BAB 22

Romance Completed 4799

“Aeril, awak ni okay tak? Kenapa macam bad mood aja?” Rina bertanya selepas melihat Aeril yang langsung tidak senyum apatah lagi ketawa seperti selalu.

“Okay aja,” Aeril mengacau minumannya.

“Yalah, Aeril! Kau ada masalah ke?” Johan pula menyampuk.

“Tak adalah,”

“Kau datang bulan ke Aeril?” Johan mengusik.

“Apa awak merepek ni, Johan?” Dina menampar bahu Johan.

“Sakitlah. Saya gurau aja.” Johan memuncung.

“Aeril,” Rina memanggil.

“Ya?” Aeril masih lagi buat endah tak endah.

“Saya nak balik dengan awak hari ni, boleh? Kereta saya abang saya pakai.”

“Okay,” pendek saja jawapan Aeril.

Sepanjang perjalanan balik Aeril langsung tidak bercakap sepatah pun. Rina pula mahu berbual tetapi keinginannya terpaksa dimatikan apabila melihat Aeril menunjukkan ciri-ciri tidak mesra alam. Sehinggalah sampai di hadapan rumah, barulah Aeril bersuara. Itu pun sebab Aeril terpandang seseorang – seorang lelaki sedang membasuh motor di rumah Rina dan yang paling menyakitkan hati, Ana juga turut ada sama.

“Siapa yang dengan Ana tu?” Aeril bertanya dengan nada dingin sambil menunjuk ke arah lelaki tersebut. Seingatnya itu lelaki yang dia nampak semalam – lelaki yang Ana paut pinggangnya.

“Oh, itulah abang saya! Along Zaidi. Dia baru balik kelmarin dari Melbourne, Australia. Dialah yang pinjam kereta saya.” Rina ceria membeitahu.

Aeril baru teringat kembali kata-kata Rina yang memberitahu abangnya meminjam keretanya. Dia langsung tidak teringat yang abang Rina belajar di luar negara.

“Laaa…. ya ke?”

“Yalah. Kenapa?”

“Semalam saya nampak dia dengan Ana. Ingatkan Ana dengan balak mana. Rupa-rupanya abang sendiri!” Aeril tersenyum lega.

Rina memerhatikan saja Aeril keluar dari kereta dan berjumpa abangnya. Barulah dia nampak senyuman Aeril. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik terhadap Aeril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience