"Nurse! Tolong! Ada patient tak sedarkan diri dalam kereta saya"
Eddie lantas diikuti oleh dua orang jururawat untuk mendapatkan Kayla.
Dua orang jururawat itu bersama Eddie dan Ammar mengangkat Kayla ke katil sorong hospital.
Mereka bergegas membawa Kayla ke unit rawatan kecemasan.
Sedang mereka menyorong, seorang doktor wanita menurut serta bersama membantu mereka menyorong Kayla yang tidak sedarkan diri itu.
"Kayla Nasuha?" doktor wanita itu terperanjat.
Eddie, Ammar dan Wafa melihat sesama sendiri dengan perasaan tertanya-tanya. Sepertinya doktor wanita tersebut mengenali Kayla.
"Doktor kenal kawan saya ni?" soal Wafa.
"Err.. Em. Apa dah jadi ni?" doktor wanita itu mengubah topik.
"Kayla sejak dari semalam tak keluar bilik. Tadi dia tiba-tiba pengsan dan badan dia panas" Eddie menjawab.
Doktor wanita itu mengangguk faham.
Setiba di unit rawatan kecemasan, Eddie, Wafa dan Ammar harus menghentikan langkah mereka kerana tidak dibenarkan masuk.
Ketiga-tiga mereka saling mengeluh panjang sambil nafas tercungap-cungap.
"Korang kawan Kayla kan? Korang kenal ke siapa doktor tadi tu?" tanya Eddie kepada Ammar dan Wafa.
Ammar kemudian berpaling ke arah Wafa yang lebih rapat dengan Kayla.
"Awak kenal tak siapa doktor tu?" tanyanya.
Wafa diam seketika. Dia pun sebenarnya tidak kenal doktor tadi. Akan tetapi, wajah itu.. Seakan-akan pernah dia nampak.
______________________
Di perkarangan rumah, Black berjalan ke hulur ke hilir sambil menatap telefon bimbitnya.
Mana Eddie ni? Kenapa tak call aku lagi?
Black mengetap bibir. Selagi dia tidak mendapat khabar apa-apa pasal Kayla, selagi itulah dia tidak boleh duduk diam.
Walaupun dia masih dibelenggu dengan kata-kata Elena namun rasa risaunya terhadap Kayla tidak dapat dia elak sama sekali.
"Black?" tiba-tiba Makcik Jamilah muncul mendekati Black.
"Ya, Makcik Jamilah?"
"Kenapa kamu ada kat sini? Kenapa tak ikut sekali pergi hospital? Kamu tahu tak, Kayla.."
"Err, Makcik Jamilah. Saya pergi belakang dulu ya" apabila Makcik Jamilah membuka cerita pasal Kayla, Black terus mengelak.
Makcik Jamilah terpinga-pinga sekejap. Dia melihat Black dengan dahi berkerut.
Kenapa Black macam tak kisah pun pasal Kayla?
"Black, kejap" Makcik Jamilah mengejar langkah Black.
Black yang enggan bersikap biadab itu terus berhenti melangkah dan menghadap ke arah Makcik Jamilah.
"Black, sebenarnya.. Ada benda Makcik nak bagitahu kat kamu"
Black hairan apabila melihat wajah Makcik Jamilah yang mula berubah gelisah semacam itu.
"Apa dia, Makcik?" Black bertanya.
Makcik Jamilah kelihatan seperti takut-takut hendak membuka mulut. Matanya juga liar melihat sekeliling.
Black menjadi penasaran.
"Kenapa ni, Makcik? Ada yang tak kena ke?" tanya Black lagi.
"Ini pasal Cik Elena,.."
"Elena? Kenapa dengan dia?"
Makcik Jamilah menggaru-garu kepalanya dengan wajah berkerut. Dia berasa dua hati. Kalau tak bagitahu, serba salah jadinya. Kalau bagitahu, entah apa akan jadi nanti.
"Makcik Jamilah, tak apa. Jangan takut. Cakap je" suara Black menjadi tegas sedikit namun masih dalam nada yang sopan.
Makcik Jamilah menghela nafas perlahan. Dia cuba mengumpul semangatnya untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Black.
"Macam ni.. Tadi, sebelum Eddie dan kamu keluar, Eddie ada letak makanan depan bilik Cik Kayla. Kot kotlah Cik Kayla akan makan nanti. Tapi.." ayat Makcik Jamilah tergantung seketika.
"Tapi apa?"
"Tapi.. Makcik Jemaimah cakap.. Dia ternampak yang Cik Elena ambil makanan tu dan buang ke tong sampah"
Sebaik Makcik Jamilah menyambung ayatnya itu, darah Black terus naik ke kepala.
________________________
"Elena!"
"Black, sabar, Black. Jangan macam ni!"
Makcik Jamilah mula takut melihat Black yang mengamuk menghempas pintu bilik Elena itu.
"Elena! Kau buka pintu ni! Keluar sekarang!!"
"Black, dahlah tu, Black. Bincanglah elok-elok, Black.."
Black tidak mengendahkan Makcik Jamilah yang cuba menyejukkannya itu.
"Elena! Buka pintu ni! Aku nak cakap dengan kau!!"
Tidak lama kemudian, Elena muncul di muka pintu.
"Apa masalah you ni, idiot?! Ketuk pintu I sampai nak pecah! Tak ada rasa hormat ke?! Eh Black. Ingat eh. I ni majikan you! Kalau I bagitahu Daddy,.."
"Lantak kaulah nak bagitahu pun! Aku rasa bapa kau lagi marah kat kau kalau dia tahu apa kau dah buat kat adik kau sendiri!" jerkah Black.
"Apa I dah buat?!"
"Tak payah pura-pura tak tahulah, Elena! Kau ingat orang kat dalam rumah ni buta, tak ada mata?! Kau yang buangkan makanan Kayla yang kat depan bilik dia tadi?!"
Seraya itu, Elena mengerling tajam ke arah Makcik Jamilah yang berada di sebelah Black itu.
Tak guna punya orang tua! Berani dia buka mulut! Siap kau nanti! Tahulah aku nak kerjakan kau macam mana.
Wajah bengis Elena yang memandang ke arahnya membuatkan Makcik Jamilah menunduk ke lantai.
Tatkala perbuatannya sudah pun terbongkar, Elena malas lagi berselindung.
Elena melihat ke arah Black sambil memeluk tubuh.
"Ok fine. Memang I buang. So what?" kata Elena tanpa rasa bersalah.
Black mengetap rahang. Ringan saja tangannya hendak melayang ke muka Elena. Mujur dia masih sedar yang berdiri di hadapannya ketika ini adalah seorang perempuan.
"Kenapa kau sanggup buat Kayla sampai macam ni sekali, Elena? Kau ingat, kau buat macam ni, Mikael tu boleh hidup balik ke? Jangan kata Mikael, aku rasa, arwah mak kau pun takkan tenang di alam sana kalau perangai kau teruk macam ni!"
Makcik Jamilah semakin bimbang pergaduhan Black dan Elena itu semakin teruk.
"Black.. Dahlah tu.. Ada baiknya kamu pergi hospital sekarang. Pergi tengok keadaan Cik Kayla" tutur Makcik Jamilah perlahan di sisi Black.
Elena tergelak sinis mendengar ayat Makcik Jamilah itu.
"Makcik, Makcik tak payahlah nak suruh dia ni pergi tengok Kayla. Kalau betul dia risaukan Kayla, dia tak akan masih ada kat sini" Elena bersuara.
"Elena, kau jangan.."
"I kesian betullah kat Kayla tu. Dulu, dia jatuh cinta dengan Kashaf, then, lelaki tu hilang entah ke mana. And now, dia jatuh cinta pula kat lelaki yang.."
"Dahlah, Elena. Kau tak payah banyak bunyilah. Sekurang-kurangnya, hati aku tak busuk macam kau!"
"Habis tu? You nak I jadi hipokrit macam you?"
Black terdiam seketika. Tangannya sudah menggumpal penumbuk. Mukanya juga sudah berubah merah.
Senyuman sinis Elena menambahkan lagi kemarahan Black.
"I takkan jadi macam you, Black. Yang hari ni boleh sayangkan Kayla tapi di hari lain, perasaan sayang you pada Kayla berubah jadi benci. I am Elena Azureen. Sekali I benci, sampai mati I benci"
Sebagai orang yang sudah lama bersama keluarga itu, luluh hati Makcik Jamilah mendengar kata-kata Elena. Dia tidak menyangka, sampai begini sekali Elena bencikan Kayla.
"Kakak jenis apa kau ni, Elena? Apa yang kau dapat ha kalau buat semua ni pada Kayla? Kau sedar tak Kayla tu siapa? Kayla tu adik kau! Darah daging kau sendiri!"
"She's not!! Dia bukan adik aku! Dia bukan darah daging aku! Aku tak ada adik yang pembawa malang macam dia!"
"Mikael dan mak kau meninggal, bukan sebab Kayla. Tapi itu takdir. Kau kena tahu tu, Elena!"
"Diam,.."
"Elena, tak akan ada yang berubah kalau kau terus-menerus buat Kayla macam ni"
"Kau diam!"
"Dahlah tu, Elena. Buanglah sifat benci dalam diri kau. Selagi rasa benci tu ada, selagi itulah kau tak akan dapat terima hakikat yang Mikael dan mak kau dah tak ada"
"I said, shut up!" rasa amarah Elena meledak sehinggakan dia menampar pipi Black dengan begitu kuat.
Makcik Jamilah menekup mulutnya. Sungguh dia terkejut apabila Black ditampar oleh Elena. Kelihatan pipi Black mula kemerahan kerana terkena cincin yang dipakai Elena.
Black menjadi terkedu. Pipinya menjadi kebas dan pedih.
Tidak mahu lagi terus begitu, Makcik Jamilah lantas membawa Black pergi dari situ.
_______________________
Eddie, Ammar dan Wafa memerhatikan saja doktor wanita yang berambut panjang paras bahu itu menyelimuti Kayla usai membuat pemeriksaan. Doktor itu kemudian meletakkan tapak tangannya di dahi Kayla lalu dia tersenyum nipis. Dari cara doktor wanita itu merawat Kayla, terserlah akan sifat penyayang beliau. Seolah-olah sedang merawat keluarganya sendiri.
"Alhamdulillah. Demam dia dah surut. Tekanan darah Kayla juga sudah kembali normal" ujar doktor itu.
Ketiga-tiga mereka menghela nafas serentak. Lega rasanya apabila mendengar kata doktor itu.
"Awak semua jangan risau. Kayla cuma mengalami 'neurally mediated' iaitu jenis pengsan yang biasa saja. Kayla juga mengalami hipotensi ortostatik disebabkan kandungan badannya yang kehilangan banyak air oleh kerana demam yang dia alami" jelas doktor itu lagi.
Semasa doktor itu memberi penerangan, hanya Eddie dan Ammar saja yang memberi perhatian.
Wafa yang berada di sisi katil Kayla itu pula hanya mendengar sipi-sipi saja. Separuh sel-sel otaknya sedang berusaha untuk mengingat semula siapakah wanita yang berada di hadapannya ketika ini.
"Korang dah bagitahu Uncle Zaim ke pasal Kayla ni?" tanya doktor itu.
Sekali lagi mereka bertiga tersentak seketika apabila doktor itu mengenali pula Tan Sri Zaim.
"Tan Sri Zaim tak ada kat sini. Dia ada kat KL" jawab Eddie.
"Oh. So, Kayla tinggal dengan siapa kat rumah? Elena?"
"Ya dan.."
"Patutlah Kayla jadi sampai macam ni sekali" doktor itu mencelah. Dia tergelak sinis.
"Excuse me. Tapi, awak ni siapa ya?" Eddie tidak mampu lagi menahan rasa penasarannya.
Doktor wanita yang mempunyai lesung pipit itu hanya tersenyum kecil saja tanpa menjawab persoalan Eddie itu.
"Kayla kena stay kat hospital for a few days. Lepas ni, saya akan pindahkan Kayla ke wad VIP dan saya sendiri yang akan merawat Kayla sampailah dia sembuh. Saya minta diri dulu" kata doktor itu lalu dia pun beredar dari situ.
Eddie dan Ammar terpinga-pinga apabila mereka ditinggalkan begitu saja. Tapi apa-apapun, identiti doktor itu menjadi perkara nombor dua. Apa yang penting, keadaan Kayla mula membaik.
_______________________
Berkerut-kerut wajah Makcik Jamilah mencuci 'calar' di tulang pipi Black. Dia pula yang merasa sakitnya. Sementara Black pula hanya membisu seperti patung tanpa sebarang reaksi.
"Makcik minta maaf, Black. Gara-gara Makcik, tak pasal-pasal Elena lempang kamu. Luka pipi kamu jadinya" ujar Makcik Jamilah dengan rasa bersalah.
Black tergelak sekilas.
"Sikit je ni, Makcik. Saya lagi sakit tau kalau Makcik tak bagitahu hal yang sebenar" jawab Black.
Makcik Jamilah hanya mengeluh halus. Dia kemudiannya menampal plaster kecil di tulang pipi Black yang mengalami luka kerana terkena cincin Elena tadi.
"Black, Makcik nak tanya sikit, boleh?"
"Apa dia, Makcik?"
"Kenapa kamu tak ikut sekali hantar Kayla ke hospital? Kamu tak risaukan Kayla ke?"
Black diam sejenak. Perlahan-lahan dia menyandar di kerusi.
Melihat respon Black itu, Makcik Jamilah terus dapat membaca akan apa yang bermain di fikirannya. Namun dia tidak mahu membuatkan Black semakin runsing berfikir.
"Tak apalah. Kalau kamu nak duduk sini je, tak apa. Makcik tak paksa" Makcik Jamilah mula bangkit dari tempat duduknya.
"Makcik,.." Black kembali bersuara.
"Ya?"
"Errm.. Tadi.. Keadaan Kayla teruk ke?"
Makcik Jamilah mengukir senyum nipis apabila Black bertanya pasal Kayla.
"Risau juga kamu rupanya pasal Kayla" kata Makcik Jamilah.
Black hanya diam saja.
____________________
"Babe!!"
Wafa terus bangkit mendapatkan Kayla yang sudah menyedarkan diri itu.
"Ya Allah, syukurlah! Kau dah sedar" Wafa terus memeluk kawan baiknya itu. Lega yang amat bila akhirnya Kayla telah membuka mata.
Kayla yang baru sedar itu terpinga seketika. Dilihatnya sekeliling. Pandangannya masih kabur. Namun, dia tahu Wafa ada di situ bersamanya.
"Wafa.. Aku kat mana ni?"
Wafa mencebikkan bibirnya. "Tak payahlah nak tanya soalan drama TV3 kat sini. Dah tentu-tentulah kau kat hospital sekarang ni" jawab Wafa selamba.
"Hospital?"
"Weh! Kau tahu tak? Kau pengsan kat rumah tadi! Kau ni kan ish! Asal kau berkurung dalam bilik ha? Tak makan tak minum pulak tu. Kau dah kenapa? Buang tabiat ke apa?" Wafa mula mengomel geram. Masa Kayla tak sedarkan diri tadi, bukan main lagi dia risau.
Kayla mengeluh panjang. Dia kemudiannya cuba untuk duduk. Wafa segera membantu. Bantal dijadikan perantaraan antara belakang Kayla dan kepala katil.
Setelah itu, Wafa duduk di atas katil bersama-sama Kayla.
"Babe,.. Kau kenapa ni? Kau tak pernah macam ni sebelum ni" tanya Wafa. Kali ini dia berlembut pula.
"Tak ada apalah. Aku cuma rasa tak sedap badan. Tu yang aku berkurung dalam bilik" ujar Kayla sambil dia mengenggam erat tangan Wafa.
Kayla terpaksa bercakap bohong. Dia tidak mahu membuat Wafa bertambah risau. Sudahlah kawannya tu mengandung.
"Yeke ni? Ke.. Ada sebab lain. Baik kau bagitahu aku" Wafa mengecilkan matanya melihat Kayla.
Kayla tergelak pendek. "Tak ada apalah. Eh, kau datang sorang je ke? Ammar mana?" Kayla mengubah topik sebelum Wafa terus mengorek cerita.
"Ada. Ammar dengan Eddie pergi cafe jap, makan. Kitaorang berganti tengok-tengokkan kau" jawab Wafa.
"Ammar dengan Eddie?"
"Ha'ah"
"Eddie je?" tanya Kayla. Dia seolah-olah berharap akan ada satu lagi nama disebut oleh Wafa.
"Yelah. Eddie je. Kau tahu tak? Kau pengsan betul-betul depan Eddie tadi"
"Yeke?!"
"Ya. Eddie juga yang angkat kau pergi dalam kereta"
"Ha?! Eddie angkat aku?! Aduhh malunya!!" Kayla menekup seluruh wajahnya. Eeee malu! Aku dahlah berat!
Ceh, bila dengan Black, mengaku ringan. Dengan Eddie, mengaku berat pulak.
"Eh Kay. Aku peliklah. Masa kau pengsan kat rumah tadi, kitaorang semua kelam-kabut. Tapi.. Black pula hilang entah ke mana" kata Wafa sambil dia mengusap-usap dagunya.
Kayla terus murung apabila Wafa berkata begitu.
"Maksud kau,.. Black tak ada masa aku pengsan kat rumah tadi?" soal Kayla yang mula berasa kecewa itu.
"Ha'ah. Dia tak ada. Yang ada cuma aku, Ammar, Eddie dengan Makcik Jamilah je" beritahu Wafa.
Walaupun sakit mendengar namun Kayla menggagahkan juga diri untuk terus memasang telinganya.
"Dan yang lagi aku pelik. Masa kitaorang dah nak gerak ke hospital, dia ada sama tapi.."
"Tapi?" Kayla berdebar menunggu Wafa menyambung ayatnya.
"Tapi.. Dia cuma tengok je dari jauh. Masa Ammar panggil, dia tak datang"
Luluh hati Kayla saat ini. Dia cuma menahan tangis di depan Wafa.
Black.. Sampai hati awak. Bukan ke awak yang sepatutnya ada dengan saya masa saya sakit macam ni?
_______________________
Kayla hanya memerhatikan saja Eddie yang sedang memotongkan buah epal untuknya itu.
"Eddie, saya okeylah. Biarlah saya buat sendiri" kata Kayla. Segan pula dia dibuatnya.
Eddie ketawa kecil.
"Asal? Kau nampak aku ni macam tak reti potong buah ke?" tanyanya.
"Ish, awak ni. Ke situ pulak. Bukan itu maksud saya. Tapi.. Hari ni.. Saya dah banyak susahkan awak. Wafa bagitahu saya tadi yang... Awak angkat saya.. Sorry tau. Mesti tangan awak sakit kan?" malu betul rasanya Kayla ketika ini.
Eddie tergelak lagi. Dia menggeleng kepala perlahan.
"Kayla.. Kayla.. Dahlah. Kau jangan nak merepek" katanya.
Eddie kemudian membawakan piring yang berisi epal itu kepada Kayla lalu dia melabuhkan punggung di kerusi yang berada di tepi katil.
"Thank you, Eddie" ucap Kayla. Rasa segan terhadap Eddie masih bersisa.
"You're welcome. So, sekarang kau rasa macam mana?" tanya Eddie.
"Alhamdulillah. Dah ok sikit. Saya minta maaf tau sebab dah susahkan awak"
"Tak susah pun. Ini dah memang tanggungjawab aku. Aku dah diamanahkan oleh Tuan untuk jaga kau"
Kayla hanya tersenyum kekok. Eddie betul-betul melayannya dengan begitu baik sekali.
"Tak nak tanya ke?" Eddie kembali bersuara.
Kayla berpaling ke arah Eddie dengan riak wajah hairan.
"Tanya? Tanya apa?"
"Pasal Black. Kau tak nak tanya kenapa dia tak ada kat sini?"
Kayla mengeluh kecil. Hirisan biji epal yang ketiga itu dia letak semula ke piring.
"Dah dia tak nak datang. Buat apa saya nak tanya lagi?" kata Kayla dengan senyuman tawar.
Mendengar Kayla berkata begitu, Eddie tidak lagi mahu mengulas panjang pasal topik itu.
"Eddie,.." Kayla kembali bersuara.
"Ya?"
"Errmm.. Saya ada benda nak minta tolong kat awak. Boleh tak?"
"Minta tolong apa?"
Kayla diam seketika. Dia menggerakkan badannya menghadap Eddie.
Eddie mula menjadi penasaran. Nampak macam series je Kayla ni.
"Ermm.. Nanti.. Kalau awak balik rumah, awak masuk bilik saya ya"
Eddie terkedu sejenak.
"Masuk bilik kau? Buat apa?" tanyanya.
Kayla mengeluh halus. Dia mengambil masa sekejap untuk meneruskan ayatnya.
"Kat dalam bilik saya tu, ada jaket dan.." Kayla mengetap bibirnya. Haish! Tak boleh macam ni. Aku kena bagitahu jugak. Aku kena pulangkan semua barang-barang kepunyaan Black.
"Kat dalam bilik saya tu ada jaket dan jam tangan Black"
"Jam tangan?!"
Kayla memejam matanya seraya mengangguk kecil.
"Lahh! Jadi, selama ni, jam tangan Black ada dengan kau?!" tanya Eddie. Terkejut besar dia dibuatnya.
Dengan muka sepuluh sennya, Kayla mengangguk.
"Tapi.. Macam mana jam tangan Black tu ada dengan kau?"
Kayla hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Itu awak tak perlu tahulah. Yang penting, saya nak minta tolong awak. Kalau awak balik nanti, awak masuk bilik saya, awak ambil jaket dan jam tangan Black. Lepas tu.. Awak bagi balik kat dia"
"Kenapa kau nak bagi balik barang-barang Black tu?"
Kayla terus diam membisu. Raut wajah Kayla menunjukan rasa pasrahnya. Well, buat apa lagi aku nak simpan semua tu? Maksud aku, tengok je lah sekarang ni. Aku dah terlantar kat hospital ni pun, dia tak ada nak jenguk.
"Kayla?" tiba-tiba, seorang wanita diikuti lelaki separuh umur memasuki ruangan wad Kayla.
"Aunty Suhana! Uncle Noor!" Kayla terkejut apabila dikunjungi oleh kedua-dua orang tua Mikael itu.
Datin Suhana terus memeluk Kayla dengan erat. Dikucup kedua belah pipi Kayla dengan berkali-kali.
"Ya Allah, Kayla! Kayla ok tak ni? Apa dah jadi ni, Kayla?" risau betul Datin Suhana dibuatnya.
"Kayla,.. Kenapa boleh jadi macam ni? Kayla kenapa? Kayla ok tak?" tanya Datuk Noor pula.
Kayla ketawa manja. Dipeluknya pinggang Datin Suhana.
"Aunty.. Uncle.. Kay okeyla. Kay demam biasa je" kata Kayla.
"Heihh.. Syukurlahhh tak ada apa-apa yang series. Aunty risau, tahu tak?"
"Sorry sebab buat Aunty risau.." Kayla menjuihkan bibirnya.
Datin Suhana mengusap-usap wajah Kayla. Senang hatinya apabila melihat keadaan Kayla yang sudah pulih itu.
Seketika, Kayla baru tersedar.
"Wait. Macam mana Aunty dengan Uncle tahu yang Kay ada kat sini?" tanyanya hairan.
Datin Suhana dan Datuk Noor hanya tersenyum-senyum.
Sebenarnya, Eddie juga tertanya akan soalan yang sama dengan Kayla itu.
_________________________
Usai dia solat Maghrib, Black termenung seketika di atas sejadah. Kedengaran dia mengeluh halus.
Black kemudian mencapai telefonnya yang berada di atas tilam. Masih tiada khabar berita pasal Kayla dari Eddie.
"Mana Eddie ni? Kenapa dia tak update aku pasal Kayla?" tanya Black sendiri.
"Boleh tahan juga ego kau ni" suara Eddie tiba-tiba menerpa dari belakang.
Laju saja Black meletakkan semula telefonnya di atas tilam.
Eddie tergelak pendek sambil menggeleng perlahan.
"Nah" Eddie menghulurkan jaket hitam dan juga..
"Ini.." Black tergamam seketika apabila melihat jam tangannya yang selama ini dia cari merata tempat.
"Ha'ah. Rupa-rupanya selama ni, jam kau ada dengan Kayla" kata Eddie.
Black diam sekejap. Jaket miliknya itu dia usap dengan rasa sayu.
"Alaahh awak ni. Chill, boleh tak? Tak akan hilang pun lah jaket awak tu kat bilik saya"
"Bukan pasal hilang tak hilang. Masalahnya, tu jaket aku"
"Bagi je lah kat saya"
Black teringat pula akan perbualannya bersama Kayla tempoh hari. Masa tu, bukan main lagi Kayla beriya-iya mahu menyimpan jaketnya itu. Tapi sekarang, Kayla pulangkan semula kepadanya.
"Black,.."
Bila dipanggil oleh Eddie, dia pun melihat ke arahnya.
"Asal tu?" tanya Eddie sambil menunjukkan tulang pipinya.
Black mengeluh kecil. Dipegang sekilas tulang pipinya yang dibalut plaster kecil.
"Kau nak tahu benda paling teruk dari ni?" Black membalas soalan Eddie dengan soalan.
"Apa dia?"
"Elena"
"Elena? Kenapa dengan Elena?"
"Masa kau kat hospital tadi, Makcik Jamilah bagitau aku yang Makcik Jemaimah ternampak Elena buang makanan yang kau letak kat depan bilik Kayla pagi tadi" ujar Black.
"Apa?!" Eddie sampaikan terbangun dari kerusi.
Tika ini, Eddie teringat kejadian pagi tadi itu. Di mana, Makcik Jamilah hanya diam menikus saja bila dia bertanya pasal makanan yang dia letak di depan pintu Kayla. Patutlah Makcik Jamilah asyik melirik ke arah bilik Elena.
"Elena ni melampau betullah!"
"Eh Eddie. Kau nak pergi mana?"
Black terus menahan Eddie yang hendak keluar dari bilik itu.
"Aku nak jumpa Elena! Dia tu dah melampau! Dia tu dah gila ke?! Dia sedar tak apa dia dah buat?!" Eddie mula bengang.
"Eddie, rileks. Dah, kau tak payah nak pergi serang dia. Aku dah cakap dengan dia tadi" jelas Black.
Eddie melihat ke arah tulang pipi Black yang tercedera itu.
"Jadi, pipi kau jadi macam ni sebab dia lah? Dia lempang kau ke?" tanya Eddie seraya mencekak pinggang melihat Black.
"Kira ok lah ni dia lempang aku. Daripada aku yang lempang dia. Mulut dia tu celupar betullah. Aku hampir hilang sabar dengan dia tadi" kata Black.
Eddie mendengus geram. Mendengar itu saja sudah membuatkannya sakit hati sekali.
"Eddie.." Black memanggil Eddie dengan suaranya yang sayup-sayup.
Eddie berpaling ke arah Black.
"Macam mana dengan Kayla?"
Eddie ketawa mengejek. Dia menepuk-nepuk bahu Black. Dia sudah agak. Mana mungkin Black akan membiarkan Kayla begitu saja.
_______________________
Walaupun dia masih marah akan Elena tentang apa yang telah dilakukannya terhadap Kayla namun Eddie tidak mahu melayan perasaannya itu.
Elena yang berada di ruang tamu itu hanya mengerling tajam ke arah Eddie yang lalu di hadapannya.
Elena menjulingkan bebola matanya. Nampaknya, Eddie sudah tahu tentang kelakuan liciknya pagi tadi.
Elena menanti Eddie keluar dari dapur.
"I nak minum" ujar Elena setelah Eddie muncul. Dia mahu Eddie mengambilkan air untuknya. Namum, Eddie hanya lalu di hadapannya dengan selamba saja.
"Cik El nak minum apa?" kebetulan Makcik Jamilah berada di situ.
Elena merengus. "I tak cakap dengan Makcik Jamilah lah"
Elena kemudian mengejar langkah Eddie. Dia berang bila Eddie tidak mengendahkannya.
"Eddie!"
"Dahlah, Elena. Aku malas nak gaduh dengan kau" ujar Eddie yang langsung tidak menoleh ke arah Elena.
Dengan rasa marah, Elena menahan Eddie. Pergelangan tangan lelaki itu direntap kuat lalu dia memusingkan badan Eddie menghadap ke arahnya.
"Apa masalah kau ni, Elena?!"
"Don't turn your back on me when I am talking to you!" jerkah Elena.
"Eh, kau tak penat ke asyik nak bertekak je 24 jam? Tak cukup dengan bapa kau, dengan Kayla, dengan Black, dengan aku. Kau ni cuma tahu nak bertekak je ke?!"
Tangan Elena mula naik ke udara hendak menampar Eddie.
"Lagi? Kau nak tampar aku lagi?!" bentak Eddie.
Seraya itu, Elena pun membatalkan niatnya itu. Tangannya yang di udara mengenggam penumbuk.
"Tamparlah! Tamparlah aku kalau itu boleh puaskan hati kau!"
Elena memandang Eddie dengan mengetap rahangnya.
"Kau tunggu apa lagi?! Tamparlahh! Sepak aku! Kau buatlah apa kau nak buat kat aku!" suara Eddie semakin meruncing.
"You jangan cabar I, Eddie"
"Yes, I am! Aku memang cabar kau!"
"Eh you ni kenapa ha?! You jadi macam ni disebabkan si Kayla tu ke?!"
"Ini tak ada kena mengena dengan Kaylalah, Elena. Ini semua pasal kau. Ini semua pasal hati kau yang busuk! Ini semua pasal sikap kau yang biadab! Ini semua pasal kau yang langsung tak ada hati perut!"
Elena sampaikan tergamam tatkala Eddie menengkingnya sebegitu.
"Aku baru nak mula untuk faham kau, Elena" Eddie kembali bersuara. Namun kali ini suaranya tidak lagi sekeras tadi.
Elena masih membungkam di hadapan Eddie.
"Aku tahu kau perlukan seseorang di sisi kau. Mulut kau je cakap yang kau tak kisah kalau kau bersendirian tapi aku tahu kau sunyi. Aku baru nak cuba untuk selami hati dan perasaan kau sebab aku tahu aku mampu untuk ubah kau" kata Eddie lagi.
Kedengaran Eddie mengeluh halus. Dipandangnya Elena dengan pandangan redup.
"Tapi ternyata aku silap. Aku.."
"Memang you silap" Elena mencelah. "You silap sebab you fikir you boleh ubah I, Eddie" katanya sinis.
"Elena,.."
"I mati hidup balik pun, tak ada sesiapa yang boleh ubah siapa I. Yes, you betul. I berhati busuk. I biadab. I tak ada hati perut. Tapi kalaulah.. kalaulah.. you berusaha sikit lagi untuk selami hati dan perasaan I, you akan tahu kenapa I jadi macam ni" ujar Elena.
Kali ini, giliran Eddie pula yang membisu.
"Mulai dari hari ini, you tak payah susah-susah lagi untuk berusaha nak faham I, nak selami hati dan perasaan I sebab you tak akan berjaya. Jangan sampai I bencikan you, Eddie" sambung Elena lagi.
Setelah itu, Elena pun beredar dari situ meninggalkan Eddie.
Eddie merengus perlahan. Rasa bengang semakin membuak-buak.
This is Elena. Sama ada orang berkeras dengan dia atau berlembut dengan dia, dia tetap dengan sikap keras kepalanya itu. Langsung tidak mahu mendengar cakap orang. Asyik mahu dia saja yang menang.
Eddie malas mahu terus mengusutkan fikirannya pasal Elena lagi. Dia pun kembali ke tempat berjaganya di laman belakang.
Setibanya dia di laman belakang rumah, Eddie pelik apabila melihat Adli ada di situ dan bukannya Black.
"Adli? Asal kau pula ada kat sini? Black mana?" tanya Eddie.
"Oh, ha'ah. Black dah keluar" jawab Adli.
"Keluar? Dia keluar pergi mana?"
Adli menjongketkan kedua bahunya.
________________________
Black mengukir senyuman kecil sambil memerhatikan Kayla yang sudah lena tidur itu.
Novel yang berada di atas perut Kayla itu dia ambil dengan perlahan agar tidak membuatkan Kayla terjaga.
Black tergelak sendiri. Kayla, Kayla.. Tak lekang daripada novel. Ni novel siapa pula yang dia kebas ni? Sempat lagi dia baca novel masa kat hospital ni. Novel itu Black simpan di atas meja kecil yang berada di tepi katil.
Black kemudian melabuhkan punggung di kerusi. Ditatap sejenak wajah Kayla yang tidur itu.
Semakin lama dia menatap wajah Kayla, dia semakin dihambat perasaan bersalah.
"Aku minta maaf, Kayla" tutur Black sayu.
Black betul-betul berasa bersalah saat ini. Kalau boleh, dia mahu membangunkan Kayla dan meminta maaf kepadanya serta-merta.
Namun dalam masa yang sama, Black masih teringat akan cerita Elena.
Betulkah apa yang dikatakan oleh Elena malam itu? Betulkah Kaylalah punca sebenar Mikael meninggal?
Perlulah aku beranggapan perkara yang sama dengan Elena dalam hal ini?
Tapi, bukankah tidak adil kalau aku terus mempercayai Elena bulat-bulat?
"Black,.."
Black tersentak apabila tiba-tiba namanya meniti di bibir Kayla yang sedang tidur.
Black sepertinya tidak percaya dengan apa saja yang baru didengarinya. Selama ini, Kayla hanya menyebut nama Kashaf semasa tidur.
"Black,.." suara Kayla kedengaran sebak.
Melihat kelopak mata Kayla yang mula basah, Black terus mencapai tangan Kayla. Digenggam erat. Erat sekali.
"Aku ada kat sini. Aku takkan tinggalkan kau" ujar Black.
Setelah itu, barulah Kayla berhenti dari meracau nama Black.
ada lg yg rindu story ni tak? :'(
Share this novel