BAB 10

Romance Completed 4799

Ting! Tong!

Baru sekali ditekan pintu terus dibuka. Nampaknya macam memang tak sabar-sabar tunggu aku ni. Hikhikhik!

Tapi yang lebih menggembirakan lagi, orang yang membuka pintu tersebut ialah Rina! Yiiha!

“Masuklah, Aeril!” Rina menyapanya dengan senyuman. Aduh, tergodanya aku!

Aeril membalas senyuman Rina. Semacho habislah!

Aeril dengan penuh bersopan ala-ala lelaki melayu terakhir bersalaman dengan seorang lelaki yang Aeril kira ialah bapa Rina dan Ana. Rina pula beredar ke dapur.

“Ini Aeril tu, ya?” Pakcik Talib menyapa

“Ya, pakcik.”

“Yang langgar Ana pagi tadi tu,” Ana yang muncul dari dapur sambil membawa semangkuk buah tembikai menyampuk.

“Ana…” ayahnya menegur.

“Ini duit ganti rugi untuk baiki skuter awak.” Aeril mengeluarkan dua not RM50 dan tiga not RM10 lalu dia menghulurkannya kepada Ana.

Serta-merta Ana menjadi malu. Tangannya teragak-agak mahu mengambil. Dia cuma bergurau saja tapi tak sangka pula Aeril ambil serius.

“Eh, saya main-main aja. Lagipun skuter tu still boleh hidup.”

“Tapi mesti ada calar-balarkan?”

“Setakat calar-balar sikit saya tak kisah sangat. Kalau dah terbarai tu barulah awak kena ganti.” Ana masih lagi menolak.

“Kamu simpan ajalah, Aeril! Anggaplah selebih tu ganti rugi untuk kamu pula atas apa yang Rina dah buat dekat kamu.” Pakcik Talib turut menyokong Ana.

“Tapi saya rasa serba-salah. Ambil ajalah,”

“Saya ambil ini aja. Nak buat beli coklat,” Ana mengambil satu not RM10 sambil tersenyum.

“Eh, yang lebih ni?”

“Suka hati awaklah. Nak buang ke nak bingkaikan ke. Tapi saya sarankan lebih baik awak dermakan aja. Dapat pahala.”

“Betul ke ni?

“Betul! Sekali lagi awak tanya saya nak awak belikan saya skuter baru terus!” Ana mengugut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience