Daiyyan menekan loceng rumah.
"Adik pergi buka pintu jap"arah Nizam di dalam biliknya.
"Baik!"Niesha membuka pintu,Daiyyan?
Daiyyan senyum nipis lalu masuk ke dalam rumah,Niesha blur?pintu ditutup perlahan.
Nizam keluar dari biliknya.
"Lama betul pergi beli sup "
Daiyyan garu tengkuk,lama lah dekat satu jam setengah dia keluar.
"Daiyyan balik rumah dulu, mandi " terang Daiyyan.
Nizam angguk,bukan dia tak nampak Daiyyan dah tukar baju.
"Niesha mari makan "
"Kejap abang"Niesha menutup tv dahulu sebelum ke dapur.
"Bila abang beli ni?"soal Niesha.
"Bukan abang tapi Daiyyan"
"Try lah makan ,tadi bubur abang buat sikit jer makan"sambung Nizam.
Daiyyan menghulurkan bubur nasi kepada Niesha.
"Thanks"
"Sedap?"soal Nizam.
"Sedap lah jugak, dari abang punya tawar"
"Kemain eh dia..."
Niesha sengih,usik sikit jer.
Nizam geleng kepala dengan perangai adiknya.
Suapan terakhir masuk ke dalam mulut Niesha,dan Alhamdulillah Niesha habis makan semangkuk.
"Sedap jugak sup ni walaupun ada rasa untuk orang untuk sakit ni...,kau beli dekat mana?"
"Mak jie yang masakkan"jawab Daiyyan.
"Mak jie?sapa tu "
"Pembantu rumah "lupa lah tu ,padahal Niesha dah pernah bertemu dengan Mak jie dahulu.
"Ouh ,cakap kat dia aku cakap sedap dia masak"
Daiyyan angguk.
***
"Niesha kau okay tak?kenapa tak datang sekolah hari ni.Aku tanya Daiyyan,dia kata kau tak sihat betul ker?"Soal Aamy di telefon.
"Banyaknya soalan kau"
"Jawablah Niesha,aku risau kau tahu"
"So sweet Aamy"Niesha gelak.
"Betul -betul lah Niesha Rania"Aamy geram.
"yelah,aku tak sihat sikit sebabtu tak datang hari ni"
"Kenapa tak bagitahu aku,at least chat aku.Daiyyan. kau boleh pulak bagitahu.Mana acii"Aamy jealous.
"Ape lah kau, jealous eh? Daiyyan tahu pun bukan aku yang bagitahulah"
"Habistu sapa?abang kau"
"yup pandai kau"
Dan mereka berbual, bercerita hampir sejam.
***
"Pak su pergi jugak tak esok?"soal Niesha.Sekarang dia berada di bilik pengetua.
Pengetua senyum.
"Mana lah pak su pergi ,kita bukan tuan rumah Niesha tahun ni.Niesha pergi dengan Sir Nash"
"Aloo,Niesha tak biasa lah pak su dengan team memanah"Niesha buat muka sedih.
"Ye ker?Niesha kenal lah sorang dalam team esok"
Niesha berfikir,namun tiada jawapan.
"siapa pak su?lelaki ke perempuan"
"lelaki"jawab Pak su.
"Betul -betul lah Pak su Niesha tak tahu ni"
"Daiyyan lah Sha sapa lagi"pengetua senyum.
"Serius lah pak su,Niesha tak pernah tahu pun"
"Manalah pak su tahu "
"Ish pak su ni,okaylah Niesha nak pergi bertugas"
***
Niesha berjalan ke kantin,buku nota kecik di tangan.
Ramai pelajar junior menegurnya,Neisha hanya angguk.
Keadaan bising di kantin.
Tiba-tiba datang seorang junior tingkatan 2 ,nafas dia tercungap-cungap kerana berlari.
"Kak Niesha!"jerit junior tersebut.
"Iya dik kenapa ni?"
"Ada pelajar baru gaduh dengan junior form 1"
"Okay ,akak pergi settlekan "
Niesha masuk dalam kantin.Pelajar lain yangs sedang makan semua fokus melihat Neisha yang masuk kantin.
Mereka tahu,kalau Neisha turun ni memang habislah.Niesha jarang ke kantin.
"Hoi budak kau memang nak kena kan!"tempik budak baru itu.
"Saya mintak maaf kak..."tertunduk junior form 1 itu.
"Siapa kak kau hah!"dia ingin menarik rambut budak form itu.
Niesha yang memerhati dari tadi terus pergi,tangan yang ingin menarik rambut pelajar form 1 itu dipegang.
Dia bengang!siapa yang berani pegang tangan aku ni.
"Kau siapa nak halang aku hah!"marah Daisy.
Niesha senyum,tangan Daisy dipegang dengan kuat.
"lepaslah ! sakit bongok!"marah Daisy.
Situasi semakin sengit,pelajar lain di belakang sudah risau..kang ada harimau mengamuk nanti !
Niesha panas!bongok kau bahasakan aku!
"Adik pergi masuk kelas ,takpe biar akak settlekan"kata Niesha lembut kepada junior form 1 .
Daisy bengang!
"Aku tak habis lagi urusan dengan budak tu lah"marah Daisy.
Neisha memandang Daisy,muka cantik tapi perangai busuk.
"Yang kau ni kenapa pandang-pandang aku!lepas!"Daisy mengarah agar Neisha melepaskan kedua-dua tangannya.
"Kau bisu ker!"marah Daisy lagi,bengang lah dia dengan pengawas bisu ni.
Niesha mencengkam tangan Daisy,Daisy menahan sakit.
"Sakit.."kata Niesha sinis.Pelajar lain makin risau.
"Kau kata aku bisu tadi eh...kau dengar sini busuk
Mata Daisy membulat!busuk kau panggil aku!
"tak payah buat muka terkejut hodoh macam tu memang sepadan "
"Kau tarik rambut dia "arah Daisy pada Maria,geng Daisy.
Maria ingin menarik rambut Niesha namun tangan ditepis oleh seseorang.Daisy dan Maria terkejut,hensemnya laki ni.Daisy dah tersenyum.
"Kenapa ni Neisha?"tanya Daiyyan.
Soalan Daiyyan dibiarkan..
"Kau dengan sini busuk!kau baru masuk sekolah ni buat perangai tu elok sikit.Kau jangan nak ikut kepala kau yang sewel tu faham.Aku lepaskan,kau buat hal lagi siap!"
Daisy memandang Daiyyan,apa yang dikatakan oleh Niesha masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Niesha melepaskan tangan Daisy.
"Jom ,lama -lama kat sini ada yang kena sepak"Niesha berjalan keluar dari kantin.Daiyyan mengikuti langkah Niesha.
"hensemkam laki tadi"kata Daisy tersenyum.
Share this novel