Adam masuk ke dalam hospital,blok kecemasan di tuju.
"Daiyyan.."pannggil Adam, nafas tercungap-cungap.
Daiyyan berpaling, terkejut dia dengan kehadiran Adam di hospital.
"Macam mana kau tahu?"tanya Daiyyan ,mata memandang pintu kecemasan.Niesha baru masuk 15 minit namun hati dia risau,dia takut benda yang tak elok berlaku pada Niesha.
Adam duduk di sebelah Daiyyan.
"Itu kau tak perlu tahulah,Niesha macam mana?"
"Tak tahu lagi, doktor tengah periksa dalam bilik kecemasan"
"Macam mana Niesha boleh pengsan?"Tanya Adam namun tidak sempat Daiyyan jawab pintu kecemasan di buka.
Keluar seorang doktor lelaki,dia membuka pelitup muka.
Daiyyan dan Adam bangun dari duduk.
"Abang Niesha macam mana?dia okay?"soal Adam dahulu.
Nizam senyum nipis lalu angguk.
"Alhamdulillah Niesha okay,nasib baik Daiyyan bawa Niesha cepat tidak tak tahulah.Abang pun terkejut tadi masuk bilik kecemasan ,adik sendiri "Nizam perlu bekerja di wad kecemasan hari ni ,jadi kliniknya hari ni ditutup.Doktor yang selalu bertugas ada urusan penting yang tak dapat dielakkan ,jadi pihak hospital meminta Nizam ganti.
"Daiyyan mintak maaf abang tak jaga Niesha "
Nizam menepuk bahu Daiyyan.
"Jangan risaulah ,abang tak salahkan kamu pun.Daiyyan bawa adik abang cepat ke hospital pun abang dah bersyukur"
Daiyyan angguk perlahan.
"Niesha belum sedar lagi ,abang bagi ubat tidur biar dia rehat dahulu ,banyak benda yang dia fikir tu.Esok insyaallah dia bangun,nanti kalau nak lawat bolehlah lepas diorang pindahkan Niesha ke wad"terang Nizam.
Daiyyan angguk.
"Thanks .."
Nizam senyum,dapat di lihat kerisauan di muka Daiyyan .
"Abang pergi dulu ,ada kerja nak selesaikan"
***
Setelah itu, Daiyyan pulang ke rumah dahulu membersihkan badan dan menunaikan solat .
"Daiyyan bersiap ni nak ke hospital ?"
Daiyyan angguk.
"Daiyyan tidur sana ,teman Niesha "Daiyyan menyalam tangan mummynya.
"Eloklah macam tu ,tunjuk contoh baik"
Daiyyan senyum nipis,kunci kereta di ambil terlebih dahulu.
__
Pintu bilik wad yang Niesha ditempatkan dibuka perlahan.
Daiyyan masuk,plastik yang berisi buah apple
diletakkan atas meja .
Daiyyan melihat Niesha yang terbaring dia atas katil dan pandangan jatuh ke tangan kiri Niesha yang berjarum.
'Kenapa kau nak seksa diri Niesha'
Dia sudah tahu kenapa Niesha boleh pengsan,semua telah diceritakan oleh Aamy .
Daiyyan tak sangka sampai begitu,dia tahu Niesha nak hilangkan serabut dengan bermain badminton malangnya tidak terkawal tambah Niesha tidak makan itu yang menjadi badan lemah .
Sofa tiga tidak jauh dari katil Niesha, Daiyyan baring.
Mata memandang syiling putih hospital,dan lama kelamaan dia terlelap.Penat seharian .
***
Niesha membuka mata perlahan,cahaya putih yang terang menusuk ke dalam mata,Niesha memeritkan mata.
'aku kat mana ni?'
"Doktor!"seorang nurse perempuan memanggil doktor setelah melihat patient di hadapannya sedar.
"Patient dah sedar tadi"kata nurse itu.
"Ouh alhamdulillah,awak boleh keluar dulu.Biar saya uruskan"kata doktor tersebut .Nurse itu mengangguk lalu keluar dari wad.
"Abang?"
Nizam senyum nipis ,Niesha diperiksa dahulu setelah siap stetoskop disangkut di leher.
"Ye..macam mana rasa sekarang?ada sakit lagi tak dekat perut?"soal Nizam.
Niesha geleng.Dia memandangkan abangnya yang menuangkan air kosong ke dalam gelas.
Nizam menghulurkan air kosong itu kepada Niesha.
"Kenapa pandang abang macam tu?"
Niesha geleng perlahan,air di dalam gelas dia minum sedikit menghilangkan rasa kering di tekak.
"Okaylah adik rehat dulu,abang nak kena check patient lain dulu nanti dalam tengahari macam tu abang jenguk balik Niesha"
Niesha angguk perlahan.
"Abang"panggil Niesha,Nizam memalingkan badan.
"Kenapa,ada rasa sakit ke?"
Niesha geleng perlahan.
"Mama dengan papa tahu?"
"Ouh ingat apa lah tadi ,mesti lah diorang tahu ..
Muka Niesha berubah ,dia makin rasa bersalah.
"Tapi Niesha jangan risaulah abang tak cerita yang jadi kat sekolah dekat mama papa.Abang cuma bagitahu perut Niesha masuk angin tak makan ,itu yang jadi gastrik teruk"
"Thanks .."Niesha senyum nipis .
***
"Niesha kamu buat mama risau betullah,nasib baik tak jadi apa -apa kalau tak ..
"Kesian anak kita tu, tengah sakit lagi tambah kena dengar awal membebel lagi,bagi dia rehat secukupnya"
"Iyelah ,Niesha rehat dulu mama temankan"
Niesha senyum buat mama dan papanya lalu angguk .
"Niesha nak buah?mama potongkan"
"Takpelah mama ,Niesha kenyang"
"Kenyang makan apa?tu nasi hospital kamu tak makan pun"bebel Datin Elena .
Niesha garu kepala.
"Nanti Niesha makan okay ma..hurm nak peluk?"Niesha mendepakan tangan.Elena tersenyum ,manja betul anak dara dia sorang ni.Bila di ingatkan ,sedih juga tidak lama lagi Niesha dah nak jadi isteri orang.
"Daiyyan?bila kamu sampai?"soal Fattah melihat Daiyyan yang baru masuk ke dalam .
"Baru je uncle"Daiyyan menyalam tangan Ahmad Fattah.
"Daiyyan keluar dululah uncle , aunty.Maaf menganggu uncle dengan aunty .Daiyyan tak tahu uncle dengan aunty ada dalam ni"kata Daiyyan segan .Sejak dia masuk ,lansung dia tidak pandang Niesha.
"Eh apa pulak ,tak menganggu pun..aunty pun nak balik dah ,uncle kamu ada kerja sikit.Daiyyan tengokkan Niesha boleh?"
Daiyyan angguk.
"Jom abang!"Elena membuat isyarat mata,sahaja dia buat begitu.Dia nak bagi ruang pada Daiyyan dan Niesha.
Setelah mama dan papanya keluar,Niesha rasa janggal dengan Daiyyan .Dia juga bersalah terhadap Daiyyan.Dia tahu dia tidak sepatutnya membahayakan dirinya sebegitu.
Daiyyan tidak memandang Niesha.Dilihat makanan hospital belum lagi disentuh oleh Niesha.
"Kenapa tak makan?"soal Daiyyan biasa .
"Hah?erm takde selera"ujar Niesha perlahan.
"Nah makan jangan nak mengada,kau tak makan lambatlah boleh keluar hospital"ugut Daiyyan.
Niesha memegang sudu,bubur diambil sedikit lalu disuap ke dalam mulut.Tak sedap!
"Asal tak sedap?"
Niesha angguk banyak kali, seolah-olah ingin simpati dari Daiyyan.Mana tahu dia kata tak sedap tak yah makan kan?.
"Takde sedap ke tak, makan..perut kau tu kosong nanti sakit aku yang susah"kata Daiyyan dingin.
Niesha perasan Daiyyan melayan dia tak seperti biasa ,mungkin marah .
Niesha mencebik,dipaksa tekak makan juga bubur tawar itu.
setelah enam sudu Niesha makan,dia meletakkan sudu di tepi.
Dia ingin menuangkan air ,namun wayar di tangan menyebabkan pergerakannya terhalang.
Daiyyan bangun,gelas diambil lalu air kosong dituangkan.Dia menghulurkan gelas berisi air itu kepada Niesha.
"Thanks"ujar Niesha.Siap minum gelas diletakkan di atas meja.
"Siapa bawa apple ni?"tanya Niesha.
"Tak tahu, kenapa kau nak?"dia malas nak bagitahu Niesha yang apple tu sebenarnya dia yang beli.
Niesha garu kepala.
'nak tapi aku mana boleh kupas dengan tangan berjarum macam ni'
Daiyyan mengambil pisau ,apple yang siap dibasuh dikupas lalu dipotong kecil .
"Nak tu cakap,buat diam macam tu sapa nak tahu"
Apple yang dipotong kecil Daiyyan hulur kepada Niesha .
'tapi kau tahu apa ..'
"Thanks.."apple digigit .
Niesha ralik memandang Daiyyan yang sedang mengupas kulit epal.
"Aku tahu aku hensem"kata Daiyyan tiba-tiba.Tersedak Niesha.Kantoi dia tenung Daiyyan.
Daiyyan simpan senyum.
"Daiyyan.."
"Hurm"setelah siap potong ,Daiyyan pergi membasuh tangan.
"Ada apa tadi?"soal Daiyyan yang baru siap membersihkan tangan .Tisu diambil lalu di lap tangan yang basah.
"Aku mintak maaf..."ujar Niesha perlahan.
Daiyyan memandang Niesha serius..
"Kenapa nak mintak maaf dekat aku?"
Niesha makin serba salah.
"Errr ,sebab aku buat kau marah?"
"Kau tahu ke aku marah ke tak?"Daiyyan bermain soalan dengan Niesha.
"Mana lah aku tahu, dah jadi macam ni mesti kau marahkan aku buat kau risau tambah aku kan selalu menyusahkan kau.I'm sorry.."kata Niesha perlahan,dia nak menangis namun ditahan.
Keruso Daiyyan tarik,dia duduk di sebelah katil Niesha.
"Tahu pulak fikir aku ni risau ,bila buat kau fikir apa akan jadi? parents kau?abang kau?"
Niesha menitis air mata sedikit..
"aku mintak maaf...aku tahu aku salah"
'aku tak bolehlah tengok kau nangis Niesha'
"Dah jangan nangis tak elok ,ingat lain kali jangan buat lagi.Kau tak susahkan aku pun,jangan fikir macam tu lagi"
Niesha angguk,air mata dikesat.
"Bila Aamy call aku kata kau pengsan masa tu aku orang yang paling risau .Nasib baik aku sempat bawa kau ke sini.Kau tahu perut kau kosong tak makan and then kau pergi main badminton ..kau main sampai penat pun kau taknak berhenti sampai kau pengsan.Please jangan buat macam ni lagi, aku pun rasa bersalah dengan kau sekarang ni ."
"Risau jugak eh kau dekat aku.."
Daiyyan jeling,orang serius ni.
Niesha serius balik,salah time kau nak kenakan dia .
"Okay-okay, aku tahu aku salah sebab buat semua orang risau ..tapi kenapa kau nak rasa bersalah jugak?"
"kau ingat aku tak tahu kenapa kau buat macam tu?kau tak makan,kau biarkan perut kosong lepastu kau pergi lepaskan stress kau dengan pukul semua bulu tangkis ?"
"macam mana kau tahu semua ni?Aamy cerita kan"
"Itu tak penting Niesha ,yang penting kesihatan kau.Jangan buat perkara yang membahayakan diri kau"
Niesha angguk.
"Aku tahu kau sterss lepas dapat tahu wasiat tu,tapi kalau kau tak sanggup kenapa tak tolak?"
"Mana boleh macam tu,aku taknak semuanya hancur disebabkan ego aku.Suka atau tak aku kena terima .."
"Jadi kau dah mula terima tak aku ni bakal suami kau"
Niesha jeling.
"Sikitlah tapi tak banyak.."kata Niesha,dia mahu baring semula namun susah pula bila dia tertekan wayat air di tangan menyebabkan dia mengadu sedikit.
"ego lagi,padan muka kan dapat sakit"Dia membantu Niesha baring.
Niesha mencebik.
"Aku pergi cafe bawah jap"Daiyyan membetulkan selimut Niesha.
Niesha memandang Daiyyan keluar,dia pejam mata dan tertidur.Perut pun dah kenyang.
"Niesha okay?"soal Nizam di depan kaunter.
"Okay, Daiyyan paksa dia makan tadi lepastu Daiyyan suruh dia rehat"
"Ouh baguslah macam tu ,tadi mama abang suruh makan taknak maybe dia nak Daiyyan yang temankan"
"Takdelah abang, Daiyyan turun dulu nak pergi cafe "
Nizam angguk.
"Siapa tu doktor?"tanya nurse di kaunter pendaftaran itu.
"Sibuklah dia tu ,buat kerja .Jangan lupa maklumat patient bilik 34 saya nak dengan segera.Berbual jugak ,kerja jalan.Saya pergi dulu"kata Nizam.
Nurse itu mencebik.
'garang betul doktor Nizam ni'
Share this novel