BAB 1

Romance Completed 4799

“Ya Rabbi penatnya! Dah rasa sengal satu badan. Betis aku ni rasa nak tercabut dah” Aeril turun dari kereta sambil menggeliat.

“Amboi, amboi, amboi, Apa yang abang buat penat sangat tu? Nak kata penat bawa kereta, ayah yang drive.” Alia, adik perempuannya yang berusia sebelas tahun menegur.

“Yalah. Nak harapkan abang kamu tu? Hampeh! Dah ada lesen pun malas nak bawa. Dahlah tu, start aja enjin kereta, dia mula berdengkur. Tutup aja enjin kereta terus celik!” Encik Kamal, bapa kepada Aeril dan Alia menyampuk.

Aeril memuncung. “Aeril penat tolong Abang Lori tu angkat barang-barang kita masa kat sanalah ayah!”

Puan Faridah hanya sekadar ketawa kecil melihat gelagat anak-anaknya, “Sudah, pergi tolong Abang Lori tu turunkan barang pula. Sofa dengan almari tu angkat baik-baik sikit. Almari yang dari Hong Kong tu jangan sampai jatuh. Mahal tu!”

“Aeril? Alah, suruhlah Alia!” Aeril mengeluh.

“Banyak cantik! Alia nak angkat barang-barang berharga Alia dekat bonet ni.” Alia sudah bercekak pinggang manakala matanya dibesarkan. Konon nak takutkan Aeril lah tu! Tak padan dengan kecil!

“Eleh, setakat anak patung beruang aja pun macamlah berharga sangat!”

“Berharga juga apa!”

“Apa kecoh-kecoh lagi ni? Aeril cepatlah tolong angkat barang! Banyak lagi kerja nak buat ni,” Encik Kamal pantas meleraikan pergaduhan dua beradik tersebut. Kepalanya menggeleng melihat perangai anak-anaknya. Si Aeril ni dengan budak sebelas tahun pun nak ajak gaduh!

“Yalah… yalah…” Aeril dengan penuh rasa malas mendekati bapanya yang sedang sibuk memunggah barang. Alia di belakang sempat menunjukkan ibu jarinya sebagai isyarat mengejek.

Aeril pula sudah berura-ura mahu menyekeh kepala adiknya sebelum dipanggil ayahnya semula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience