BAB 14

Romance Completed 4799

Makin hari Aeril semakin rapat dengan Rina. Tapi setakat ni belum pernah ‘dating’ berdualah. Kalau dekat pejabat, Johan dengan Dina mesti join sekaki lepak. Dekat luar pula, Ana pula kacau daun! Haiihh… Apa boleh buat? Tapi bagus juga. At least tak adalah nampak berdua-duaan. Daripada jadikan orang ketiga syaitan, baik terus pakai ‘orang’ yang original!

“Aeril, saya nak minta tolong boleh?”

Aeril yang sudang khusyuk menyiapkan kerjanya di hadapan komputer terhenti, “Tolong apa?”

“Tolong ambilkan Ana dekat kolej. Skuter dia masuk bengkel. Sepatutnya saya yang ambil dia tapi Encik Idris suruh saya ikut dia jumpa klien dari Korea. Mungkin sampai malam baru habis. Jadi boleh tak awak tolong?” Rina merayu.

Dengan muka ‘seposen’ comel Rina tu lelaki mana tak cair? “Okay. Saya tolong ambilkan dia.”

“Betul ke ni? Aeril, you are my angel!Thank you so much!” Rina terharu mendengar persetujuan Aeril.

Angel?Aku ‘angel’ dia? Dah sah dia memang suka dekat aku! Hahaha! Kalaulah tak ada orang dekat sini, dah lama aku terguling-guling gembira sekarang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience