Bab 12

Romance Series 4008

Daiyyan masuk ke dalam kelas 4 Diamond.Dia datang lewat sedikit hari ni,terlajak tidur .

Beg diletakkan di atas kerusi.

Aamy masuk ke dalam kelas, lalu duduk di tempatnya.Dia baru perasan! lantas dia berpusing ke belakang.

'Aik Niesha tak datang ke hari ni?tapi takde pula dia bagitahu aku'nak kata keluar kelas beg pun tak ada.

Dipandang Daiyyan yang sedang menulis.

"Daiyyan,Niesha tak datang eh hari ni?"

Daiyyan memandang Aamy .

"Haah"

'sepatah jer dia jawab'

"Niesha tak ada pula bagitahu aku ,selalu kalau dia tak datang ,dia bagitahu chat aku "Aamy membuat andaian sendiri.

'bercakap sorang pulak minah ni'

"Niesha tak sihat ke ?"tanya Aamy lagi.

Daiyyan angguk .Ye abang Nizam ada chat dia pagi tadi ,badan Niesha panas sedikit.Dia. juga diberitahu Niesha meracau dua kali juga.
"Macam mana kau tahu?aku kawan baik dia pun tak tahu lagi"

Daiyyan diam,malas nak cerita.

"Daiyyan!ja.."belum habis Aamy bercakap,ketua kelas memberi arahan untuk berdiri kerana cikgu telah masuk.

***
Daiyyan mengemas buku-bukunya di atas meja.Telefon dimasukkan ke dalam kocek.

"Daiyyan kau kalut- kalut ni nak gi mana?jom lepak dekat cafe dulu dengan kitorang"kata Amar.

"Sorry aku ada hal, lain kali aku join"

"Hal apa yang penting sangat tu...taknak share ker?" usik Syafiq.

"Tak nak,aku gerak lu"

"Straight terus dia jawab"gelak Syafiq.

***
"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam "jawab Nizam dari dalam.

Daiyyan masuk duduk di atas sofa.

"Niesha macam mana? badan panas lagi?"so Daiyyan.

"Okay dah sikit abang nampak,badan suam sikit"

Nizam pergi ke dapur,jus apple dituang ke dalam gelas.

"Air Daiyyan"Nizam meletakkan di atas meja kopi.

Daiyyan senyum nipis,gelas diambil dan diteguk.

"Ni dengan baju sekolah lagi,kenapa tak balik rumah dulu mandi bagi segar badan baru datang sini"

"Ker rindu nak jumpa Niesha ,sehari tak ada kat sebelah"usik Nizam.

"Merepek lah abang , Daiyyan cuma risaukan Niesha.Lagipun Niesha sampai demam ni salah Daiyyan jugak"

"Biarlah Daiyyan ,benda dah lepas .Cuma lain kali kena berhati-hati "

"Niesha tidur lagi ke abang"

"Haah lepas abang bagi bubur dengan bagi dia makan ubat ,tidur balik.Ngantuk makan ubat lah tu"jawab Nizam.

"Tapi Niesha makan sikit je tadi , 3 sudu jer . Katanya bubur abang buat tawar"Nizam tersenyum .Adik dia sorang tu ,sakit pun nak complain lagi makan sedap ke tak.

Daiyyan senyum nipis.

"Ouh kalau macam tu Daiyyan keluar jap pergi beli nasi sup daging ker,mana tau dia berselera sikit"

"Boleh jugak,tapi bagitahu kurang gula dengan garam"pesan Nizam.

Daiyyan senyum.

"Baik doktor Nizam"Kunci kereta di atas meja di ambil.

"Perli abang eh"

"Mana ada gurau jer "Daiyyan gelak perlahan risau kuat -kuat nanti Niesha terjaga.

Nizam tutup klinik dia hari ni ,hanya farmasi sahaja yang beroperasi.Sanggup dia tutup klinik semata -mata ingin menjaga adiknya yang demam.

Lagipun mama dengan papa mereka tidak tahu hal ini.

***

Daiyyan pulang ke rumah untuk bersihkan diri dahulu.

Daiyyan pergi ke dapur.

"Mak jie, boleh masakkan sup daging boleh?"

"Boleh je, Daiyyan nak makan bila?"tanya Mak jie,pembantu rumah mereka.Walaupun Mak jie pembantu rumah namun Daiyyan tetap menyuruh memanggil dengan namanya ,tidak perlu formal .

"Erm sekarang,tapi bungkus tau "

"Okay kejap Mak jie buat "

Daiyyan keluar dari dapur,dan dia berpatah balik.

"Mak jie ,nanti masakkan nasi bubur kosong jugak tau"

"okay boleh , Daiyyan tukar selera makan nasi lembik ke sekarang?"

Daiyyan garu kepala, "haah saja"maaf tipu sunat tau Mak jie,tak kan nak bagitahu perkara sebenar .

"Ada lagi tak nak tambah Daiyyan"kata Mak jie yang sedang memotong carrot.

Daiyyan berfikir sebentar.

"Erm kurang kan gula dan garam dalam sup tu"Daiyyan baru teringat akan pesanan abang Nizam supaya kurangkan gula dan garam.

Mak jie pelik juga dengan permintaan Daiyyan ,macam makanan orang sakit pun ada ni.

Tapi memang betul pun.

"Okay ,tunggu Mak jie buat kejap"

Selepas itu Daiyyan naik ke biliknya untuk bersihkan diri dan solat Zuhur.

***

"iya mama,mama jangan risau okay"

"Iyelah , mama lupa nak beritahu..

"lupa apa ma"belum sempat Elena habis bercakap,Nizam dah potong.

"Tak menyempat lah kamu ni, mama dengan papa pergi Johor tau 4 hari"

"Ouh okay mama,take care"

Selepas habis berbual dengan Elena ,Nizam masuk ke dalam rumah.

"Uish terkejut makk!"tempik Nizam sedikit,mau tak terkejut Niesha dengan rambut serabai duduk di depan pintu bilik dengan muka masam.

Niesha gelak, seronok dapat kenakan abang dia .

"Suka lah tu dapat kenakan kita"

"Yes lagi-lagi muka abang bila terkejut"Niesha sambung gelak .

Nizam jeling,air kosong dituang ke dalam gelas kaca.

"Keluar bilik ni pakej kenakan abang ,demam Niesha dah okay belum?"

Niesha meletakkan tangan di dahi.

"Dah okay ,tak panas dah"

"Ye ker ,bukan boleh percaya"Nizam menyentuh dahi Niesha.

"Nanti makan ubat ,badan suam sikit tu"

Niesha geleng,tanda tak nak.

"Apa tak nak,kita tu demam"

"Yelah"Pasrah Niesha,nanti kena bebel pulak kang dengan Doktor Nizam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience