Bab 2

Romance Series 4008

Waktu rehat sudah habis,semua murid bergegas ke kelas manakala Neisha dan Adam pergi ke bilik pengetua untuk menyerahkan laporan ini.

"Niesha kelas apa sekarang?"soal Adam yang berjalan beriringan dengan Niesha.Fail laporan Adam pegang di tangan sebelah kiri.

"Kelas bm ,tapi cikgu mc hari ni so takde kelas "jawab Niesha gembira.Sapa tak happy oi kelas takde .Niesha perasan je ada beberapa orang yang pandangnya.Mungkin marah sebab dia rapat dengan ketua pengawas hot diorang lah kut tapi bagi Niesha ada ku kisah!

"Ketua pengawas kita dengan Niesha tu ada apa -apa ke korang rasa?"

"Entahlah ye lah kut,asyik pergi mana -mana berdua je semak pulak mata aku tengok "-berdesing telinga Niesha mendegar suara orang kurang siuman ni.

"Abang kita jalan cepat sikit!sakit telinga Niesha dengar suara sumbing kambing ni bang"ujar Niesha perlahan .Adam geleng dan senyum nipis .Ade jer dia nakĀ  gelar orang kambing!haih Niesha .

"Assalamualaikum"kata Adam dan Niesha ,Adam mengetuk perlahan pintu bilik pengetua tertera nama 'Danial Hamzah'

"Duduk Adam ,Niesha" kata tuan pengetua bersifat profesional.

"Ini laporan berkaitan budak perempuan yang bernama Zulaikha binti Zaid dari kelas 3 Beta yang jatuh tangga "Neisha menghulurkan laporan tersebut kepada Tuan pengetua terlebih dahulu.

Pengetua bersifat biasa ,masih membaca laporan yang disediakan oleh Niesha.Kenapa Niesha yang sediakan bukan penolong ketua pengawas ?sebabĀ  Arina iaitu penolong ketua pengawas masih di wad menerima rawatan,dia terlibat dalam kelamalangan jalan raya 3 hari lepas.

Tuan pengetua memberi laporan tersebut kepada guru disiplin,dan memang benar reaksinya terkejut.

"Betul ke semua dalam laporan ni Niesha,Adam?"soal cikgu disiplin.

"Betul cikgu,semua ni saya sudah siasat hampir seminggu lebih dan seperti yang cikgu lihat saya juga mempunyai bukti yang kukuh berkaitan kejadian ini"kata Niesha tenang.

"Okay takpelah kalau macam tu ,saya pun tak sangka dia adalah pelaku kejadian ini,saya harap benda ini tidak berlaku lagi ,dan hukuman yang akan berikan saya serah semua kepada awak dan Adam melalui persetujuan tuan pengetua"kata cikgu disiplin .

"Okay cikgu,kami akan selesaikan dalam masa terdekat" kata Adam.

"Kalau macam tu ,cikgu pergi dulu ya .Cikgu ada kelas lepas ni.Saya mintak diri dulu tuan pengetua"Tuan pengetua yang dari tadi senyap hanya memberi respon senyuman segaris dan anggukan.

"Fuh settle!"kata Niesha gembira lalu meletakkan kepala di atas meja pengetua.Adam dan Encik Hamzah tersenyum sambil geleng kepala.

"Penat sangat ke Sha"soal Encik Hamzah sambil menulis sesuatu di kertas .Adam dan Niesha belum keluar dari bilik pengetua.

Niesha mengangkat kepala.
"Penat sikit lah pak su , nak settlekan kes ni ,tapi alhamdulillah semua dah selesai cuma sekarang hukuman yang nak bagi kat pesalah tu pak su kena bagitahu kitorang "

Ya mesti pelikkan ,Encik Danial Hamzah ni adalah bapa saudara Adam iaitu abang kepada Abi Adam,dan papa Neisha pula sepupu dengan tuan pengetua kita ni.Hubungan mereka ni pun tiada siapa tahu termasuk Aamy kawan baik Niesha sekalipun,sebabtu masa depan cikgu disiplin tadi mereka berlagak profesional tapi belakang diorang tak pun!.

"Betul pak su bagitahu kitorang dulu nanti baru Adam boleh buat surat pastu pak su sign jer"kata Adam bangga,buat ape nak simpan pelajar yang perangai entah apa kat sekolah ni!

Encik Hamzah geleng kepala melihat anak buahnya ini .Dia sayang akan dua mereka ni bukan sebab diorang berdua ni lah selalu akan selesaikan setiap masalah disiplin dalam sekolah ni tapi mereka ni ahli keluarga.

Encik Hamzah menarik laci mejanya,coklat Cadbury dikeluarkan dan diberikan pada Niesha.

"Wah thankyou pak su! cair mulut tengok"ujar Niesha teruja, coklat mana boleh berpisah dengan Niesha Rania!Niesha terus membuka plastik lalu menggigit .Adam yang tengok tergelak.

"Upah pak su bagi,makan elok sha nanti comot"tegur pak su sambil geleng kepala .Niesha senyum ,Adam memberi Niesha tisu .

"Cuba korang cadangkan hukuman apa yang patut pak su bagi dekat budak yang buat salah tu"

Niesha dan Adam senyum .Mereka berpaling serentak pada Encik Hamzah.

"Buang sekolah!"kata mereka serentak

"Ni dah rancang ke korang nak dia dibuang sekolah" tanya Encik Hamzah hairan,dua -dua jawapan sama.

"Takpun ,tapi betul apa cadangan kitorang .Buat apa nak simpan geng toyol macam tu ,buat semak tambah buat malu nama sekolah "tengok ni Niesha memang suka gelarkan orang lagi -lagi yang jenis perangai busuk taik lembu!

"Dan rekod disiplin sekolah kita pak su " sambung Adam .

Encik Hamzah berfikir sejenak,ada betul apa yang diberitahu oleh anak buahnya itu.Lagipun ini bukan kali pertama mereka melakukan kesalahan,dan bukan sebelum ini mereka tidak diberi amaran tapi buat kali ini tidak boleh disimpan lagi bimbang akan budak yang lain pula cedera .

"Okay kita buang geng yang Niesha cakap toyol tu dari sekolah ni"kata Encik Hamzah tersenyum bukan apa sampai ke dia pergi ikut apa yang Niesha gelarkan geng tersebut.

"Yes ,tak payah Niesha nak tengok muka diorang lagi tambah nanti tak perlu tangan Niesha ni kena tulis nama diorang dalam laporan setiap bulan mesti ada!" Niesha menyambung makan coklat.

"Okay nanti esok pagi surat buang sekolah tu ada depan meja pak su,pak su tunggu sign je"kata Adam lega,dia pun sama macam Niesha buat semak kepala dengan budak geng toyol tu.

***

Niesha bergerak ke kelasnya manakala Adam masuk kelasnya iaitu 5 Diamond.
Hampir sejam mereka di bilik pengetua.

Niesha duduk di atas kerusinya lalu menyembamkan muka di atas meja.Tidur lah jap lagipun kelas bm berbaki 30 minit lagi .

"Niesha kau tido ke?"tanya Aamy perlahan, risau dia kacau si singa ni tido .

Niesha mengangkat muka.
"Belum baru nak tido,kenapa?"

"Macam mana lama jugak kau dekat bilik pengetua,apa keputusan pengetua?"bisik Aamy perlahan.

"Buang sekolah"jawab Niesha ringkas ,mata masih terpejam.

"Ouh lega aku dengar"

"Aamy nanti gerak aku kalau cikgu masuk"kata Niesha.

"Okay no hal ,kau tido lah dulu aku nak study sikit"Niesha ni nampak tak study tapi bila results gempak,dengan sukan dia lagi.

Niesha hanya mengangkat tanda okay.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience