Bab 19

Romance Series 4008

"Assalamualaikum..."kaki melangkah masuk ke dalam rumah Milik Datuk Ahmad Fattah.

Niesha dan Daiyyan melabuh punggung di satu sofa kosong.Mereka duduk bersebelahan.

"Ada apa panggil kami ,mummy ? daddy?"soal Daiyyan Nuqman.Danial Hamdan dan Kamalia Kaylee pandang mereka dengan riak muka seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari mereka berdua.

Danial Hamdan dan Ahmad Fattah senyum nipis lalu angguk iaitu memberi kebenaran kepada seorang lelaki yang berusia di depan mereka untuk bercakap.

"Nampaknya ,semua dah cukup . Boleh saya mulakan?"soal peguam itu.

"Mulakan apa ni?Niesha tak faham..mama?papa?"soal Niesha kebingungan.

"Cik Niesha Rania?dan kamu Daiyyan Nuqman betul?"

"Ye betul ,ada apa Encik?"tanya Daiyyan.Situasi makin tegang.

"Hadirnya saya di sini adalah ingin melaksanakan tugas terakhir saya yang diwasiatkan oleh atuk kamu berdua,Datuk Sri Malik dan Datuk Sri Zahari"

'wasiat atuk?Ya Allah kau permudahkan segalanya.Semoga yang baik-baik sahaja'

"Sebelum arwah meninggal ,mereka meninggalkan wasiat kepada saya,dan memandangkan kamu berdua sudah besar dan matang jadi sudah tiba masanya untuk saya memberitahu kesemuanya.Ini adalah wasiat yang ditinggalkan kamu berdua boleh baca"Peguam itu menghulurkan fail berwarna hitam kepada Daiyyan.Daiyyan mengambil perlahan, jujur hatinya juga berdebar ingin tahu.

Daiyyan dan Niesha dengan riak yang serius membaca bersama,di dalam hati.

'Assalamualaikum cucu -cucu kami, sekiranya kamu membaca wasiat ini, sudah semestinya kami tiada.Kami mewasiatkan ini kepada kamu berdua kerana kami yakin akan kebolehan kamu berdua.Daiyyan,kamu adalah satu-satunya cucu yang atuk ada ,tiada siapa lagi yang boleh mengambil alih tempat atuk kecuali kamu Daiyyan,namun ada satu perkara yang kami ingin kamu berdua tunaikan.Dan kami buat semua ini untuk kepentingan semua,untuk keluarga kita..

Daiyyan kamu perlu berkahwin dengan Niesha Rania ..(Niesha dan Daiyyan terkejut,mereka memandang antara satu sama lain)Ini adalah wasiat daripada kami berdua,atuk harap cucu-cucu kami dapat tunaikan.Kami percaya yang Daiyyan adalah jodoh terbaik buat Niesha Rania.Dan Niesha atuk yakin yang Daiyyan Nuqman cucu dan pewaris kepada HIGHMARIOUSE EMPIRE mampu menjaga , melindungi dan menyayangi cucu atuk Niesha Rania sepenuhnya.'

Fail Daiyyan letak di atas meja kaca di hadapannya.Niesha kaku di tempatnya,langsung dia tidak berpaling ke hadapan.Dia kena kahwin dengan Daiyyan Nuqman?Di usia muda nak galas tanggungjawab ini?

Allahuakbar,dugaan apakah ini.

Daiyyan mengurut pelipisnya.

"Tapi kenapa?apa sebabnya ?"soal Daiyyan.

"Mummy? Daddy ?Uncle and Aunty?We need explanation from you guys"

Jelas diwajah mereka berempat serba salah , namun mereka tetap perlu memberitahu perkara ini.

Elena pergi ke tempat duduk Niesha,dia memeluk Niesha dari tepi.Niesha tidak membalas,dia hanya tunduk badan mengeras.Elena tersentuh dengan anaknya.Elena tahu ini sudah semestinya bukan Niesha mahukan, Niesha pernah memberitahunya dia taknak berkahwin di usia muda.Tambah Elena tahu Niesha selalu bergaduh dengan Daiyyan ,dari mereka kecik lagi.Elena berharap semua dipermudahkan.

"Begini,atuk kamu berdua adalah kawan perniagaan dan mereka juga mempunyai saham masing-masing.Empire yang ada sekarang adalah usaha titik peluh mereka jadi mereka ingin kedua-dua Empire ini iaitu HIGHMARIOUS EMPIRE dan VILLALOVE EMPIRE dikekalkan bersama oleh itu pewaris daripada cucu mereka perlu berkahwin sebelum umur mereka 18 tahun.Dan memandangkan Encik Daiyyan Nuqman cucu lelaki tunggal Arwah Datuk sri Malik dan Cik Niesha Rania cucu tunggal perempuan Datuk sri Zahari jadi kamu berdua perlu berkahwin bagi mengekalkan kedua-dua Empire ini bersama."terang panjang lebar peguam itu.

"Daddy dan uncle mintak maaf Daiyyan ,tapi kami harap kamu berdua buat keputusan yang bijak demi keluarga dan Empire yang atuk kamu usaha selama ini diteruskan "kata Danial Hamdan.Situasi makin tegang.

Niesha tidak semena minitik air mata,apakah keputusan yang Daiyyan akan lakukan.

"Macam mana kami nak uruskan dua Empire megah ini dengan usia kami yang sangat muda?"soal Daiyyan.Dia tersentuh dengan Niesha yanh tunduk dari tadi,dan dia juga tidak buta walaupun Niesha tidak mengeluarkan bunyi namun dia tahu yang Niesha sedang menangis.

"Uncle percaya dan yakin kamu berdua mampu harungi bersama ,dan uncle tahu Daiyyan dan Niesha bukan tidak tahu langsung berkaitan Syarikat .Akan ada perancangan yang lain selepas ini."kata Ahmad Fattah.

"Kami semua yakin dengan kebolehan kamu berdua,jangan risau kami sentiasa ada dibelakang untuk membantu kamu berdua .Dan daddy tahu kamu Daiyyan walaupun Daddy tidak pernah suruh lagi kamu menguruskan syarikat tapi dalam diam kamu buat kan? setiap hujung bulan kamu akan check semua yang berlaku dan sale syarikat setiap bulan?"Daiyyan terkejut, macam mana Daddynya boleh tahu.

"Niesha kami juga sama kan?kamu buat sama macam Daiyyan buat ,dalam diam.Papa dengan uncle dah tahu lama cuma kami diamkan, dan apabila kami tahu wasiat yang ditinggalkan ,jelas memang betul keputusan yang atuk kamu berdua buat betul"Niesha mengangkat muka,dia juga terkejut malah lagi dia terkejut Daiyyan pun melakukan perkara sama.

"Macam mana papa dengan uncle boleh tahu?"soal Niesha yang dari tadi mendiamkan diri.

Danial Hamdan dan Ahmad Fattah hanya senyum.Mereka kenal anak mereka.

Datin Elena Zahra dan Kamalia Zahra juga tidak sangka ,suami mereka tidak pernah sesakali memberitahu perkara ini.

"Jadi bagaimana Encik Daiyyan dan Cik Niesha?dah buat keputusan dan kami semua sangat mengharapkan keputusan yang baik"kata peguam tersebut.

Daiyyan bangun,"bagi kami masa berbincang sekejap".Daiyyan menarik lengan Niesha,keluar dari bilik ,lalu pergi ke tepi kolam .

"Saya harap mereka membuat keputusan yang betul , abang"kata Kamalia .

"Insyaallah ,saya yakin mereka akan berfikiran matang"

Daiyyan memandang Niesha ,jelas gadis ini menangis ,badan tersedu menahan tangisan yang hampir terkeluar.

Allah berat apa yang kami perlu terima, kehidupan yang dilihat senang dan mewah di mata orang lain tidak akan mereka tahu dugaan dan ujian yang mereka perlu harungi di dalam.

"Niesha.."Daiyyan menarik Niesha ke dalam pelukan.
Dan tangisan Niesha akhirnya terlepas jua.Basah baju Daiyyan di bahu .Daiyyan menggosok belakang Niesha,memenangkan Niesha .Dia tahu berat untuk Niesha terima semua ini, sama juga dengan dia.Perkahwinan bukan boleh di bawa main-main.Dia harus kuat, dia harus menjadi kekuatan buat Niesha.

Niesha melepaskan pelukan,air mata di kesat dengan tangan.Daiyyan mengambil sapu tangan dari seluar lalu dihulurkan kepada Niesha.

"Jangan risau, aku tak guna lagi"kata Daiyyan,Niesha menyambut huluran Daiyyan.

Niesha duduk di tepi kolam,Daiyyan juga sama.

"Niesha"

"Daiyyan"

"Takpe kau dulu .."kata Daiyyan tersenyum.

Niesha geleng, tanda taknak .Dia menyuruh Daiyyan mula dahulu.

Daiyyan senyum nipis.

"Niesha aku tahu kau sedih, dan aku pun tak sangka kita perlu berkahwin di usia muda macam ni.Aku faham ,kau mesti nak ada moments yang best zaman kau remaja tapi kau perlu berkahwin tambah lagi dengan aku.Kita kalau sehari tak gaduh tak sah kan?kalau dah kahwin nanti tak tahulah macam mana.Aku tak sangka wasiat yang kita tunggu selama ni rupanya berat untuk kita terima .."kata Daiyyan .

"Jadi kau nak buat apa sekarang?"soal Niesha.

"Aku tak tahu, aku tak berani nak buat keputusan .Aku ikut apa kau kata ,aku taknak kalau aku pentingkan diri sendiri dalam buat keputusan nanti kau yang merana dengan keputusan aku.Baik atau buruk keputusannya, aku terima dengan hati terbuka.Aku taknak kau sedih macam ni,aku taknak Niesha yang aku kenal ditemani air mata .Kau sedih aku pun nak sedih jugak ni(sempat melawak)biar aku sorang yang tanggung"jawab Daiyyan ,dia senyum nipis.

"Jadi kau nak aku buat keputusan?"soal Niesha . Daiyyan senyum nipis.

Niesha memejamkam mata,mengambil kekuatan yang ada dalam diri.

"Kalau kau tak sedia lagi aku boleh...
Belum sempat Daiyyan habis bercakap Neisha dah potong.

"Aku dah buat keputusan"kata Niesha.
Daiyyan terkejut.

"Apa keputusan kau?"sesungguhnya Daiyyan berdebar.

"Aku terima dan ikhlas hati tunaikan permintaan arwah atuk"kata Niesha perlahan.

Daiyyan mengucapkan alhamdulillah dalam hati,kau buat keputusan yang tepat . Insyaallah Niesha aku akan jaga dan sayang kau sepenuh hati aku.

Daiyyan senyum.

"Kenapa senyum ? aku salah buat keputusan ke?"

Daiyyan geleng.

"Tak ,kau buat keputusan yang tepat dan baik, Insyaallah kita sama-sama hadapi bersama selepas ni"

Niesha sebak,air mata menitis namun cepat Daiyyan sapu dengan kain.

"Kita buat keputusan yang betul,aku pun happy kau buat keputusan betul"

"Dah jangan nangis tak cantik"kata Daiyyan ,dia menghulurkan tangan untuk bantu Niesha berdiri.

Niesha angguk dan menyambut huluran Daiyyan.

Niesha dan Daiyyan berdiri,mereka berpandangan antara satu sama lain.

Daiyyan senyum nipis .

"Niesha Rania ,are you willing be my wife ?"

Niesha sebak lagi, dia angguk perlahan.Daiyyan senyum.

"Jom ,dah lama mereka tunggu kita.Sorry lamar kau cincin pun aku tak mampu beli"Gurau Daiyyan ,bukan tak mampu benda mengejut kan .

Niesha gelak perlahan,buat lawak pulak dia.Mereka berjalan masuk ke dalam rumah untuk ke bilik perbicaraan tadi.

Niesha dan Daiyyan yakin keputusan yang mereka buat dengan niat yang baik ini semoga dipermudahkan.Mereka buat untuk keluarga dan Syarikat keluarga,Daiyyan dan Niesha taknak menghancurkan segalanya demi kepentingan sendiri.Daiyyan dan Niesha taknak usaha dan titik peluh atuk mereka selama ini hancur kerana kepentingan mereka sendiri.

Niesha lega dengan keputusan yang dia buat , walaupun dia tidak cintakan Daiyyan sekarang namun dia tahu Daiyyan adalah lelaki yang mampu menjaganya.

[slow update]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience