Black membaringkan kepala Kayla perlahan-lahan di bantal sofa. Setelah itu, dia membuka jaket miliknya untuk menyelimuti tubuh Kayla yang sudah tidur nyenyak itu.
Sewaktu Black hendak beredar pergi, dia terhenti seketika. Entah kenapa dia tiba-tiba berhenti pula.
Black kemudiannya melabuh punggung di sisi Kayla. Dia duduk di lantai sambil bersandar di meja.
Wajah Kayla yang sedang lena itu ditatap oleh Black dengan segaris senyuman nipis.
Kenapa kau begitu risaukan pasal aku, Kayla? Apa yang merasuk kau sampai kau buat kerja gila hari ni? Kau tahu kat luar tu bahaya. Kenapa kau sanggup...
"Kashaf,.."
Black lantas tersentak apabila mendengar Kayla menyebut nama Kashaf dalam tidurnya.
"Kashaf,.." sekali lagi nama Kashaf meniti di bibir Kayla.
Black tergelak sendiri apabila tiba-tiba nama Kashaf terpacul keluar dari mulut Kayla. Walau sedang tidur, Kayla tetap teringat akan Kashaf. Jelas, perasaan Kayla terhadap Kashaf belum pudar.
Black meraup wajahnya sekali sebelum dia mengeluh panjang. Dia pun kemudiannya beredar dari situ. Kali ini dia tidak lagi berhenti. Malah dia pergi tanpa menoleh lagi melihat ke arah Kayla.
________________________
Setelah memakai tali leher, Tan Sri Zaim menyarungkan pula kotnya lalu dikemaskan sedikit rambutnya.
Tan Sri Zaim menilik sejenak penampilannya di pantulan cermin. Selepas itu, dia berpaling pula ke arah sebingkai gambar yang terletak di atas mejanya itu.
Gambar wajah arwah Puan Sri Dahlia dilihatnya sambil tersenyum kecil.
"Good morning, sayang. Abang pergi kerja dulu ya. Sayang tolong tengok-tengokkan anak-anak kita kat rumah ni, okey?" itulah rutin hariannya sebelum bertolak ke kerja.
Tan Sri Zaim pun keluar dari biliknya.
"Ya Allah, budak sorang ni. Kenapa dia tidur kat situ?" Tan Sri Zaim terus mengomel apabila ternampak anak daranya yang sedang tidur di sofa ruang tamu.
Tan Sri Zaim menuruni anak tangga lalu menapak ke arah Kayla.
"Aik? Ni jaket siapa pula ni?" jaket milik Black dia alihkan ke tepi.
Kebetulan Black melalui di kawasan situ untuk mengambil semula jaketnya. Namun melihat Tan Sri Zaim turut ada di situ, dia terus bersembunyi di sebalik dinding.
Uish, masak aku! Macam mana aku nak ambil jaket aku? Aduhh!
"Kay,.. Kay. Bangun. Ya Allah.. Kenapa Kay tidur kat sini, ha? Kenapa tak tidur kat bilik?" Tan Sri Zaim menggoncang lembut tubuh Kayla.
"Kay, bangun.. Bangun.. Sakit badanlah tidur kat sini. Ni, jaket siapa ni?" tanya Tan Sri Zaim. Jaket milik Black berada di tangannya.
Black yang berada di sebalik dinding itu menjadi cuak. Dia masih lagi kekal di tempat persembunyiannya.
"Jaket?" Kayla yang mamai itu melihat ke arah jaket yang dipegang oleh Tan Sri Zaim.
"Ni haaa.. Jaket siapa ni? Ni jaket lelaki kan. Kenapa,.."
"It's mine! Daddy nak pergi kerja dah ke? Hati-hati tau! Bye! Love you!"
Sepantas kilat, Kayla mengambil jaket itu. Dia bersalaman dengan Tan Sri Zaim lalu memecut laju masuk ke biliknya.
"Kayla Nasuha! I know the jacket is not yours! Jaket siapa tu?!" laung Tan Sri Zaim dari belakang.
"Ni Kay punyalah!" balas Kayla yang langsung tidak menoleh ke arah Tan Sri Zaim.
Tan Sri Zaim menggeleng perlahan. Ish, budak satu ni. Jaket tu dah sah sah jaket lelaki.
Melihat Tan Sri Zaim hendak berlalu pergi dan menuju ke arahnya, Black terus bergegas pergi dari situ. Sama je pecutannya macam Kayla tadi. Hahahahahaha!
____________________
Usai mandi, Kayla menggulung rambutnya dengan tuala kemudian melabuh punggungnya di sofa sambil bersila dan menongkat dagu di atas pehanya.
Kayla memerhatikan jaket kulit hitam yang tergantung di muka pintu almari sambil tersenyum-senyum sendiri. Tak usah ditanya jaket ni milik siapa. Dah tentu tentu jaket ni Black yang punya.
So, tadi aku tidur kat sofa. Maknanya, dia ke yang angkat aku semalam? Jaket ni pun, dia ke yang sarung kat aku semalam? Hmm.. Sayang juga dia kat aku. Eh, kalau macam tu, sayang ke?
Sedang dia berangan-angan, telefon bimbitnya berdering.
Kayla berdecit. Ish kacaulah! Orang tengah feeling ni! Masa ni jugaklah dia nak call!
Eh, Wafa lah! Apabila ternampak nama Wafa di skrin, laju saja Kayla menjawab panggilan itu.
"Good morning babe!" ucap Kayla dengan girang sekali.
"Amboi,...! Bukan main happy lagi kau ni" pelik pula Wafa dibuatnya.
Kayla ketawa kecil. "Happylah. Black dah balik tau" bagitahunya.
"Yeke?! Alhamdulillah. Kan aku dah cakap, dia mesti balik punya" kata Wafa.
Kayla hanya ketawa saja. Teringat pula dia kejadian semalam. Bukan main risau lagi dia pasal Black. Macam orang tengah bercinta pula.
"So, malam ni kau datanglah kan?" tanya Wafa.
"Of courselah aku datang!"
"Okey, that's good. Tapi.. Aku ada benda nak bagitahu kau ni"
"Hm? Bagitahu apa?"
"Malam ni,.."
"Wehhh, Wafa! Aku lupalah! Aku belum bagitahu Black. Aku nak ajak dia malam ni dinner kat rumah kau" Kayla menepuk dahinya.
"Err.. Ohh.. Alahh, nanti kau bagitahu dialah. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni"
"Eh, tak boleh. Aku kena bagitahu dia sekarang juga. Nanti aku call kau balik, okey? Bye babe!"
"Kayla,..!"
Tuttt. Talian terus dimatikan oleh Kayla.
Kayla kemudiannya menapak ke arah balkoni biliknya untuk melihat kalau-kalau Black ada di kawasan halaman rumah.
Gotchhaaaa! Sekejap saja mata Kayla menangkap kelibat Black.
_____________________
"Ishhh dia ni! Aku tak habis cakap lagi!"Â
"Amboi. Marah sangat nampaknya mama to be ni" sampuk Ammar yang baru saja masuk ke dalam kereta itu.
"Kawan awak tu lah. Saya belum habis cakap lagi, dia dah off phone" kata Wafa dengan bibirnya yang sudah muncung ke depan itu.
"Kawan saya? Eh, awak cakap dengan Kashaf ke tadi?" sengaja lagi Ammar bergurau.
Wafa merengus geram. "Awak ni! Saya serieslahhhh" Wafa memukul manja lengan Ammar.
"Yelahh yelahh. Kenapa ni? Siapa buat isteri saya yang cantik marah pagi pagi macam ni, ha?"
"Kayla lah"
"Kayla? Kenapa dengan dia?"
"Heish. Saya nak bagitahu dia yang malam ni Fahrin datang sekali. Kalau saya tak bagitahu kang, nanti haa. Faham-fahamlah"
Wafa mulai buntuh. Masa berbelanja barang untuk nak masak malam nanti, boleh pula terserempak dengan Fahrin. Kebetulan, Ammar pula sedang menolak troli ke dalam kereta. Fahrin ternampak barang-barang kat troli.
Ha jadi, apa lagi? Supaya Fahrin tak berkecil hati, Ammar pun jemput Fahrin datang sekali malam ni. Katanya, reunion. Yelah tu reunion. Kalau reunion, Kashaf patut ada sekali.
"Kalau Kayla tahu Fahrin ada sekali malam ni, silap-silap, meletup rumah kita tu" Wafa mula terbayang akan macam mana Kayla akan mengamuk nanti kalau bersua dengan Fahrin.
Tawa Ammar tercetus. Tinggi betul imaginasi bini aku ni.
"Ohhh, pasal tu rupanya. Kayla masih marah lagi ke pasal yang kes kat dewan sekolah dulu tu?" tanya Ammar.
"Gila tak marah? Fahrin announce kat satu dewan kot yang Kayla mengandung anak Kashaf. Pastu, dia boleh cakap pula, Kashaf lesap tiba-tiba sebab tak nak bertanggungjawab. Ikutkan hati saya ni, saya pun masih marahlah kat Fahrin tu" Wafa mula membebel. Sakit hatinya apabila teringatkan semula kejadian itu.
"Nasib baik dia handsome" gumam Wafa selepas beberapa saat dia membebel pasal Fahrin.
"Apa awak cakap?" Ammar menjegilkan matanya.
"Err.. Tak ada apa.. Hehe" Wafa tersengih-sengih dengan riak wajahnya yang innocent.
_____________________
Kayla berjalan dengan senyuman lebarnya ke arah Black yang sedang berjaga berdekatan dengan pagar rumah.
"Hai,..!" seperti biasa, Kayla menyapa Black dengan mesranya.
Namun, seperti biasa juga, Black membalas sapaan Kayla itu tanpa berjawab dengan pandangan kosong.
Oleh kerana sudah biasa seperti itu, Kayla pun tidak kisah. Dia kemudiannya mengambil tempat di kerusi yang kosong yang berada di depan Black.
"Sorry tau sebab awak terpaksa angkat saya semalam ke sofa. Nasib baik saya ringan, kan?"
Black tergelak sinis. "Ringan apanya? Aku rasa sofa tu lagi ringan dari kau" perlinya.
"Awak ni! Saya 50 kilo je tau!" kata Kayla dengan nada geram. Ditekan perkataan 50 kilo tu.
"Haish, apa-apa je lah. Jaket aku mana?" Black mengubah topik.
"Oh, jaket awak? Ada kat bilik saya"
"Kat bilik kau? Habis tu, kau datang sini buat apa?" tanya Black. Dia fikirkan, Kayla datang ke situ untuk memberikan jaketnya semula.
"Alaahh awak ni. Chill, boleh tak? Tak akan hilang pun lah jaket awak tu kat bilik saya" jawab Kayla. Padahal, dia berniat mahu menyimpan jaket milik Black itu.
"Bukan pasal hilang tak hilang. Masalahnya, tu jaket aku"
"Bagi je lah kat saya"
Black terdiam seketika apabila dengan selambanya Kayla berkata demikian.
Kayla hanya tersenyum-senyum melihat Black yang membuat muka ketat itu.
"Suka hati kaulah" Black malas hendak melayan karenah Kayla.
"Saya simpan eh. Awak jangan curi-curi masuk bilik saya pula malam nanti"
"Kau gila ke aku nak curi-curi masuk bilik kau? Walaupun kau ni menjengkelkan tapi aku still ada rasa hormat tentang perkara yang melibatkan privacy kau" jelas Black.
Kayla terkebil-kebil mendengar kata-kata Black itu. Teringat pula kejadian semalam, di mana dia sendiri sudah masuk ke dalam bilik Black.
Haish, buat malu je lah kau ni, Kayla! Nasib baik tak kantoi.
"By the way, actually saya jumpa awak ni sebab saya nak awak temankan saya pergi rumah Wafa malam ni" Kayla akhirnya mengutarakan tujuan sebenarnya datang berjumpa dengan Black.
"Buat apa pergi rumah Wafa?" tanya Black.
"Dia ada buat makan makan. Kita pergi ya?" Kayla membuat muka paling comelnya. Harap-haraplah, Black tak tolak pelawaan aku ni. Aku dah tebalkan muka ni ajak dia keluar. Sepatutnya lelaki yang ajak perempuan keluar. Ni tak, dah terbalik pula.
"Hm. Ok" ringkas saja jawapan Black.
"Ok? Betul ke ni?" walaupun ringkas bagai nak mamp** jawapan Black itu namun Kayla begitu teruja.
"Kau nak aku ubah fikiran ke?"
"Ehhh, jangan, jangan. Okey then. Kita jumpa malam nanti. Jam 8 tau. Jangan lambat. Kalau awak lambat, saya pergi sorang sorang. Biar Daddy marah awak. Padan muka. Uweerkkkk!" ugut Kayla sambil dia menjelirkan lidahnya. Setelah itu, dia pun beredar dari situ.
Black hanya menjulingkan matanya ke atas seraya menggeleng perlahan.
Semakin Kayla menjauh dari situ, Black tergelak kecil.
Kayla memang menjengkelkan. Tapi, kadang-kadang, dia juga mencuit hati lelaki Black.
_______________________
Jaket dan jam tangan milik Black diperhatikan sambil tersenyum meleret.
Ya Allah! Aku dah kenapa? Jaket dia aku nak. Jam tangan dia aku nak.
Haih.. Semua ni mengingatkan aku kepada Kashaf. Dulu, kalau boleh, semua barang-barang Kashaf aku nak. Aku ni memang clingy sikit orangnya. Tapi tu lah, aku clingy dengan orang yang aku sayang je.
Wait. What?
Aduhai, Kayla! Parah dah kau ni. Kau buat benda yang sama kau buat kat Kashaf dengan Black. Maksudnya, kau sayang Black sama macam kau sayang Kashaf ke? Maksudnya, Black dah gantikan Kashaf dalam hati kau?
Haihh..
Kayla kemudian menilik jam tangan Black yang dipakainya. Dia tersenyum lagi.
Namun, senyumannya mati apabila ternampak akan jarum jam menunjuk ke arah pukul 2.
Wehhh! Malam ni kan aku nak pergi rumah Wafa. Takkan aku datang lenggang kangkung je kot? Wafa tu tak lama lagi ada baby. Aku kena hadiahkan dia something!
Black.
Kayla bergegas ke balkoni miliknya lalu mencari kelibat Black.
"Black!" Kayla melaung nama Black.
Lelaki memakai kemeja berwarna hitam itu mendongak melihat ke arah Kayla.
"Jom keluar!" ajak Kayla.
"Pergi mana? Malam nanti nak keluar jugak"
"Adalah! Nak beli hadiah untuk Wafa. Kita keluar tau. Saya bersiap jap"
Setelah itu, Kayla pun masuk semula ke dalam biliknya untuk mengganti pakaian.
_____________________
Black pelik apabila Kayla membawanya ke baby store di Tateh. Dia melihat sekeliling. Beberapa pasangan suami isteri sedang shopping sama di situ. Black menjadi kekok pula.
Di sebelah sana, terdapat pasangan suami isteri dengan bayi mereka sedang memilih baju. Di satu sudut, terdapat pasangan di mana si isteri masih mengandung sedang memilih beberapa baby care bersama suaminya. Dan di sini pula, ha, dia dengan Kayla yang rasanya tak ada kaitan dengan kedai baby macam ni.
"Kayla, kau kata nak beli hadiah untuk Wafa. Kenapa kita ada kat baby store pula ni?" tanya Black secara berbisik.
"Memanglah. Tapi, maksud saya, saya nak beli hadiah untuk baby dia" jawab Kayla tanpa melihat ke arah Black di sisi.
"Baby? Wafa pregnant ke?" tanya Black lagi dengan nada teruja. Kelihatan dia juga tumpang gembira dengan berita itu.
Kayla tergelak kecil melihat reaksi Black itu.
"Ha'ahh. Awak tahu tak kenapa malam ni dia ajak dinner kat rumah dia?"
"Kenapa eh?" Black menjadi penasaran.
"Sebab dia mengidam"
"Mengidam? Maksud kau?"
"Wafa bagitahu saya yang tiba-tiba je dia rasa nak makan ramai-ramai. Ha, mengidamlah tu. Tak pernah pernah dia macam tu" kata Kayla diringi tawa.
Black turut ketawa sama. Ada juga eh jenis mengidam macam tu.
Setelah itu, Black yang tadinya hanya berdiri kaku membiarkan Kayla memilih hadiah untuk Wafa pun turut membantu Kayla.
Kayla tergelak pendek melihat tindakan refleks Black itu. Kalau tadi aku tak bagitahu Wafa pregnant, mesti dia berdiri macam patung je kat situ. Hmm.. Boleh tahan concern juga dia ni. Bila dah tahu Wafa rupanya mengandung, laju je dia tolong aku pilihkan hadiah.
Tanpa mereka sedari, tingkah laku mereka yang khusyuk memilih hadiah untuk future baby Wafa, mereka berdua kelihatan seperti pasangan suami isteri yang sedang membeli-belah untuk baby mereka sendiri.
Setelah selesai memilih hadiah untuk baby Wafa nanti, mereka berdua pun menapak ke kaunter.
Semasa Kayla hendak mengeluarkan dompetnya dari handbag, Black menahan.
"Tak apa. Aku bayarkan" ujarnya sambil tersenyum nipis.
Betapa berbunga-bunganya hati Kayla saat ini. Kenapa? Entahlah. Tapi, sumpah, that was so gentlemen!
Sedang mereka menapak ke arah kaunter, tiba-tiba, seorang budak perempuan berusia lingkungan 4 tahun sedang menangis berdekatan dengan mereka.
Black dan Kayla pun terus mendekati budak perempuan yang berikat tocang dua itu.
Kayla membongkok menghadap budak perempuan itu.
"Hey.. Adik.. Kenapa ni? Kenapa nangis?" tanya Kayla lembut.
"Mama... Papa..." budak itu menggosok-gosok matanya sambil menangis.
"Adik ni sesat kot,.." Black menduga.
Kayla juga memikirkan perkara yang sama. Dia berdiri tegak lalu melihat sekeliling. Mana tahu, kalau-kalau mama dan papa budak itu ada di kawasan situ.
Seketika Kayla berpaling semula ke arah budak itu, budak itu sudah pun berada di dukungan Black. Peliknya, budak-budak itu sedang memegang sebiji gula-gula coklat. Pulak dah. Dari mana gula-gula tu datang?
"Kayla!"
Seseorang melaung nama Kayla dari arah belakang. Laju saja Kayla menjengah ke arah si pemanggil. Eh, siapa pula ni? Aku kenal ke? Kayla tertanya-tanya sendiri apabila yang memanggilnya itu sepertinya dia tidak kenal.
"Ya Allah, Kayla! Kayla pergi mana? Buat Mama risau je lah!"
Black menahan tawanya melihat reaksi Kayla yang tersengih malu itu. Mesti Kayla fikir dia yang dipanggil tadi. Hahahahaah!
"Anak Puan ke?" tanya Black sopan.
Kayla melihat Black sekilas. Amboi! Reti pula dia bersopan-santun.
"Ha'ah. Maaflah ya kalau anak saya ganggu awak berdua shopping" kata wanita yang memakai tudung bawal berwarna pink itu.
"Eh, tak apa, Puan. Tak ganggu pun. Lagipun, kitaorang dah siap shopping sebenarnya. Masa nak ke kaunter tadi, kami terserempak dengan anak Puan kat sini" jelas Black. Sempat dia mengusap rambut budak perempuan tadi.
"Oh yeke.. By the way, wife awak dah berapa bulan?"
Ah sudah. Soalan itu membuatkan Kayla dan Black terkial-kial.
"Untung ya korang ni. Nampak macam masih muda lagi. Tapi, dah dikurniakan zuriat. Akak dulu, kahwin dah 6 tahun, baru dapat Kayla ni ha" ujar wanita itu.
Black berpaling ke arah Kayla yang membatu di sisi. Jelas kelihatan wajah Kayla berubah merah padam.
"Okeylah. Akak pergi dulu ya. Terima kasih tau. Dik, jaga wife awak elok-elok. Ikutkan je apa dia nak. Biasalah orang pregnant ni memang banyak songeh sikit" kata wanita itu kepada Black.
Black hanya membungkam dengan senyuman. Sama juga seperti Kayla.
Wanita itu pun kemudiannya beredar dari situ meninggalkan Black dan Kayla dalam keadaan yang super duper kekok.
Black dan Kayla melihat sesama sendiri. Lidah mereka masing-masing menjadi beku.
________________________
Eddie yang baru masuk ke dalam bilik hairan melihat Black yang tercari-cari sesuatu dengan wajah resah.
"Black, kau cari apa?" soal Eddie.
"Jam aku. Kau ada nampak tak? Aku baru perasan, seharian ni aku tak pakai pun jam aku" kata Black sambil dia meneruskan pencariannya.
"Jam kau? Eh, kau tak pernah pernah hilang barang. Kau letak mana jam kau?" Eddie menyoal lagi.
"Aku letak kat sini je" Black mencekak pinggang melihat dressing table di depannya itu.
Pelik. Mana pula jam tangan aku tu?
"Jam tangan tu ada alat penjejak yang boleh connect dari private handphone kau kan. Asal tak detect je?" Eddie cuba memberi idea.
"Aku dah disconnect" jawab Black.
"Kau dah disconnect?! Eh kau buang tabiat ke apa? Kalau kau disconnect, macam mana DIA nak contact kau?"
Black tidak mengendahkan omelan Eddie itu.
Eddie berdecit. Dilihatnya Black sambil mengeluh halus.
"Black, kau marahkan pihak DIA ke sebab sembunyikan false death statement pasal Raid?"
Black lantas menghentikan pencariannya. Dia berpaling melihat Eddie.
"Aku tak marah. Aku cuma malu dan rasa bersalah" ujar Black.
"Kenapa pula kau rasa macam tu?"
"Eddie, walaupun Raid tu cuma abang angkat aku tapi satu DIA tahu betapa aku amat menyanjungi dia. Bila jadi macam ni, aku rasa serba salah dengan DIA, dengan Jeneral Steeve, dengan ejen-ejen yang lain, lagi lagi Major Jeneral Thomas" jelas Black.
Eddie diam seketika.
"Kejadian 3 tahun yang lalu masih menghantui aku sampai sekarang. Aku tahu, Raid jadi macam ni sebab kejadian tu. Dia memberontak. Kalau boleh, aku tak nak libatkan DIA dalam hal ni" kata Black lagi.
"Kau cakap apa ni, Black? Maksud kau, kau anggap misi kita kat Malaysia ni sebagai misi individu kau? Bukan misi rasmi DIA?"
"Kau tak faham apa aku rasa, Eddie"
"Come on lah, Black. Selain dari Raid, aku orang yang paling rapat dengan kau. Aku faham apa kau rasa. Aku tahu kau tak mampu nak bersaing dengan Raid. Tapi kau kena ingat. Raid yang sekarang bukan Raid yang kau kenal dulu. Apa pun yang jadi, dia musuh kita untuk misi kali ni dan kita tidak akan sesekali bertolak-ansur dengan pihak musuh" ujar Eddie bersungguh-sungguh.
Kali ini giliran Black mula terdiam kaku.
"Dan kau kena tahu. Peristiwa di Santarem 3 tahun yang lalu bukan salah kau sama sekali. Kau pun tak nak kejadian tu menimpa ke atas Raid" kata Eddie lagi.
Black hanya menghela nafas berat. Mulutnya masih terkunci rapat. Kejadian 3 tahun lalu bermain di benak fikirannya tika ini.
"Peristiwa tu bukan salah kau, bukan juga salah DIA. Kita semua tak mahu kejadian tu terjadi kepada Raid. Jangan kata kau, aku sendiri pun nak selamatkan Raid waktu tu tapi kita kena fikir pasal diri kita juga" tambah Eddie.
"Adakah.. Itu dinamakan pentingkan diri sendiri?" tanya Black dengan nada merudum.
"Black, sesetengah perkara memerlukan kita untuk pentingkan diri sendiri" jawab Eddie.
Black hanya diam. Eddie menepuk-nepuk bahu Black seraya mengukir senyum kecil.
______________________
Seorang perempuan memakai sweatshirt berwarna biru dengan tulisan Champion serta memakai palazzo jeans menapak ke arah Black.
"Jom" ajak Kayla.
Black melihat ke arah sweater Kayla yang berwarna biru itu. Tiba-tiba teringat pula akan sesi bersama Doktor Rania. Secara automatik, teringat juga pasal Raid.
"Kau tak ada colour lain ke nak pakai?" tanya Black dengan muka sedikit menyampah.
Kayla mengerutkan dahinya. Dia melihat bajunya sekilas.
"Ok apa colour biru. Awak tahu tak? Colour biru ni colour yang menenangkan" kata Kayla.
Black menjulingkan matanya ke atas. Dia menunjukkan reaksi yang tidak berminat hendak tahu.
"Dahlah. Jom gerak" malas hendak memikirkan tentang dilema warna biru, Black pun terus masuk ke dalam kereta.
Sepanjang perjalanan, Kayla tidak habis-habis berselfie. Macam-macam muka dan gaya yang dia buat. Sekejap bibir muncung. Sekejap membuat peace. Haih, naik rimas Black dibuatnya.
Kcakkkkkk!
"Weh, kau buat apa ni? Silaulah!" kata Black apabila Kayla menangkap gambarnya yang sedang memandu. Siap pakai flash pula tu.
"Ok. Done" Kayla ketawa terkekeh-kekeh.
"Apa yang done?" Black menjadi penasaran.
"Saya upload gambar awak kat ig story saya. Saya kata, kita tengah keluar dating" jawab Kayla dengan selambanya.
"Kau ni suka buat hallah, Kayla.." Black hanya mampu mengeluh saja.
"Eh jap. Awak ada ig tak?" tanya Kayla. Lupa pula nak tanya.
"Tak ada" jawab Black tanpa perasaan.
Kayla ternganga luas. "What? Awak tak ada ig? Seriously, Black? Mana ada orang yang tak ada ig zaman sekarang ni" Kayla bagaikan tidak percaya.
"Ada. Akulah orang tu"
"Euw! So kampung" Kayla mengejek.
"Perlu ke ada ig tu?" tanya Black dengan nada tidak puas hati. Rasa tercabar pula bila Kayla mengejeknya sebegitu rupa.
"Of course. Awak stay US kot. Takkan tak ada ig. Lagipun, awak ni kan handsome. Rugi besar kalau tak ada ig. Tengok macam saya. Saya cantik. Sebab tu saya ada ig. Muahahahaha!" bukan main riak lagi Kayla ketawa.
"Kau ni kalau tak perasan tak boleh eh?" meluat pula Black dibuatnya.
Kayla menjuihkan bibirnya. Salah ke aku ada confident level yang tinggi?
"Ah! Whateverlah. Now, bawa sini handphone awak" Kayla menghulurkan tangannya ke arah Black yang sedang memandu itu.
"Kau nak buat apa dengan handphone aku?"
"Jangan banyak tanya, boleh tak? Bagi je lah" Kayla mendesak.
Black berdecit. Banyak songeh betullah minah ni.
Tidak lama kemudian, telefon milik Black pun berada di tangan Kayla.
"Kau nak buat apa?" tanya Black lagi sambil dia mengerling ke arah Kayla.
"Ok. Done"
Ah sudah. Kalau minah ni dah cakap 'Done'. Mesti ada something wrong ni.
"Tadaaaaa...! Awak dah ada ig!" Kayla menunjukan skrin telefon Black yang terpapar profil instagram barunya.
"Weh, Kayla! Aku tak nak semua tu!"
"Oh come on! Jangan boring sangat, boleh tak? Ini namanya media sosial. Black, sekarang ni zaman moden kot" kata Kayla lagi.
"Ish kau ni.." Black sampaikan mati kata.
Kayla tergelak-gelak.
Seketika, Kayla berselfie pula di telefon milik Black.
"Apa kau buat ni? Kalau nak berselfie, pakailah handphone sendiri" kata Black.
"Tak nak. Saya nak guna handphone awak. Awas eh kalau awak delete gambar-gambar saya ni" sambil dia rancak berselfie, Kayla memberi amaran.
Black menjulingkan kepalanya ke atas sambil menggeleng perlahan. Ada-ada je lah minah ni.
________________________
"Kay!"
"Wafaaaa!
Seperti biasa, dua sekawan itu berpelukan apabila berjumpa sesama mereka.
Ammar dan Black hanya bersalaman.
Apabila Kayla masuk, dua orang wanita sedang berada di ruang tamu. Jiran Wafa agaknya.
Di dalam rumah, Black mengikut jejak langkah Ammar manakala Kayla pula dengan Wafa.
"Kay, kenalkan, ni la jiran aku. Yang ni, nama dia Hana. Yang satu lagi tu, Ikaa" Wafa memperkenalkan jiran-jirannya kepada Kayla.
"Hai.. Saya Kayla" Kayla pun turut memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.
Hana dan Ikaa membalas senyuman Kayla itu dengan mesranya.
"Diaorang ni sama dengan aku, ikut husband pindah sini. Husband diorang pun orang Terengganu" jelas Wafa.
"Ohh.. Yeke.." Kayla mengangguk perlahan.
"Ha'ah. Awak pun ikut suami awak jugak ke kat sini?" tanya Hana.
Kayla tergamam seketika. Aduh! Aku ni nampak sangat ke macam dah kahwin?
"Yang tu suami awak eh?" tanya Ikaa pula sambil dia memuncungkan bibirnya ke arah Black yang berada di ruang tamu lain.
Wafa yang di duduk di sebelah Kayla hanya menahan tawanya. Kayla mengecilkan matanya memandang Wafa. Ish kurang asam punya kawan! Bukannya nak back-up aku.
"Errr.. Actually, saya pindah ini atas urusan kerja Daddy saya and saya belum kahwin" beritahu Kayla. Tersipu-sipu dia dibuatnya.
"Oh.. Jadi lelaki tu, boyfriend awak lah ya?" tanya Hana lagi.
"Bu.. Bukan.. Kawan je. Hehe.."
"Sayangkan diaorang kawan je. Punyalah handsome macam tu. Nasib baik saya dah kahwin. Kalau tak, saya ngorat dia" sampuk Wafa lalu ketawa terkekeh-kekeh.
Hana dan Ikaa turut tergelak sama. Kayla juga. Namun dalam dia ketawa, sempat dia menjegilkan matanya ke arah Wafa.
"Kayla ni kerja ke kat sini?" Ikaa bertanya pula.
Kayla menghembus nafas lega. Finally! Ada juga yang sudi keluar dari topik kahwin.
"Tak. Saya ikut family je. Awak kerja ke?" tanya Kayla pula.
"Ohh.. Saya kerja kat kedai buku gak, sama dengan Wafa" beritahu Ikaa.
"Oh yeke? Saya selalu ke SMO, tapi tak pernah pun nampak awak?"
"Tahu. Tapi saya selalu nampak awak. Awak kalau pergi SMO, tak sah kalau tak pulang dengan 2 atau 3 buah novel"
Kayla tertawa malu. Lahhh rupa-rupanya dekat dekat je aku ngan jiran Wafa sorang ni.
"Awak pula kerja kat mana, Hana?" Kayla beralih pula kepada Hana.
"Saya pula kerja kat SATU" beritahu Hana.
"SATU?" Kayla terkial-kial seketika. Dia menaikkan jari telunjuknya. Satu kan?
Hana, Ikaa dan Wafa tergelak kecil.
"Babe, SATU tu maksudnya Syarikat Air Terengganu. Bukannya nombor 1" kata Wafa sambil dia menurunkan jari Kayla semula.
"Oh yeke?" Kayla turut ketawa. Lahhh SATU tu maksudnya Syarikat Air Terengganu rupanya. Hahahahaha!
"Lagi satu babe, kalau korang nak tahu, suami diaorang ni cikgu tau. Kena kat sekolah yang sama pula tu" beritahu Wafa lagi.
"Wauuu. Cikgu?" Kayla sedikit impress.
"Ha'ah. Suami kitaorang cikgu kat SESMA" ujar Ikaa.
Pulak dah. Tadi SATU. Sekarang ni, SESMA pula.
"SESMA?" Kayla sepertinya meminta penjelasan.
"SESMA tu Sekolah Menengah Sains Sukan Mahmud" jelas Wafa.
"Ohhh.. Okey, okey. Tahu dah" Kayla tergelak kecil.
Uish, baru berapa minit aku kat sini, rasa macam belajar geografi Terengganu pula.
_______________________
"Uwahhhh! Boleh tahan kau eh. Kau hidangkan aku makanan Korea malam ni" ujar Kayla setelah tiba di meja makan.
Wafa mengangkat keningnya beberapa kali.
"Power tak aku? Ni aku yang buat tau" kata Wafa dengan riaknya.
"Yeke, Ammar?" Kayla seperti tidak percaya. Ditanyanya Ammar yang duduk bersebelahan dengan Black itu.
Ammar hanya mencebikkan bibirnya. "Aku iyakan je lah. Kang kalau melawan, terpaksalah aku tidur luar" jawab Ammar pasrah.
"Eleh kau ni. Dari dulu sampai sekarang, kau asyik menangkan je si Wafa ni. Ingat sweet ke ha?" meluat pula Kayla jadinya.
"Jealous lah tu" Wafa menolak perlahan bahu Kayla.
Kayla mencebikkan bibirnya. Tak ada maknanya nak jealous!
Wafa kemudian beralih ke arah Black yang sejak dari tadi membisu itu.
"Black, awak ok tak ni makan makanan Korea? Maaflah, saya ajak awak semua dinner kat sini tapi saya hidang ikut selera tekak saya" ujar Wafa.
"Tahu takpa. Babe, kita ni kan kat Terengganu. Kau sepatutnya masak makanan makanan yang famous kat Terengganu. Aku ingatkan, malam ni, bolehlah aku makan nasi dagang ke, laksa Terengganu ke, ketupat sotong ke. Ni tak, datang sini, yang ada, kimchi, bulgogi, bibimbap, gimbap, nakji bokkeum, hoddeok" Kayla pula yang menjawab.
"Aku tak tanya kaulah. Tak malu" geram pula Wafa dibuatnya.
Black menggeleng perlahan melihat Kayla yang duduk di hadapannya itu. Wafa dah masak ni pun, bersyukurlah sikit. Apa punya kawanlah dia ni.
"Takpa, Wafa. Saya ok je. Lagipun, bukan senang kan nak cari makanan Korea kat Terengganu ni. Pandai awak masak" kata Black sambil tersenyum nipis.
Kayla terhenti mengunyah. Dipandangnya Black dengan muka tidak puas hati.
Ish! Tadi dengan makcik kat baby store. Sekarang dengan Wafa pula dia bersopan-santun. Siap bersaya awak bagai. Dengan aku?!
Black yang menyedari akan muka ketat Kayla itu, mengangguk sekali. Perkataan 'Apa?' dapat dibaca dari gerak bibirnya.
Kayla mengacukan kayu stick ke arah Black untuk memberi amaran kepadanya agar tidak melebih-lebih.
Black hanya membuat muka tidak kisahnya.
"Assalamualaikum.." tiba-tiba satu suara menerpa dari muka pintu.
"Waalaikumsalam.." mereka menjawab serentak.
Ammar meminta diri untuk melihat tetamu yang datang.
"Jiran kau ke?" tanya Kayla kepada Wafa. Namun Wafa hanya membisu saja.
Wafa menjadi cuak. Masak! Habislah! Kejap lagi berlakulah perang dunia ketiga kat rumah aku ni! Huarrghhhh!
"Kayla Nasuha,.." seseorang menyapa Kayla dari belakang.
Apabila Kayla menoleh ke arah si pemanggil, Kayla cuba untuk mengecam wajah itu. Macam kenal.. Macam tidak..
"Kay, ni sayalah. Fahrin Hazami" Fahrin cuba meleraikan persoalan di minda Kayla.
Kayla tergamam. Tatkala Fahrin memperkenalkan dirinya, kedua-dua tangan Kayla mengenggam penumbuk. Wajahnya berubah bengis.
Black yang memerhati situasi itu menjadi penasaran kenapa reaksi Kayla sebegitu rupa.
Share this novel