BAB 28

Romance Completed 4799

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 8.15, Ana sudah sedia tiba di hadapan rumah Aeril. Aeril pula menyambut dengan mulut terlopong – Ana memakai baju kurung lengkap bertudung litup manakala wajahnya cantik disolek.

“Kenapa kamu tenung anak dara orang lama-lama Aeril? Tak baik tau,” Encik Kamal menegur. Pantas Aeril menutup mulutnya.

“Ini ke Ana tu?” Puan Faridah pula muncul. Ana bersalaman dengan ibu Aeril.

“Apa khabar makcik?”

“Baik. Amboi, sopannya!” Puan Faridah mengusik.

Ana tersipu-sipu malu.

“Kamu duduklah dulu. Makcik nak siapkan makanan,” Puan Faridah kembali ke dapur semula.

“Eh, Kak Ju!” Alia muncul dari dapur dan terus menerpa Ana.

“Alia, lama tak jumpa!” Alia bersalam dengan Ana.

“Kak Ju?” Aeril mengulang.

“Abang, inilah Kak Ju yang Alia cerita tu. Yang belikan Alia aiskrim tu,” Alia petah bercerita. Aeril merenung Ana meminta jawapan.

“Nama Ana, Julia Kirana.” Ana tersenyum.

“Tak pernah tahu pun!” Aeril mencebik.

“Tak ada yang tanya,” Ana menjeling.

“Aeril, marilah ajak Ana makan. Makanan dah siap,” Encik Kamal sudah siap duduk di meja makan.

“Jemputlah makan,” Aeril menjemput.

“Terima kasih, Abang Aeril,”

Aeril terkedu. “’Abang Aeril’?”

Ana cuma tersipu-sipu malu.

Aeril merenung Ana lama. Terima kasih, Ya Allah! Kau dah berikan aku jodoh yang terbaik.

Mereka berdua berjalan beriringan ke meja makan sambil masing-masing tidak lekang daripada tersenyum.

“Eh budak Aeril ni, anak orang tu! Baik-baik sikit.” Encik Kamal meperingatkan lagi sebelum Ana dan Aeril sama-sama tergelak.

Benarlah kata orang, kalau merantau seluruh pelusuk negara sekalipun kalau belum sampai seru, maka belumlah. Ada juga kes yang mata seakan buta tak melihat bahawa jodoh sebenarnya dah ada di depan mata cuma kita in denial atau ego mengakuinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience