BAB 24

Romance Completed 4799

Bunyi deringan telefon bimbitnya memberhentikan niatnya untuk menghirup teh panas sambil melayan komik ‘Detective Conan’. “Hish! Siapalah yang call ni. Tak tahu ke hujung minggu macam ni orang nak goyang kaki layan komik?”

Aeril menekan butang hijau, “Hello?”

“Aeril! Tolong Aeril! Tolong selamatkan saya!” suara seorang gadis berteriak meminta tolong.

“Rina? Rina ke tu?” Aeril sudah mula menggelabah. Apa hal Rina tiba-tiba telefon dia dan menjerit tak tentu pasal? Takkan histeria kut?

“Hello Aeril?” kini beralih pula kepada suara seorang lelaki.

“Hello? Siapa ni? Mana Rina?”

“Rina? Dia selamat. Buat masa sekarang.”

“Ini Dani ke?” tiba-tiba Aeril mengecam suara tersebut.

“Oh, masih ingat lagi kau dekat aku ya?”

“Apa kau dah buat dekat Rina? Mana dia sekarang?”

“Aku dah bagi amaran yang aku akan buat sesuatu, kan?”

Aeril mengingat kembali kejadian di restoran suatu ketika dulu. Ya. Dani memang ada mengugut, “Kau nak apa, hah?”

“Aku nak kau datang ke rumah lama yang tak jauh dari kawasan rumah kau. Rumah bernombor tujuh di Jalan Angsana. Jangan bawa sesiapa.”

“Kau jangan apa-apakan Rina.” Aeril mengugut keras.

“Aku lupa pula. Bukan Rina seorang yang ada dengan aku sekarang. Ana pun ada.”

Bagai mahu tercabut jantungnya apabila mengetahui bukan seorang sebaliknya dua tebusan yang perlu dia selamatkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience