Bab 7

Romance Series 4008

Niesha membuka tali pinggang keselamatan.

"Aku masuk dulu"kata Niesha lalu keluar dari kereta milik Daiyyan.

Daiyyan pandang Niesha dari belakang .Belum sampai di pintu rumah,Niesha pusing ke belakang dia berlari perlahan ke kereta Daiyyan.

Pintu kereta diketuk.Daiyyan menurunkan cermin kereta.

"Thanks bawak aku gi makan hari ni,bawa kereta elok-elok .Bye"Niesha terus berlari masuk ke dalam rumah setelah berkata begitu.Tiba -tiba dia rasa malu .

Daiyyan senyum,kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah.

***

Niesha masuk ke dalam rumah.Sunyi je rumah ni.

"Kak sari ada nampak mama tak?"tanya Niesha kepada pembantu rumah yang baru keluar dari dapur.

"Ada tadi kak sari nampak dekat taman mini"kata Kak sari dengan senyuman.

"Ouh thanks kak"Niesha naik ke bilik dahulu untuk membersihkan badan.

Setelah selesai Niesha turun ke bawah semula,taman mini dituju.

Niesha berjalan perlahan-lahan,dia taknak mamanya perasan.

Niesha memeluk belakang mamanya.Datin Elena terkejut.

"Aih terkejut lah mama,bila balik?"tanya Datin Elena tersenyum.

"Tadi ,Niesha naik mandi dulu pastu datang dekat mama terus"Niesha memeluk mamanya erat.

Datin Elena menutup pili air .

"Kenapa ni manja semacam jer"tanya Elena .

"Saja hehehe"

"Mama abang balik tak malam ni?"

"Balik lepas maghrib dia balik kondo dulu"jawab Elena.

"Ouh"air jus oren diteguk.

"Macam mana pergi keluar dengan Daiyyan"

Niesha tersedak air.Datin Elena simpan senyum.

"Mama! Kenapa senyum macam tu"

"Niesha lah mama tanya soalan macam tu pun boleh tersedak air"Elena geleng kepala.Dia berharap semuanya okay,dia bersyukur sekarang kerana Niesha mula berbaik dengan Daiyyan .

"Biasa je,kitorang pergi makan je mama lepastu berbual sikit hal wasiat arwah atuk"

Elena pandang Niesha.

"Berbual pasal apa?"

"Takde yang serius pun lah mama,okaylah Niesha nak naik atas dulu ,nak rehat nanti Niesha turun balik tolong mama masak"Niesha mencium pipi Elena lalu masuk ke dalam rumah.

'Mama harap Niesha bersedia 'Elena tersenyum pahit.

***
Niesha baring di atas katil.Mata dipejam seketika.

Tiba -tiba telefonnya berdering.Niesha buka mata ,di cari telefonnya .

"Hurm malasnya nak ambik"Niesha lihat telefon pintar miliknya di atas meja solek,dia malas sekarang nak bangun.Dibiarkan telefon itu berbunyi.

Dan telefon berdering meminta diangakat sekali lagi.

"Sapa lah call ni ,aku tengah malas ni"Niesha bangun dengan malas mengambil telefon di atas meja solek.

"Hurm ada apa"jawab Niesha malas, badannya dilanding semula atas katil.

"Kau kenapa suara macam ni ,tido ke"tanya Aamy pelik.

"Takpun penat sikit"jawab Niesha.

"Niesha aku nak tanya sikit?"

"Ape dia"

"Erm tadi aku dengar kat sekolah ,ada orang gosip yang kau balik sekali dengan Daiyyan , betul ker?"

"Hurm kenapa ?"

"Takdelah saja tanya nak kepastian gosip yang aku dengar tu betul ke tak ,lepastu Niesha..."belum sempat Aamy habis bercakap, Niesha potong dulu.

"Hah ape lagi kau dengar"Niesha menguap .

"Ada orang nampak Daiyyan pegang tangan kau,aku taknak percaya apa yang diorang cakap sebab aku kenal kawan baik aku ni macam mana"

Niesha membuka mata.
'aku dah agak'

"Takde betulnya,kau dengar minah kepot bawang putih besar merah busuk semua tu memang ,kerja nak bergosip"kan dah kena dengan Niesha, habis digelarkan.Memang betul Daiyyan ada pegang ,tapi pegang lengan bukan tangan lepastu berlapik .Tapi Niesha malas nak cerita dekat Aamy .

Aamy gelak kuat habis bawang disebut.

"Sakit telinga aku dengar kau gelak "terkejut Niesha dahlah dia letak telefon atas telinga ,tak pegang pun.

"Okay sorry"Aamy berhenti gelak.

"Niesha aku kadang-kadang tertanya jugak kau memang ada apa -apa ke dengan Daiyyan,sebab aku tengok cara kau rapat dengan dia lepastu layanan dia terhadap kau tak sama dengan orang lain"

Niesha diam.

"Aku rasa kau ada sorok something kan dari aku,aku kawan baik kau Niesha kau tak percaya dekat aku ke?tapi aku tak paksa kau tau,kalau kau rasa nak share dengan aku bila -bila pun boleh"

Niesha diam.Dia memang berkawan rapat dengan Aamy tapi Niesha jenis berahsia banyak perkara yang Aamy tidak tahu.

"Aku letak phone dulu,erm pasal tu insyaallah nanti aku free aku story dekat kau"

Aamy senyum gembira.

"Okay"

***
"Nah air"Niesha memberi air kosong sejuk kepada Nizam.Niesha duduk di sebelah abangnya, kusyen diletak atas riba.

"Air kosong jer dik"tanya Nizam .

"Okaylah tu ada jugak Niesha hidang air walaupun air kosong sejuk pulak tu,tadi kan dah minum air manis .Minum lah banyak air manis dapat penyakit baru tahu"bebel Niesha.

Nizam geleng ,ada je nak menjawab.Nizam mengambil air dan diteguk.

"Mama dengan papa dah tido?"tanya Nizam.

"Dah lah kut,mama baru jer naik bilik"keropok Twisties di tangan Nizam Niesha ambil.Disuap ke dalam mulutnya.

Nizam pandang Niesha,dia buat muka tak bersalah !dahlah rembat keropok aku.

"Best dating tadi?"

"Apa abang merepek ni,dating apa nya.Niesha keluar makan je pun"

"Bukan dating eh macam tu?"sakat Nizam,keropok di tangan Niesha, Nizam ambik.

"Tak!Abang!keropok tu"marah Niesha.

"Mana boleh budak sekolah tak elok makan banyak-banyak"

"Niesha dah habis exam lah ,bagilah change,plisss"Niesha buat muka comel.

Nizam pandang adik kesayangan dia itu.Pandai membodek.

"Abang esok abang cuti tak?"tanya Niesha,mata memandang tv di depan.

"Cuti kenapa?"

"Jom keluar ,Niesha boring lah"Niesha mengerdip matanya.

"Nak gi mana?"tanya Nizam lembut.

"Erm, badminton lepastu pergi makan"

"Okay no problem"jawab Nizam.Sekali-sekala luang masa dengan adik sendiri.

"Yess, boleh pau duit abang"Niesha senyum senget.

"Ape Niesha cakap?"Nizam mengangkat kening.

"Takde apa pun,Niesha naik bilik dulu lah "kata Niesha lalu dia naik ke bilik dengan cepat.

'Nasib adik sorang je 'Nizam bukan tak dengar apa yang Niesha bagitahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience