Niesha menggengam kedua belah tangannya.Mata fokus melihat pertandingan yang berlangsung di hadapan.
"Niesha kau nak air ?"soal Faiz .
"Boleh jugak"Faiz pergi ke tempat pengambilan air di bawah khemah hujung padang.
Daiyyan memandang Niesha dengan ekor mata.
"Berdebar ?"
Niesha angguk tanpa melihat Daiyyan.
"Relax,aku percayakan kau"Niesha senyum nipis.
"Nah air "Faiz menghulurkan air mineral kepada Niesha.
"Aku takde?"soal Daiyyan.
"Takde,kau tak cakap pun nak"Faiz meneguk air mineral .
Niesha ingin membuka penutup botol air mineral,namun tidak boleh.Entah kenapa lemah tangan tiba-tiba ,mungkin dia terlalu berdebar kerana lagi 10 minit perlawanan untuk dia.
Daiyyan mengambil air mineral di tangan Niesha,dibuka penutup lalu memberi semula kepada Niesha .
Niesha menyambut.Aku berdebar nak berlawan kejap lagi atau sebab Daiyyan ni!aaa mana boleh!Relax Niesha.
Niesha minum air mineral tanpa terkena mulut.
"Niesha kau dah kena pergi ,untuk get ready"kata Daiyyan.
"Hah?sekarang ker?"soal Niesha cemas.Daiyyan angguk.
Ya Allah tolong aku! kenapa berdebar semacam ni.
Daiyyan pusing menghadap Niesha.
"Niesha pandang aku"arah Daiyyan.Niesha mengangkat perlahan-lahan muka,mata bertembung mata.
"Okay listen Neisha...aku tahu kau nervous gila sekarang sebab first time kau bertanding dalam memanah bukan badminton tapi Niesha aku tahu kau boleh,aku percayakan kau.Kita dah work hard for this tak kan nak tarik diri right?Menang atau kalah tu berlakang cerita yang penting kau dah usaha sehabis baik"kata Daiyyan menyakinkan Niesha.
Niesha angguk tidak disangka dia menitis air mata .Mungkin sebak.
"Dah jangan nangis,tak comel"Daiyyan mengelap air mata Niesha .Niesha senyum dan angguk dia ,dia puji aku?
Niesha bangun pergi ke tempat berlawan.
"Ready?"soal pengadil.Semua peserta angguk .
Mata Niesha fokus ke depan,dia pejam mata seketika.Try best Niesha!Niesha memandang seketika Daiyyan di tepi yang duduk di kerusi.
Daiyyan senyum..memberi kekuatan buat Neisha.
***
"Congrats adik abang!nanti balik claim hadiah"Niesha baca mesej Abang Nizam.
"Hehe thankyou,okay balik Niesha claim terus!"Balas Niesha tersenyum.
"Apa yang tersenyum sangat tu"Daiyyan menghulur nescafe kepada Niesha.Niesha menyambut huluran Daiyyan.
"Tak ada apapun,abang Nizam ucap congrats"Niesha membuka penutup tin,air Nescafe diteguk.
"Jom balik bilik,dah petang ni "Kata Daiyyan .
"Hah balik bilik?"
"Yelah ke kau nak duduk sini sampai malam"Daiyyan berjalan ke depan dahulu.Niesha pantas bangun mengikut Daiyyan.
***
Mereka pulang ke rumah masing-masing selepas tiga hari dua malam di kem pertandingan tersebut.Penat namun dalam masa sama happy!
"Assalamualaikum"ucap Niesha ,kasut disusun di atas rak.
"Waalaikumussalam ,macam mana semua okay?"Kata Papa Niesha yang berada di sofa ruang tamu.
"Eh papa ,tak kerja hari ni?"Niesha menyalam tangan Ahmad Fattah.
Fattah senyum."tunggu anak papa balik".Niesha membalas dengan senyuman.Jujur dia tidak banyak masa untuk luang bersama bapanya kerana sibuk sentiasa.
"Pergilah naik berehat dulu,papa tengok penat sangat dah tu mata"kata Datuk Fattah sambil menggosok kepala anaknya.Satu-satu anak perempuan yang dia ada.
"Okay pa"Niesha bangun ,beg di sebelah diambil.
NIESHA POV
Niesha membuka pintu biliknya,bau biliknya yang wangi menusuk ke dalam hidung.
"Argh lamanya tak bau.."kata Niesha ,padahal baru 3 hari tinggal.
Okay sekarang aku nak mandi,tuala di ambil lalu disangkut di atas bahu.Niesha mengambil masa 30 minit di dalam bilik air.
Selesai mandi,aku duduk di depan cermin dan mengeringkan rambut.Setelah betul -betul kering ,dia menyikat rambut yang berwarna coklat gelap gituu.Cantik!eh kau puji diri sendiri...
Niesha baring atas katil,dilihat syiling yang berwarna kelabu itu.Dan dia terfikir tiba -tiba "macam mana dengan wasiat atuk?"
"kenapa sampai sekarang papa dengan mama rahsiakan lagi..."
"Apa atuk wasiatkan sebenarnya?ada kaitan dengan Daiyyan ker?"argh pening .Dalam Niesha bermain dengan soalan di dalam kepala, dia mendengar telefon miliknya berdering.
Niesha menggulingkan badannya di atas katil.
"sapa call ni ,orang baru nak rehat tau"kata Niesha dengan mata dipejamkan,telefon yang masih berdering diangkat tanpa melihat siapa gerangan yang menelefonnya.
"Siapa ni ?"Niesha masih dengan mata terpejam,nak tidur!
Daiyyan terkejut!aik aku salah call orang ker.Dia melihat nama , dah betul.
Daiyyan berdehem .
"Ehem,saya pak cik yang jual nasi lemak depan sekolah tu.."Daiyyan mengawal ingin ketawa.
Niesha pelik,namun dia layankan .
"Pak cik jual nasi lemak?sejak bila ada orang nasi lemak depan sekolah ni?"
Daiyyan garu kepala ,apa nak jawab ni.
"Err ada lah, kamu yang tak perasan"
"Ada eh?"soal Niesha balik,dia masih tidak dapat kesan itu suara Daiyyan.Dia ngantuk sekarang, itu otak jadi slow .
"Ada lah"Daiyyan gelak .
"Eh jap ,macam kenal suara ni ..
Alamak kontoi!
"Otak ku berfikir.."Niesha nanyi perlahan namun masih sampai ke telinga Daiyyan.
"Aduii .." Daiyyan ke ni ,malunya aku .Pantas dia melihat nama yang menelefon jelas tertulis Daiyyan.
"Kau okay tak?"soal Daiyyan.
"Haa okay ,asal call aku"Niesha buat seperti biasa.
"Saja ,kau ngantuk sangat ni itu merapu entah apa"
Niesha bangun dari baring .
"Kau pun sama!kau yang mula dulu"
"Yelah ,tahu lawan kau mana nak menang"sindir Daiyyan.
Niesha senyum menang .
"Esok bersiap tengahari aku ambik,kita keluar"kata Daiyyan.
"Keluar ke mana?kau tahu tak esok sehari jer free lusa dah sekolah ...kau tak penat ker?"
"Aku tahu esok hari Ahad ,tu aku ajak kau keluar"
Niesha berguling balik atas katil.Mamat ni kenapa!
"Taknak lah aku nak tidur sepuasnya esok"balas Niesha.
"Tak boleh ,esok siap kul 3 aku ambik kau.Bye aku nak sambung tidur"kata Daiyyan lalu menekan butang merah.End call.
"Kurang asam betullah mamat ni,dia letak macam tu jer!"
Niesha membaling telefon di tepi,dan dia tidur.Sungguh dia penat sekarang.
Niesah dan Daiyyan lena tidur atas katil masing-masing ,rumah yang lain.
Share this novel