BAB 25

Romance Completed 4799

Aeril memberhentikan kereta tidak jauh dari rumah lama tersebut. Rumah itu sudah lama tidak berpenghuni. Tinggal tunggu nak dirobohkan saja.

“Rumah macam rumah hantu aja. Betul ke nak masuk ni?” Aeril teragak-agak.

“Ah, lantaklah! Yang penting ada orang yang perlu aku selamatkan. Bukan sorang, tapi dua!” dengan lagak hero dan machonya, dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Baru saja pintu dikuak, ada satu susuk tubuh yang sudah sedia menanti. “Hai, Aeril!”

Tiba-tiba tangan Aeril dicengkam oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa sehingga membuatkan dia tidak dapat bergerak, “Apa ni? Mana Ana dengan Rina?”

“AERIL! TOLONG SAYA!” suara Rina memekik.

“RINA!” Aeril membalas pekikan itu. Aeril menunggu suara Ana pula tapi masih sunyi.

“Mana Ana? Betul ke Ana ada dengan kau?” Aeril cuba melepaskan diri daripada cengkaman dua lelaki itu. Memang susah bagi dirinya yang ‘kurang sasa’ atau lebih tepat agak keding untuk melepaskan diri. Dua lelaki ni pula sudah sama besar dengan The Rock!

Dani berdiri di tengah-tengah antara dua pintu. Dia memukul kuat pintu di sebelah kirinya.

“Aeril,” suara Ana berbeza dengan Rina. Hanya panggilan perlahan.

“Dani, lepaskan diorang!”

“Kau ni bodoh ke? Kau fikir kalau kau tengking aku macam tu, aku takutlah? Aku akan lepaskan dioranglah? Hei, dekat channel tv mana ada siar cerita penculik lepaskan tebusan lepas kena tengking dengan hero? Cuba cerita sikit!”

Betul juga cakap Si Dani ni. “Habis tu kau nak aku buat apa?”

“Kau cuma ada dua pilihan. Kau cuma boleh selamatkan seorang saja. Bilik sebelah kanan aku terletaknya Rina. Sebelah kiri pula, Ana. Jadi kau pilih salah seorang yang kau lebih utamakan untuk diselamatkan. Tapi….!” Dani maju mendekati Aeril.

“Tapi apa?”

“Seorang lagi itu akan aku bunuh.” Dani mengeluarkan pisau lipat dari dalam poket seluarnya dan menyuakan betul-betul depan muka Aeril.

“Apa tujuan kau buat semua ni? Kalau sebab kau marah aku rampas Rina, sepatutnya kau cuma akan jadikan Rina seorang aja sebagai tebusan. Apa kena-mengena dengan Ana?” Aeril mula menyedari sesuatu yang aneh.

“Sebab aku tak rasa kau cintakan Rina seorang.”

Aeril tersentak, “Apa maksud kau?”

“Kau sebenarnya ada hati dekat Ana juga, kan?”

Kali ini Aeril tidak dapat menafikannya. Ya. Dia tidak boleh nafikan lagi bahawa Ana juga telah mempunyai tempat di dalam hatinya.

“Jadi sekarang, kau kena pilih. Kalau tidak, kedua-duanya akan menjadi korban.”

Peluh dingin semakin membasahi dahi.

“Dengan kiraan tiga, kau akan dilepaskan dan terus menuju ke arah pintu yang kau pilih. Sedia?”

Aeril tidak memberikan sebarang reaksi. Jantungnya berdegup kencang. Dia perlu segera memilih. Yang mana satu akan diselamatkan? Yang mana satu akan menjadi korban?

“Satu…”

Aeril meneguk air liurnya.

“Dua…”

Cepat buat pilihan!

“TIGA!”

Aeril dilepaskan dan tanpa diduga kaki Aeril seperti bergerak sendiri menuju ke bilik…

“ANA!”

Ana cuma berdiri kaku, “Aeril…”

“Ana okay tak? Ana tak apa-apa?” Aeril mencengkam kuat bahu Ana.

“Kenapa Aeril masuk bilik ni? Kenapa bukan Kak Rina yang Aeril pilih?” muka Ana jelas seperti bingung.

“Aeril sayangkan Ana. Aeril dah sedar yang orang selama ni Aeril sayang ialah Ana. Aeril seronok dapat jumpa Rina sebab Ana ada dengan Rina. Ana orang yang Aeril cintai. Bukan Rina.” Aeril akhirnya dapat menjawab segala soalan yang mengusutkan fikirannya.

“Saya dah agak,” seseorang menyampuk.

“RINA!” Aeril terkejut melihat Rina masuk ke dalam bilik itu.

“That’s me.”

“Bukan awak sepatutnya kena…”

“Bunuh dengan aku?” Dani pula muncul.

Semakin berkerut dahi Aeril, “Hei, apa semua ni?”

“Sorry, Aeril! Semua ni sudah dirancang dari mula.”

“Rancang?”

“Ya. Sebab nak pastikan siapa sebenarnya yang awak akan pilih antara Ana dengan saya. Kalau awak nak tahu, ini semua idea Along Zaidi.” Rina tersengih.

“Abang Zaidi?”

Rina mengangguk. “Saya ada cerita dekat Along yang saya rasa awak bukan cintakan saya. Tapi Ana. Jadi Along berikan idea supaya buat macam ni.”

“Awak dah tahu?”

Rina mengangguk lagi. “Mula-mula memang saya rasa awak sukakan saya. Tapi bila awak dah kenal Ana dan lama-kelamaan korang berdua makin rapat saya mula rasa hati awak bukan untuk saya. Saya memang dapat rasa awak sukakan saya. Tapi saya tak dapat nak kesan cinta awak. Pandangan awak pada saya bukan pandangan kasih sebaliknya saya nampak cara awak pandang Analah pandangan kasih.”

Aeril memandang Ana, Ana menundukkan muka. Malu!

“Walaupun pada mulanya Ana kurang setuju, tapi last-last dia ikut aja. Jadi dengan pertolongan bekas tunang saya, Dani, kami sama-sama jalankan rancangan ini.”

“Bukan ke Dani ni marahkan saya?”

“Memanglah mula-mula aku marah. Tapi lepas Rina ceritakan semuanya, baru aku faham. Sebab tu aku sanggup membantu dengan dua orang kawan aku yang berbadan sasa.” Dani menunjuk ke arah dua orang yang menahan Aeril sebentar tadi.

“Sorry kalau terkuat masa kami cengkam tangan tadi,” dua orang lelaki itu melambai.

“Ana ada cerita yang masa awak tahu Dani ni bekas tunang saya, awak langsung tak cemburu. Tapi masa awak nampak Ana dengan lelaki lain, saya nampak awak cemburu. Padahal itu Along Zaidi!” Rina menyambung.

“Betul ke Aeril?” Ana yang diam sejak tadi mencelah.

Aeril tidak menjawab sebaliknya menundukkan kepala. Malu beb!

“Jadi, sekarang bolehlah kau ambil Ana. Aku pula ambil Rina!” Dani memaut bahu Rina.

“Ish, apa pegang-pegang ni? Jumpalah mak bapak I dulu.”

Dani tercengang, “You dah terima I balik?”

“Agaknyalah,” Rina sudah memerah muka.

“Yahoo! I tak nak tunang lagi. Kita kahwin terus!” Dani menarik tangan Rina keluar. Tinggal Aeril dan Ana sendiri. (dua ‘The Rock’ tu pun dah keluar.)

“Jadi…?” Aeril cuba bersuara.

“Jadi apa? Baliklah. Takkan nak tidur dekat sini pula.” Ana pantas pergi meninggalkan Aeril. Padahal nak cover muka. Muka dah merah gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience