BAB 5

Romance Completed 4799

“Makhluk mana pulalah yang mendajalkan tayar kereta aku ni?” Rina membebel-bebel sendiri. Bengang betul rasanya bila penat bekerja seharian dan ternanti-nati mahu berguling-guling atas katil, alih-alih ada pula makhluk yang tidak bermoral memancitkan tayar keretanya. Dia pula manalah tau nak tukar tayar kereta. Kut ya pun orang yang tak bermoral tu terlebih banyak masa lapang pun buatlah benda berfaedah sikit! Taulah jealous tengok kereta berkilat aku ni!

“Excuse me,”

Pantas kepala Rina berpaling. Nasib baik tak tergeliat lehernya akibat terlalu cepat berpaling!

Rina memerhatikan saja lelaki yang menegurnya itu dengan takut-takut. Konon pakai kemeja dan bertie bagai. Entah-entah perogol bersiri! Lelaki sekarang mana boleh percaya.

“Awak nak apa? Awak jangan nak apa-apakan saya, ya! Saya tengah bengang ni. Sekali saya hentak kepala awak dengan kasut tumit saya ni baru tau!” pantas Rina mencabut kasut tumit tingginya.

Aeril pelik melihat reaksi Rina. ‘Eh, tak segannya dia ni! Ingat aku nak rogol dia ke apa? Tak ingin aku!’

Aeril mendekati Rina. Dia mahu melihat keadaan tayar kereta Rina. Untung-untung kalau dia tukarkan tayar kereta Rina, mungkin Rina akan tertawan hati dengannya. Ececeh!

Aeril maju setapak untuk melihat tayar kereta Rina,”Tak. Saya nampak dari jauh tadi awak punya… ADOII!”

Berpinar kepala Aeril apabila kepalanya dihentak dengan tumit kasut Rina setinggi lima inci itu. Dalam samar-samar Aeril dapat mendengar suara Johan tapi selepas itu dia langsung tidak mengingati apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience