BAB 20

Romance Completed 4799

Aeril memerhatikan saja Alia dengan penuh nikmat menjilat aiskrim coklatnya. Bukan setakat aiskrim dua posen tu tau! Aiskrim sundae tu.

“Sedap makan aiskrim. Abang punya tak ada ke?”

“Mana boleh. Ini Alia punya. Abang pergilah beli sendiri. Tak malu minta orang,” Alia mencebik.

“Eleh, entah-entah duit aiskrim tu Alia ambil dari poket seluar abang. Betul tak?” Aeril mengusik.

“Mana ada! Ini Kak Ju bagilah.” Alia semakin geram dengan abangnya. Amboi… amboi… suka-suka aja abang dia nak tuduh dia. Ingat dia suka mencuri ke? Pigidah!

“Siapa Kak Ju?” Aeril pelik mendengar nama itu.

“Kak Ju belakang rumah kita. Dia tau Alia ni adik abang, jadi dia belanjalah Alia aiskrim. Dia tu baiklah, bang!” bersungguh-sungguh Alia bercerita.

Belakang rumah? Rina ke? Nama penuh Rina, Julia Karina! Mesti Rinalah ‘Kak Ju’ tu. Ju ialah singkatan bagi Julia. Woot…woot… Memang pilihan yang tepat betul! Bakal adik ipar pun dah suka, okaylah tu!

Aeril segera mencapai kunci keretanya sebelum Alia menegur, “Eh, abang nak ke mana?”

“Jumpa bakal isteri. Eh, silap! Nak jumpa kawan!” Aeril pantas meninggalkan Alia yang masih terkebil-kebil.

“Bakal isteri?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience