Bab 6

Romance Series 4008

3 bulan kemudian.Tinggal sebulan lagi nak cuti sekolah,benda yang semua pelajar suka.Cuti sekolah panjang,sapa tak suka kan.

Sekarang peperiksaan spm dijalankan.Niesha jarang berhubung dengan Adam sejak 2 bulan sebelum spm ,dia taknak menganggu Adam.Jadi,Daiyyan lah yang selalu akan ikut dia ke mana.Naik menyampah Niesha,tapi Niesha tak boleh buat apa ini daripada keluarga mereka.

Niesha baru tahu kenapa Daiyyan berpindah ke sekolah pak su .Dalam surat wasiat yang atuk Niesha tinggalkan ,dia seorang sahaja cucu perempuan jadi dia perlu dijaga supaya keselamatannya terjamin kerana dia akan mewarisi 50% perniagaan keluarganya.Arwah atuknya memilih cucu no 1 kepada kawan baiknya atau rakam seperjuangan dalam bidang perniagaan.Arwah atuk Daiyyan dengan Niesha berkawan rapat,merekalah yang bertungkus-lumus ingin menaikkan nama syarikat .Buat masa sekarang,itu sahaja yang mereka tahu,selain itu peguam merahsiakan dahulu dan akan diberitahu bila tiba waktunya.

Niesha dan Daiyyan tidak boleh membantah,ini wasiat keluarga mereka.Mereka hanya mengikuti, lagipun Niesha dan Daiyyan kenal dari umur 12 tahun lagi cuma mereka jarang berjumpa.

"Okay terima kasih semua,cikgu harap keputusan peperiksaan akhir tahun kamu semua terbaik dan cemerlang, Apapun tahniah kamu semua dah berusaha sehabis baik , selebihnya terserah dan redha okay semua.Cikgu keluar dulu,jangan bising sangat "kata Cikgu Sharifah lalu keluar dari kelas 4 Diamond.

"Yey!!!freedom jugak akhirnya!"jerit mereka sekelas.

Niesha dan Daiyyan senyum melihat kawan-kawan mereka.Setelah dua minggu mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun dan hari ni mereka dah habis.Jadi sebulan mereka di sekolah tak perlu bawa buku, mereka akan diatur program yang best.

"Lega ?"soal Daiyyan.

"Gila kau tak lega habis exam, tak sabar nak cuti sekolah"ujar Niesha gembira.

Daiyyan senyum, setelah 4 bulan dia di sekolah ini Niesha akan selalu ada dengannya.Ramai yang kata mereka ni couple tapi mereka buat tak dengar.Pekak kan telinga,bila ditanya mereka akan jawab 'entah'.Itu yang membuat semua geram.

"Nah "Daiyyan memberi satu bar chocolate cadbury .

"Thanks"Niesha senyum gembira, digigit Cadbury tersebut.

'comel jugak kau ni kadang-kadang'

"Seronok seronok jugak ingat tahun depan kita spm"

"Tahulah"

***

"Balik dengan aku,aku nak bawak kau pergi satu tempat"kata Daiyyan.

"Taknak aku,bukan boleh percaya dengan kau ni"kata Niesha

Daiyyan jeling.

"Habistu selama ni 4 bulan aku jaga kau ada aku buat benda tak elok,kalau nak dah lama buat.Aku tahu haram halal "selepas itu Daiyyan terus berjalan meninggalkan Niesha dibelakang.Buat merajuk hahaha.

'alamak dia marah eh?'

Niesha pantas mengejar Daiyyan.

"Daiyyan tunggu lah!"jerit Niesha.

Daiyyan berhenti berjalan,dia pusing menghadap Niesha.

"Nak ape,aku nak balik"kata Daiyyan dingin.

"Okay aku ikut,tapi kau kena bagitahu abang aku dulu sebab aku dah bagitahu ...

"Aku dah cakap dekat abang Nizam,dengan aunty pun aku dah mintak izin"jawab Daiyyan ,belum Niesha habis bercakap Daiyyan dah jawab.

"Ish kau ni memang kan"Niesha geram,dia berjalan cepat tanpa memandang ke depan.

Daiyyan perasan terus menarik lengan Niesha.

"Kau kenapa!"bentak Niesha.Suka tarik -tarik orang.

"Bukan nak  berterima kasih dekat aku tolong kau, kalau tidak dah langgar tiang depan tu pastu naik benjol baru cantik jadi bonggol unta"Daiyyan pegang lengan Niesha yang berlapik di bawa ke keretanya.Kang nak tempuh tiang lagi .

Niesha jeling, perli aku lah tu.
Dia rasa dah macam budak-budak pulak kena pegang macam ni dahlah ada orang tengok.

"Budak-budak tengoklah Daiyyan"bisik Niesha.

"Kisah pulak aku,sapa suruh kau degil"

***

Suasana dalam kereta sunyi, masing-masing membisu . Daiyyan hanya fokus pada pemanduan,Niesha pula pandang sebelah cermin kereta.

Niesha pandang Daiyyan.

"Kenapa datang kondo?kau jangan macam-macam aku sepak kang"kata Niesha.

"Kau pehal bongok, fikiran merapu je kerja,kau tengok ni kawasan kondo sapa"

Niesha berfikir...

'kondo abang Nizam'

"Ingat dah?"tanya Daiyyan serius.

"Kondo abang Nizam , tapi kenapa datang sini" tanya Niesha hairan.

Daiyyan memarking kereta .

Daiyyan pandang Niesha.

"Kau tengok sekarang kita pakai baju apa?"

"Baju sekolah lah"jawab Niesha ,dia masih blur.

"Habistu takkan aku nak bawak kau keluar dengan baju sekolah macam ni ,eee kau kalau aku hempuk tak salah rasa"

'betul jugak'

"Dah keluar,naik tukar baju dulu"arah Daiyyan lembut.

Dia ni kan aku hairan lah . Sekejap serius sekejap tak.

"Kau macam mana?"

"Aku dah bawak baju,kau naik dulu nanti aku naik.Abang kau ada "

"Ouh okay"tanpa banyak cakap Niesha naik ke atas.

*** 
Daiyyan memarking kereta.

Niesha keluar dari kereta.Dia melihat keadaan sekeliling.Cantik!

Ada satu cafe yang famous di depannya.

Daiyyan masuk ke dalam cafe tersebut.Niesha mengikuti langkah Daiyyan.

"Jom naik atas"kata Daiyyan.

Terdapat satu meja yang tersembunyi daripada orang lain.Meja makan ditepi tingkat,boleh nampak pemandangan yang sangat cantik!

"Kau kenapa tiba-tiba bawak aku tempat macam ni"tanya Niesha pelik.

"Hadiah sebab kau menang hari tu"

Niesha simpan senyum,dia ingat Daiyyan tak kisah!ucap tahniah pun tak!

Daiyyan senyum melihat Niesha begitu.

Mereka menjamu selera.

Niesha mengelap mulut menggunakan tisu.

"Daiyyan aku nak tanya sikit"

"Tanya apa"

"Erm kau tak bosan ke asyik nak jaga aku ,mana aku pergi selalunya kau ada"tanya Niesha lembut.

"Takpun tapi kadang -kadang tu adalah jugak geram dengan kau,degil kau tu aku rasa nak lenyek dengan lesung"

Niesha jeling .

"Okay ok jer,aku tengok kau sekarang pun dah boleh dengar cakap aku kalau dulu ada jer kau nak membantah apa aku cakap, lagipun memang dalam wasiat pun cakap aku perlu protect kau.Mula-mula memang aku rasa menyampah,kenapa nak kena jaga kau , sedangkan kau ada family tapi aku makin kenal kau aku selesa.Mungkin apa yang arwah atuk kita aturkan untuk kita terbaik untuk kita"

Niesha senyum nipis mendengar luahan Daiyyan.

"Kita baru umur 16 sha,kita masih banyak tak tahu apa dalam family kita,pasal business family semua.Kita perlu sedia,tak lama kita iugak akan masuk dalam dunia business"ujar Daiyyan .

"Masuk kau kita kena bersedia "

"Yes,kau ingat tak peguam arwah atok cakap banyak lagi perkara yang mereka tak beritahu kita.Bila sampai masa ,kita akan tahu jugak"

"Aku harap semuanya yang baiklah, risau jugak aku kadang-kadang "

Daiyyan senyum.

"Insyaallah,jom aku hantar balik"

Thankyou ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience