BAB 8

Romance Completed 4799

“Terima kasihlah sebab bawa Ana balik,”

“Saya yang sepatutnya minta maaf sebab saya langgar dia,” Aeril menghirup minumannya.

“Makcik pun nak minta maaf pasal semalam,”

“Kenapa pula pasal semalam?” Aeril terpinga-pinga.

“Pasal dahi kamu tu. Kan Rina yang buat. Rina ada cerita dekat makcik.” Makcik Salmah menunjuk ke arah dahi Aeril.

“Oh, pasal ni? Sebenarnya salah saya juga sebab tiba-tiba aja tegur dia. Bukan salah dia kalau dia takut sampai cederakan saya,”

Tidak lama kemudian Ana keluar daripada biliknya. Tangan kanannya sudah ditampal. Mukanya jelas masam.

“Ana, duduk sini.” Makcik Salmah melambai. Ana hanya menurut.

“Ana tahu tak dia ni duduk mana?”

“Atas sofalah. Mak nampak dia duduk atas meja ke?” Ana menjawab.

Aeril sudah menahan dirinya dari ketawa.

“Apa kamu ni, Ana! Maksud mak, kamu tahu tak rumah dia dekat mana?” Makcik Salmah memukul tangan anaknya. Nasib baik kiri, kalau tang kanan alamatnya menjeritlah Ana!

“Manalah Ana tahu. Yang mak beria-ia tanya ni mak tahu ke?” Ana memuncung.

“Mestilah mak tahu.”

“Laa… Kalau dah tau kenapa tanya Ana?”

Sekali lagi Aeril terasa mahu ketawa melihat gelagat dua beranak tersebut.

“Haiih… Susah cakap dengan kamu. Ana, dia ni duduk belakang rumah kita. Yang baru pindah tu. Nama dia Aeril.”

“Aeril? Jiran belakang ni? Eh, bukan yang Kak Rina cerita semalam tu ke?”

“Inilah dia,” Makcik Salmah menunjuk ke arah Aeril. Aeril cuba melemparkan senyuman paling machonya. Bakal adik ipar ni, baik-baik sikit!

“Patutlah kakak pun belasah dia dengan tumit kasut. Muka macam penjenayah berisi siapa tak takut!” selamba saja Ana menyuarakan pandangannya tentang Aeril.

“Apa kamu cakap macam ni? Dia tak saman kita pun dah cukup baik tau! Maafkanlah Ana ni, ya Aeril?” Makcik Salmah serba-salah dengan kata-kata anaknya.

“Eh, tak apa! Tak ambil hati pun,”

Amboi…amboi… sesedap perencah aja dia kata muka aku macam penjenayah bersiri? Muka yang kiut-miut ala-ala Shahir AF8 ni pun dia tak heran? Kau ingat muka kau tu cantik sangat ke? Tapi memang cantik pun.

“Nak saman apanya? Kalau dia saman kita, Ana saman dia balik! Dia dah langgar Ana dan rosakkan skuter Ana tau,” Ana masih tidak berpuas hati.

“Maafkan saya. Nanti saya bayar balik,”

“Memang patut pun!” Ana mencebik.

“Ana… Sudah, pergi masuk bilik berehat. Pening kepala mak dengan perangai kamu,” Makcik Salmah menyuruh.

Tanpa menjawab, Ana menurut saja.

“Maafkanlah Ana tu, ya? Dia memang macam tu dengan lelaki yang dia tak kenal. Tapi dia sebenarnya baik.”

“Eh, tak apa! Makcik, kalau tak ada apa-apa saya nak balik dulu. Duit ganti rugi petang nanti saya bayar.”

“Esok-esok pun tak apa. Oh, ya! Apa kata malam ni kamu datang makan malam dekat sini. Yalah, sebagai tanda maaf semalam. Kalau boleh, ajak sekali keluarga kamu.”

Aeril gembira mendengar undangan tersebut, “Insya-Allah,” Aeril meminta diri pulang. Sebaik saja masuk ke dalam kereta Aeril sudah mahu melonjak kegembiraan!

Yabedabeduu!! Memang sahlah Rina tu jodoh aku yang tepat. Makcik Salmah ni pun mesti nak tolong aku rapat dengan anak dia. I love you-lah my mother-in-law! Cewahh! Belum apa-apa dah mother-in-law bagai! Tapi kalau itu satu doa tak apakan? Jadi maknanya sekarang, Ana tu adik Rina? Mati-mati sebelum ni aku ingat Ana tu lelaki! Rupa-rupanya anak lelaki Makcik Salmah yang dekat luar negara tu!

Tapi muka Rina dengan Ana memang lain. Seorang kuning langsat, seorang putih macam anak cina. Mata diaorang pun lain. Rina sepet sikit, Ana pula mata dia bundar. Kalau nak diikutkan dua-dua cantik! Tapi aku lagi suka Rina sebab Rina tu ‘perempuan’ sikit berbanding Ana yang macam anak singa! Memang bukan salah akulah kalau anggap dia lelaki. Rambut Ana hanya separas tengkuk dan cara pakaiannya juga langsung tak sama macam perempuan lain. Tapi memang aku terkejut beruk gilalah bila tahu Ana tu perempuan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience