Bab 4

Romance Series 4008

"Goodluck sayang mummy first day dekat sekolah baru,buat perangai elok-elok"pesan Kamalia .

"Okay "dia mengucup tangan ibunda tercinta dan masuk ke dalam kereta .

Kereta Velfire warna hitam masuk ke perkarangan sekolah.Tidak ramai pelajar kerana masih awal ,oleh itu mudah bagi dia untuk masuk ke sekolah itu tanpa halangan namun ada juga mata-mata memandangnya.

"Thanks pak mat"dia turun dari kereta lalu memakai spek warna hitam,pejabat pengetua dituju.

***

"Weh aku dengar sekolah kita ada pelajar baru,hensem doo"

"Tadi ada aku nampak dia keluar dari kereta Velfire siap pakai cermin hitam"

"Agak-agak dia kelas mana ,form berapa"

Suara -suara pelajar bawang dah berbunyi riuh.Kecoh ada pelajar baru masuk .

"Assalamualaikum"dia memberi salam lalu mengetuk pintu bilik pengetua.

"Waalaikumussalam ,masuk"

Dia senyum lalu pergi bersalam dengan pengetua.

"Lama pak su tak jumpa kamu Daiyyan"Encik Hamzah bangun dari kerusi dan pergi ke sofa dalam biliknya.

Daiyyan duduk di sofa .
"Tulah last jumpa masa majlis Anniversary mummy dengan daddy kan"

"Iyalah kut,pak su pun tak ingat dah"

"Daiyyan tahukan kenapa Daiyyan kena pindah ke sini"ujar Encik Hamzah dengan senyum.

"Tahu pak su ,mummy dengan daddy ada bagitahu"Daiyyan senyum kekok dan menggaru belakang tengkuk yang tidak gatal.

"Pak su  nak pesan,kalau depan cikgu atau pelajar lain jangan panggil pak su tau sebab pak su nak rahsiakan dahulu"

"Okay Pak su  ,lagipun kalau pak su tak cakap pun Daiyyan akan rahsiakan.Taknak Daiyyan nanti ada nak dekat dengan Daiyyan nak bertanya itu ini"

Encik Hamzah senyum.Dia tidak mempunyai anak ,Daiyyan anak saudaranya iaitu anak adiknya Danial Hamdan .Dia sudah anggap Daiyyan macam anak dia dah.

***

Neisha keluar dari bilik pengawas,pintu di tutup.

Niesha bergerak naik ke kelasnya .
'Apa yang kecoh ni '

Niesha masuk ke dalam kelas ,telefon dikeluarkan dari kocek seluar.Hari ni mereka berpakaian pj.

"Niesha kau ada dengar berita tak?"soal Aamy entah dari mana muncul.

"Berita apa pulak ,aku tak tahu"jawab Niesha .

"Kecoh weh satu sekolah ,kau tak tahu?"

Niesha pandang Aamy tajam.Aamy sedar yang dia salah cakap,dah Niesha kata dia tak tahu kau pergi tanya lagi memang cari pasal.

Aamy senyum sumbing.

"Nasib kau kawan aku tidak aku hempuk dah kepala kau tu"

"Sekolah kita kecoh ada pelajar baru lelaki ,aku dengar citer budak ni duk kata hensem lah tinggi lah ,macho lah"kata Aamy lalu dan menyuap biskut ke dalam mulut.

Niesha tiada reaksi .Pelajar baru pun nak kecoh.

"Ada aku kisah ,biar lah ada pelajar baru bukan ada kaitan dengan aku"jawab Niesha ,coklat Cadbury digigit.

"Kau memang tak ada perasaan,nanti kau tengok dengan mata kepala kau sendiri baru kau terciduk"

"Aku yang jenis tak kisah mana pun rasa lemah iman sikit tengok dia"sambung Aamy.

'dah mulalah tu perangai sewel dia'Niesha buat tak dengar.

Cikgu mata pelajaran sejarah masuk.Cikgu Zaleha juga guru kelas mereka.

Cikgu Zaleha baru hendak mengajar tiba -tiba pintu kelas di ketuk.

"Ada apa Tuan Hamzah ?"soal Cikgu Zaleha.

Tuan pengetua masuk .

"Assalamualaikum semua"

"Waalaikumussalam sir" jawab mereka serentak.Niesha terfikir ada apa Pak su datang ke kelasnya.

"Okay hari ni saya nak perkenalkan pelajar baru sekolah kita yang akan sekelas dengan kamu semua"kata Encik Hamzah dengan senyuman.

Kelas menjadi kecoh lagi-lagi perempuan,mereka dapat agak mesti pelajar yang hensem . Bertuahnya mereka.

Aamy pandang Niesha.Relax betul minah ni.

"Kamu boleh masuk"

Pelajar dalam kelas itu tergamam ,hensem macam ada kacukan.

Daiyyan berdiri di depan kelas .Di cari seseorang kelihatan dia pusing ke belakang mengambil barang dalam beg sekolah.

Niesha mengambil botol air mineral.Dibuka penutup botol air mineral yang baru,dia minum dan dia berpaling ke depan.

Alangkah terkejutnya,air masih ada di dalam mulut tersembur sedikit,Niesha pantas menoleh ke kanan supaya tidak terkena kawannya di depan.Niesha batuk ,kerana tersedak air .

Semua dalam kelas memandangnya pelik.

"Niesha kau okay tak?"bisik Aamy.Niesha mengganguk.'kenapa mamat ni ,aduh'

'terkejut lah tu nampak aku ,sampai tersembur air 'kutuk Daiyyan dalam hati.

"Kamu boleh perkenalkan diri"kata cikgu Zaleha.

Niesha tidak pandang depan,malu pun tak habis lagi ,macam mana dia boleh tersembur air tadi .

"Daiyyan Nuqman ,boleh panggil Daiyyan"Daiyyan berlagak biasa manakala budak perempuan dalam kelas tersebut sudah cair dengar suara Daiyyan kecuali Niesha.

"Daiyyan kamu boleh duduk di sebelah ,ermm..."cikgu Zaleha melihat tempat pelajar yang manakah ada kosong.

'jangan sebelah aku ,plisss cikgu' doa Niesha dalam hati.

"Ha tu sebelah Niesha ada kosong,awak duduk di sebelah dia boleh?"

Daiyyan menggangguk.Dia pun kalau boleh tak nak tapi nak buat macam mana dah tak ada tempat kosong .

Cikgu Zaleha sambung mengajar.Niesha langsung tidak fokus kelas pagi ni,dia tidak berpaling langsung pada Daiyyan.Daiyyan pula tengok Niesha dengan ekor mata dua tiga kali.

Kelas cikgu Zaleha tamat, pelajar keluar dari kelas kerana waktu rehat.Daiyyan juga turut keluar untuk ke tandas.

Niesha lega!

"Aku tengok kau tak fokus pun masa kelas sej tadi,kau berdebar eh duduk sebelah mamat tu"usik Aamy

"Apa kau ni aku pening kepala lah tadi"tipu Niesha .

"Kenapa kau tak pergi rehat lagi Aamy,bukan kau kena check blok belakang ke hari ni"kata Niesha ,dia nak bersendirian sekarang.Nak tenangkan fikiran.

"Haahlah aku lupa, thanks ingatkan aku"

"Kau nak pesan apa -apa tak?"Niesha geleng.Aamy keluar dari kelas.

Niesha juga turut keluar dari kelas ,bilik pengawas dituju.Daiyyan yang perasan Niesha ,mengekori Niesha .Entah kenapa dia rasa nak tahu kemana Niesha nak pergi.

Niesha mengases kad pada pintu bilik pengawas .Pantry dituju,dia tak suka sangat ke kantin sesak ramai orang,baik ke sini sunyi pun sunyi.Pantry mini pun ada.

Daiyyan juga mengakses lalu masuk ke bilik pengawas.Pengetua yang bagi lagipun dia juga pengawas di sini.

Niesha mengacau air milo dalam gelas .Niesha rasa dia diperhati,dia menoleh ke belakang, alangkah terkejut dia nampak Daiyyan tercegak di situ.Akibat terkejut cawan air milo panas tertumpah,air panas terkena sedikit di tangan Niesha.

"Aduhh"jerit Niesha.Daiyyan terkejut ,dia pantas pergi ke arah Niesha.Tangan Niesha di bawa ke pili air,air dibuka lalu tangan Niesha dibasuh.Niesha menahan pedih.Dia pun terkejut yang Daiyyan boleh bertindak begini.

Daiyyan tutup pili air.

"Duduk sana"Daiyyan mengarah Niesha untuk duduk di meja pantry.Niesha yang masih terkejut ,diikut sahaja kata Daiyyan.

"First aid box mana?"soal Daiyyan tanpa memandang Niesha.

"Tu kat atas ,rak no 2"

Daiyyan mengambil first aid box ,lalu dibawa ke arah Niesha.

"Tangan"

"Kau nak buat apa"soal Niesha pelik ,dahlah mereka berdua sahaja dalam bilik ni.

"Nak hiris,kenapa"kata Daiyyan senyum sinis.

Niesha naik seram .
Daiyyan mengambil tangan Niesha,ubat di sapu dan dibalut.

Niesha pandang je Daiyyan merawat tangannya.Sekali sekala dia tenung Daiyyan.

"Aku tahu aku hensem "Niesha mengalih pandangan,kantoi pulak.

"Siap"Daiyyan menyimpan semula ubat ke dalam bekas.Niesha pandang tangan yang berbalut,terasa dijaga pulak.Eh kah kenapa Niesha,wake up!

"Thanks"

"Macam mana kau boleh masuk bilik ni ,kau ada kad akses?"soal Niesha

"Kau rasa kalau dah boleh masuk tu"Niesha jeling orang tanya elok-elok ni.

"Pak su yang bagi kad akses dekat aku, lagipun aku pengawas jugak dekat sekolah ni"

"Masuk-masuk dah dapat jadi pengawas sekolah"Niesha jeling.

"Aku korek biji mata tu kang baru tahu"

"Ape?sibuk jer.Kau tak pergi rehat kenapa,tinggal 15 minit lagi"Niesha bangun nak buat air milo semula.

"Suka hati aku lah,eh kau nak buat apa "

"Buat air milo lah ,tadi dah buat tertumpah terkejut ada jembalang tiba -tiba"Niesha kutuk Daiyyan depan -depan terus .

"Kau duduk sana , biar aku yang buat"Daiyyan bangun ,2 cawan diambil .

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam,macam mana abang Adam tahu Niesha kat sini"

"Apa soalan lah Niesha ,bukan rehat Niesha selalu kat sini"Adam meletakkan dua bungkus nasi goreng di atas meja.

"Nah air kau"

"Eh kau ,ingat datang esok"kata Adam terkejut.

Daiyyan juga terkejut dengan kemunculan Adam tiba-tiba.

"Mummy yang suruh datang hari ni"

"Kau beli untuk aku ke ni?"soal Daiyyan,bungkusan nasi goreng dibuka.

"Aku beli untuk aku dengan Niesha, takpelah kau makanlah ,aku dah makan tadi kat kantin.Tu aku saja tapau nak makan tengah hari ni"

"Ouh ye eh,aku makanlah .Perut aku lapar nak makanan ,nanti tengahari aku belanja kau makan"kata Daiyyan lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

Niesha blur,dia diam .Kenapa dengan otak aku ni !

"Eh jap jap "Adam dan Daiyyan pandang Niesha

"Kiranya abang Adam dah tahu lah yang mamat ni nah pindah sini"Adam senyum,dia angguk tanda ya dia sudah tahu.Daiyyan yang bagitahu seminggu yang lepas.

"Suka hati kau je panggil aku mamat,nama aku punya cantik kau panggil mamat"

"Suka hati akulah ,tak kacau kau pun kan"

Adam melihat perbalahan mulut antara Daiyyan dan Niesha .Tak pernah tak gaduh .

"Tapi kenapa abang Adam tak bagitahu Niesha"

"Sebab pak su dengan Daiyyan mintak abang rahsiakan"

"Pak su pun tahu!"geram Niesha ,kenapa nak rahsiakan.

"Dahlah Niesha ,makan nasi goreng tu"kata Adam.Niesha ikut,disuap nasi ke dalam mulut.

Adam baru perasan tangan Niesha sebelah kiri berbalut.

"Kenapa tangan tu sha"

"Abang tanya mamat depan abang tu"Niesha jeling Daiyyan.Adam pandang Daiyyan ingin penjelasan.

"Dia terkejut nampak aku masuk bilik ni pastu air milo panas tertumpah atas tangan ,maybe aku hensem sangat lah sampai terkejut macam tu"

"Hensem sangat abang Adam macam pocong sebabtu Niesha terkejut sampai tertumpah air"Niesha sindir Daiyyan,ambik kau!

Daiyyan jeling Niesha.Adam gelak
"Haish korang ni jumpa dari dulu sampai sekarang tak pernah tak gaduh,cuba berdamai sikit"ujat Adam.

"Taknak "jawba mereka serentak

"Kau kenapa ikut apa yang aku cakap"marah Niesha

"Kaulah yang ikut,aku yang cakap dulu!"

"Takde aku dulu"

"Tak payah nak gaduhlah"

Daiyyan bangun pergi ke singki cawan dan sudu di basuh .

Thankyou ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience