Bab 16

Romance Series 4008

Niesha masuk ke bilik no 3,tilam yang empuk Niesha landing.

Cikgu Dahlia yang baru keluar dari tandas ,dipandang Niesha yang elok meniarap atas katil.

Niesha tidak perasan lagi cikgu Dahlia sedang memerhatikannya.

"Ehem "

Niesha terkejut,pantas dia bangun terduduk.Niesha sengih.

"Taknak bersihkan badan dulu?"soal Cikgu Dahlia.

Niesha angguk.

"Pergi lah ,kejap lagi nak ke dewan makan"kata cikgu Dahlia.

"baik cikgu"Niesha mengambil pakaian dan peralatan mandiannya terlebih dahulu .

***

"cikgu nak pergi dekat cikgu perempuan dekat sana kejap,Niesha tunggu sini yang lain datang boleh?"kata Cikgu Dahlia.

"Boleh cikgu"

"Hai Niesha,lama ke tunggu kitorang?"kata Faiz.

"tak pun"jawab Niesha.

"Kenapa tak ambil makanan lagi?"soal Daiyyan.

"Seganlah ramai macam ni,kalau ada teman takpe jugak.Cikgu Dahlia pun dah pergi berbual dengan cikgu lain"

"kau tunggu sini,aku pergi ambik"kata Daiyyan.Niesha angguk.

Daiyyan mengambil pinggan ,nasi dicedok ke dalam pinggan ,satu buatnya manakala satu buat Niesha.

"Baik betul kau layan Niesha,ada apa-apa ke?"soal Faiz.Dia juga mengambil pinggan.

Daiyyan tak layan,diambil lauk dan air.

Daiyyan meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk di depan Neisha.

"Thanks"

Daiyyan menarik kerusi berhadapan dengan Niesha lalu duduk.

"Sampai hati tak tunggu aku pun kau eh"Faiz yang baru datang menarik kerusi lalu duduk.

"Lambat tunggu kau"Daiyyan menyuap nasi ke dalam mulut.

Mereka menjamu selera.

***

Mereka berenam berjalan bersama-sama.Ada juga pelajar perempuan dari sekolah lain duk pandang mereka.

"Kita ni hot sangat ker?tu kau tengok 3 perempuan duk perhatikan kita"kata Faiz .Niesha jeling'perasan'

"Buat tak tahu sudah"jawab Daiyyan.

Dan telefon Daiyyan berbunyi ,mereka berenam berhenti berjalan.Semua memandang Daiyyan.

"Alhamdulillah semua okay...baru jer lepas makan...ada sebelah Daiyyan ni..

Mereka saling berpandangan ,siapa?

"ouh kejap.."Daiyyan memberi telefon kepada Neisha.

Niesha blur. "siapa?"

"abang Nizam"telefon bertukar tangan.

"Hello abang...hehe sorry lupa nak bagitahu abang"perbualan sekejap antara Nizam dengan Niesha didengar oleh kawannya.

"Nah abang kiram salam dekat kau"Daiyyan angguk, telefon di simpan dalam kocek.

"Rapat jugak eh korang ,kau Daiyyan boleh tahan nombor abang Niesha pun kau ada"

"Asal jealous?"jawab Daiyyan.

"ewww tak ada makna aku nak jealous dengan kau"

"Dah jom tengok kawasan sekitar ni, takde lah bosan sangat"kata Niesha .

***

Sekarang waktu petang , aktiviti riadah .Semua peserta dibenarkan membuat hal masing-masing namun perlu berada di kawasan sekitar ini.Pertandingan akan dimulakan esok.

Niesha bangun,tandas perempuan di tuju.Niesha keluar dari tandas lalu membasuh tangan dari singki.

"Hai nama apa?"tegur salah seorang peserta yang berada di dalam bilik air tersebut.

Niesha senyum.

"Niesha"

"ouh nama I,Mira dan sebelah I ni kawan I nama dia Aini"Ramah Mira memperkenalkan dirinya dan kawannya.

"ouh"Niesha senyum manis.

Mereka berjalan bertiga keluar dari tandas.

"Actually I tak pernah nampak you tahun lepas pun "kata Mira.

"Yeah ni first time,I ganti tempat kawan I "balas Niesha

Mira dan Aini angguk.

***

Niesha sedang membancuh air milo,manakala cikgu Dahlia di atas katil menghadap laptop.

Telefon Niesha berdering..

"siapa yang call saya tu cikgu?"soal Niesha yang sedang membasuh sudu di singki.

Dahlia memandang ke tepi,telefon Niesha berada di sebelahnya.

"Err abang Nizam"jawab Dahlia.

"ouh ,kejap "Niesha meletakkan cawan di atas meja.

Telefon berdering di ambil.

"Assalamualaikum adik ku sayang"

"eww apa ni abang ,sweet semacam"Niesha buat muka.

"Jawablah salam dulu kut yer pun"tegur Nizam.

"sorry lupa, waalaikumussalam "

"Ada apa call Niesha, abang tak kerja?"Niesha duduk bersila atas katil.Dahlia hanya pendengar.

"Tak boleh nak call adik sendiri?takdelah abang gurau je ,saja rindu adik hingus abang ni"usik Nizam.

"Eh apa ni, Niesha dah besar okay ...takde hingus dah"Kata Niesha gelak .Nizam juga tergelak.

"Abang kat mana sekarang"soal Niesha , keropok dimasukkan ke dalam mulut.

"Kondo ,tengah makan "

"Ouh call Niesha nak suruh teman dia makan jer lah ni...ingat apa tadi"

"Yes,sunyi sesorang kat rumah"

"Itulah adik suruh cari peneman tak nak ,semua dia tolak...kalau ada buah hati,tak sunyi boleh buah hati teman abang hahaha.Betul tak cikgu?"usik Niesha.

"cikgu?Niesha sebilik dengan cikgu ?"soal Niesha.

"Haah,kenapa abang nak bercakap dengan cikgu Niesha"idea nakal dia dah mula.Terkejut cikgu Dahlia mendengar Niesha berkata begitu.

"okaylah Niesha, abang ada kerja nak siapkan "kata Nizam.

Niesha sambung gelak,dah kenapa tiba-tiba.

"Eleh yelah tu ,ha okaylah Goodnight "Niesha meletakkan telefon.

***
Keesokkan harinya..

"cikgu saya keluar awak sikit tau"kata Niesha yang sedang mengikat tali kasut.

"okay Niesha,hati-hati.Jangan lupa pukul 10 pagi tu Niesha"kata cikgu Dahlia.

Siap mengikat tali kasut,Niesha bangun menikmati udara pagi yang sedar .Nyaman.

Daiyyan dengan muka serius plus dia risau sekarang.Dia whatsapp Niesha pagi tadi,sampai sekarang Niesha tak balas lagi.

"kau kenapa ,buruk betul muka"Kata Faiz tenang.

"Niesha ,aku whatsapp dia dari pagi tadi sampai sekarang tak balas"

Faiz memandang Daiyyan.

"Dah call dia belum?"

"Lupa ,kejap aku call"

"Apa punya bengap kawan aku ni"perli Faiz,dia merengangkan otot sedikit.

"Angkatlah Niesha"kata Daiyyan ,dalam hati.Daiyyan cuba mendail buat kali ke 3 ,namun hampa Niesha tidak mengangkat.

"Cuba sekali lagi ,mana tau dia berak kut"

Daiyyan jeling,sempat melawak pulak dia .Aku tengah risau ni.

Panggilan diangkat ..

"Niesha ,kau kenapa aku whatsapp..."kata Daiyyan terus tanpa salam

"Daiyyan,ni cikgu .Niesha keluar dia tinggal phone dia dalam bilik"kata cikgu Dahlia.

"Niesha keluar ke mana cikgu?"

"Takde pula dia bagitahu cikgu ,cuma dia kata nak ambik angin pagi tapi dekat sejam dah dia keluar tak balik-balik lagi.Risau juga cikgu"

"Terima kasih cikgu,kami pergi cari Niesha sekarang"

"Siapa kata nak ikut kau?"kata Faiz.

"Suka hati kau lah"balas Daiyyan lalu mula mencari Niesha.

"Ehh aku gurau je pun,sabarlah wehh!"Faiz lari mengejar Daiyyan di depan.

Hampir 15 minit ,mereka ke sana-sini mencari Niesha namun masih tidak jumpa.

"Kejap ,aku tahu kat mana"kata Daiyyan.

Faiz mengangkat kening tanda 'kat mana?'

***

"wah cantiknya!sejuk"kata Niesha teruja ,dia menghirup udara segar.

Niesha duduk di batu besar berhampiran tasik tersebut.Dipenuhi dengan bunga-bunga warna warni di sekitarnya.

Niesha mengambil ingin mengambil telefon untuk mengambil gambar, pokek seluar kiri kanan diseluk namun tiada.Sah aku tertinggal dalam bilik.

"Niesha!kau buat apa kat sini?"soal Daiyyan dari belakang.

Niesha terkejut dan hampir jatuh namun sempat dipegang oleh Daiyyan.

"Carefull " kata Daiyyan lembut.Niesha senyum kekok.

"Jom balik , pertandingan lagi sejam nak mula"kata Faiz,dia berjalan ke depan dulu.

Daiyyan membantu Niesha bangun.

Mereka berjalan pulang beriringan.

Sis belanja 2 chapter terus! Sorry lama tak updte

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience