Bab 1

Romance Series 4008

"Niesha turun breakfast cepat!nanti lambat nak pergi sekolah "laung Datin Elena dari bawah.Anak dara dia sorang ni bersiap bukan main lama,nak pergi sekolah je pun ,haih.Bebel Datin Elena .

Niesha yang mendengar laungan mama kesayangannya dari bawah terus bergegas turun ke bawah.Beg sekolah dicapai di bawa ke bahu sebelah kanan sahaja.

Niesha turun ke bawah , senyuman paling manis dia kasi buat mamanya .Nak bodek lah tu.Niesha meletakkan beg sekolah di atas sofa dan pergi ke dapur.

"Morning mama ku sayang!"Niesha peluk Datin Elena lalu mencium pipi kiri Elena.Datin Elena tersenyum,anak dia ni orang nak marah boleh jadi tak marah.

"Morning too sayang"ujar Datin Elena lalu menuangkan air milo ke dalam gelas dan diberikan kepada Niesha.

"Thanks ma" disuap nasi goreng ke dalam mulut .

"Mama hari ni Niesha balik lambat sikit tau ! Ada latihan " kata Niesha ,air milo diteguk perlahan ,panas!

"Okay hati-hati"

"Nak abang hantar pergi sekolah tak?"soal Nizam yang baru turun iaitu satu -satu abang yang Niesha ada.

Niesha senyum."Takpe abang ,hari ni adik nak gi sendiri "Niesha melihat jam di pergelangan tangannya,alamak pukul 7:45 ! Kalut dia menghabiskan air milo yang tinggal lalu pergi ke dapur bersalaman dengan mamanya.

Dicium pipi kiri dan kanan mamanya dengan cepat.Ni lah sapa suruh bangun lambat Niesha!Dahlah hari ni first day sekolah lepas 2 minggu cuti.

"Bye ma!"Niesha terus mengambil beg sekolahnya ,pintu rak kasut di buka ,kasut di ambil dan disarungkan.

Nizam geleng kepala.Adik dia sorang ni kalau tak kalut tak sah!kalut sampai dengan dia pun tak sempat salam.
"Dengan abang taknak salam?"ujar Nizam yang baru ingin mengambil kasut kerjanya.

Niesha baru teringat!"sorry abang Niesha lupa"dia terus bersalaman dengan Nizam dan terus pergi ke kereta Audi r8 dan bergegas ke sekolah.

***

Audi r8 masuk ke perkarangan sekolah.Ramai mata yang memandangnya .Mereka bukan tak tahu yang Niesha ni dari kalangan keluarga berada jugak tapi Niesha ni jenis jarang bawak kereta pergi sekolah ,itu lah kut yang buat mereka terpegun.Lagipun tak pelik ni sekolah swasta , kebanyakan datang dari keluarga yang kaya.

Niesha berubah mood,kalau dekat sekolah dia garang dan tegas .Maklumlah pengawas sekolah kan ,buat lembik tak tegas mula nak pijak kepala kita .

"Apa yang korang pandang,tak reti nak masuk kelas ke adik -adik semua !" kata Niesha dengan tegas,sibuk nak perhatikan orang.Nasib baik dia sempat sampai ke sekolah tepat pada waktunya.

Kelas 4 diamond di tuju.Niesha masuk ke dalam kelas ,lalu meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi.Dia duduk di bahagian tengah hujung sekali.Niesha baru nak letak punggung ,tiba -tiba disergah!

"Ba! Lambat kau datang hari ni"Niesha jeling Aamy iaitu kawan baiknya.Manakala Aamy pulak buat tak nampak dengan jelingan Niesha tu.

"Aku terbangun lambat ,semalam tido lewat" Niesha mengambil tisu basah di dalam laci meja lalu mengelap .Habuk!kena tinggal 2 minggu.

"Kau bertugas kat mana hari ni?"soal Aamy sambil mengeluarkan buku catatan hariannya .Dalam buku tu kebanyakan Aamy tulis tentang tugas ,apa yang berlaku di sekolah,nama budak yang degil dan  lain-lain.

"Aku tak bertugas hari ni,aku nak pergi bilik pengawas ,siapkan laporan pasal budak yang jatuh tangga 2 minggu lepas"jawab Niesha .

"Tak siap -siap lagi laporan yang tu ,berat sangat ke kes tu" soal Aamy.

"Bolehlah ,bukti kurang .Saksi pun tak ada .Tapi jangan risau lah aku boleh settlekan ,tunggu report siap aku bagi dekat kau "kata Niesha perlahan, bimbang budak kelas dia yang lain dengar.

Dan cikgu mata pelajaran Kimia masuk ,semua menumpukan perhatian di depan.

***

"Kau taknak turun rehat ke Niesha?"soal Aamy.

"Taknak aku rasa malas ,kau tolong belikan aku roti dengan air milo kotak"Niesha menghulurkan sekeping 5 ringgit.

"Okay nanti aku bagi kat bilik pengawas"kata Aamy lalu keluar dari kelas 4 Diamond.

Niesha menguap ,dia meletakkan kepala atas meja.Ngantuk weh!

Tiba-tiba notification personal whatsapp masuk.Niesha dengan malas mengambil dari poket baju nya.

"Niesha tak turun makan ke?"-adam

"Malas lah bang ,Niesha dah suruh Aamy belikan roti dengan air milo"balas Niesha mesej tersebut.Adam ialah abang sepupu yang Niesha paling rapat ,adam juga bersekolah di sini.

"Okay nanti jumpa kat bilik pengawas"balas Adam.Adam menyimpan telefonnya lalu membeli buah pisang empat biji.

Niesha hanya membaca mesej Adam lalu bergerak ke bilik pengawas.

***

Niesha yang ralik menulis report terdengar pintu bilik pengawas ditolak.Niesha perasan melalui bilik kacanya ,Aamy yang membawa plastik makanan masuk.

"Nah sha"Aamy meletakkan plastik  makanan di sebelah meja Niesha.

"Thanks "kata Niesha tanpa memandang Aamy,dia masih tekun menulis laporan.Lagipun laporan ni kena hantar hari ni.

"Ok done!"kata Niesha lega selepas 20 minit dia membuat laporan ,dia berpaling kawan baiknya di sebelah sedang memasukkan nama murid ke dalam sistem.

Niesha pandang pelik.Aik bukan aku suruh belikan satu kotak jer air milo ni kenapa ada tiga,roti pun ada dua.

"Takyah pandang peliklah Niesha ,aku saja belikan lebih untuk kau.Kau balik lambat kan hari" kata Aamy ,matanya masih ralit menghadap laptop.

Niesha senyum,macam tahu-tahu jer dia ni."Tapi aku bagi 5 ringgit je kan ,ni lebih dari 5 ringgit"kata Neisha lalu mengeluarkan sekeping 10 ringgit.

"Apelah kau ni,tak payah nak bayar .Setakat air dengan roti jer pun,takkan aku nak berkira"gelak Aamy,kawam dia sorang ni taknak berhutang budi dengan orang.

"Assalamualaikum,eh Aamy pun ada sekali"kata Adam yang baru masuk bilik  pengawas.

"Waalaikumussalam"jawab Aamy dan Neisha.

"Tak bertugas hari ni abang adam , lagipun Aamy nak masukkan nama dalam sistem"balas Aamy .

"Nah Niesha ,abang belikan pisang nanti boleh makan sebelum latihan petang ni"Adam menghulurkan plastik berisi pisang pada Niesha.

"Thanks ,tapi mana abang tahu Niesha balik lewat hari ni"kata Niesha lalu menyuap roti ke dalam mulut.

"Abang Nizam yang bagitahu abang pagi tadi,dia suruh abang teman Niesha nanti petang ni .Tapi lewat lah sikit sebab abang habis kelas pukul 3:30 "

"Lah takpelah abang,Niesha pandai jaga diri .Jangan risau lah,kesian kat abang kelas habis lambat pastu nak kena temankan Niesha pulak" kata Niesha serba -salah,abang dia pun satu yang pergi bagitahu Adam buat ape .

"Takpelah ,my pleasure "kata Adam dengan senyum.Adam ni kalau kat sekolah jarang nak nampak dia senyum,serius je memanjang.Adam hanya akan tak serius bila dengan orang yang dia kenal dan rapat.Adam juga ketua pengawas di sekolah ni.

Aamy hanya mendengar sahaja perbualan antara abang sepupu dan adik sepupu.Hubungan kekeluargaan antara Adam dengan Niesha ramai yang tak tahu termasuk cikgu,tapi Aamy mestilah tahu!tu pun terkantoi kalau tak Aamy tak tahu jugak.

"Abang ni laporan kes yang budak dari kelas 3 beta jatuh tangga tu" Niesha menghulurkan laporan itu kepada Adam.Adam membaca tekun,dan reaksinya terkejut.Dia memandang Niesha terkejut apa yang di baca,Niesha?dah tahu reaksi abang sepupu dia macam tu.Niesha hanya senyum sinis.

Aamy yang perasan terus mengambil laporan tersebut di tangan Adam.Dia pun terkejut tapi takdelah macam Adam.Dia meletakkan laporan itu lalu senyum sini juga .Siap lah kau !kau tunggu apa hukuman kau nanti  pihak sekolah bagi.

"Nanti abang teman Niesha jumpa guru disiplin lepastu pengetua"air milo di sedup sampai habis.

"Okay"

Thankyou ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience