BAB 27

Romance Completed 4799

“Lagu apa pula kali ni, ya?” Ana menekan mp3nya mencari lagu yang sesuai yang boleh didengar sambil mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun.

“Hah, ini pun okay!” Ana memilih lagu yang diingini dan memulakan aktiviti mencuci. Tanpa sedar, mulutnya turut menyanyi sama.

I’m not the kind of girl

Who should be rudely barging in

On a white veil occasion

But you are not the kind of boy

Who should be marrying the wrong girl

I sneak in and see your friends

And her snotty little family

All dressed in pastel

And she is yelling at a bridesmaid

Somewhere back inside a room

Wearing a gown shaped like a pastry

This is surely not….

Lagu Speak Now nyanyian asal Taylor Swift itu tidak dipat diteruskan. Dia seperti mendengar bunyi pekikan gitar. Earphone di telinga pantas dicabut. Dia berpaling – Aeril sedang memetik gitar mengikut nada lagu ‘Susun Silang Kata’.

Aku ingin bermimpi denganmu

Ke awana untuk teman bintang bulan

Kerananya lebih terang sinarnya

Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah

Manisnya senyuman anugerah Tuhan

Memarakkan api dalam diriku

Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku

Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata

Yang terakhir untukku

Sekian lama ku mencari

Rupa-rupanya di depanku

Hidup ini tak bererti

Jika tiada cinta di hati

Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah

Manisnya senyuman anugerah Tuhan

Memarakkan api dalam diriku

Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku

Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata

Yang terakhir untukku

Sekian lama ku mencari

Rupa-rupanya di depanku

Hidup ini tak bererti

Jika tiada cinta di hati

Untuk terus ku teguh berdiri

Aeril berhenti. Ana pula terkebil-kebil.

“Hei! Kenapa kau tak menyanyi sampai habis? Aku bagi kau pinjam gitar tu suruh kau nyanyi sampai habis. Habiskanlah!” Dani muncul.

Rina pula muncul di dapur, “Dani! Janganlah kacau daun.”

“Apa semua ni?” Ana masih lagi terkebil-kebil.

Rina menyiku Aeril, “Err… Ana, sebenarnya saya dah lama gila sukakan awak. Saya ingatkan yang selama ni menyanyi dekat dapur Rina. Rupa-rupanya awak. Tak sangka semua ni salah faham. Awak… awak punya suara sedap sangat.”

Muka Ana berubah tona, “Ya ke? Terima kasih,”

Aeril diam. Rina menyiku lagi, “Saya… sebenarnya nak…”

Dani mendengus, “Kau ni lembab betullah, Aeril! Ana, Aeril nak bawa Ana makan malam dekat rumah dia. Ana setuju?”

Aeril terkejut apabila tiba-tiba Dani pula yang ambil port!

“Dani!” Rina memukul.

“Apa? Aeril ni slow sangat. Hilang sabar tau!”

“Haish… Jadi Ana, setuju tak?” Rina pula bertanya.

Ana tidak menjawab sebaliknya cuma menunduk. Malulah tu!

“Aeril, atuk aku cakap kalau orang perempuan ni diam dan tunduk-tunduk maksudnya dia setuju. Kira okaylah tu!” Dani menyampuk.

“Dani, you boleh diam tak? I hempuk you dengan kuali nanti baru tau!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience