BAB 12

Romance Completed 4799

Lama dia meniarap atas katil sambil merenung telefon bimbitnya. Tapi kemudian dia bangun dan bersila pula.

“Apa ni Aeril? Takkanlah dia pula yang nak mulakan dulu. Mestilah dia segan!” Aeril menampar pipinya sendiri.

“Tapi aku pun segan. Dah tu?” Aeril mengeluh.

“Tak boleh. Tak boleh. Aku kena juga mulakan dulu. Alah, rilek ajalah kan? Buat-buatlah macam jiran nak calling-calling jiran lain. Tak gitu? Lagipun dia yang bagi nombor dia dekat aku. Apa salah dan dosanya kalau aku telefon dia? Lagipun dia pun macam berkenan dekat aku. Okaylah tu!” Aeril tersengih-sengih sendiri. Memang dah sewel agaknya. Tanya sendiri jawab sendiri!

Dengan penuh gementar, Aeril mencari nombor Rina. Sebaik jumpa Aeril menekan butang memanggil.

Sepuluh saat tiada yang menjawab. Baru saja Aeril beura-ura mahu mematikan panggilan kedengaran telefon dijawab.

“Hello?” suara manja Rina menyapa.

“Err… hello!” goyang lutut Aeril mendengar suara Rina!

“Siapa ni?”

“Rina, ini Aeril!”

Selepas lima saat, “Betul ke ni Aeril?”

“Betullah. Saja aja telefon. Kenapa? Mengganggu awak ke?”

“Eh, mana ada! Tak ada ganggulah.”

“Ya ke? Saya sebenarnya nak ajak awak keluar makan esok. Esokkan cuti.” Entah macam mana tiba-tiba aja terlintas di fikiran Aeril mahu mengajak Rina keluar makan atau lebih tepat ‘dating’!

“Keluar makan? Boleh.”

“Hah? Betul ke boleh?” Terkejut Aeril mendengar keputusan yang serta-merta diambil Rina.

“Betul.”

“Kalau macam tu kita jumpa dekat Restoran Sri Melur pukul dua esok. Boleh?”

“Boleh. Jumpa esok.”

“Okay. Bye!”

“Bye!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience