Bab 18

Romance Series 4008

Niesha masuk ke dalam kereta milik Daiyyan.

Daiyyan pandang Niesha ,Niesha pandang pelik?

"Asal pandang aku macam tu?"soal Niesha cuak.
Tali pinggang Daiyyan tarik,dipasang buat Niesha.Niesha tidak berkelip,pipi dipegang.Aku blushing ?

Daiyyan senyum."Safety first"Daiyyan mula memandu.

Situasi dalam kereta senyap sunyi.Niesha memandang ke luar tingkap.

Handbreak kereta miliknya, Daiyyan angkat.

"Dah sampai ,jom"Kata Daiyyan.Tali pinggang dibuka.

Niesha tersedar,mengalamun entah ke mana dah dia.

Daiyyan ketuk tingkap, menyuruh Niesha keluar.

Niesha keluar dari kereta,rambut dibetulkan sedikit.
Dia pandang sekeliling.

"Pantai?"

"Yes,jom"Daiyyan menarik lengan Niesha.Niesha senyum.

Nampak sahaja air laut ,Niesha berlari ke depan.
Tangan didepakan,Niesha menghirup udara segar pantai.

Daiyyan dibelakang senyum nipis.

"Arghh! best "Niesha senyum gembira.

"Suka?"soal Daiyyan.

Niesha pandang Daiyyan,dia angguk lalu berjalan ke depan.Kaki menyentuh air pantai.Hilang rasa penat dia ,lama rasanya dia tak ke pantai.

Daiyyan mengikuti Niesha dibelakang,mereka berjalan beriringan di pantai sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa.

"Kau nak tahu,aku rasa dah lama kut aku tak pergi pantai.Hari ni bila kau bawa aku rasa fresh!hilang stress,dapat hirup udara segar macam ni "Kata Niesha senyum.

"Memang itu niat aku,so kita nak buat apa lepasni?"

"Niat ?niat apa?"soal Niesha pelik.

"Takde apelah"Daiyyan berjalan ke depan.Selagi aku ada ,aku cuba untuk buat kau happy Niesha.Ye betul, dia protect Niesha disebabkan wasiat arwah atuknya,tapi itu dulu sekarang aku ikhlas.

"Daiyyan tunggu lah aku!"Niesha berlari.

Daiyyan berlari ,Niesha makin kuat mengejar.

"Tak aci lah weh,tunggu kau!"Niesha menjerit.

"Siapa cakap?aci tu India"Sambung Daiyyan.Niesha merengus,idea nakal muncul!

"Argh!"Niesha buat jatuh di atas pantai.

Daiyyan terkejut, pantas dia berlari ke arah Niesha.

"Kau okay tak ni?sakit kat mana?"soal Daiyyan agak cemas.

"Kaki..terseliuh kut"Niesha buat sedih.

Daiyyan ingin memegang kaki Niesha ,namun Niesha lebih pantas dia bangun lalu berlari ke depan.

"Hahaha yes!aku menang "sorak Niesha riang,dia duduk di atas batu besar.

"Nakal eh kau,main tipu"Jeling Daiyyan,dia juga turut duduk di batu besar bersebelahan Niesha.

"Kau pun main tipu tadi!so kita seri"kata Niesha bangga.Daiyyan geleng kepala.Taknak kalah!

"Daiyyan ...."panggil Niesha .

Daiyyan angkat kening tanda 'apa'

Niesha senyum ,Daiyyan pelik 'haih minah ni ,jangan buat aku laki ni berdebar '.

Astaghfirullah..apa aku merepek ni.

"Kau nak apa ,senyum kambing macam tu"kata Daiyyan.

Niesha jeling,dia kata aku senyum kambing.Kurang jawa betul.

"Errr aku nak main air pantai?"Niesha kelip-kelip mata.

"Tak boleh"Balas Daiyyan serius.

"Alaaa kenapa pulak, alang-alang dah datang .Aku lama tak main air pantai"pujuk Niesha.

"Tak bolehlah Niesha,kita mana bawa baju lebih.Tak kan nak balik dengan baju basah "

"Hurm.."bunyi nada sedih.

"Tak yah sedih okay ,aku janji lain kali kita datang aku bawak kau naik bot, kita pusing satu pulau"pujuk Daiyyan.

Niesha angguk.

"Jom ikut aku"Arah Daiyyan.

"Terima kasih,baki pak cik simpan"kata Daiyyan menghulurkan sekeping duit Rm 20 .

"Terima kasih,pak cik doa semoga kamu berdua dimurahkan rezeki selalu dan bahagia selalu "kata Pak cik tersebut.

"Insyaallah,aamin"

Niesha makan aiskrim berperisa vanilla dan strawberi manakala Daiyyan vanilla sahaja.

"Daiyyan kenapa kau bawak aku datang sini hari ni"soal Niesja tiba -tiba.

"Kenapa tanya?"

"Saja,jawablah"

"Saja ,happy tak?"

Niesha angguk,"happy".

"Sebenarnya aku bawa kau keluar hari ni ,aku nak cakap ..

"cakap apa?"Niesha memotong.

"Congrats.Niesha senyum pelik 'congrats? untuk apa?

Daiyyan senyum,"Tahniah kau menang pertandingan memanah ,aku tumpang gembira"

Niesha gelak.

"Asal gelak ?"soal Daiyyan.

"So sweet my Daiyyan , thankyou! congrats untuk kau jugak ,pingat emas pulak tuu"

My Daiyyan.

Daiyyan senyum nipis.

***

"Aku tak sangka jugak kau yang dingin, beku boleh jadi sweet macam ni"kata Niesha.

"Yelah lah tu"Daiyyan fokus memandu kereta.Mereka bercadang ke restoran untuk makan tengahari.

Tiba-tiba telefon Daiyyan berdering.Daiyyan memberhenti kereta di bahu jalan,butang mute radio dia tekan.

'Mummy?'

"Waalaikumussalam mummy,err haah Niesha ada sekali dengan Daiyyan... baik mummy"Daiyyan meletakkan panggilan.

Niesha risau.Daiyyan senyap.

"Daiyyan kau okay?kenapa? mummy kau bagitahu apa?"soal Niesha risau.

Daiyyan memandang Niesha.

"Kita kena balik, family kita nak jumpa.Aku mintak maaf,lain kali aku janji aku bawa kau gi makan "

Niesha senyum nipis.

"It's okay,jom kita balik .Kesian parents kita tunggu lama.Aku tak kisah yang penting family first"ujar Niesha.

Daiyyan angguk,dia mula memandu kereta .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience