah Elena mula bengis.
"Kak El nak makan ke?" tanya Kayla lembut.
Elena tidak mengendahkannya. Dia hanya fokus melayan telefon.
"Ha'ah, Cik Kayla. Cik El nak makan" Makcik Jamilah menjadi tukang jawab.
"Ohh,.."
Makcik Jamilah mengeluarkan lauk dari microwave untuk dihidangkan kepada Elena.
"Makcik, biar Kay buat" Kayla terus mengambil lauk itu dari Makcik Jamilah.
"Tapi Cik Kay,.." Makcik Jamilah ragu-ragu.
"Tak apa. Biar Kay buat" Kayla mendesak.
Melihat Kayla yang beriya-iya hendak menghidangkan makanan untuk Elena, Makcik Jamilah hanya akur saja. Tidak melawan, dia pun menyerahkan dulang yang berisi lauk pauk itu kepada Kayla.
Kayla membawa lauk-pauk yang telah dipanaskan itu kepada Elena.
"Makcik Jamilah dah tak ada tangan ke sampai perempuan ni yang kena hidangkan I makanan?" Elena bersuara sinis. Matanya tepat memandangkan Makcik Jamilah walaupun Kayla berdiri betul-betul dekat dengannya.
Makcik Jamilah terpinga-pinga. Sempat dia melirik ke arah Kayla. Mungkin hendak minta perlindungan dari dimarah oleh Elena.
"Kak El.. Janganlah cakap macam tu kat Makcik Jamilah. Kay yang nak hidangkan makanan untuk Kak El" Kayla mencelah.
Elena merengus geram. Telefonnya diletak secara menghempas di atas meja.
"Makcik Jamilah, I nak makanan lain" katanya.
Kayla tersentak. Sampai tahap macam ni sekali Elena membencinya?
"Ni ada kek. Cik El nak tak?" tanya Makcik Jamilah.
"Bolehlah. Bak sini" arah Elena.
Makcik Jamilah pun memotong sepotong kek lalu dibawa kepada Elena.
Tersenyum kecil Kayla apabila Elena memakan kek yang dibuatnya olehnya itu.
"Sedap kan kek tu, Cik El" kata Makcik Jamilah.
"Not bad" jawab Elena ringkas.
"Kek tu, Cik Kayla yang buat. Cik Kayla.."
Belum sempat Makcik Jamilah menghabiskan ayatnya, Elena meludah keluar semula kek tadi dari mulutnya.
"Cik El. Cik El okey? Kejap, Makcik Jamilah ambilkan air" Makcik Jamilah kelam-kabut mendapatkan segelas air untuk Elena.
Elena terus bangun dari tempat duduknya. Kerusi terseret kuat.
"Kak El.. Janganlah macam ni" Kayla menahan Elena yang hendak beredar itu.
Makcik Jamilah pula kaku di posisi dengan memegang gelas yang berisi jus oren.
"Dari tengahari tadi Kak El tak makan apa-apa. Makanlah sikit. Nanti Kak El sakit. Kalau Kak El tak nak makan kek yang Kay buat tu, at least Kak El makanlah nasi" pujuk Kayla. Dia begitu risau akan Elena.
Elena berpaling menghadap Kayla.
Walaupun mereka adik-beradik, namun Kayla tidak kuat untuk bertentang mata dengan Elena. Di mata Elena begitu jelas akan rasa kebencian terhadapnya.
Tanpa berkata apa-apa, Elena mengambil kek buatan Kayla itu lalu dia buang ke dalam tong sampah.
Luluh hati Kayla menyaksikan tindakan Elena.
"Apa-apa yang berkaitan dengan kau, selayaknya ada kat dalam ni" kata Elena dengan menunjuk ke arah tong sampah yang berada separas betisnya itu.
Seraya itu, Elena terus beredar dari situ.
Kayla terduduk lemah di kerusi. Makcik Jamilah terus mendapatkan Kayla.
"Cik Kayla.."
"Sampai hati Kak El buat Kay macam ni.." suara Kayla bergetar.
Makcik Jamilah mendakap kedua-dua bahu Kayla.
"Sabar ya, Cik Kayla" pujuk Makcik Jamilah.
Kayla memeluk Makcik Jamilah. Dia mulai menangis. Saat ini, dia teringat akan arwah ibunya.
"Kay rindu Mommy.." rintih Kayla di pelukan Makcik Jamilah.
Makcik Jamilah mengusap-usap belakang Kayla. Dia tahu Kayla sudah penat bersabar dengan perangai Elena yang sejak dari dulu asyik berkasar dengannya.
"Makcik Jamilah,.." tiba-tiba, Black muncul di ruangan dapur.
Kayla terus mengesat air matanya.
Black terdiam seketika apabila ternampak akan Kayla yang sedang menangis itu.
Tanpa berkata apa-apa, Kayla terus pergi dari situ.
Makcik Jamilah memerhatikan Black. Bebola mata Black tidak lari dari memandang Kayla dan pandangan itu sepertinya pandangan yang berasa risau.
"Macam biasalah. Cik Kayla bergaduh lagi dengan Cik Elena" jelas Makcik Jamilah tanpa Black bertanya.
"Saya tak tanya apa-apa pun" Black berpura-pura mencapai gelas dan jag air.
Makcik Jamilah tergelak kecil. "Memanglah kamu tak tanya. Tapi, hati kamu yang bertanya" balas Makcik Jamilah. Mendalam betul kata-katanya itu.
Black hanya diam saja. Dia meneguk air dengan reaksi biasa.
_______________________
Melihat Eddie yang sedang berjaga di luar, Elena mendengus perlahan. Beg tangan jenama Channel dia tarik kasar ke bahu.
Tanpa mempedulikan Eddie, Elena terus keluar dari rumah.
"Hey, kau nak ke mana tu?"
Elena meneruskan saja langkahnya ke kereta BMW M5. Baru saja dia mengeluarkan kunci dari handbagnya, Eddie terus merampas kunci itu.
"Eh kau jangan nak kongkong aku, boleh tak?! Aku rimaslah!" Elena mulai bengang. Satu persatu orang kat dalam rumah ni mengusutkan kepalanya.
"Elena, aku ni bukan lelaki yang jenis penyabar sangat tau. Kau jangan nak melampau"
"Kau siapa ha nak sibuk hal aku?! Kau tak payah kacau akulah!"
Elena cuba merampas semula kunci keretanya dari tangan Eddie namun Eddie tangkas membawa kunci itu ke belakangnya.
"Bagilah balik! Kau ni kenapa?!"
"Kau nak pergi mana?" soal Eddie sambil memeluk tubuh.
"Suka hati akulah nak pergi mana pun. Yang kau sibuk apahal?!"
"Tuan suruh aku jaga kau. Kalau kau keluar tanpa pengetahuan aku dan kalau ada apa-apa jadi kat kau kat luar sana tanpa pengetahuan aku, aku yang kena bertanggungjawab, kau faham tak?!" jerkah Eddie. Kesabarannya sudah tiba di kemuncak.
Elena meraup wajahnya hingga ke hujung rambutnya yang berwarna light brown itu.
"Look. Aku tak pergi mana-mana pun, ok. I'm just stressed out. I wanna out for a while" ujar Elena.
"Kau nak ke mana?"
"Aku tak tahu! Aku cuma nak keluar! Kau boleh tak bagi je aku kunci kereta tu?"
Eddie diam sejenak. Diperhatikan Elena tanpa bersuara.
Elena tersandar di pintu kereta. "Pleaselah, Eddie. Aku nak keluar. Aku stress" pintanya.
"Fine. Kau boleh keluar"
Elena lantas menghulurkan tangannya ke arah Eddie untuk meminta kunci kereta.
"Tapi, kau kena keluar dengan aku" sambung Eddie.
"What?!" Elena bagaikan tidak percaya.
"Kau nak keluar ke tak nak?"
"Of courselah aku nak. Tapi,.."
"Kalau nak, jom" Eddie mula membuka langkah untuk masuk ke dalam perut kereta.
Eeeee!
Elena semakin mendidih. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga membiarkan Eddie berbuat demikian.
_____________________
Seperti yang dia jangkakan, Kayla memang berada di tangga belakang rumah.
Black menapak ke arah Kayla lalu mengambil tempat di sebelah Kayla.
"Kek kau sedap. Lidah kakak kau je yang problem" kata Black.
Dalam tangisan, tawa Kayla tercetus. Dia mengelap air matanya. Dingin dingin Black ni pun, rupanya pandai juga bergurau.
"Asal eh kau dengan kakak kau perangai berbeza sangat. Kau jenis yang cool. Kakak kau tu pula panas baran"
"Itulah namanya adik-beradik. Saling melengkapi" jawab Kayla seraya tersenyum nipis.
Black tergelak sinis mendengar jawapan Kayla itu. Entah sama ada Kayla betul-betul memaksudkannya atau sekadar memujuk hatinya sendiri.
"Habis tu, macam mana pula dengan Kashaf?" Black mengubah topik pasal Kashaf. Nama yang tidak sengaja Kayla sebut pagi tadi semasa di halaman belakang rumah.
"Kashaf? Kenapa awak nak tahu pasal Kashaf?" tanya Kayla.
"Saja. Sebab masa kau sebut nama tu tadi, muka kau berubah"
Kayla mengeluh panjang. "Kalau awak nak tahu, dulu, saya susah nak bergaul dengan orang. Saya susah dapat kawan. Kashaflah kawan pertama saya" Kayla mula membuka cerita pasal Kashaf.
Black hanya mendengar sambil memerhatikan Kayla.
"Betullah kata orang. Lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan sebab soon akan jatuh cinta. Yes, that's true. But, alhamdulilah. Saya tak bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya, selama ni, Kashaf pun ada perasaan kat saya"
"Kashaf first love kau?" Black membuat kesimpulan.
Sambil menundukkan kepala, Kayla mengangguk perlahan.
"Tapi.."
"Daddy kau tak bagi kau kawan dengan dia" celah Black.
Kayla terdiam sebentar. Dia menoleh ke arah Black dengan perasaan curious.
Black pula laju mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Macam mana awak tahu Daddy tak bagi saya kawan dengan Kashaf?" soal Kayla.
"Sebab Daddy kau dah arrange pertunangan kau dengan anak bussiness partner dia, Mikael. Kan?" teka Black lagi.
Kayla terkelu. Dari mana Black tahu pasal semua ni?
"Black, macam mana awak.."
"Eh, kenapa? Aku teka je tu. Tekaan aku betul ke?" tanya Black diringi ketawa pendek.
Kayla masih terpinga-pinga. Dia tidak merasa yang semua itu hanya tekaan semata-mata dari Black.
"Dahlah. Kau tak payah nak tengok aku macam tu. Aku tak tipu. Aku cakap betul. Aku just teka je tadi tu" Black menyokong pernyataannya.
"Tapi.. Nama Mikael.."
"Nama Mikael tu pun betul? Wah! Hebat gak aku ni" Black tergelak-gelak.
Kayla kehilangan kata-kata. Adakah ini masuk akal? Walaupun Black cuma meneka, tapi semua tekaannya itu betul, tepat dan sahih.
_______________________
Korang pernah tak rasa mengantuk tapi bila dah baring, rasa mengantuk tu dah hilang?
Ha, macam tu lah aku sekarang ni.
Kayla bangkit dari tilamnya. Jam loceng di sisi dia lihat sebentar. Pukul 2 pagi.
Kayla kemudiannya berjalan ke balkoni biliknya. Kelihatan Black sedang berjaga sambil melayan iPadnya.
Hmm.. Nak pergi ke sana ke tak nak? Nak pergi tak nak? Nak pergi tak nak?
Tapi, kalau aku pergi sana, aku nak buat apa? Apa yang aku nak bualkan dengan dia eh?
Ah! Kalau dah sampai nanti kat sana, mesti adalah tu topik yang terlintas kat otak aku ni.
Tanpa berfikir panjang, Kayla pun keluar dari bilik dan menuju ke arah Black.
Sedang dia fokus meneliti maklumat di iPad, Black terkejut dengan kehadiran Kayla yang tiba-tiba duduk di sebelahnya itu.
"Kayla? Eh, kau buat apa kat sini?" Black melihat ke arah luar pagar. Bimbang kalau Roy dan konco-konconya datang secara mengejut.
"Saya tak boleh tidur,.."
"Kau jangan buat hallah, Kayla. Kau tahu tak, perbuatan kau ni membahayakan diri kau? Kalau Roy datang macam mana?"
"Awak kan ada?" Kayla sempat lagi bergurau.
"Kau ada nampak aku main-main ke?"
Kayla mencebik. Alaahh dia ni. Tadi ok je sembang kat tangga belakang rumah. Tiba-tiba, malam ni, dia dah balik jadi dingin semacam.
"Saya nak stay sini kejap. Kalau saya mengantuk, saya masuk" kata Kayla.
"Fine. Suka hati kaulah" seperti biasa, Black malas hendak melayan Kayla.
Black kembali menghadap iPadnya.
Sesekali Kayla melirik ke arah Black. Entah apalah yang dia sibukkan sangat dengan iPad dia tu.
Kayla mula rasa bosan. Dahlah bosan Black tidak melayannya. Sejuk pula. Masa keluar tadi, lupa pula nak pakai jaket.
Kayla mengangkat kedua-dua belah kakinya ke atas bangku lalu dipeluk.
Black mula menyedari Kayla kesejukan. Dia menggeleng perlahan. Dah tahu sejuk, dia keluar juga, buat apa.
Black kemudiannya membuka jaket miliknya. Dia memberikan jaket kulit berwarna hitam itu kepada Kayla.
"Eh, apa ni? Tak apalah. Saya.."
"Pakai ni. Nanti kau sakit" kata Black tegas.
Kayla tersenyum nipis. Jaket milik Black itu dia ambil lalu dibaluti ke tubuh.
Selepas itu, Black kembali membisu. Lamalah juga. Dia betul-betul tidak mempedulikan Kayla yang masih berada di situ bersamanya.
"Mesti Daddy bayar awak mahal kan? Yelah, awakkan bodyguard international" Kayla mencari topik untuk dibualkan bersama Black.
Namun Black hanya membungkam. Matanya fokus menatap skrin iPad.
"Black, ceritalah sikit pasal awak"
"Aku tak ada apa-apa benda nak cerita kat kau"
"Alahh! Takkan satu pun tak ada. Okey. Urm.. Kita start dengan nama awak. Nama awak memang Black? Kat IC awak, memang nama Black ke?" tanya Kayla.
"Ye la kot" jawab Black acuh tak acuh.
Bibir Kayla meleret ke tepi. Dijelingnya Black dengan rasa geram.
Tiba-tiba, Black menyedari akan sesuatu.
Ekor matanya memerhati ke arah hujung jalan di luar. Sepertinya ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka. Atau lebih tepat, sedang memerhatikan Kayla.
"Kayla, masuk sekarang" arah Black.
"Ha? Tapi,.."
"Aku kata masuk. Ada orang tengah perhatikan kau" kata Black sambil memegang pergelangan tangan Kayla.
Kayla tersentak seketika. Dia melihat tangan Black yang memegang pergelangan tangannya itu.
"Kayla, kau tunggu apa lagi? Aku kata masuk!" frekuensi nada suara Black meninggi sedikit.
Kayla menyedarkan dirinya dari lamunan. Dia pun segera beredar dari situ.
Black mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya. Dia keluar dari pagar rumah.
Black dan individu yang dimakan kegelapan malam itu berada di arah yang sehala.
Apabila individu itu maju setapak, separuh mukanya disinari cahaya lampu. Dia tersenyum sinis.
Serentak itu, tangan Black yang mengacukan pistol ke arahnya turun perlahan-lahan.
Wajah itu. Seakan dia kenali.
Ada edit sikit. Hehehehe.
Share this novel
takde smbungan ke