Petang keesokkannya..
"Mel,kau ada nampak Niesha?"tanya Rozy.
"Tak ada ,kenapa ?"
"Takdelah aku pelik dia tak datang lagi selalunya dia datang awal "
Melly membetulkan tali kasut sukannya.
"Niesha tak datang 2 minggu,dia pergi traning memanah"jawab Melly lantang.
"Ouh ..eh what! 2 weeks!"
Melly angguk tanda 'yes'
"Lamanya , kenapa dia yang kena traning memanah pulak"
Melly menceritakan perkara sebenar.
"Ouh baru faham"
"Hello guys...warm up dulu!"kata Amar ceria yang baru masuk gelanggang.
Zariff tidak banyak cakap sepanjang traning hari ni.
***
"Ready?"
Niesha senyum lalu angguk tanda dia ready nak berlatih.Yes Daiyyan akan ajar dia .Niesha dah ada basic memanah cuma perlu kukuhkan.
Daiyyan membetulkan keadaan lengan Niesha yang bengkok sedikit.
"Fokus..1,2,3!"
Niesha senyum gembira .
Petang itu diselang gelak tawa mereka.
Setelah 1 jam ...
"Penat?"tanya Daiyyan.
"Sikit"
Daiyyan menghulurkan air mineral kosong pada Niesha.
"Thanks"
Daiyyan bangun pergi mengemas peralatan.
"Sejak bila kau terer memanah ?"soalan dituju buat Daiyyan.
"Lama dah dari darjah 6 aku ceburi sukan ni"
Niesha membuat mulut 'O'
"Siap,jom aku hantar kau balik"
***
"Kau tunggu sini jap ,aku pergi ambik kereta"
"Okay"Niesha duduk di kerusi batu yang berdekatan.
Tiba-tiba datang 3 orang lelaki .
"Hai cik adik, sorang ker?"tanya salah seorang dari mereka.
Niesha buat tak dengar,dia buat main phone padahal dalam hati dah gugup ni.
"Amboi sombong adik kita ni,ni buat abang lagi suka!"lalu mereka ketawa ,salah seorang dari mereka bermain dengan rambut Niesha.
Eh ni melampau !Niesha bangun dengan muka marah.
"Kau apehal ! sentuh rambut aku"marah Niesha.
Mereka gelak jahat.
"Garang sayang abang ni...hurm sentuh sikit pun tak boleh ker"
Niesha menjuling mata ,sumpah meluat!Daiyyan mana kau ni.
"Gila!"Niesha baru ingin beredar dari situ namun dia dipegang oleh dua orang lelaki daripada mereka.
"Lepaslah ,kau apehal"Niesha meronta.
Lelaki sorang lagi berjalan mendekati Niesha.Tangan Niesha dah dikunci oleh dua orang lelaki ni,dia tidak boleh bergerak.
Niesha semakin takut..Daiyyan mana kau ni,rintih Niesha dalam hati.
"Janganlah meronta macam ni sayang..."kata lelaki tersebut.Memandangkan sekarang waktu senja jadi tiada orang lalu di kawasan ini.
Niesha semakin meronta dengan kuat.
"Tolong...!!!"jerit Niesha sekuat hati.
Lelaki itu semakin mendekati Niesha,rambut Niesha dibelai ,pipi diusap
Dan tiba-tiba
Buk !Buk !Buk
Daiyyan memberi tumbukan pada lelaki yang ingin menyentuh Niesha,dua di muka satu di perut.Terbatuk-batuk lelaki tersebut lalu lari,manakala dua orang lagi sudah lari mula-mula mereka nampak Daiyyan.
Niesha menangis teresak-esak.
Daiyyan memegang bahu Niesha.Perasaan bersalah meyeburi diri kerana tinggal Niesha keseorangan.
"Niesha aku mintak maaf tinggal kau.."
Niesha masih teresak-esak, takut
"Masuk dalam kereta dulu okay"Daiyyan memegang lengan Niesha dengan lembut masuk ke dalam kereta.
"Niesha...aku mintak maaf .Aku tahu aku salah ,kalau aku tak tinggalkan mesti tak jadi macam ni"
"It' okay bukan salah kau "Niesha mengangkat muka,sembam kerana menangis.Hampir 15 minit jugak Niesha menangis dan mendiamkan diri .
"Salah aku, aku janji tak tinggalkan kau seseorang macam tu lagi"
Niesha senyum nipis.Daiyyan mengambil tisu ,sisa air mata Niesha di lap .Niesha terkejut dengan layanan Daiyyan.
Niesha mengambil tisu dari tangan Daiyyan .Dia senyum nipis.
Daiyyan menekan handbreak dan pergi dari situ.
"Hantar aku rumah abang Nizam lah"
"Sure ni"tanya Daiyyan ingin kepastian.
Niesha angguk.
"Aku taknak mama dengan papa risau,dengan mata bengkak macam ni"
"Okay"Daiyyan belok ke kiri untuk ke kondominium abang Nizam.
Niesha mengambil gula getah yang sedia ada dalam kereta Daiyyan.Dikunyah sambil menikmati pemandangan senja.
Selalu naik kereta Daiyyan,Niesha jadi terbiasa buat macam kereta sendiri.
***
"Niesha masuk mandi dulu eh abang"kata Niesha lalu pergi ke biliknya yang memang sedia ada di rumah ni.
Nizam menghidang air kosong buat Daiyyan.
"Apa jadi?"soal Nizam.
Daiyyan menceritakan semuanya pada Nizam.Jelas terkejut apa yang ingin berlaku pada adik perempuannya.
"Daiyyan minta maaf sangat-sangat abang , Daiyyan yang datang lambat "jelas di wajah Daiyyan yang kesal.
Nizam senyum,dia menepuk bahu Daiyyan.
"Takpelah ,benda dah janji yang penting Niesha selamat.Sepatutnya abang yang berterima kasih dekat Daiyyan sebab selamatkan adik abang "jawab Nizam.
"Aunty dengan uncle macam mana?"
"Yang tu Daiyyan jangan risau ,pandailah abang bagitahu mama dengan papa yang Niesha tidur sini"
Daiyyan angguk.
"Dah maghrib ni, solat sini teruslah lah Daiyyan .Takut tak sempat tengah jalan nanti dah masuk Isyak"kata Nizam.
"Takpelah abang,Daiyyan nak mandi tak selesa badan berpeluh berlatih tadi"balas Daiyyan.
"Apa susah mandi sini ,baju abang ada .Kejap abang pergi ambil"
"Okay"
***
"Arghh tolong!!jangan ganggu aku lah"tempik Niesha dalam tidur.
Daiyyan dan Nizam di luar tamu deras bangkit.Nizam membuka pintu bilik adiknya,dapat lihat Niesha yang meronta seolah-olah mahu dilepaskan.
Daiyyan hanya memerhati dari depan pintu.
"Adik,adik bangun "gerak Nizam.
Niesha tersedar ,pantas dia memeluk Nizam.Peluh di dahi Nizam lap.Nizam menggosok belakang adiknya.
Kejadian petang tadi menghantui Niesha sampai dibawa ke mimpi.
Daiyyan hanya memerhati adik beradik ni,sungguh akrab.Dia pergi dari situ,ruang tamu dituju.
Setelah beberapa minit ,Nizam keluar.
"Niesha dah tidur ?"soal Daiyyan sejurus melihat Nizam keluar dari bilik tersebut.
Nizam angguk lalu senyum nipis.
Daiyyan lega.
"Okaylah macam tu, Daiyyan baliklah dulu ,dah lewat takut mummy dengan daddy risau"
"Hati -hati bawa kereta "pesan Nizam.
"Okay "Daiyyan bersalaman dengan Nizam.Kunci kereta di atas meja kopi di ambil.
"Assalamualaikum"Daiyyan memberi salam lalu masuk ke dalam lif.
Nizam senyum,salam dijawab dalam hati.
Nizam rasa bersyukur Daiyyan selalu ada dengan Niesha.Dia boleh nampak yang Daiyyan risau betul tadi semasa Niesha meracau .
Share this novel