BAB 14 : TING!

Romance Series 22494

Kayla duduk menghempas di atas katilnya. Dia begitu geram dengan tindakan Black tadi.

Kenapa dengan Black tu? Tiba-tiba je moody. Ish! Aku yang perempuan ni pun jarang moody.

Takkanlah dia cemburu kot? Atau, mungkin dia fikir aku keluar dengan Fahrin kot? Eh, takkanlah. Dia pun tahu aku benci kat mamat poyo tu. Buat apa aku nak keluar dengan dia?

Kayla mengeluh panjang. Dia kemudian mendaratkan badannya di atas tilam. Kipas siling yang berputar dipandang dengan perasaan tertanya-tanya.

Black marah aku ke? Atau dia ada masalah lain? Haihh.. Masalah apa pula? Dahlah dia senyap je dari tadi. Dingin semacam.

Kayla mengangkat telapak tangan kanannya ke atas udara. Tangan yang menggengam erat tangan Black itu tadi dia lihat dengan bibir mencebik. Teringat pula reaksi Black semasa di luar kafe tadi. Begitu laju Black meleraikan tangannya.

Hmmm..! Malang betul nasib aku hari ni. Dahlah tak sempat nak habiskan kek tadi. Terjumpa pula dengan si Fahrin malaun tu. Black pula tiba-tiba moody dengan aku.

Saat dia mengiring, mata Kayla tertancap ke arah jaket milik Black yang tergantung di pintu almarinya. Rasa geram semakin membuak-buak.

Kayla mencapai bantalnya lalu dihumban tepat ke arah jaket Black itu sehingga terjatuh ke atas lantai.

Wueerkkk! Padan muka!

________________________

Dengan perasaan begitu bengang sekali, Fahrin menghempas tangannya di stereng kereta. Matanya begitu tajam memandang ke arah jalan raya. Ditekan pedal minyak sekuat hati untuk melepaskan amarahnya.

"Kurang ajar punya lelaki! Kau ingat kau siapa ha! Berani kau belasah aku depan Kayla! Kau ingat kau bagus sangat ke?! Tak guna!!"

Nafas Fahrin tercungap-cungap menahan marah. Terbayang akan wajah Black ketika ini. Kejadian tadi masih terngiang-ngiang di minda.

"Ini semua Kashaf punya pasal! Bodohlah kau, Kashaf! Kalau kau tak rampas Kayla dari aku dulu, semua ni takkan jadi! Jahanam punya kawan!!"

Genggamannya pada stereng semakin kuat. Segala urat di tangannya sampaikan boleh terlihat jelas.

Seketika, telefon bimbit milik Fahrin berdering. Dilihat sekilas nama si pemanggil. Dia mendengus perlahan.

Namun, walaupun emosinya masih dalam keadaan tidak stabil, dia tetap juga menjawab panggilan itu.

"Ha, ada pun. Ingatkan dah tak reti jawab call" awal-awal lagi Puan Faezah sudah memerli Fahrin di corong talian.

Fahrin berdecit. "Ma, kalau Mama call untuk nak perli perli je macam ni, baik tak payah call" kata Fahrin dengan nada sinis.

"Itulah perangai kamu. Mama tegur sikit tak boleh"

"Hmm. Ada apa Mama call Angah ni?" Fahrin terus mengubah topik. Malas hendak mendengar Puan Faezah melanjutkan bebelannya.

"Mama nak tanya. Kerja Angah kat Kuala Terengganu tu dah settle ke? Bila nak balik KL?"

"Settle dah. Esok Angah balik. Kenapa?"

"Angah tanya Mama kenapa? Angah, jangan cakap yang Angah lupa esok hari apa"

Fahrin diam seketika. Cuba untuk mengigat esok hari apa. Sejujurnya, dia memang lupa pun esok hari apa.

"Lupalah tu!"

Fahrin menjauhkan telefon dari cuping telinganya apabila suara Puan Faezah tiba-tiba naik meruncing.

"Angah lupalah. Esok hari apa?" akhirnya Fahrin mengaku.

Terdengar Puan Faezah merengus geram di talian. Dia sudah agak, memang Fahrin akan lupa esok hari apa.

"Fahrin Hazami, esok birthday Lisa! Apalah kamu ni! Birthday tunang sendiri pun boleh lupa ke?" marah Puan Faezah.

Fahrin menepuk dahinya sendiri.

"Seriously, Ma? Esok ke?" tanya Fahrin yang terkejut beruk itu. Dia terus melihat tarikh yang terpapar di jam tangannya. Memang betul. Esok birthday Lisa dan dia langsung tiada prepare apa-apa untuk tunangnya itu.

"Haihh kamu ni. Mama tak kira. Esok kosongkan semua schedule Angah. Take her out and give her something special to remember" ujar Puan Faezah.

"Ma.. Angah balik esok kot. Takkan terus nak keluar. Angah pun nak rest juga"

"Mama tak kira. Eh, Lisa tu hari-hari tanya Mama pasal Angah tau. Kenapa Angah tak angkat call Lisa?"

"Angah busylah, Ma"

"Kalau iya pun busy, bagitahulah kat Lisa. Dia tu tunang Angah. Jangan abaikan. Nanti Lisa fikir yang bukan-bukan, kan susah macam tu" tegur Puan Faezah. Seperti biasa, dia memang akan menangkan bakal menantunya itu.

"Okey, fine. I'll take her out tomorrow night for her birthday" Fahrin tidak mahu melawan. Kalau tidak, memang sampai esoklah dia akan dibebel oleh Puan Faezah.

______________________

Sambil Makcik Jamilah menyiram pokok bunga di halaman rumah, sesekali dia melirik ke arah Black yang sedang termenung di bangku.

Sejak dari tadi, Black hanya membisu dengan raut wajah yang resah.

"Haihh,.. Black. Gaduh dengan Cik Kayla ke?" tanya Makcik Jamilah dengan nada mengusik.

Barulah Black tersedar dari lamunannya.

"Gaduh apanya, Makcik Jamilah? Kitaorang okey je lah" jawab Black lalu dia tergelak sekilas.

"Yeke? Habis tu, kenapa muka monyok je?"  Makcik Jamilah bertanya lagi.

Black hanya tersenyum nipis. Dia kemudiannya menapak ke arah Makcik Jamilah. Hos di tangan Makcik Jamilah diambil perlahan oleh Black. Dia pula yang ganti menyiram pokok bunga.

"Makcik, apa perasaan Makcik kalau orang yang Makcik sayang dan rindu, muncul depan Makcik?" giliran Black pula menyoal Makcik Jamilah.

Makcik Jamilah tergelak seketika. Pelik dengan soalan Black yang boleh tahan sensitif itu.

"Arwah suami Makcik dah meninggal 5 tahun yang lalu. Dialah orang yang paling Makcik sayang dan rindu. Kalaulah Makcik ada peluang untuk jumpa balik dengan dia, mestilah Makcik rasa gembira" ujar Makcik Jamilah sambil tersenyum lebar. Seolah-olah dia berharap akan perkara itu terjadi.

"Kalau.. Suami Makcik tu bukan lagi seperti suami Makcik yang dulu?" tanya Black lagi.

Makcik Jamilah bertambah hairan. Soalan Black kali ini tidak mampu dia berikan sebarang jawapan.

"Maksud kamu? Makcik tak fahamlah" kata Makcik Jamilah.

Black terus tertawa. "Tak ada apalah, Makcik. Saja tanya" Black enggan mengusutkan lagi fikiran Makcik Jamilah.

"Ish, kamu ni, Black. Ada-ada je" Makcik Jamilah memukul lengan Black.

Black tersengih-sengih.

"Dahlah. Bak sini hos tu balik. Makcik nak siram pokok kat belah sana pula" Makcik Jamilah mengambil semula batang hos dari tangan Black lalu dia beredar ke pokok bunga yang lain.

Black pun kembali ke tempatnya semula. Baru saja dia hendak melabuh punggung, dia ternampak akan Kayla yang sedang berada di balkoni bilik.

Namun, Kayla terus masuk ke bilik dengan muka ketatnya. Sempat pula tu dia memberikan jelingan maut kepada Black. Mungkin sengaja hendak memberitahu yang dia masih marah akannya pasal kejadian di kafe tadi.

Black hanya ketawa kecil. Nampaknya, ada orang merajuk. Black mula dibelenggu rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya melayan Kayla sebegitu hanya kerana kusut memikirkan pasal Raid.

________________________

"Awak tolong panggilkan Black dengan Eddie sekali ya" arah Tan Sri Zaim.

"Baik, Tuan" Aisar pun kemudiannya beredar pergi dari situ untuk memanggil Black dan Eddie seperti yang disuruh.

"Daddy?" Kayla pula melangkah mendekati Tan Sri Zaim yang berada di ruang tamu.

"Ha, Kay. Duduk sini. Ada benda Daddy nak cakap"

"Dah agak dah. Patutlah Kay tengok bukan main series lagi muka Abang Aisar tadi" kata Kayla lalu dia mengambil tempat di sebelah Tan Sri Zaim.

"Kay curi-curi dengar eh perbualan Daddy dengan Abang Aisar?"

Kayla tersengih-sengih. "Tak banyak pun. Sikit je. Hehehe.."

"Ish budak ni. Adalah jugak tu. Hmm.. Minggu depan, Daddy kena ke Kuala Lumpur tau. Daddy kena attend mesyuarat untuk lembaga-lembaga pengarah. Kay ok kan duduk kat sini dengan Kakak?"

Tercetus tawa Kayla mendengar soalan Tan Sri Zaim itu.

"Apalah Daddy ni. Kak El tu bukannya makan orang. Kay ok je duduk dengan Kak El. Daddy jangan risau. Kay akan jaga Kak El. Okey?" kata Kayla sambil menaikkan ibu jarinya.

Tan Sri Zaim tersenyum lebar lalu mengusap-usap kepala Kayla.

"Berapa hari Daddy pergi?" tanya Kayla.

"1 minggu kot"

"Ohh,.. Boleh tahan lama. Hm, balik nanti, belikan Kay something tauuu" ujar Kayla manja.

"Okey. Anything for my princess ni. Kay nak apa? Kay nak boyfriend?"

"Ish, Daddy!"

Tan Sri Zaim ketawa besar. "Yelahhh. Daddy tahu. Takkanlah Daddy nak bawakan Kay 'something' yang Kay dah ada. Kan?" kata Tan Sri Zaim dengan selambanya.

Kayla terkebil-kebil. "Maksud Daddy?"

"Kalau Daddy bawakan Kay boyfriend, habis tu, Black nak letak mana?"

Slurp!

Kayla menelan air liurnya. Wajahnya menjadi merah padam.

"Ish, apa Daddy cakap ni? Kay tak fahamlah" Kayla membuat muka innocentnya.

Tan Sri Zaim mencebik. Pura-pura tak faham pulaaak.

Tidak lama kemudian, Aisar datang bersama Black dan juga Eddie.

"Ha, panjang umur awak, Black" kata Tan Sri Zaim. Sempat dia mencuit bahu Kayla yang masih ada di situ.

Kening Black berkerut sedikit. Panjang umur? Apa maksudnya? Dia melihat ke arah Kayla.

Kayla menjulingkan matanya ke atas. Dia menjeling Black lalu terus pergi dari situ. Jelas, dia masih marah akan Black.

"Aik,..? Kenapa tu?" Tan Sri Zaim kehairanan melihat Kayla yang tiba-tiba saja berubah mood itu.

Black pula hanya diam di posisi. Namun ekor matanya tidak lari dari memerhatikan Kayla sampailah wanita itu masuk ke dalam biliknya.

"Ha, Black. Kenapa dengan Kayla tu? Korang gaduh ke?" tanya Tan Sri Zaim.

"Ha?" Black terpinga-pinga seketika. Tidak sangka soalan itu akan ditanya oleh Tan Sri Zaim.

"Hmmm.. Biasalah tu, awal awal kan. Awak layankan je lah ya" kata Tan Sri Zaim lagi.

Black semakin bingung. Dia hanya tersenyum kekok.

Kelihatan Aisar dan Eddie pula hanya menahan gelak dari tepi. Black mengecilkan matanya melihat mereka dua. Dia menggeleng perlahan. Entah apalah agaknya diaorang ni fikir.

_______________________

Aisar, Black, Eddie dan bodyguard yang lain berkumpul di ruang utama bahagian rumah mereka.

"Minggu depan, Tuan akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri seminar. Aku dah buat keputusan. Aku, Muiz, Naim, Johan, Razif dan Hisham akan turut serta ke KL untuk jaga Tuan. Black, Eddie dan lain-lain akan stay kat sini untuk jaga Cik Kayla dan Cik Elena. Faham?" Aisar memberi penerangan kepada anak buahnya.

Mereka semua hanya mengangguk kepala tanda faham.

"Black, aku nak kau guide yang lain. Jadi, selama aku tiada kat sini, korang semua kena ikut cakap, Black. Faham?" arah Aisar lagi.

Para bodyguard itu akur akan arahan Aisar. Begitu juga dengan Black sendiri.

Usai Aisar memberi penerangan ringkas, mereka pun masing-masing kembali ke tempat bertugas untuk berjaga-jaga.

Black, Eddie, Aisar dan Muiz keluar bersama. Kebetulan mereka berjaga di halaman depan rumah.

Black dan Aisar berjalan beriringan di hadapan manakala Eddie dan Muiz berada di belakang mereka berdua.

"Black, kau gaduh ke dengan Cik Kayla?" soal Aisar tiba-tiba.

Black hanya ketawa sekilas. Tak habis-habis lagi dengan soalan itu.

"Alaahhh Black! Biasalah tu. Fasa awal percintaan. Apa orang cakap? Gaduh-gaduh manja, haaa. Betul tak, Aisar?" Muiz pula menyampuk.

Black menggelengkan kepalanya. "Merepeklah korang ni"

"Elehhh! Malu-malu pula! Chilllah, Black. Takkan dengan kami pun kau nak malu. Kau tak bagitahu pun, kami memang dah tahu yang kau sekarang ni tengah bercinta dengan Cik Kayla, kan" kata Muiz lalu dia mengurut-urut bahu Black dari belakang.

"Mana ada kitaorang bercinta. Korang jangan nak tabur fitnah eh" ujar Black dengan mukanya yang cuba memaparkan reaksi biasa.

Aisar mencebikkan bibirnya. Iyalahh tu!

"Eh Black. Aku dengan Muiz ni dah lama kerja dengan Cik Kayla tau. Ini first time kami nampak Cik Kayla merajuk. Habislah kau, Black. Orang yang jarang merajuk ni, sekali dia dah merajuk, penat tau nak pujuk" kata Aisar lagi. Sengaja lagi dia menakut-nakutkan Black.

Black hanya mengusap belakang tengkuknya dengan wajah berkerut. Kata-kata Aisar itu membuatkan dia semakin dibelenggu rasa bersalah terhadap Kayla.

Eddie yang dari tadi membisu hanya tergelak-gelak apabila melihat Black diusik teruk oleh Aisar dan juga Muiz.

Melihat reaksi Eddie itu, Muiz menyiku lengannya.

"Kau tak payah nak gelak sangatlah, Eddie. Kau pun sama juga" kata Muiz.

Tawa Eddie lantas terhenti.

"Ai? Apahal aku pun terlibat sama ni?" Eddie mula terpinga-pinga. Dia baru nak join menyakat Black pasal Kayla.

"Elehhh! Kalau Black bercinta dengan Cik Kayla. Kau pula bercinta dengan Cik Elena, kan?" tanya Muiz lalu dinaikkan keningnya sekali.

Eddie mengerutkan dahinya. Laju dia menggeleng kepala untuk menyangkal sangkaan Muiz itu.

"Kau jangan nak merepeklah. Aku tak ada apa-apalah dengan dia tu" kata Eddie. Dia menggantikan nama Elena dengan 'dia'.

"Hm! Yelah tu. Eh, tapi aku peliklah"

Eddie berpaling ke arah Muiz. "Apa yang kau pelik?" tanyanya.

"Aku boleh terima kalau Black jatuh cinta dengan Cik Kayla. Sebab, Cik Kayla tu memang baik orangnya. Tapi kau ni Eddie. Kau boleh pula jatuh cinta dengan Cik Elena yang garang macam singa tu?"

Eddie terus merangkul bahu Muiz.

"Muiz, sebenarnya, perempuan yang garang ni lah sepatutnya kita cari. Sebab, confirm, dia akan setia" kata Eddie dengan gayanya seperti doktor cinta.

Muiz, Black dan Aisar berhenti seketika lalu menghadap ke arah Eddie. Mereka tertarik pula dengan pernyataan dari Eddie itu.

"Kenapa pula kau cakap macam tu?" tanya Muiz.

"Yelahhh. Kalau dia garang macam singa, aku tak perlulah bersaing dengan mana-mana lelaki untuk pikat hati dia. Tengok macam korang. Korang goyangkan dengan Elena? Aku sorang je yang berani rapat dengan dia" kata Eddie lagi dengan senyuman meleret-leret.

"Jadi, maksudnya, kau mengakulah ni yang kau sukakan Cik Elena?" soal Muiz untuk meminta kepastian.

Black dan Aisar melihat ke arah Eddie dengan perasaan ingin tahu.

Eddie berpura-pura lagi berfikir. Dia memeluk tubuh.

"Kalau dah dia tu jodoh aku, aku ok je" jawab Eddie dengan selambanya.

Muiz, Black dan Aisar tersenyum-senyum melihat sesama mereka. Senyuman mereka itu seperti ada makna.

Eddie hairan melihat reaksi mereka bertiga itu.

"Asal korang senyum-senyum pulak ni?" soalnya.

Black menepuk-nepuk bahu Eddie.

"Nampaknya, jodoh kau ada kat belakang" ujar Black perlahan.

"A.. Apa.. Apa kau cakap?" Eddie tergagap-gagap.

Ketiga-tiga mereka menggumam mulut masing-masing lalu meninggalkan Eddie di situ.

Eddie menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Jodoh aku ada kat belakang? Apa maksud Black?

Belakang ya?

Untuk memahami akan maksud di sebalik ayat Black tadi, Eddie pun berpaling ke belakang.

Terbuntang mata Eddie tatkala melihat rupa-rupanya Elena berada di situ. Dia terus menjadi keras seperti patung.

Tanpa berkata apa-apa, Eddie hanya mengukir senyuman kekok ke arah Elena sebelum dia terus memecut dari situ.

Ya Allah, malunya!!!

________________________

Di halaman rumah, sambil dia berjaga, sambil dia melihat ke arah balkoni bilik yang berada di tingkat 1 itu.

Sesekali terdengar Black mengeluh pendek.

"Eh Black. Aku dengan Muiz ni dah lama kerja dengan Cik Kayla tau. Ini first time kami nampak Cik Kayla merajuk. Habislah kau, Black. Orang yang jarang merajuk ni, sekali dia dah merajuk, penat tau nak pujuk"

Black teringat semula akan kata-kata Aisar tadi. Keluhannya semakin panjang kedengaran.

Dia ke hulur ke hilir di halaman sambil asyik-asyik melirik ke arah balkoni bilik Kayla.

Nampaknya, parah kali ni. Kayla betul-betul merajuk. Hari ni je, dah dua kali dia bagi aku jelingan maut.

"Rindu ke?" tiba-tiba suara Makcik Jamilah menerpa.

Terkejut Black dibuatnya.

Makcik Jamilah tergelak kecil melihat reaksi Black itu. Sampaikan dia memegang dada. Haih, terkejut sangat nampaknya Black ni.

"Kalau rindu, pergi pujuk, lepas tu minta maaf. Bukannya susah pun" kata Makcik Jamilah.

"Makcik Jamilah ni.. Ke situ pula.."

"Elehh! Dahlah Black. Makcik Jamilah ni pun pernah muda juga. Makcik tahu apa yang Cik Kayla rasa sekarang ni"

Black hanya tersengih mendengarnya. Dia menjadi segan pula dengan Makcik Jamilah.

Makcik Jamilah kemudiannya menjengah sekali ke arah bilik Kayla. Langsung tidak ada tanda-tanda Kayla akan muncul.

Bukan apa, selalunya, kalau Black ada berjaga kat sini, Kayla selalu mengendap. Black pula hanya berbuat tidak tahu. Ha, kali ni terbalik pula jadinya. Black pula yang mengendap Kayla.

"Black, perempuan ni suka dipujuk. Dia marah macam mana sekali pun, kalau kamu berusaha untuk pujuk, dia mesti akan cair punya" beritahu Makcik Jamilah. Beriya-iya betul dia mahu membantu Black untuk melembutkan hati Kayla semula.

Black hanya tersenyum saja. "Yalahh. Nanti saya pujuk Kayla" katanya.

Makcik Jamilah diam seketika. Aik, selalunya, kalau ada orang suruh lelaki pujuk, mesti lelaki tu akan tanya,..

"Macam mana nak pujuk?"

Ataupun, mesti dia akan cakap..

"Saya tak retilah nak pujuk"

Tapi, Black pula lain. Macam dah ada idea je nak pujuk Kayla.

"Tahu ke macam mana nak pujuk?" tanya Makcik Jamilah.

"Ermmm.. Saya.."

"Kamu ni kan, Black. Kadang-kadang Makcik rasa, kamu dah kenal Kayla lama. Padahal, kamu baru je kenal" ujar Makcik Jamilah. Dia melihat Black dengan rasa was-was.

Black kelihatan cuak semacam. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Itu firasat Makcik je. Kamu janganlah gelabah macam ni" Makcik Jamilah bersuara semula sambil dia tergelak-gelak.

Black turut ketawa sama. Rasa cuak tadi terus hilang serta-merta.

"Jamilah! Saya dah siap ni!" Ramli melaung dari arah garaj kereta.

"Ha! Okey! Okey! Datang ni" sahut Makcik Jamilah.

"Makcik Jamilah nak pergi mana?" tanya Black apabila melihat sepertinya Makcik Jamilah hendak keluar dengan Pakcik Ramli.

"Ohh. Makcik nak keluar kejap. Nak beli barang dapur" jawab Makcik Jamilah lalu dia pun membuka langkah menuju ke garaj kereta.

"Ohh.. Okey.. Hati-hati, Makcik"

"Ya. Black, jangan lupa tau"

"Ha? Lupa apa?"

"Pujuk Cik Kayla"

Tawa Black tercetus. Dia menggeleng perlahan. Ingatkan apalah tadi.

Black kemudian kembali berpaling ke arah bilik Kayla sambil mencekak pinggang. Dia menghela nafas berat.

Macam mana aku nak pujuk dia ni?

_______________________

Habis round ke 5, Kayla berhenti dari lariannya lalu berjalan ke tepi laluan tempat berjoging itu.

Peluh yang mengalir di mukanya dia lap dengan tuala yang tergantung di pergelangan leher.

Setelah itu, dia membuat beberapa regangan untuk menyejukkan badan sebelum melabuhkan punggung di bangku.

"Kayla?"

Apabila namanya dipanggil seseorang dari tepi, Kayla menoleh.

"Eh, Hana!"

"Saya dah agak dah. Memang awak" kata Hana lalu dia mengambil tempat di tepi Kayla.

"Awak skodeng saya eh sejak dari tadi?" tanya Kayla.

"Ha'ah. Bukan apa. Kalau saya main tegur je, kang salah orang, saya juga yang malu"

Kayla dan Hana ketawa serentak.

"Awak selalu joging ke?" tanya Hana kemudian.

"Bolehlahh.. Awak?"

"Saya ni sebenarnya jenis yang malas nak bersenam sangat. Tapi, memandangkan bulan depan adik saya nak kahwin, so, saya kenalah kuruskan badan sikit. Saya tak naklah nampak macam tong gas masa ambil gambar family nanti" jawab Hana berseloroh.

"Hahahahaha! Okey, faham. Faham. Well, kalau saya jadi awak pun, saya akan buat benda yang sama" tambah Kayla pula.

Hana kemudiannya melihat sekeliling. Sepertinya dia tercari-cari akan seseorang.

Kayla juga turut melihat sekeliling situ. Apa yang Hana cari?

"Kayla, awak datang sorang ke?" tanya Hana namun secara berbisik. Gaya macam nak membawang je.

"Ha'ah. Kenapa awak tanya macam tu?"

"Ohhh... Lah, ingatkan awak datang dengan kawan awak yang kat rumah Wafa hari tu" kata Hana dengan mukanya sedikit monyok.

"Oh. Black?"

"Ya. Ish, handsome kan dia tu" kata Hana lagi lalu ketawa terkekeh-kekeh.

Kayla tergelak kekok. Amboi dia ni. Dah terjangkit dengan perangai Wafa agaknya. Kata dah kahwin tapi masih nak puji puji lelaki lain.

"Nasib baiklah saya ni dah ada suami. Kalau tak, sebelum Wafa ngorat Black,  saya dulu yang ngorat dia" Hana tidak habis-habis bercerita pasal Black.

Kayla hanya diam. Matanya dijulingkan ke atas. Walaupun dia masih marah akan Black, tapi cemburu pula rasanya apabila ada perempuan lain berkata sedemikian.

Nak ngoratlah, handsomelah, itulah, inilah. Erghh!

_____________________

Melihat kereta Audi TT masuk ke perkarangan rumah, Eddie menyiku lengan Black.

Eddie memuncungkan bibirnya ke arah Kayla yang baru keluar dari kereta itu. Black pun berpaling ke arahnya.

Baru saja Black kononnya mahu melemparkan senyuman, melihat muka ketat Kayla itu, niatnya terbantut. Black terus kembali menghadap telefon bimbitnya.

Eddie hanya menahan gelak melihat reaksi Black itu. Ini kali pertama dia melihat Black kecut sebegitu rupa.

"Haihh, Black.. Berapa ramai musuh dah kau tewaskan dalam misi kau. Dengan perempuan pula, tiba-tiba je jadi agar-agar" perli Eddie lalu dia ketawa besar.

Black berdecit. Dijelingnya Eddie dengan rasa tidak puas hati.

"Kau pun sama gak. Kalau depan Elena, tiba-tiba je kau keras macam patung" balas Black.

"Takdanya aku macam tu" jawab Eddie.

"Elehh! Ye lahhh tuuu. Tadi tu apa? Jodoh konon. Jodoh dah ada kat belakang, tahu pula kau lari" kata Black mengejek lalu dia mentertawakan Eddie. Teringat pula kejadian tadi. Hahahahaha!

Eddie juga tidak mampu menahan tawanya apabila Black mengungkit kembali kejadian tadi. Dia turut ketawa bersama-sama Black.

Sementara itu, di balkoni bilik, Kayla begitu geram akan melihat Black yang bukan main lagi ketawa di halaman rumah itu.

Eeeee, geramnyaaaaa! Dia boleh gelak gelak pula macam tu? Bukannya reti nak kejar aku ke, pujuk aku ke! Haishhh!!

Dengan mulutnya yang muncung seperti itik itu, Kayla masuk semula ke dalam biliknya.

Sliding door balkoni ditutup lalu dikunci. Langsir juga turut dilabuhkan.

Eeeee! Geram! Geram! Geram! Kalau dah dingin tu, memang dinginlah jugak!

Kayla menghentakkan kakinya ke lantai berkali-kali sambil dia mengomel sendiri.

______________________

Melihat seorang wanita yang bertudung mendekati pagar rumah, Black segera menapak ke arahnya.

"Kak Azi kan?" tanya Black inginkan kepastian.

Semasa Black mendekatinya, Azi terkedu seketika. Terkaku dengan kesempurnaan lelaki yang memakai serba hitam itu. Handsome.. Tinggi lampai.. Senyuman pun manis je..

"Aduhai.. Jodoh.." tanpa disedari, Azi menutur apa yang bermain di mindanya.

"Apa dia, Kak?" soal Black dengan nada kekok.

"Ish, apa ni panggil 'kak' pula. Panggillah Azi je. Kalau tak pun, panggil sayang pun tak pe" kata Azi lalu dia tersipu-sipu malu.

Black hanya ketawa kecil. Dia menganggap Azi hanya bergurau.

"Ermm.. Ada tak kek yang saya pesan?" Black terus mengubah topik.

"Ha, ada. Ni, kek red velvet yang awak order. Tapi, kenapa awak yang order eh kek favourite Kayla ni? Selalunya dia yang akan order sendiri"

"Oh.. Emm.. Kayla tak berapa sihat. Sebab tu, saya yang tolong orderkan untuk dia" bohong Black.

"Kayla tak sihat? Alahai, pulak dah. Ha, eloklah awak order kek red velvet ni. Kalau dia dah makan ni, kejap je dia sembuh tu" ujar Azi dengan yakinnya.

Kemudian, bakul berwarna merah jambu yang tertulis Red Velvet Biscuit by Cooking Classy itu pun berpindah tangan dari tangan Azi kepada Black.

"Maaf ya, Kak. Saya order on the spot" kata Black dengan raut wajahnya yang serba salah.

"Alaahh, takpa. Kayla tu bukan orang lain. Memang regular customer saya" jawab Azi sambil tersenyum manis.

"Oh.. Okey.. Thank you.." ucap Black untuk kek itu.

"Ermm.. Thank you je?"

"Ha?" Black terpinga-pinga seketika.

Azi tergelak-gelak seperti gaya perempuan melayu terakhir.

"Awak single tak?"

Fuahhhh! Berani gila dia ni! Black sampaikan tergamam mendengar soalan cepumas Azi itu.

"Saya dah kahwin" jawab Black dengan muka polosnya.

"DAH KAHWIN?!" Azi terkebil-kebil memandang Black.

"Ha'ah. Dah ada anak dah pun. 6 orang" beritahu Black lagi.

"6 ORANG?!"

"Ya, 6 orang. Sekarang isteri saya tengah mengandung anak ke 7" Black semakin merapu. Kelakar pula tengok Azi yang mula tidak keruan itu.

Azi mengetap bibirnya. Aduhh! Melepas aku! Heihh.. Kenapalah asal muka helok je, mesti suami orang. Asal suami orang je, mesti muka helok.

_______________________

Ting!

Sedang Kayla membaca novel di balkoni miliknya, telefon bimbitnya yang berada di atas tilam menerima satu notification.

Dia pun meletak novel di tepi lalu mendapatkan telefonnya. Screen lock dibuka.

Notification itu dari instagram.

Black_ mentioned you in a photo.

Kayla tergelak sendiri. Dia bagaikan tidak percaya apabila ternampak akan notification itu.

Dengan terujanya, Kayla terus membuka instagram miliknya dan hendak melihat gambar apa yang Black tujukan untuknya for the first time ever on instagram.

Wehhhhh! Series ahhhh, Black? Oh My God!!!

Black memuatnaik gambar sepotong kek red velvet di laman instagramnya dengan caption..

"I'm sorry for letting your hand go. Will you hold my hand again?"

How sweet!

Hmm. Dingin dingin dia ni pun, rupanya sweet juga! Heish. Kalau macam ni, aku nak merajuk hari-harilah! Hahahahahaha!

____________________

Kelihatan Black sedang menanti di meja makan dengan sekeping kek red velvet untuk Kayla.

Kayla membuat muka ketatnya semasa melangkah masuk ke dapur.

Tak boleh bagi nampak sangat yang kau tu teruja, Kayla. Nanti Black fikir yang kau ni senang kena pujuk.

Semasa Kayla terpacul di pintu ruangan makan, Black bangun dari tempat duduknya lalu mengukir senyuman lebar menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Black siap menarikkan kerusi untuk Kayla duduk bersebelahan dengannya. Kayla duduk sambil memeluk tubuh.

Kek red velvet di atas meja Kayla pandang dengan muka yang angkuh. Dia ternampak akan bekas kek yang berada di tong sampah.

Eh? Red Velvet Biscuit by Cooking Classy? Ini kek dari kedai Kak Azi! Hmmm.. Okey, okey. I love his effort. Dia tak beli kek ni dari kedai sembarangan.

"Kau marah aku lagi?" Black bersuara.

Kayla menahan dirinya dari tersenyum. Dibiarkan saja soalan Black itu berlalu seperti angin. Dia juga langsung tidak memandang akan Black.

Terdengar Black mengeluh perlahan.

"Kayla, kau janganlah diam macam ni. Aku minta maaf pasal pagi tadi. Masa tu aku,.. Aku.. Aku sakit perut. Sebab tu aku nak cepat-cepat pergi dari situ. Dan.. Sebab tu.. Aku.. Lepaskan tangan kau" jelas Black. Geliga betul otaknya mencari alasan.

Kayla kemudian berpaling memandang tajam ke arah Black. Black juga turut memandang ke arahnya.

Heih! Aku tak bolehlah pandang mamat ni lama-lama. Mata dia tu, menggoda betul! Kayla membebel dalam hati.

"Kau marah lagi tak?" tanya Black.

Hishh! Comel pula dia ni kalau tengah memujuk. Dengan muka dia yang takut takut macam tu. Hahahaha!

Kayla akhirnya tidak mampu lagi untuk terus berpura-pura masih marahkan Black. Tawanya tercetus jua.

"Haaa! Padan muka! Tahu juga eh awak takut kalau saya marah. Ingatkan awak tak peduli" kata Kayla.

Melihat Kayla sudah tidak lagi masam mencuka itu, barulah hati Black kembali tenteram. Lega!

Senang hati Black melihat Kayla yang begitu seronok menjamu selera kek kegemarannya itu. Lagi lagi, apabila kek itu dari kedai kek kegemaran Kayla sendiri. Thanks to Aisar sebab memberitahu akan hal ini.

"Sedap tak kek tu?" tanya Black sambil dia menongkat dagu memerhatikan Kayla makan.

"Of courselah sedap! Kalau awak nak tahu, saya customer paling setia tau. Nanti, kalau ada masa, kita pergi kedai kek Kak Azi, nak tak?"

Saat ini, Black teringat pula akan kejadian tadi pasal Azi.

"Aku ok je tapi tak tahulah pula kalau Kak Azi tu ok aku pergi kedai dia" kata Black.

"Maksud awak?" soal Kayla pelik.

"Aku baru je reject dia"

"Reject?"

"Ha'ah. Dia ngorat aku tadi"

"She what?!" Kayla mula diserang rasa cemburu.

Weh apa ni?! Mula-mula Wafa, pastu Hana, sekarang Kak Azi pula? Eeeeee bencinya! Ramai betul saingan aku!!

"Dia tanya kalau aku ni single.."

"Habis tu awak jawab apa?"

"Well, aku tak nak bohong. Aku cakap je lah benda betul. Aku bagitahu dia yang aku single"

Kayla lantas melepaskan garfu yang berada di tangannya. Mukanya kembali tegang.

"Awak biar betul. Awak cakap macam tu kat Kak Azi?" hati Kayla mula mendidih.

"Yelah. Habis tu, aku nak jawab apa? Takkan aku nak tipu perempuan yang secantik Kak Azi tu" kata Black dengan selambanya.

PEREMPUAN YANG SECANTIK KAK AZI???!!!!!!

Kayla mula naik hantu.

"BERANI AWAK PUJI PEREMPUAN LAIN DEPAN SAYAAA??!!!! EEE AWAK NIIII!!!" kemarahan Kayla betul-betul meledak. Dia mencekik Black dengan sekuat hatinya.

Black pula hanya ketawa besar. Direlakan saja lehernya dikerjakan oleh Kayla sebegitu. Hahahahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience