Niesha dan Daiyyan masuk kelas bersama.Aamy pandang kawan baik dia ni.
Niesha duduk ditempatnya.Aamy pergi ke tempat Niesha.
"Kau aku tengok macam rapat pulak dengan pelajar baru tu,masuk kelas pun sekali"Aamy senyum senget.
Niesha buat muka tak ada perasaan.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!"geram Aamy ,Niesha buat dek jer .
"Habistu kau nak aku cakap ape,dah aku nak masuk dia nak masuk kebetulan jer pun"tapi memang betul mereka berjalan sekali masuk ke kelas.Niesha malas bagitahu Aamy,nanti kecoh.
"Tangan kau kenapa ni"Risau Aamy , tangan yang berbalut dibelek.
"Tertumpah air milo panas tadi"
"Kau ni lain kali hati-hatilah"bebel Aamy.
Kalau mamat tu tak muncul takdenya tangan aku berbalut macam ni.
Daiyyan duduk ditempatnya.Niesha buat tak tahu .Aamy rasa segan tiba -tiba,dia bangun ke tempat duduknya .
"Kau kenapa bisu?"kata Daiyyan tanpa pandang Niesha.
"Haah "jawab Niesha ringkas,buku latihan fizik di ambil.Buat latihan lagi bagus dari layan mamat ni.
Daiyyan jeling.Kecik besar je dia tengok Niesha.
"Subjek apa lepasni"
"Kau bercakap dengan aku ke?"soal Niesha .
Daiyyan geram.
"Eh tak aku cakap dengan toyol,kenapa?"perli Daiyyan.
"Ouh baguslah,sama padan"kata Niesha dan dia keluar dari kelas kerana Rozy dan Melly hendak berjumpa dengannya.
'kau tunggu!siap kau!'kata Daiyyan dalam hati.
***
"Ada ape nak jumpa aku"
Rozy dan Melly pandang tangan Niesha yang berbalut.
"Tangan kau kenapa berbalut "soal Melly.
"Tertumpah air panas"
"Jadi kau datang tak latihan petang ni"soal Rozy.
"Taklah ,takkan nak main tangan berbalut macam ni.Nanti kau bagitahu kapten eh"kata Niesha.
"Okay "
***
Kelas tamat.
Niesha bangun mengemaskan beg sama juga dengan Daiyyan.
"Kau balik dengan apa"tanya Daiyyan ,tangan dimasukkan ke dalam kocek.
"Kereta , kenapa"Niesha mempercepatkan langkah.
"Drive sendiri ?"
"Yelah ,eh kau banyak pulak soalan .Dahlah aku balik dulu,orang duk pandang aku dengan kau ,naik semak"Niesha terus meninggalkan Daiyyan di belakang.
Pintu kereta di buka,beg diletakkan di seat belakang.
Tiba -tiba pintu keretanya di ketuk.Niesha menurunkan cermin kereta.
"Nak apa?"Soal Niesha malas.
"Kunci kereta?"Daiyyan menghulurkan tangan meminta kunci kereta.
"Kau kenapa mintak kunci kereta aku,aku penat ni weh .Jangan banyak songeh boleh tak,dahlah tangan aku ni tiba-tiba duk berdenyut"
Daiyya membuka pintu kereta , ditarik Niesha keluar dari kereta.Dia masuk ke tempat pemandu.
"Kau kenapa bengong!kereta aku ni!"marah Neisha.
"Masuk!aku hantar kau balik"kata Daiyyan tegas.
Niesha malas nak bergaduh ,dia masuk dalam kereta.
Daiyyan memandu keluar dari pintu pagar sekolah.
"Kau kenapa nak hantar aku balik tiba-tiba"tanya Niesha disebelah,mata memandang ke depan.
"Kau boleh ke drive dengan tangan sebelah berbalut macam tu,tadi kau kata tangan berdenyut dah okay belum"balas Daiyyan ,dia hanya fokus pemanduan .'kenapa aku terlampau caring dengan Niesha?'
'betul jugak apa dia cakap,kenapa aku rasa dia caring pulak' mungkin simpati jer kut Niesha.
"Okay dah sikit"Niesha memicit kepala.
Daiyyan melihat Niesha yang mimicit kepala dengan ekor mata .
"Kau ambik beg aku jap"
Niesha pandang Daiyyan sekilas, macam-macam lah dia ni .Aku tengah sakit kepala ni.
"Buka zip depan beg "
Niesha ikutkan sahaja.Niesha pandang ada minyak angin .
"Ambik sapu dekat kepala"arah Daiyyan .
Niesha ambik ubat angin disapu kepala dan hidung sedikit.Niesha menarik getah rambut,lega sedikit kalau tidak rambut ikat kemas macam tu sakit kepala .
Daiyyan pandang Niesha . Terpegun sekejap dia melihat Niesha yang tidak mengikat rambut .'Ya Allah ,apa aku ni'
"Aku tido jap,sampai rumah nanti gerak aku.Kau jangan pergi lain pulak"Neisha merebahkan sedikit kerusi.
"Hurm"
***
"Thanks Daiyyan tolong drive kereta Niesha sampai rumah"kata Elena tersenyum.
"Sama-sama aunty"
"Daiyyan masuklah dulu ,kita makan dulu .Mesti lapar kan tak makan tengahari lagi"
"Ha okay"tak sampai hati nak tolak pulak.
Niesha turun setelah siap mandi dan solat.Daiyyan juga baru siap solat,air wuduk masih basah di rambut.
Niesha tersedar.Dia terus pergi ke dapur.
"Jom Daiyyan makan dulu,nanti aunty suruh driver hantar Daiyyan balik"Datin Elena menyedok nasi,diberi pada Niesha dan Daiyyan.
"Takpe aunty,Adam kata dia nak singgah sini nanti . Daiyyan tumpangkan Adam nanti"
"Okaylah kalau macam tu,makan dulu ye aunty nak naik solat"
Daiyyan senyum.
Sekarang tinggal Daiyyan dan Niesha sahaja di meja makan.
Mereka makan tanpa bercakap,dua -dua lapar.
***
"Niesha mana tak datang latihan ke hari ni?"tanya Amar.
"Haah ,Niesha pesan kat saya tolong bagitahu dia tak dapat datang hari ni"terang Rozy.
"Ouh dia sakit ke?"
"Tangan Niesha bengkak sikit sebab tertumpah air panas "jawab Melly.
"Ouh ,okay jom warm up dulu "kata Amar.
Thankyou ❤️
Share this novel