BAB 4

Romance Completed 4799

“Terima kasih Encik Idris, sebab sudi terima saya bekerja dekat sini!”

“Sama-sama. Kebetulan memang ada kerja kosong sebagai pegawai pemasaran dan kelulusan awak memang sesuai dengan apa yang saya mahu.” Encik Idris tersenyum mesra.

“Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih.” Aeril menundukkan sedikit kepalanya. Tunjuk hormat sikit. Pekerja baru kenalah ambil hati bos. Tak gitu?

“Kalau macam tu awak boleh mulakan kerja awak sekarang. Kalau ada apa-apa yang tak tahu atau tak faham tanya dekat Johan. Jangan segan-segan. Dia tu baik.”

“Baiklah Encik Idris. Saya minta diri dulu,” Aeril meninggalkan bilik Encik Idris dan menuju ke arah meja kerjanya yang baru. Akhirnya! Aku akan mulakan kerja baru aku. Berusaha Aeril! Bak kata orang Jepun – ‘Ganbatte’!

Tengah dok semangat bagi kata-kata perangsang dekat diri sendiri, tiba-tiba Aeril mula menyedari seorang gadis yang baru tiba duduk tidak jauh dari bilik Encik Idris.

Eii? Itu bukan perempuan yang aku nampak semalam ke? Perempuan yang aku suka tu? Yang duduk belakang rumah aku? Eh, kenapa banyak sangat soalan? Hah! Soalan lagi!

“Johan, nak tanya sikit!” Aeril mencuit Johan.

“Kau nak tanya apa? Ada apa-apa kau tak faham ke?”

“Tak. Aku nak tanya pasal perempuan yang duduk dekat meja paling dekat dengan bilik Encik Idris tu. Yang pakai kemeja warna putih tu.” Aeril menujuk ke arah gadis itu.

“Maksud kau Rina ke?”

“Rina? Nama dia Rina ke? Manalah aku tau. Kalau aku tau, aku tak tanya kaulah!”

“Oh, ya ke? Sorry. Nama dia Julia Karina. Kitaorang dekat sini panggil dia Rina. Single but not available.”

“Kenapa pula not available?”

“Sebab dia tu aku punya.” Johan menjungkitkan keningnya.

“Ya ke?” Aeril mengeluh hampa.

“Aeril, jangan awak percaya cakap dia ni! Membohong aja.” Seorang gadis mencelah.

“Eh, Dina!”

“Sedarlah diri sikit! Awak tu dah bertunang. Ada hati nak tackle perempuan lain! Bukan dulu awak kena tolak ke dengan dia ke? Tak segan?” Gadis bernama Dina itu menyindir.

“Kau dah bertunang ke Johan?” Aeril bertanya.

“Dah. Dekat empat bulan dah.” Johan menjawab perlahan.

“Siapa tunang kau tu? Duduk mana?”

“Dia bukan tengah duduk. Tengah berdiri.”

Aeril tercengang. Dia memandang ke arah Dina. Dina sedang mempamerkan sebentuk cincin yang tersemat di jari manisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience