BAB 3

Romance Completed 4799

Dua hari kemudian, Aeril meminta izin mahu keluar berjalan-jalan melihat kawasan persekitaran rumahnya. Dia juga terlebih baik hati mahu membawa Alia ke taman permainan yang terletak di belakang rumahnya.

“Kenapa abang baik sangat hari ni nak bawa Alia pergi taman?” Alia bertanya. Sepanjang dia hidup bersama-sama abangnya, belum pernah sekalipun abangnya yang tua 13 tahun daripadanya itu membawanya ke taman permainan. Selalunya dia akan keluar bersama-sama ibunya atau dengan rakan-rakan.

“Saja. Lagipun kitakan baru pindah. Melaka dengan Shah Alam ni bukannya sama. Kalau bukan sebab ayah kena mengajar dekat sekolah kawasan sini, tak mungkinnya kita pindah sini tau! Jadi abang nak tengoklah pula suasana dekat sini. Lagipun lagi dua hari abang dah nak mula kerja jadi sekaranglah masa yang sesuai luangkan masa dengan adik abang yang tersayang.”

Alia terhenti.

“Eh, kenapa berhenti?”

“Abang ada jumpa kakak cantik ya?”

“Eh, mana ada! Pandai-pandai aja!” macam mana budak kecil ni boleh tahu?

“Tak payah nak tipu. Abang cuma akan terlebih baik dengan Alia kalau jumpa ‘kakak cantik’ baru dan nak mempergunakan Alia, kan? Dulu pun sama. Abang minat dengan seorang kakak jual aiskrim ni tapi abang gunakan Alia. Kononnya abang belikan aiskrim untuk Alia tapi sebenarnya nak mengorat kakak tu. Ingat Alia tak tahu ke?”

Aeril ketawa berdekah-dekah, “Ahahaha! Ingat lagi Alia, ya? Betul. Abang ada suka dekat seorang kakak ni, tapi abang tak pernah nampak dia. Tak tahulah dia cantik ke tak. Rumah dia belakang rumah kita. Abang suka dia sebab suara dia merdu. Abang terdengar dia menyanyi hari tu dan abang terus jatuh cinta dengan suara dia!”matanya terkelip-kelip tanda dia betul-betul tergoda.

“Dah agak dah. Jadi, sekarang ni abang nak tengoklah siapa kakak tu?”

Aeril mengangguk. “Tapi mama ada cerita yang dia ada jumpa tuan rumah tu dekat kedai. Nama dia Makcik Salmah. Makcik Salmah tu ada tiga orang anak. Seorang lelaki, dua perempuan. Salah seorang anaknya belajar di luar negara tapi mama tak ingat pula lelaki ke perempuan.”

“Cepatnya dapat maklumat,” Alia mencuit.

“Mama kata Makcik Salmah tu yang terlebih peramah. Tapi kira baguslah tu!”

“Yalah tu. Dahlah, bang! Alia nak pergi main. Abang jangan pergi mana-mana tau!”

“Yalah,” Aeril memerhatikan saja adiknya berlari-lari mengikut beberapa kanak-kanak lain yang sedang seronok bermain di gelongsor.

Aeril duduk di kerusi yang disediakan. Dia cuba berlagak seperti seorang abang yang macho lagi mithali yang sedang memerhati adiknya bermain padahal matanya sibuk menjeling-jeling rumah bewarna hijau itu. Sengaja dia pilih duduk di kerusi paling hujung dan paling strategik untuk ‘skodeng’ rumah tu.

Selepas 10 minit memerhati, seorang lelaki memakai kemeja berkotak-kotak masuk ke kawasan rumah itu dengan menunggang skuter hijaunya.

“Bagus! Ini bermakna salah seorang anak perempuan Makcik Salmahlah yang ke luar negara. Maknanya, lagi seorang yang di rumah itulah perempuan yang menyanyi tu.” Aeril membuat kesimpulan sendiri.

Tiga minit kemudian sebuah kereta Myvi putih pula menyusul masuk ke dalam rumah tersebut dan yang paling menggembirakan pemandunya ialah perempuan! Yahoo! Aeril sudah menahan diri daripada terloncat-loncat gembira. Dia memerhatikan saja gadis itu keluar dari keretanya dan sebaik saja gadis itu keluar… Pergh! Lawa gila!

Gadis itu memiliki rambut separas bahu. Wajahnya yang kuning langsat itu betul-betul memikat hati lelaki Aeril. Lebih-lebih lagi mengetahui gadis itu memiliki suara yang menggoda. Oh!

“Itu ke kakak yang abang cakap tu?”

“MAK!” melompat Aeril apabila secara tiba-tiba Alia bersuara di sebelahnya.

“Kenapa abang melompat?”

“‘Kenapa’ Alia tanya? Sejak bila Alia dah tercongok dekat sebelah abang?”

“Dah lama dah. Alia tak main pun. Dari tadi lagi Alia dah duduk dekat sini nak tunggu kakak yang abang cakap tu.” Alia tersengih.

“Memang Alia nak kena sekehkan?” Aeril memaut leher adiknya dan ‘meluku’ kepala adiknya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience