"Kamu semua tunggu sini dahulu,sir nak pergi bilik guru ambik documents jap"kata Sir Nash .
"Baik sir"jawab mereka semua.
Niesha dan Daiyyan buat hal masing-masing,mereka duduk di bangku sebelah-menyebelah sahaja.Peserta yang layak wakil sekolah bagi pertandingan memanah hanya 6 orang sahaja.Dan yang membuatkan Niesha rasa sunyi ,dia seorang sahaja peserta perempuan.
"sir Nash pergi mana?"soal Cikgu Dahlia yang baru sampai.
"Ambik documents dekat bilik guru"jawab salah seorang dari mereka.
Daisy dan gengnya lalu di kawasan mereka berkumpul, tersenyum lebar terus Daisy apabila melihat Daiyyan.
"Hensemnya crush I" kata Daisy tersenyum.
"Perempuan tu buat apa kat situ eh?"soal Maria.
"Tak silap diorang ada competition"jawab Julia.
"Competition apa?"soal Maria lagi.Julia mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Eh Daisy you nak pergi mana!"panggil Maria.
Daisy pergi ke arah Daiyyan.Tersenyum-senyum macam kambing busuk.
"Ehem!"Daiyyan buat pekak termasuk Niesha ,mereka tidak pandang Daisy malah buat main phone.
"Ehem you Daiyyan kan?"
"Jangan tanya soalan yang kau memang dah tahu jawapannya apa"kata Daiyyan .Mata fokus dengan telefonnya.
Daisy senyum,malah Niesha dah naik menyampah .Tak nak pergi lagi ke minah busuk ni.
"You nak pergi mana dengan beg ni?"soal Daisy lagi.
"Pergi makan kenapa ?"jawab Niesha .
"Eh you diamlah,I tak tanya you pun kan"Daisy geram.
'Ada aku kesah?'Niesha menyumbat earpod di telinga.Dengar lagu lagi best.
"I pergi dulu eh Daiyyan,wish you gudluck"kata Daisy .
"Hurm.."jawab Daiyyan ringkas,walaupun jawapan Daiyyan ringkas dan Daiyyan tidak pandang langsung wajah Daisy tetap buat hati Daisy berbunga.
Daisy pergi dari situ dengan hati berbunga.
"Best kena ngorat?"soal Niesha.
"Kau kenapa?cemburu "usik Daiyyan.
Niesha membuat muka menyampah.Tak ada maknanya aku nak cemburu.
***
Daiyyan,Niesha dan yang lain turun dari bas.Mereka sudah sampai di kem Indra Mutiara . Walaupun tujuan mereka datang ke sini untuk pertandingan memanah namun pelbagai program yang diaturkan oleh pihak penaja.
"Kamu semua pergi ke dewan dengan cikgu Dahlia dahulu ,saya pergi daftar kehadiran dulu"kata Sir Nash.
"Baik sir"
Mereka semua berkumpul di dewan.
"Ramai jugak orang ,berapa sekolah cikgu?"soal Niesha.
"20 buah sekolah"jawab Cikgu Dahlia.
"Serius lah cikgu, berdebar pulak rasa"kata Niesha.
"Relax jer okay, cikgu ada dengan awak lagipun kita dua je girl kan "kata Cikgu Dahlia tersenyum.
Niesha tergelak.Nakal jugak eh Cikgu Dahlia.
"Okay ni kunci bilik,bawak masuk beg kamu semua dahulu nanti lepas asar datang ke dewan untuk makan dan kita ada aktiviti ,faham?"kata Sir Nash lalu memberi kunci bilik kepada Daiyyan. 5 pelajar lelaki duduk satu bilik.
"Faham cikgu"
'habistu aku macam mana?' nak nangis ni.
"Erm sir ,saya macam mana?"soal Niesha.
"Kau sebilik dengan perlajar perempuan sekolah lain lah"kata Daiyyan.
Niesha terkejut.Cikgu Dahlia dan Sir Nash dipandang Niesha pandang silih ganti.
"Betul ker cikgu,sir?"Niesha tak senang duduk dah ni.
Cikgu Dahlia tersenyum.Bahu dipegang.
"Tak ada lah,percayalah Daiyyan tu nak usik awak saja.Niesha tidur dengan cikgu okay?"soal cikgu Dahlia.
"Okay sangat cikgu dari kena sebilik dengan budak sekolah lain"kata Niesha gembira.
Mereka ketawa mendengar balasan Niesha,entah dari mana lawak pun Niesha tak tahu.Dia bukan tak reti berkawan ,tapi dia jenis susah bergaul lagi-lagi dengan orang baru kenal.Tambah kalau yang sombong, hati busuk ker? risau.
"Cikgu pergi ke bilik dulu ye Niesha"
"Baik cikgu,nanti saya datang"
"Nah kunci korang masuk dulu,aku ada hal nak berbual dengan Niesha jap"Daiyyan memberi kunci pada Faiz.
"Eleh ingat aku tak tahu, nak berdating lah tu..tertangkap padan muka!"
"Kepala hotak kau!kang ada makan penumbuk aku sat lagi"marah Daiyyan.
"Okay bro kitorang cau dulu"
"Garang betul.."kata Niesha dengan muka konon seram.
Daiyyan pandang Niesha .Eh kau!
Alamak dia marah ker?
"Kau marah eh?okay sorry"pantas Niesha meminta maaf,seram tengok muka Daiyyan yang serius.
'tahu takut'
Daiyyan mengambil rantai di dalam kocek seluarnya, terdapat satu loket kecik berbentuk heksagon.Rantai diberi kepada Niesha.
"Rantai?nak buat apa ni"soal Niesha.
"Ambik pakai, sepanjang kita kat sini jangan buang langsung"kata Daiyyan.
Rantai bertukar tangan.
"Tapi untuk apa?"
"Banyak tanya lah kau ni,pusing aku nak pakaikan"Niesha memusingkan badan.Rambut diangkat sedikit untuk memudahkan Daiyyan.
Aih berdebar pulak jantung ni!
"Siap!ingat jangan buang..arahan ni "tegas Daiyyan.
"Hurm yelah"Rantai yang dipakai Daiyyan tadi ditilik.
"Untuk apa ni?"soal Niesha.
"Nantilah aku bagitahu,tapi ingat aku pesan apa.Aku buat bersebab ,bukan saja-saja"kata Daiyyan lagi .
"Iya aku dengarlah"Niesha mengikut apa yang Daiyyan bagitahu.Pesanan abang Nizam ,buat Niesha dengar kata Daiyyan,dan Niesha percaya abang Nizam juga tahu tentang rantai ini .
"Nah upah,aku masuk bilik dulu .Apa-apa hal whatsapp aku"Daiyyan memberi Niesha coklat, tersenyum terus Niesha dapat coklat.
"Baik ,bye"kata Niesha dan mereka berpisah.Niesha ke kawasan perempuan manakala Daiyyan kawasan lelaki.
Share this novel