Setelah habis perbincangan Niesha naik ke bilik dan langsung tidak turun makan malam, dia masih lagi dilema .Dia tidak tahu ingin mencari kekuatan yang ada dalam diri dia selama ini.Dia ingin menyendiri,terlalu banyak benda yang difikirkan .
Ikutkan hati dia tidak mahu ke sekolah hari ni , namun memandangkan sekolah hanya seminggu lagi sebelum cuti akhir tahun,Niesha gagahkan diri ke sekolah.Dia taknak Aamy tahu perkara ini,dia cuba berlagak seperti biasa di depan kawannya.
Setelah menyiapkan laporan bulanan pengawas,dia berjalan masuk ke dalam kelas .Kerusi ditarik lalu dia duduk.Niesha memandang keluar tingkap..
Perbualan dia dengan abang Nizam Niesha teringat kembali.
Tok !tok!
Tiada sambutan dari dalam,senyap.
Nizam memulaskan tombol, kepala dijenggul sedikit.Jelas adiknya sedang termenung di balkoni luar bilik.
Nizam masuk ke dalam bilik Niesha.
"Adik.."panggil Nizam perlahan.
"Adik.."Nizam memegang bahu Niesha,Niesha terkejut.
Nizam senyum nipis,sayu dia melihat keadaan adiknya sekarang.Dia tahu bukan senang untuk Niesha terima semua ini.
Nizam menyuruh adiknya duduk di kerusi ,dia juga turut melabuh punggung sebelah adiknya.Niesha memandang langit yang gelap ,tiada bintang yang menyinari malam ini.Pandangan Niesha kosong.
Nizam mengeluh perlahan ,melihat perubahan Niesha ini.
"Adik...minum susu dengan oat ni sikit"Nizam menghulurkan segelas susu suam yang dicampurkan dengan oat.
"Takpe letak situ dulu, Niesha kenyang"Kata Niesha perlahan ,dia memeluk tubuh.Tubuh terasa sejuk dengan angin malam yang dingin.Perut Niesha meminta makanan namun dia tak ada selera,dibiarkan perut kosong begitu.
Nizam bangun dari duduk, selimut di atas katil Nizam ambil .
Nizam menutup badan Niesha dengan selimut,Niesha biarkan sahaja.Tipu kalau dia kata tak tersentuh, dia sebak namun ditahan .
"Adik"panggil Nizam perlahan.
"Hurm.."jawan Niesha perlahan.
Tanpa banyak cakap, Nizam menarik Niesha ke dalam pelukan perlahan.Dia tahu adiknya tak kuat tapi buat -buat yang dia mampu tanggung keseorangan.
Akhirnya pecah tangisan Niesha ,air mata mula keluar dengan laju.Dia sedaya upaya tidak mengeluarkan bunyi.Nizam membiarkan Niesha menangis di dalam pelukannya,pelukam Nizam eratkan,belakang Niesha diusap perlahan oleh abangnya.
Niesha tersentuh, abangnya selalu ada di waktu dia suka dan duka.Walaupun dia cuba sorok ,namun tetap abangnya akan tahu.Betapa eratnya hubungan mereka ,dan dia tidak sedia untuk berjauhan dengan Nizam.
Niesha melepaskan pelukan,air mata dikesat perlahan,dia senyum nipis buat abangnya.
"Feeling better?"
Niesha angguk sikit.Nizam menggosok kepala Niesha dengan perlahan,sungguh dia sayang akan adiknya.Dia hanya ada seorang sahaja adik ,tambah lagi adiknya pula perempuan.Dia akui dia juga tidak bersedia untuk semua ini ,dia kalau boleh taknak berpisah dengan adiknya.Namun apakan daya,lambat atau cepat mereka akan berjauhan juga.
"Niesha jangan sedih macam ni,abang tak sanggup tengok adik abang macam ni.Mana adik abang yang degil, ceria suka bercakap?Abang nak Niesha ingat walau apa yang jadi abang tetap akan ada dibelakang Niesha.Abang tahu berat untuk Neisha,tapi percayalah Niesha semua ni berlaku pasti ada sebabnya.Kita tak tahu perancangan Allah itu maha besar , insyaallah segalanya berjalan lancar.Dan abang juga yakin, yang Daiyyan mampu jaga Niesha ,lindungi Niesha macam nyawa dia sendiri.Kalau bukan Daiyyan yang calon suami Niesha abang dah tak izinkan perkahwinan ni diteruskan"
Niesha sebak,dia peluk lengan Nizam.Kepala dilentokkan ke bahu Nizam.
"Thanks abang.."ujar Niesha perlahan
"Welcome ,manja sangat ni macam mana nak jadi wife orang "usik Nizam.
Niesha menepuk peha Nizam.Nizam tergelak.
"Niesha!"Aamy menepuk meha Niesha.
"Hah?!"Niesha blur.
"Kau kenapa mengalamun teruk,aku panggil tiga kali tau,kau tak dengar"
Niesha meraup muka.
"Takde apalah,ada apa?"
"Saja,aku tengok moody semacam hari ni.Nak share dengan aku ?mana tahu aku boleh tolong"
Niesha senyum manis,senyuman palsu.Aku tak mampu nak bagitahu kau Aamy buat masa sekarang,biarlah jadi rahsia dahulu.
"Mana adalah ,aku okay takde masalah apapun .Aku termenung pasal cerita korea yang aku tengok semalam"tipu Niesha.
"Ye ke?"Aamy pandang Niesha.
"Yelah,jom teman aku tukar baju"Niesha dah bangun.
"Tukar baju apa?kau nak gi mana "Aamy mengerling jam di pergelangan tangan, baru pukul 11 pagi.
"Ikut jer lah ,banyak cakap lah kau .Taknak ikut sudah"Niesha mengambil beg lalu keluar dari kelas.
Aamy kelam kabut mengambil beg sekolahnya.
"Weh tunggu lah,kau ni jalan ke berlari!"laung Aamy dari belakang.
***
Loker dibuka, baju jersey warna hitam berbelang biru gelap ditepi Niesha ambil.
Aamy pandang Niesha tak percaya.
"Kau biar betul, nak main badminton waktu sekarang! petang nanti boleh berlatih"kata Aamy.
Niesha berpaling,pintu loker miliknya dikunci semula.
"Betullah,bukan salah pun.Lagipun kita bebas buat aktiviti kan?so keluarkan peluh why not?"
"Ha.."Aamy garu kepala ,tak pernah dibuat Niesha selalunya Niesha akan tidur takpun dia akan ronda sekolah.Pelik!
Niesha senyum nipis.Dia tahu kawan baiknya pelik dengan kerajinan dia tiba-tiba.Padahal dia nak lepaskan stress.
"Kau nak join?aku ada baju lebih dalam loker, pintu loker baju jersey diambil .
***
Niesha meletakkan botol air mineral di kerusi, bulu tangkis satu bakul dia ambil .
Aamy pandang sahaja perlakuan Niesha.
"Niesha banyaknya kau ambik bulu tangkis ,nak buat apa?"
"Saja , latih diri sendiri"
"Err apa kata jom kita main berdua?"soal Aamy.
Niesha angguk.
Niesha memulakan permainan.Dia bermain dengan serius ,sungguh dia seolah-olah berada di dalam pertandingan.Langsung dia tak bagi peluang kepada Aamy ,apabila bulu tangkis datang kepadanya terus dia melakukan smach.
Niesha kepenatan,dia duduk tiba-tiba di gelanggang.
Aamy pantas berlari ke arah Niesha.
"Niesha kau okay tak ni?"soal Aamy cemas.
"Air.."Aamy berlari mengambil air mineral milik Niesha.Dia buka penutup botol ,air mineral diteguk kuat sampai tertumpah di baju.
"Niesha...aku tahu kau tak okay sekarang ni.Tapi jangan buat macam ni ,aku risau lah"
Muka Niesha merah,dia rasa badan dia sangat membahang .Peluk menitik seluruh badan..
Aamy risau melihat muka Niesha yang merah semacam.
"Niesha kau kenapa ni?,jawablah aku tanya .Jangan buat aku risau.Kalau kau taknak share dengan aku takpe tapi jangan seksa diri macam ni .Aku kenal kau ,kau ada mesti masalah kan?"
"Kau jangan risua lah"kata Niesha perlahan,dia bangun .Niesha sambung main,lepas satu ,satu bulu tangkis Niesha pukul di dinding.
Pukulan Niesha makin kuat!dan tiba -tiba makin perlahan.
Aamy risau, dia berlari pergi ke arah Niesha.
"Niesha stop!kau dah penat sangat ni,nanti kau sakit!"laung Aamy.
Niesha buat tak dengar, bulu tangkis yang masih ada di dalam bakul di ambil lalu dipukul ke dinding.
Aamy meraba pokek seluar miliknya ,mencari telefon.
'siapa aku nak mintak tolong ni!'
Nama Daiyyan termuncul di fikiran Aamy ,lantas dia mendail nombor Daiyyan.Panggilan pertama tidak dijawab ,dia cubaa mendail sekali dalam masa yang sama mata melilau melihat Niesha .
Dia takut Niesha makin tidak terkawal.
Tiba-tiba...
"Niesha!!"telefon pintar milik Aamy terus diletakkan di tepi.
Niesha rasa penat sangat,badan lemah.Dia memejamkan mata ,dan semuanya gelap .
"Ya Allah Niesha!bangun lah weh!kau jangan buat aku risau"Aamy menepuk pipi Niesha ,namun hampa Niesha tidak sedangkan diri.
Dan muncul suara ..
"Hello!Aamy kenapa ?asal suara kau cemas?"soal Daiyyan di telefon.
Aamy mengambil telefon pintar miliknya di atas lantai itu.
"Daiyyan tolong!Niesha!"kata Aamy cemas.
"Hah?!kenapa dengan Niesha?"soal Daiyyan risau.
"Aaa Niesha pengsan ,aku tak tahu nak buat apa sekarang"
"Kau kat mana sekarang?"
Aamy memberitahu kepada Daiyyan.Daiyyan pantas berlari dari padang sekolah ke gelanggang badminton.
***
Sampai sahaja di gelanggang , Daiyyan terus mengangkat Niesha .Aamy mencapai beg milik Niesha lalu mengikuti langkah Daiyyan.
"Tolong jap"Daiyyan menyuruh Aamy membuka pintu kereta.Aamy membuka pintu kereta .
Daiyyan meletakkan Niesha di seat belakang dengan perlahan.
"Thanks Aamy, aku bawa Niesha ke hospital dulu.Nanti kau tolong bagi tahu pengetua pasal ni "kata Daiyyan lalu masuk ke dalam kereta.
'dah kenapa tu?'
'wow!abang hot angkat senior pengawas kita!'
***
Aamy berjalan perlahan,sungguh dia pun penat sekarang dengan apa yang berlaku tadi.Semua jadi kelam kabut, tak cukup nafas dia.
"Aamy?kenapa dengan awak ,macam baru habis marathon"tegur Adam.
"Hah?ouh terkejut saya ,ingat siapa tadi"Aamy garu kepala.
"Kenapa ?ada apa yang berlaku saya tak tahu ke?"soal Adam.
Aamy garu kepala.Serba salah pula dia,dahlah dia yang tak cuba nak halang Niesha tadi .Aamy juga turut serba salah.
"Niesha pengsan..
"Hah?!pengsan habistu dia kat mana sekarang?"soal Adam terkejut.Mana Adam tak risau ,Niesha tu sepupu dia.
"Baru jer,Daiyyan dalam perjalanan hantar Niesha ke hospital"ucap Aamy perlahan.
"ok terima kasih,nanti bagitahu pengetua saya balik awal, thanks sekali lagi"Adam terus berjalan ke keretanya.
Aamy garu kepala,dia menjongket bahu lalu menuju ke pejabat pengetua.
Share this novel