BAB 23

Romance Completed 4799

“Jadi Aeril ni kiranya pengganti Alonglah bila Along tak ada?” Zaidi bertanya.

“Eh, tak adalah!” Aeril sudah malu-malu sendiri.

“Mana ada. Along mana ada pengganti. Dia ni aja yang menyemak,” Ana mencebik.

“Pandainya panggil orang menyemak!” Zaidi memicit hidung Ana.

“Sakitlah, Along!”Ana mengusap-usap hidungnya.

Aeril tersenyum melihat keletah dua beradik tersebut. Ana kelihatan jauh berbeza daripada perangai ganasnya yang biasa sebaliknya kelihatan lebih manja.

“Kak Rina, dekat belah sana ada cabutan bertuahlah! Jom tengok,” Ana mengajak.

“Ana ni tak penat ke?”

Ana menggeleng. “Bukan selalu kita dapat pergi karnival macam ni. Jomlah, kak!”

Rina menurut saja, “Aeril dengan Along tak nak ikut?”

“Tak apa. Biar lelaki pula nak berborak,” Zaidi menolak.

Aeril terkedu mendengar kata-kata Zaidi. Nak borak apa? Abang diorang ni tak suka ke aku kawan dengan adik-adik dia?

“Aeril dah lama ke kenal diorang?” Zaidi mula bertanya.

“Err… dalam 6-7 bulan macam tu.”

“Apa pendapat Aeril dengan diorang?”

Ish! Macam kena soal siasat dengan polis pula! “Diorang berdua baik.”

“Secara peribadi, Aeril rasa Rina macam mana? Ana pula macam mana?”

“Kalau Rina, dia lebih cool, sopan-santun dan lemah-lembut. Ana pula lebih kepada seorang yang happy-go-lucky , sempoi dan lebih senang nak bercerita.” Aeril sendiri belum pernah memikirkan secara mendalam perbezaan dua beradik tersebut tetapi syukur dia dapat menjawab dengan lancar.

Zaidi tergelak kecil, “Melalui apa yang Aeril cakap, ada satu yang abang baru tahu.”

“Err… apa dia?” aik? Takkan baru tahu perangai adik sendiri?

“Ana memang lebih senang nak bercerita. Tapi dia memang jarang sangat dekat dengan mana-mana lelaki kecuali abang dia sendiri. Nampaknya Aeril ni lelaki pertama yang boleh ‘menjinakkan’ dia!”

Kata-kata Zaidi serta-merta membuatkan lidah Aeril kelu. Biar betul?

Zaidi kembali ke Australia dua minggu kemudian. Rina tenang saja mengucapkan selamat tinggal kepada abangnya sebaliknya Ana pula menangis teresak-esak ketika mengucapkan selamat tinggal sehingga terpaksa ditenangkan. Mana tidaknya, Ana lebih rapat dengan Zaidi berbanding Rina. Sebelum pergi, Zaidi sempat berbisik ke telinga Aeril;

“Tolong jagakan Ana untuk abang,”

Pesanan itu agak aneh kerana Zaidi tidak berpesan untuk menjaga kedua-duanya sebaliknya cuma Ana. Rina tu bukan adik dia ke? Ah, nanti dah jadi cerita lain pula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience