BAB 21

Romance Completed 4799

Aeril keluar daripada kedai alat tulis sambil tangannya menjinjit beg plastik.

“Si Alia ni macam-macam hal betul. Suruh beli krayon la water colour la drawing block la. Tak ada time lain ke? Time orang balik kerjalah dia suruh. Kalau bukan sebab nak beli benda alah ni, boleh balik dengan Rina sama-sama.” Aeril mengomel sendiri. Hasrat untuk pulang bersama-sama Rina tergendala apabila Alia merayu-rayu supaya Aeril membelikan barang-barang untuk kelas seninya keesokan harinya.

Tapi tengah dok mengomel-omel, Aeril terpandang kelibat Ana baru keluar dari kedai serbaneka di sebelah. Ikutkan hati mahu menegur tetapi hasratnya terhenti apabila Ana apabila menyedari Ana tidak keseorangan. Ana bersama-sama seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya! Yang bestnya Ana dengan lelaki tu naik motor yang sama! Motor yang boleh tahan mahalnya jugalah. Hampir tersembul biji mata Aeril apabila melihat Ana dengan tanpa segan silunya memaut pinggang lelaki tersebut dan terus meluncur pergi.

Entah kenapa Aeril yang tercongok memerhati berasa sangat marah, bengang, dan yang paling peliknya – cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience