Kayla memerhatikan Black yang masih tidur itu sambil tersenyum-senyum.
Ingatkan dia dah tak peduli pasal aku. Tup tup. Ada pulak dia kat sini teman aku semalaman.
Tangan Kayla mula terangkat hendak mengusap wajah Black yang masih lena namun tangannya terhenti apabila Black terjaga. Cepat-cepat Kayla coverline. Tangannya terus dibawa ke kepala, konon sedang menggaru kepala.
"Good morning" ucap Kayla dengan senyuman lebarnya.
Black yang masih mamai itu memandang Kayla sejenak.
Saat Black memandang akannya, Kayla terkedu seketika.
Aduhai lelaki sorang ni. Ni ke muka dia baru bangun? Memang tetap macho ke?
"Macam mana keadaan kau? Dah ok?" soal Black.
"Kalau saya cakap saya ok?" sengaja lagi Kayla bergurau.
"Kalau kau ok, aku balik" Black mula mengangkat punggung. Eh dia ni. Masa ni pun masih jugak nak bergurau.
"Saya tak ok" laju saja Kayla kembali baring. Dia tidak mahu Black pulang.
Dalam rasa geramnya, tawa Black tercetus. Tercuit hatinya melihat celoteh clingy Kayla itu. Dah mula dah gaya mengada-ngada dia tu.
Black kemudian mengeluh halus. Dia tertunduk seketika.
"Kay, aku minta maaf" ujarnya.
Dahi Kayla berkerut sedikit.
"Kenapa pula awak nak minta maaf?" tanya Kayla hairan.
"Aku tahu kau jadi macam ni sebab aku. Aku tak bermaksud nak,.."
"Black, it's okey" Kayla mencelah.
Walaupun sejujurnya Kayla masih kecewa kerana cintanya ditolak begitu saja oleh Black tapi sekurang-kurangnya Black berlaku jujur dan itu sudah cukup buat Kayla.
"Well,.. Cinta tak boleh dipaksa, kan? At least, awak berterus-terang dengan saya. Itu pun dah cukup baik. Saya tak nak paksa awak dan awak janganlah rasa bersalah" kata Kayla lagi.
"Kay, aku tak nak kau kecewa lagi"
"'Lagi?" Maksud awak?"
"Aku.. Sebenarnya,.."
"Good morning, Kayla,.." tiba-tiba Datin Suhana masuk ke wad membuatkan perbualan Kayla dan Black tergantung di situ.
"Ops.. Sorry.. Am I disturbing you guys?" Datin Suhana melihat Kayla dan Black silih berganti.
"Eh, taklah, Aunty.." jawab Kayla laju.
Datin Suhana dan Kayla saling berlaga pipi.
Black memerhatikan saja Datin Suhana yang mengucup lembut pipi Kayla. Nampak sangat dia begitu menyayangi Kayla.
Datin Suhana sempat mengerling ke arah Black dengan senyuman penuh makna.
"Siapa ni? Boyfriend Kayla ke?" tanya Datin Suhana secara berbisik namun Black masih dapat mendengarnya.
Kayla mengetap bibirnya. Aduhai! Soalan kena sangat dengan situasi!
"Ni bodyguard Daddy lah, Aunty. Nama dia Black" beritahu Kayla.
"Ohh I see.."
"Err.. Black. Kenalkan ni, Aunty Suhana. Mama arwah Mikael" Kayla memperkenalkan pula Datin Suhana kepada Black.
"Apa khabar, Puan?" tanya Black sopan.
"Khabar baik" jawab Datin Suhana tidak kurang mesranya.
Melihat kehadiran Datin Suhana di situ, Kayla kembali tertanya.
"Aunty,.."
"Ya, sayang?"
"Aunty tak jawab lagi soalan Kay semalam. Macam mana Aunty boleh tahu Kay kena tahan kat sini?" soal Kayla.
Mendengar soalan Kayla itu, Datin Suhana hanya tergelak kecil.
_____________________
Pap!
"Ha! Saya dah ingat dah!"
Terciduk Ammar dibuatnya apabila Wafa tiba-tiba menghempas tangannya di atas meja.
"Awak ni. Kalau saya tercekik tadi macam mana?" Ammar menggeleng kepala. Air sirap dia teguk sekali.
"Awak! Doktor perempuan semalam tu, saya dah ingat dah dia siapa" kata Wafa. Akhirnya dia ingat juga setelah semalaman memerah otak.
"Doktor perempuan mana pulak ni?"
"Ish awak ni! Doktor perempuan yang merawat Kayla semalam tu lahhh. Siapa lagi?" Wafa merengus geram.
"Oh! Doktor perempuan tu. Ha, siapa dia?"
"Awak nak tahu tak? Sebenarnya, doktor tu adalah kakak arwah Mikael!"
"What? Eh, awak ni biar betul?"
"Ya! Saya dah ingat dah! Saya dengan Kayla pernah keluar sekali dengan dia dulu. Masa tu dia pakai baju biasa je. Semalam dia pakai coat doktor tu, saya macam lost sikit tapi saya cam muka dia" jelas Wafa. Senang hatinya apabila akhirnya dia sudah tahu identiti doktor wanita semalam.
Ammar mengangguk kecil.
"Patutlah dia kenal Kayla" katanya.
"Tapi saya tak berapa ingatlah nama dia siapa.." Wafa memejam matanya. Dia cuba untuk mengingat pula nama kakak Mikael itu.
"Dahlah tu. Awak janganlah fikir banyak sangat. Makanlah cepat" suruh Ammar. Dia pula yang rimas bila Wafa struggle sangat nak tahu pasal identiti doktor perempuan itu.
Wafa berdecit. Dijelingnya Ammar sekilas. Bukannya nak support kita!
________________________
"Okey. Result Kay nampaknya dah okey dah ni. So means, hari ni Kay dah boleh discharge dah" ujar doktor wanita itu setelah dia memeriksa laporan kesihatan Kayla.
"Betul ke, Misha? Alhamdulillah.." Datin Suhana mengucap syukur.
Kayla pun begitu juga.
"Heishh.. Patutlah Aunty Suhana tahu Kay ada kat sini. Rupanya Kak Misha doktor kat sini" kata Kayla.
"Ha'ahh. Dah nak dekat 5 bulan dah Misha kerja kat hospital Terengganu ni. Balik je dari UK, terus minta kerja kat sini. Saja je dia nak minta tempat kerja yang jauh-jauh" bagitahu Datin Suhana dengan nada geram. Dicuitnya lengan anak perempuannya itu.
Mana tak geram? Dia dengan suami je duduk berdua kat Kuala Lumpur tu. Oleh sebab Misha kerja kat sini, mereka pun terpaksalah berulang-alik ke sini. Tapi selalunya, Datin Suhana saja yang selalu ke Terengganu. Rindukan anak katanya. Kebetulan pula, baru beberapa hari lepas dia ke sini. Tak sampai beberapa hari, dapat pula berita yang Kayla masuk hospital.
Misha hanya tergelak kecil apabila mendengar omelan Datin Suhana itu. Dia kemudian melabuh punggung di sisi tilam Kayla.
"Kay,.. Kalau Kay nak, Kay boleh tinggal dengan akak"
Kayla diam sejenak. Dia melihat Misha dengan wajah bingungnya.
"Akak dapat tahu yang Uncle Zaim kat KL kan sekarang? So, kat rumah tu, Kay tinggal dengan Elena" kata Misha lagi.
Barulah kini Kayla faham akan maksud Misha itu. Rupa-rupanya, Misha menyangkakan dia sakit kerana Elena.
"Akak, tak apalah. Kay sakit ni, tak ada kena mengena pun dengan Kak El"
Misha dan Datin Suhana mengeluh serentak.
"Kay ni kan. Dari dulu sampai sekarang, asyik nak bela je si Elena tu. Kay, kita ni kalau nak jadi baik sekalipun, kena berpada-pada" kata Misha. Geram pula dia apabila Kayla terlalu baik terhadap Elena. Kata adik-beradik kandung tapi dia layan Kayla macam adik-beradik tiri.
"That's right. Aunty sokong apa Kak Misha cakap. Lagipun, Aunty rasa, tak selamatlah kalau Kay tinggal berdua dengan Elena. Aunty risaulah, Kay" tambah Datin Suhana pula.
Kayla hanya tersenyum kelat. Dia pun sebenarnya sudah penat dilayan kasar oleh Elena namun apakan daya, Elena tu tetap ahli keluarganya. Elena tu tetap kakaknya.
Kayla kemudiannya mencapai tangan Datin Suhana dan juga Misha.
"Aunty, akak, dahlah tuu. Janganlah buat Kay rasa serba salah. Pasal Kak El tu, Aunty dengan akak jangan risau. Kay dah biasa dah. Inshaallah, selagi Kay boleh tahan, Kay tahan" ujar Kayla lembut.
Datin Suhana dan Misha melihat sesama sendiri. Mereka langsung tidak setuju untuk Kayla balik semula ke rumah itu dan tinggal sebumbung dengan Elena.
"Alaaa janganlahh diam macam ni" pujuk Kayla apabila melihat dua beranak itu muram.
"Akak, lama kita tak jumpa. Akak makin cantiklah" Kayla membodek.
Misha mencebikkan bibirnya.
"Saja je kan nak sedapkan hati akak. Eeee budak nakal ni!!" Misha mencubit pipi Kayla dengan geram sekali.
Kayla hanya ketawa manja.
Di luar pintu wad, Black memerhatikan mereka bertiga sambil dia memeluk tubuh. Dia turut tergelak melihat Kayla yang syok bergurau-senda dengan keluarga arwah Mikael itu.
Black kemudiannya menapak ke arah kerusi. Dia mula terfikir akan sesuatu.
Pelik. Elena cakap, Kayla punca Mikael meninggal dan Kayla juga cuba untuk pisahkan Mikael dengan keluarganya. Tapi.. Kenapa aku tengok Kayla dengan keluarga Mikael tu elok je? Diaorang pun bukan main prihatin lagi terhadap Kayla.
______________________
Sambil Black membuka plastik yang menutupi mangkuk berisi bubur itu, Kayla hanya memandang ke arah pipi Black yang dibalut dengan plaster kecil.
"Kenapa dengan pipi awak tu?" akhirnya Kayla bertanya. Nak harap Black sendiri yang bagitahu? Memang taklah. Ini pun, belum tentu lagi Black akan cerita perkara sebenar.
"Tak ada apalah. Luka sikit je" jawab Black tanpa melihat ke arah Kayla.
"Tahulah luka. Takkan awak saja saja je kot tampal plaster kat pipi tu" kata Kayla dengan sedikit rasa geram. Marah pun ada.
Melihat Kayla yang tiba-tiba pula berubah karakter itu, Black berasa kelakar.
"Asal awak gelak ni?" Kayla memeluk tubuh melihat Black yang ketawa itu.
"Tak adalah. Aku ingatkan, Elena je yang pandai marah" kata Black dengan sisa tawanya.
Kayla menjulingkan matanya ke atas. Sempat pula dia perli aku.
"Black, janganlah main-main. Saya series ni"
"Elehhh! Kalau kau main-main time aku series, tak apa pulak" balas Black.
"Itu lain. Sekarang ni lain" Kayla melawan.
"Hish, tak ada apalah. Luka sikit je. Cepat, bagi habis bubur ni. Lepas tu makan ubat then kita boleh balik"
Cis! Kayla mencebik. Tengok tu! Bukan nak bagitahu aku pasal pipi dia.
Tatkala mangkuk bubur itu berpindah ke tangan Kayla, dia terdiam seketika.
"Eh?" Kayla kelihatan terkejut sedikit.
"Kenapa?" tanya Black hairan melihat reaksi Kayla itu.
Kemudian, Kayla melihat ke arah Black. Kayla mula memandang Black lain macam.
"Kenapa awak asingkan bawang goreng ni ke tepi?" soal Kayla.
"Lahhh.. Kau kan tak suka makan bawang goreng. Jadi, aku asingkanlah" jawab Black yang sedang mengemas sisa plastik bubur tadi.
Kayla semakin diserang rasa kehairanan. Sudu yang dia pegang diletak semula di tepi mangkuk bubur tadi.
"Macam mana awak tahu yang saya tak suka makan bawang goreng?" tanya Kayla lagi.
Kali ini, Black terus terdiam kaku. Raut wajahnya juga mula berubah cuak. Tong sampah sudah terbuka namun plastik bubur tadi seakan-akan melekat di genggaman tangan Black.
Kayla dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Setahunya, dia tidak pernah bagitahu Black yang dia tidak suka makan bawang goreng. Tapi, kenapa Black boleh tahu pula? Dia siap asingkan dari bubur.
"Black,.."
"Erm. Aku keluar dulu. Aku kena tanya Eddie pasal keadaan kat rumah" Black laju mengelat. Dia terus membuang plastik bubur tadi ke dalam tong sampah yang ternganga itu lalu beredar pergi.
Kayla tergelak bagaikan tidak percaya.
Aku tanya dia, dia boleh blah macam tu je?
Kayla melihat semula ke arah bubur tadi. Black begitu teliti mengasingkan bawang goreng ini dari bubur. Sepertinya dia begitu tahu sangat yang Kayla tidak menyukai bawang goreng.
_________________________
Begitu berderau darah Black dek kerana kelakuannya sendiri tadi. Dia memejam matanya lalu menarik dan menghembus nafas silih berganti. Setelah dia berasa tenang, barulah mata dibuka kembali.
"Mama risaulah pasal Kayla tu, Misha"
Baru saja Black hendak berganjak dari situ, suara Datin Suhana membuatkan langkahnya terhenti.
Kelihatan Datin Suhana bersama dengan Misha sedang duduk di taman hospital.
"I know. Misha pun sama, Ma. Misha pun risau pasal Kayla"
Apabila sepertinya dua beranak itu bercerita pasal Kayla, Black membuat keputusan untuk kekal di posisi.
"Ma, Kayla tu baikkan Ma? Mana-mana kakak kat dunia pun, mesti nak adik ipar yang macam Kayla" ujar Misha sambil dia tersenyum lebar.
Datin Suhana turut mengukir senyum. Sebagai ibu juga, dia mahu menantu seperti Kayla.
"Tahu takpa. Sebab tu, Mama tak hairan kalau adik kamu tu sayang sangat kat Kayla" jawab Datin Suhana.
"Mikael terlalu sayangkan Kayla sampai sanggup berpisah dengan Kayla dan juga kita" tambah Misha.
Perbualan Datin Suhana dan Misha itu semakin menarik perhatian Black.
"Tapi Sha peliklah, Ma. Kalau betul Mikael sayangkan Kayla, kenapa dia sambung belajar kat luar negara? Budak bertuah. Adakah patut dia tinggalkan tunang dia sendiri kat sini?" Misha tergelak pendek seraya menggeleng kepala.
"Sha.. Sha.. Macamlah kamu tak kenal adik kamu tu. Mama masih ingat lagi kata-kata Mikael dulu. Walaupun dia dah bertunang dengan Kayla tapi dia tak nak menyiksa perasaan Kayla. Well, as we all know, masa tu, Kayla bercinta dengan budak Kashaf tu kan. I'm so proud of him. Dia sanggup menjauh supaya Kayla tak rasa terbeban dengan status mereka" ujar Datin Suhana disudahi keluhan halus. Perasaan rindu pada anak lelakinya itu mulai menyinggah.
Misha yang menyedari Datin Suhana mula sebak itu, memegang tangannya dan diusap dengan lembut.
"Mama rasa bersalah sangat dekat Mikael dan juga Kayla. Kalaulah dulu Mama dengan Papa tak paksa diaorang bertunang.." ayat Datin Suhana terhenti. Tangisnya mula hendak pecah.
"Ma.. Dahlah tu.." Misha merangkul bahu ibunya itu.
"Kalau pertunangan ni tak ada, mesti Mikael akan sambung belajar je kat sini.."
"Ma.. Mikael sambung belajar kat London tu atas kemahuan dia sendiri. Kita tak boleh nak buat apa"
"Tapi Sha, kalau bukan sebab Mama dengan Papa yang paksa dia bertunang dengan Kayla, dia tak akan pergi jauh dari kita. Mama rasa bersalah, tahu tak?"
"Ma,.."
"Kami terlalu pentingkan diri sendiri. Sikit pun kami tak fikir pasal hati dan perasaan Mikael dengan Kayla"
"Ma.. Dahlah tu, Ma.. Janganlah macam ni" Misha menenangkan Datin Suhana yang sudah menangis kerana terimbau akan kisah silam yang perit dulu.
"Mama bukan seorang ibu yang baik. Pasal Mama lah Mikael buat keputusan untuk sambung belajar kat London dan pasal Mama jugaklah.. Mikael accident.."
"Ma,.."
Misha terus memeluk Datin Suhana yang telah gagal mengawal emosinya itu.
"Ma, apapun yang jadi pada Mikael dan juga Kayla, itu semua takdir diaorang. Jodoh dan ajal ni bukan di tangan kita" tutur Misha sambil dia mengusap-usap lembut belakang Datin Suhana yang menangis tersedu-sedu itu.
Di satu sudut, Black tersandar lemah di dinding. Tatkala dia mendengar perbualan Datin Suhana dan Misha itu, kini baru dia tersedar selama ini, dia sudah 'diracuni' dengan segala kata fitnah Elena malam tempoh hari.
Jadi... Mikael sambung belajar di London bukan sebab Kayla yang paksa. Jauh sekali bukan disebabkan dendam Kayla terhadap lelaki itu. Akan tetapi, disebabkan Mikael sendiri yang mahu demi menjaga hati dan perasaan Kayla.
_________________________
"Cik Elena, tunggu! Cik Elena nak pergi mana ni?!"
Mendengar Makcik Jamilah yang bising-bising di depan rumah, Eddie segera bergegas untuk melihat apa terjadi.
"Cik Elena! Cik Elena nak pergi mana ni?" Makcik Jamilah menahan Elena yang hendak lari dari rumah itu.
"Tepilah, Makcik Jamilah! Makcik Jamilah jangan nak halang I! Makcik pun sebenarnya nak tengok I pergi dari sini kan?!"
"Ya Allah, Cik Elena. Sikit pun Makcik tak terfikir pasal hal tu!"
"Dahlah, Makcik! Tak payah nak berpura-pura lagilah! Selama ni pun, Makcik asyik lebihkan Kayla je!"
Elena menolak Makcik Jamilah ke tepi yang menghalangnya memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta.
"Elena!" setibanya Eddie di situ, dia terus merampas beg pakaian Elena itu.
Elena mendengus kasar.
"Kau nak pergi mana ni?"
"You tak payah sibuk hal I lah!"
"Eh kalau kau ni bukan anak majikan aku, aku tak nak ambil tahu punlah apa-apa pasal kau! Tapi.."
"Then jangan ambil tahu pasal I!"
Elena cuba untuk mengambil semula beg pakaiannya yang ada pada Eddie namun Eddie mengelak.
Elena semakin bengang.
"Cik Elena.. Janganlah macam ni. Kalau Tuan tahu,.."
"Kalau Daddy tahu, dia takkan kisah punlah! Dahlah! Korang ni jangan nak bermuka-muka dengan I, boleh tak?! I tahu, korang semua ni benci kat I kan?!"
"Cik Elena,.."
"I ni biadab. I ni berhati busuk. I ni tak ada hati perut. Yang tak biadab, yang berhati mulia, yang ada hati perut cuma Kayla sorang je!!" jerkah Elena sambil matanya membesar memandang Eddie.
Makcik Jamilah semakin gelabah. Dia takut kalau Elena betul-betul nekad hendak keluar lagi dari rumah.
"Korang semua jangan ingat yang I ni tak boleh hidup sendiri kat luar sana eh. Selama ni pun, I hidup sendiri. Korang semua tak pernah ambil kisah pun pasal I!!"
"Cik Elena, jangan macam ni.. Tolonglah.."
"Ok baik. Kau nak pergi sangat kan? Pergilah!!"
"Eddie,..!" Makcik Jamilah memegang lengan Eddie.
"Kau nak pergi sangat kan? Baik. Kau pergi sekarang! Kami pun tak kisahlah kalau kau nak keluar dari rumah ni!"
Kesabaran Eddie mula habis.
"Kau pergi! Kau keluar dari rumah ni! Kau jangan balik sini lagi!" tengking Eddie.
Eddie kemudian menghumban beg pakaian milik Elena itu ke dalam kereta. Dia tidak lagi menghalang Elena dari pergi.
"Eddie. Jangan macam ni. Kita tak boleh biarkan Cik Elena pergi lagi" Makcik Jamilah menggoncang lengan Eddie. Dia tahu, Eddie mampu untuk menahan Elena dari pergi dari situ.
"Biarkan dia, Makcik Jamilah. Dia nak pergi sangat kan. Lepas ni, kita tak payah susah susah nak hadap perangai gila dia lagi! Hidup orang kat rumah ni semua jadi huru-hara disebabkan dia!"
Jatuh air mata Elena tatkala Eddie mengherdiknya sampai sedemikian rupa. Hatinya seperti disiat-siat. Tidak pernah dia rasa sakit seperti ini.
Tanpa mempedulikan Elena, Eddie membawa Makcik Jamilah pergi dari situ.
"Eddie, janganlah macam ni. Kita kena,.."
Vrooommm!
Kereta BMW M5 sudah memecut laju pergi dari situ.
"Cik Elenaaaa!!!" Makcik Jamilah hanya mampu melaung nama Elena.
Eddie mengeluh panjang. Dia terkedu apabila Elena tetap juga berlalu pergi. Kecewa rasanya.
_____________________
Pintu wad yang tertera nama Kayla Nasuha Tan Sri Zaim dibuka olehnya.
"Kayla, jom.."
Black terdiam apabila dia mendapati Kayla tiada di dalam wad.
"Kayla?"
Black melihat katil Kayla yang sudah dikemas rapi. Selipar Kayla juga sudah tiada di situ.
Kemudian Black menapak pula ke arah almari pakaian. Semua baju dan barang-barang Kayla sudah tiada di situ.
Black mula tidak senang hati.
Lelaki yang berpakai serba hitam itu terus meluru keluar dari situ dan kebetulan dia berselisih dengan seorang jururawat.
"Nurse, ada nampak tak patient VIP Kayla Nasuha?" tanya Black cemas.
"Cik Kayla? Tak ada" jawab jururawat itu.
"Ok, terima kasih"
"Sama-sama"
Black berdecit. Langkahnya semakin dilajukan sambil matanya liar memerhati sekeliling.
Mana pula Kayla ni?
Black cuba untuk mendail nombor Kayla namun tidak berjawab.
Sekali lagi Black berselisih dengan seorang jururawat yang sedang memapah seorang pesakit warga emas.
"Maaf, nurse.."
"Ya, Encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Ya, erm. Ada nampak tak patient kat wad VIP, Kayla Nasuha?"
"Maaf, Cik. Saya tak nampak pula"
Black mengeluh panjang. Rasa cemasnya semakin naik mendadak.
"Ok nurse. Terima kasih"
"Sama-sama"
Black mula berasa ada sesuatu yang terjadi pada Kayla. Sudahlah dia bersendirian saja tadi di wad. Jangan-jangan, Raid dan Roy buat onar lagi.
Black cuba untuk mendail Eddie pula. Dia perlu memaklumkan hal ini kepada Eddie. Namun, baru beberapa saat di talian, mata Black tertancap ke arah seorang wanita yang sedang duduk melutut di hadapan seorang budak lelaki.
Alangkah leganya hati Black apabila melihat Kayla dalam keadaan baik-baik saja. Dia menyimpan semula telefonnya ke poket baju.
Black memerhatikan Kayla dan budak lelaki itu dari tempatnya berdiri. Sepertinya Kayla sedang memberi kata-kata semangat kepada budak lelaki yang kelihatan lemah itu.
Apa yang membuatkan Black tersentak adalah apabila Kayla dan budak lelaki itu bukanlah berbual secara lisan. Namun mereka berbual menggunakan bahasa isyarat.
Black tergelak sekilas melihat Kayla yang begitu lancar 'berbual' dengan budak lelaki itu. Kelihatan juga bibir pucat budak lelaki itu mula mengukir senyum.
'Jangan sedih lagi. Awak kena kuatkan semangat' itu ayat yang dikatakan oleh Kayla melalui bahasa isyaratnya.
Budak lelaki itu mengucapkan terima kasih.
Kayla mengusap kepala budak lelaki itu. Setelah itu, budak lelaki yang duduk di kerusi roda itu pun dibawa pergi oleh jururawat.
Melihat budak lelaki tadi sudah jauh, barulah Black menapak ke arah Kayla.
Terkejut Kayla apabila tiba-tiba beg pakaiannya diambil seseorang dari belakang.
"Awak rupanya" ujar Kayla perlahan kepada Black yang menjinjing beg pakaiannya itu lalu dia melihat semula ke arah budak lelaki tadi. Budak itu sempat melihat ke arahnya sebelum masuk ke dalam wad. Kayla melambaikan tangannya ke arah budak lelaki itu.
"Jangan sedih lagi. Awak kena kuatkan semangat" Black bersuara.
Kayla ternganga seketika. Dia berpaling ke arah Black dengan mukanya yang teruja.
"Awak pun tahu sign language?" tanya Kayla lalu dia tergelak tidak percaya.
Black turut ketawa sama seraya mengangguk kepalanya.
"So, kenapa kau belajar sign language?" tanya Black ingin tahu. Yalah, tak semua orang berminat untuk belajar sign language ni kecuali ada kenalan yang memerlukan mereka untuk menggunakan bahasa isyarat, barulah hendak belajar tentang penggunaan bahasa isyarat ni.
"Ermm.. Sebab.. Ibu Kashaf.. Ibu Kashaf bisu" jawab Kayla dengan nada sayu.
Haih.. Tika ini, dia teringat akan waktu pertama kali Kashaf membawanya ke rumah dan berjumpa dengan ibunya.
"Dulu, Kashaf ada cerita kat saya yang ibu dia bisu. Jadi, sejak dari hari tu, saya belajar sign language kat youtube tanpa pengetahuan Kashaf. Yelah,.. Saya berharap, satu hari nanti, kalau Kashaf bawa saya jumpa ibu dia, saya tak adalah susah sangat nak borak dengan ibu dia tu" jelas Kayla panjang lebar.
Kayla kemudiannya mengeluh halus.
"Tapi tu lah.. Nampaknya, saya tak ada kesempatan nak buat semua tu. Hmm eh. Awak pulak? Kenapa.."
Eh? Kayla tercari-cari Black yang tiada di sisinya.
Apabila dia menoleh ke belakang, rupa-rupanya Black masih tercegat di tempat tadi. Lahhh! Aku cakap sorang-sorang je ke tadi?
"Black! Kenapa awak masih kat situ lagi?" Kayla mencekak pinggang melihat ke arah Black yang tiba-tiba beku seperti patung itu.
"Black!" Kayla meninggikan sedikit suaranya.
Barulah Black terhenti dari lamunannya. Dia pun kemudiannya berjalan ke arah Kayla.
"Awak kenapa ni? Awak ok tak?" tanya Kayla. Hairan pula dia melihat reaksi Black itu.
"Err.. Ya, aku ok. Jomlah, kita balik"
"Alahh, tapi, saya nak tahu, kenapa awak belajar sign language?"
"Sebab.. Aku rasa, semua orang perlu belajar sign language" jawab Black namun jelas sekali bukan itu sebab yang sebenar.
"Yeke?" Kayla dapat menghidu taktik penipuan Black itu.
"Eh, dahlah. Jom kita balik" Black tidak mahu berlama lagi di situ. Dia pun terus beredar pergi.
Kayla mencebikkan bibirnya. Ish dia ni! Peliklah! Tiba-tiba je gelabah semacam.
________________________
Black menutup pintu kereta setelah dia memasukkan beg pakaian Kayla ke dalam. Setelah itu, dia berpaling ke arah Kayla yang sedang bersama Misha itu.
"Kay, are you sure about this?"
Black memerhatikan tangan Misha dan Kayla yang berpaut erat itu. Jelas sekali Misha begitu risau akan Kayla.
"Kalau Kay ubah fikiran, Kay bagitahu akak tau. Kat rumah tu ada Mama juga" kata Misha lagi.
"Akak.. Janganlah risau. Kay ok je lah tinggal dengan Kak El tu. Macam ni. Kalau Kay free nanti, Kay singgah rumah, okey?"
"Heihh.. Okeylah kalau macam tu. Kay take care tau. Sementara Uncle Zaim tak ada kat sini, kalau Kay ada apa-apa masalah, call akak" Misha enggan memaksa lagi. Nanti Kayla rasa serba salah pula.
"Baiklah, Doktor Misha. Arahan diterima" Kayla siap mendabik hormat.
Misha hanya tergelak kecil.
Setelah itu, Kayla dan Black pun meminta diri dari situ.
Di dalam kereta, macam biasalah, Black tak banyak cakap sangat. Perkara tu memang biasa bagi Kayla. Lagi lagi kalau mood Black swing. Tapi sekarang mood dia ok je. Cuma, entahlah. Dia senyap je sejak kitaorang borak pasal sign language tadi tu.
Rumah jauh lagi ni. Jem pun boleh tahan teruk. Lagu kat radio pula lagu yang mendayu-dayu. Aduhaiiii~
"Kak Misha tu cantik kan?" Kayla sengaja membuka topik.
"Cantik" jawab Black.
Laju leher Kayla berpusing menghadap Black. Dia mengecilkan matanya.
Cis! Macam tu je dia jawab. Straight sangat! Aku jealous, tahu tak! Tapi hmm.. Kak Misha tu memang cantik pun orangnya.
"Tapi kau lagi cantik" Black kembali bersuara.
WEHHHHHH!!!
Kayla memegang kedua-dua belah pipinya yang membahang itu. Berdegup kencang jantungnya bila Black berkata demikian.
"Macehhh" tutur Kayla dengan suara comel.
Black hanya tersenyum simpul.
"Boleh tahan rapat juga kau dengan family Mikael kan?"
Kayla menghela nafas panjang. Dia mengangguk laju.
"Diaorang baik" ujar Kayla.
"I can see it. Lagi lagi dengan kau. Teringin pula aku nak tahu cara Mikael layan kau" kata Black.
Kayla tergelak sekilas. Dia terus teringat pula akan kenangan bersama Mikael. Kenangan? Entahlah kalau ini boleh dikatakan kenangan atau bukan.
"Sebenarnya, kalau awak nak tahu. Kitaorang tunang sekadar tunang je. Tapi yang sorang ke barat yang sorang ke timur" jelas Kayla.
"Maksud kau?"
"Walaupun kitaorang tunang tapi hubungan saya dengan Mikael tak lebih dari kawan. Mikael tahu yang saya cintakan Kashaf dan dia tak paksa untuk saya terima dia. Honestly, Mikael tu lelaki yang baik. Untung siapa dapat dia"
"Kenapa Mikael belajar kat London sedangkan kau belajar kat Malaysia?"
"Haaa, yang tu saya tak tahu"
"Kau tak tahu?" Black tergamam.
"Tak. Tapi yang saya tahu, itu memang keinginan Mikael sejak dari dulu lagi untuk belajar di ICL" beritahu Kayla.
Kelihatan Black mengenggam stereng dengan kuat. Gigi diketap sehingga ternampak rahang.
Betul cakap Eddie. Rupa-rupanya, malam tu Elena cuma mereka cerita!
Black mengeluh kecil. Dia kesal dengan dirinya sendiri. Disebabkan segala yang keluar dari mulut Elena malam tempoh hari, tak pasal-pasal dia meragui Kayla sehingga dia menjadi dingin terhadap wanita itu.
_______________________
Dalam rasa gembira, Kayla turut berasa hairan apabila tiba-tiba saja Black membawanya ke Restoran Lempeng Rusila.
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" tanya Kayla.
"Saja" jawab Black pendek.
Kayla mencebik. Tengoklah mamat ni. Sekerat je dia jawab aku.
Kayla kemudian menghirup milo ais di hadapannya.
Black yang sedang makan itu menyinsing lengan bajunya hingga paras siku. Seraya itu, Kayla ternampak akan jam yang dipakai Black.
"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" terciduk Kayla jadinya.
"Em, em, em. Minumlah elok-elok, Kay" secara spontannya, Black mengelap bibir Kayla dengan sehelai tisu.
Kayla terkedu sendiri. Dia memegang bibirnya sambil melihat ke arah Black dengan rasa hairan.
Asal dia ni? Kejap dingin. Kejap sweet.
"Terima kasih sebab bagi balik jam aku ni" Black bersuara.
Aduh! Kena sebiji!
Kayla mengetap bibirnya. Malunya! Hish. Jangan dia tanya macam mana aku boleh dapat jam tu, sudah. Naya aku!
"Kau dah tak nak simpan lagi jaket aku?" tanya Black kemudian.
Kayla terhenti dari mencuit lempeng. Dia mengangkat wajahnya melihat Black.
"Kau merajuk dengan aku eh? Sebab tu kau dah tak nak jaket aku tu"
"Saya tak merajuklah. Saya cuma.. Bagi balik barang awak"
"Kenapa?"
"Kenapa? Sebab.. Hish! Sebab tu kan barang awak. Saya bagilah balik" eyyy geram pula Kayla jadinya.
Black hanya tergelak kecil.
"Kalau nak balik, bagitau. Nanti aku kasi" kata Black sambil dia menjamu lempeng.
Kayla terkebil-kebil. Dia melihat Black dengan dahi berkerut namun tidak lama kemudian, dia mula tersenyum-senyum. Dia menggeleng kepala. Payah betullah nak agak apa dalam fikiran Black ni.
_______________________
Di bilik air restoran, Kayla termenung sekejap di sinki. Ditatap wajah sendiri melalui pantulan cermin.
Kayla tidak mampu menahan senyumnya.
Hish. Asal hari ni banyak pula personaliti Black? Sampai tak keruan aku dibuatnya.
Malas hendak berfikir, Kayla pun keluar dari bilik air itu.
Kelihatan Black sedang menanti luar kereta.
Ya Allah dia ni! Kenapa tak tunggu kat dalam kereta je? Kalau aku lama kat toilet tadi, ha rentunglah jawabnya dia ni.
"Lahhhh,..! Kenapa awak tunggu saya kat luar ni? Kesian awak" acece Kayla. Padahal, dia sukalah tu ditunggu oleh Black.
Black hanya tersengih saja.
"Jom, masuk. Panaslah kat luar ni" kata Kayla. Wajahnya berkerut-kerut menahan panas cahaya matahari.
"Kay, kejap" Black menahan Kayla.
Serentak itu, Black menggunakan badannya yang tinggi lampai itu sebagai pelindung matahari untuk Kayla.
Cahaya matahari tadi terus hilang serta-merta. Kayla tergamam sebentar. Black hanya beberapa cm saja darinya.
"Aku ada benda nak bagi kat kau" ujar Black.
Kayla memberanikan dirinya menghadap Black.
"Apa dia?" tanyanya.
Seketika, sejambak bunga muncul dari belakang Black lalu dihulurkan kepada Kayla.
Mata Kayla membulat melihat bunga itu. Kemudian dia melihat pula ke arah Black.
Kayla betul-betul hilang kata. Betapa gembiranya dia saat ini.
Jambangan bunga berwarna kuning dan putih itu Kayla ambil dari tangan Black dengan hatinya yang berdebar.
"Lepas ni, kau jangan sakit sakit lagi tau" kata Black sambil dia mengukir senyum kecil.
Tawa Kayla tercetus sekilas. Dia hanya mengangguk perlahan.
Tapi kalau dah dilayan macam ni oleh Black, rasa macam nak selalu sakitlah pulak! Hahahahahahaha!
Share this novel