Bab 10

Romance Series 4008

"Mel! "Niesha memanggil Melly yang baru keluar dari tandas.

"Ada apa Niesha?"

"Teman aku jap"

Melly pandang pelik,aik dah kenapa Niesha ni selalunya Niesha ni suka bersendirian.

"please"Niesha buat muka kasihan.

Melly gelak.

"yelah tapi teman kau nak gi mana"

"Jumpa Zariff jap"kata Niesha .

"Kenapa tak jumpa petang ni "soal Melly.

"Urgent" Kelas 4 Dinamik di tuju.

Niesha dan Melly berada di hujung kelas sekarang.

"Ada cikgu tengah mengajar lah Niesha"kata Melly perlahan.

"Itulah"

"Kau pergi jer lah ketuk pintu kata nak jumpa Zariff sekejap"kata Melly.

"Hah? serius lah"

"Habistu ,takkan nak tunggu kelas dia habis"

Niesha menggosok dada,berdebar weh!

Niesha berjalan,pintu kelas 4 Dinamik di ketuk.

"Assalamualaikum cikgu,maaf ganggu boleh saya jumpa Zariff sekejap ada hal penting nak bincang"

"Waalaikumussalam ,ouh Niesha boleh jer"Cikgu itu senyum pada Neisha.Bukan dia tak kenal Niesha ,siapa tak kenal Niesha dekat sekolah ni.

"Zariff pergilah Niesha nak jumpa kamu"

Amar menepuk bahu Zariff,senyuman nakal di bibir Amar.Zariff jeling,ingat aku tak tahu .

Zariff keluar dari kelas,mereka pergi ke beranda hujung kelas.Sini sunyi sikit,tak ada orang lalu.

"Ada apa nak jumpa aku?"soal Zariff.

"Aku nak bagitahu ,aku tak masuk berlatih dalam 2 minggu ni sebab aku kena ganti Alisa memanah"

Melly terkejut,Zariff juga tapi dikawal riak muka.

"Serius lah Niesha!lama tu"kata Melly.

"Yup, competition minggu depan dah"

"Alisa pergi mana?"soal Zariff

"Pengetua bagitahu dia dah pindah sebab perlu ikut parents ke luar negara"terang Niesha.

"Tapi sempat ke tak kau berlatih ,minggu depan dah lawan"tanya Melly.

"InshaAllah,I try my best.Aku sanggup ni pun sebab pengetua yang minta tolong "

"Okaylah macam tu, gudluck untuk kau.Ape -ape nanti update kat aku"kata Zariff.Melly tersenyum,dia pula yang cair biarpun dia tahu Zariff mengatakan buat Niesha.Zariff ni boleh dikatakan hot jugak dekat sekolah ni ,hensem ,bergaya tapi dingin jugak lah.

Niesha angguk dan senyum nipis.

"Kitorang pergi dulu"kata Niesha lalu menarik tangan Melly pergi dari situ.

***

Niesha masuk kelas ,kerusi ditarik dan duduk.

"Kau pergi mana tadi?"soal Daiyyan.

"Suka hati akulah nak pergi mana pun" Niesha sedar dia bercakap kasar dengan Daiyyan sekarang tapi ego dia tinggi sekarang.

Daiyyan terasa dengan kata -kata Niesha.

"Fine"kata Daiyyan lalu keluar dari kelas.

Niesha menyembam kepala di atas meja.Tidur lah dulu.

"Kenapa tu?"Aamy menanyakan kepada Daiyyan yang baru masuk kelas.

"Mana aku tahu ,kawan kau"Daiyyan duduk di tempatnya.Aamy bingung!dah kenapa dua orang.

Daiyyan pandang sekilas Niesha yang sedang tidur di sebelah.Muka Niesha menghadap ke dinding.

Tiba-tiba Daiyyan rasa mengantuk.Daiyyan
turut menyembamkan kepala atas meja .Muka menghadap belakang kepala Niesha dan Daiyyan juga tertido tambah bau rambut wangi Niesha.

Aamy yang melihat dua kawan dia pun tak faham.'Tapi tido pun sweet!'

Suasana dalam kelas sunyi ,tak ramai pelajar dalam kelas,mereka buat hal masing-masing.Ada yang pergi pss,tak pun buat aktiviti .

***
Bunyi bising membuatkan Niesha tersedar.

Dia masih dalam keadaan mamai,dah berapa jam aku tido?.Kenapa dia rasa ada orang kat sebelah ni?

Niesha membuka mata perlahan,alangkah terkejutnya muka Daiyyan betul -betul di hadapan mukanya.Pantas dia mengangkat kepala.Malu weh!

Wajah Daiyyan di pandang,tido pun hensem.Eh tak mana ada aku puji mamat ni.

Niesha pandang sekeliling kelasnya.
'Mana semua orang ni'tinggal Dia ,Daiyyan dan dua orang budak lelaki lain tu pun duk buat taik mata jugak.Eleh sedap kata orang ,dia pun baru bangun.

Niesha melihat pukul berapa di jam yang dipakai.Pukul 1:30!patut sunyi pun orang nak balik dah.Selepas habis peperiksaan akhir tahun mereka diberikan kelonggaran untuk pulang awal.

Niesha ingin berdiri, perlahan-lahan dia cuba bangun dari kerusi.Dia tak nak buat bunyi nanti Daiyyan tersedar lagi dia rasa malu.Tiba -tiba kaki kanan Niesha kram dan kesemutan.Terduduk semula Niesha.

"Aduh kaki aku"tanpa sedar Niesha mengeluarkan bunyi.Muka menahan sakit.

Daiyyan yang mendengar suara ,terjaga.
Daiyyan memandang muka Niesha menahan sakit,dia pandang Niesha yang memegang kaki kanan.

"Kram ker?"soal Daiyyan.

Niesha angguk.Mana tak kram ,tido atas kerusi ,kepala atas meja berjam -jam.Seingat Niesha dia tidur pukul 12 kut.

Daiyyan menarik kerusi Niesha.Daiyyan memegang kaki kanan Niesha ,diurut perlahan-lahan.

Niesha pandang Daiyyan.Terbit rasa bersalah dia pada Daiyyan kerana melayan Daiyyan teruk hari ni.

"Sakit lagi tak?"

"Sikit "jawab Niesha.

"Boleh jalan tak ni"

"Boleh kut"Niesha cuba bangun, Daiyyan membantu Niesha berdiri.Nampak macam terlampau caring mengada pun ada tapi kaki kram tambah dengan kesemutan lagi jangan dibuat main nak nangis rasa.

Niesha ingin memikul beg sekolahnya.
Namun belum sempat Niesha ambil, Daiyyan memikul dahulu beg sekolahnya.

"Takpe aku bawak" di bahu kanan beg Neisha manakala bahu kiri beg sekolah Daiyyan sendiri.

"Thanks"Niesha berjalan perlahan-lahan ke depan.Kram kaki Niesha mula okay .

***

Suasana di dalam kereta sunyi,Daiyyan dan Niesha masing-masing mendiamkan diri.

Daiyyan yang fokus memandu,Niesha pandang dengan ekor mata.Niesha rasa bersalah dengan Daiyyan sekarang.

Nak mintak maaf ke tak eh?ish macam ni .Mintak maaf je lah Neisha!

Niesha membetulkan kedudukan, belakang tengkuk yang tidak gatal di garu.

"Ermm Daiyyan..."panggil Niesha lembut.

"Hurm "Daiyyan beriak biasa.

"Erkk ...aku minta maaf sebab layan kau tak elok,pastu aku bercakap kasar dengan kau.Kalau kau terasa ,aku minta
maaf ....Niesha membuat muka."aku tahu aku salah"

Daiyyan pandang Niesha sekejap .

"Asal kau diam ,marah lagi ke dekat aku..."

Daiyyan kawal reaksi muka,saja nak usik Niesha.

"Daiyyan....aku bercakap dengan kau ni .Jangan buat diam macam tu,seramlah aku tengok"

Daiyyan senyum,comel tengok muka Niesha yang mula takut.

"Kau maafkan aku?"

Daiyyan angguk, dan senyum.

"Satu lagi! thanks tolong urut kaki aku tadi"

"Sama-sama"balas Daiyyan.Neisha senyum gembira.

"Kau nak bawa aku gi mana ni?"tanya Niesha .

"Makan, perut aku lapar plus kau pun lapar jugak kan"

Niesha senyum lalu angguk tanda ya ,dia pun tengah lapar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience