Aamy dan Niesha mengemaskan buku di atas meja,kelas mereka pada hari ini sudah habis.Tinggal mereka berdua sahaja yang masih di dalam kelas 4 Diamond.
"Niesha kau nak gi makan dulu ke solat dulu?"soal Aamy .
"Aku cuti aku nak makan roti dengan pisang jer"jawab Niesha lalu mengangkat beg sekolahnya ke bahu.
Aamy mengangguk.
"Ok kalau macam tu ,aku nak pergi solat dulu ,aku rasa tak sempat nak teman kau makan sebab kelas menari aku pukul 3:30 sekarang nak pukul 3:10"kata Aamy membuat muka serba salah.
Niesha senyum nipis.
"Aku okay lah tak payah nak buat muka kesian macam tu"
Mereka berdua keluar dari kelas 4 Diamond dan masing-masing pergi ke arah lain.Niesha ke bilik pengawas manakala Aamy ke surau kerana dia mahu solat terlebih dahulu.
Niesha menukarkan baju sekolah kepada baju jersey.Dalam bilik pengawas ni memang dah tersedia bilik persalinan ,bilik air dan mini pantry.
Siap menukarkan pakaian ,pantry dituju.Air kosong di ambil lalu diteguk.Neisha melihat jam di pergelangan tangannya sudah masuk pukul 3:30.
Itulah rutin Niesha dia tidak ramai kawan yang paling rapat Aamy lah kawan dia.Lagipun dia baru pindah ke sekolah ni awak tahun ni sama juga dengan Adam ,sebabtu hubungan dia dengan pengetua dan Adam masih dirahsiakan.
***
Dia masuk ke gelanggang badminton.Niesha aktif dalam sukan badminton ,dia selalu mewakili sekolah lamanya dulu ke peringkat Negeri dan mendapat tempat.
Niesha pun masih baru ini kali kedua dia berlatih sukan badminton di sekolah ini.Jadi dia masih belum mengenal lagi ahli dalam sukan ini Muka mereka pun Niesha ingat tak ingar jer.
Niesha membuat hal sendiri dia duduk di atas kerusi.Telefon di dalam poket di ambil.Niesha membuka mesej daripada Adam.
"Niesha dah dekat gelanggang ke?"-Adam
"Haah bang,tengah tunggu coach dengan ahli lain"balas Neisha
"Okay kejap lagi abang datang"-Adam
Niesha menyimpan telefon semula di dalam begnya .Dia sedar ada mata memandangnya.Mungkin dia fikir apalah Niesha buat kat sini kut.
"Player baru tu bukan Niesha ke?"-Melly
"Sombongnya I nampak"-Rozy
Niesha buat pekak bukan dia tak dengar.Niesha memang tak akan tegur atau ramah mesra dengan orang kalau orang tak tegur dia.Tapi bila dah kenal tahulah perangai Niesha ni macam ni.
"Kumpul semua sini ,kita buat warm up dulu" kata sir Haris memerangkap coach badminton mereka.
Mereka berkumpul di depan sir Haris termasuk Niesha.Mereka membuat dua barisan ,Niesha duduk di barisan yang kedua hujung sekali.
"Sorry sir kami lambat "kata Zariff dan Amar.
Zarif ialah ketua bagi sukan ni,Amar pula kawan baiknya.Mereka memang handal dalam sukan badminton.
"Takpe ,kitorang baru nak start warm up ,apa kata awak ketuai warm up hari ni"kata Sir Haris.
"Okay takde masalah sir"jawab Zariff.
Ketika warm up ,Zariff perasan ada player perempuan baru,cantik.
"1,2,3 lepas!"kata Amar kuat dan mereka semua lega.
"Okay bagus semua,as you guys can see kita ada new player "kata Sir Haris dan menunjukkan kepada Niesha.Semua mata memandang Niesha.
"Niesha come here,and
introduce yourself"
Niesha berjalan ke depan.Dia senyum nipis,biasa je.
"My name Niesha Rania from 4 Diamond,dan boleh panggil Niesha"jawab Niesha tenang.
"Thankyou Niesha ,ok now boleh start berlatih"
"Baik sir!"
Semua pergi ke gelanggang untuk berlawan berempat .Niesha dia tak tahu nak main dengan sapa .
"Niesha jum lawan"ajak Amar ,dia perasan yang Niesha pendiam dan team yang lain pun buat tak kisah.
Niesha senyum nipis
"Sure"
Mereka berlawan ,perlawanan sengit Amar 18 mata Niesha 20 and last Niesha Rania menang!
Amar dan Zariff tak percaya.Ni first time dia kalah dengan perempuan,selalunya kalau team dia lawan Amar mesti Amar menang sekarang tak bila Niesha.
Zariff senyum tengok Niesha yang mengelap peluh.Dia nampak yang Niesha banyak potensi.
"Tahniah Niesha you menang,first time I kalah lawan team perempuan ,selalu I menang"kata Amar kepenatan ,air mineral kosong diteguk.
Niesha senyum .
"Biasa je ,kita kena ingat tak hidup ni tak semestinya di atas" Niesha mengambil bulu tangkis menggunakan hujung badminton.
"Kau lawan aku pulak"ajak Zariff
"Aku no hal"
"Kita tengok ketua team kita ni menang ke kalah lawan Niesha!" Kata Amar dengan agak kuat.Mereka semua berhenti bermain dan melihat perlawanan sengit antara Zariff dan Niesha.Entah kenapa mereka tertarik.Sir Haris juga melihat gerak geri Niesha bermain,memang betul kata pengetua yang Niesha memang handal.
Sekarang mata Zariff 19 dan Niesha tidak jauh iaitu 17.Zariff senyum,hanya dua mata lagi dan dia menang.
"Kalau aku menang ,kau belanja aku makan esok"kata Zariff tersenyum.
"No hal belanja makan je pun tapi kalau aku menang ,kau kena bagi aku 10 chocolate Cadbury"Zariff angguk tanda setuju
"Boleh ?"tanya Niesha senyum sinis,kau cabar aku ke Zariff.
Dan sekarang mereka seri zariff dan Niesha sama 20 mata,tinggal 1 satu mata.Zariff start dan Niesha melompat badan dia pusing dan memukul bulu tangkis kuat ,malangnya Zariff tidak sempat sambut,Niesha menang!
Semua terkejut!Mereka tak sangka Niesha memang handal dalam badminton.
"Kau dah janji tadi,jangan lupa"Niesha pergi ke beg sukannya, air mineral diteguk.
Zariff tak sangka dia dikalahkan oleh perempuan dan dia adalah player baru.Dia memang ada dengar Niesha baru masuk awal tahun ni.Tapi awal ke ?sekarang dah setengah tahun.Eh jap ,yang aku nak fikir pasal dia kenapa.
"Macam mana weh rasa?aku ingat kau menang lawan Niesha"kata Amar tersenyum.
Zariff jeling.
"Rezeki dia hari ni"
"Eleh kau poyo betul"balas Adam
Melly dan Rozy pergi dekat Niesha.Niesha sekarang sedang berehat, penat lawan dua laki tadi!
"Hai Niesha"ujar Melly lalu menghulurkan tangan tanda perkenalan .
Niesha pandang pelik dah kenapa minah dua orang ni tadi kemain kutuk aku.
"Hai too "jawab Niesha perlahan.
"Kau hulur tangan kat aku kenapa?nak air ke"apa punya soalan kau ni Niesha orang nak berkenalan dengan kau lah.
"Kitorang nak berkenalan dengan kau,kita satu team tak salah kalau kitorang nak berkawan dengan kau lagipun kita 3 orang je perempuan"kata Rozy lalu menghulurkan tangan.
"Ikhlas ke nak berkawan dengan aku?" Soal Niesha .
Melly dan Rozy berpandangan .Seram dia ni.
"Ikhlaslah ,kau tak sudi ke berkawan dengan kitorang"tanya Melly,memang dia dengan Rozy nak berbaik dengan Niesha dan mereka jugak nak mintak sebab kata yang bukan-bukan dekat Niesha tadi.
"Okay"Niesha senyum dan menghulurkan tangan.Melly dan Rozy senyum gembira,dia sambut huluran Niesha.
"Eh Adam kamu buat apa kat sini?"soal sir Haris pelik.
"Saya cari Niesha sir "jawab Adam .
"Ouh Niesha tu kat gelanggang no 3"sir haris menunjukkan dengan jari kebaradaan Niesha yang sedang berbual Mellu dan Rozy.
"Terima kasih sir"
"Niesha habis traning pukul berapa?"soal Adam mengejut.
Niesha terkejut apatah lagi Melly dengan Rozy lagi mereka terkejut tiba -tiba ketua pengawas datang sini.
"Dah habis nak balik dah"jawab Niesha lalu mengemaskan barang
"Tak pernah ketua pengawas datang gelanggang waktu petang "kata Melly
"Cari Niesha?senior ada apa-apa ke dengan Niesha?"soalan yang diajukan oleh Rozy memang terus terang betul.Niesha terkejut,apa punya soalan kau ni,kalau kau tahu yang aku ni sepupu dengan Adan mesti korang lagi terkejut hahaha
Adam senyum nipis.
"Mana adalah merepek korang ni"jawab Adam tenang.
"Dah siap ,korang aku balik dululah .Jumpa esok bye!"kata Niesha lalu mengekori Adam dari belakang.
"Lain macam aku tengok ketua pengawas kita dengan Niesha siap jemput Niesha balik, ada apa-apa ker"ujar Amar .
"Aduhh!kau kenapa pergi ketuk kepala aku dengan botol air"marah Amar ,geram dia tiba-tiba kena ketuk oleh Zariff.
"Kau tu yang sibuk hal orang kenapa?nak jadi bawang "jeling Zariff.Tapi dalam hatinya juga tertanya apa hubungan Niesha dengan Adam.
Amar mencebik.Kadang -kadang susah jugak ada kawan yang serius ni.
Thankyou ❤️
Share this novel