BAB EMPATBELAS

Romance Completed 42752

Hari ini genap tiga minggu aku sudah menjadi isteri Lutfi. Lutfi sering menengking aku, memukulku dan lebih kata erti yang tepat dia selalu mendera aku. Mencaci aku. Aku sekali lagi menjadi mangsa dera. Lutfi mempunyai dua watak, apabila datang ke rumah mama dan papa dia akan membuat aksi manja manakala di rumah kami sendiri dia akan menjadi singa yang kebuluran mahu menerkam mangsa. Aku masih merahsiakan hal ini daripada Waza. Aku cuba untuk menghadapinya seorang diri. Aku tidak keseorangan, aku ada Allah SWT yang sentiasa melindungi aku.

Pagi itu, setelah Lutfi pergi ke kerja, badanku terasa sangat lemah. Aku terasa mual dan pening. Beberapa kali ulang-alik ke tandas kerana aku termuntah. Aku menelefon Waza. Waza sekarang bekerja di sebuah syarikat milik papa tetapi cawangan lain. Dekat sahaja dengan rumahku. Lutfi tidak kasi aku bekerja, dia suruh aku duduk rumah.

“Waza... maaf aku ganggu kau. Aku rasa tak sihatlah. Aku nak ke klinik sendiri tetapi kepala aku berat sangat. Aku banyak kali muntah. Tekak aku muallah Waza.” Waza menyuruh aku tunggu dia dan dia akan bawa aku ke klinik.

Tidak sampai 10 minit, Waza sampai lalu aku terus masuk ke dalam perut kereta. “Pucat muka kau, Yusra. Sabar ya. Kita pergi klinik. Sandarkan kepala kau tu.” Aku akur dengan kata Waza, aku memejamkan mataku lalu menyandarkan kepala.

*******

“Tahniah Puan Shafiyyah, Puan hamil. Usia kandungan Puan sudah seminggu lebih. Pesanan saya buat Puan, banyakan berehat dan minum susu. Ia akan memberi kekuatan kepada kandungan Puan.” Aku mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Aku mengusap perutku. Aku akan dapat anak sendiri nanti. Anak bersama Lutfi.

“Alhamdullilah...Terima kasih atas pesanan doktor. Saya akan jaga kandungan ini.” kataku dengan teruja. Waza terus memelukku erat dan mengucapkan tahniah. Waza menghantar aku balik ke rumah. Aku ternampak kereta Lutfi sudah ada di halaman rumah. Aku mengucapkan terima kasih kepada Waza lalu masuk ke dalam rumah.

“Mana kau pergi?” tanya Lutfi keras.

“Saya dah whatsapp awak yang saya ke klinik dengan Waza.” Lutfi merenung aku tajam.

“Kau sakit apa?” aku tersenyum tak sabar mahu memberitahu berita gembira ini.

“Awak akan jadi ayah tak lama lagi. Saya hamil dah seminggu lebih. Kiranya saya bunting pelamin.” Teruja aku. Tetapi berita gembira ini tidak menggembirakan Lutfi. Muka dia berubah, merah! Sepertinya dia sangat marah.

“Kau mengandung anak siapa?” sinis Lutfi.

“Anak awaklah. Sayakan isteri awak.” Lutfi tergelak.

“Saya tak kenal awak sebelum ini. Entah siapa-siapa awak tidur dengan lelaki lain. Awak ni luaran je konon muslimah. Dalam, saya tak tahu.” Aku terus mengucap. Sampai hati Lutfi menuduh aku begitu.

“Saya tak percaya, anak dalam kandungan itu anak saya.” Lutfi berlari naik ke atas lalu turun semula dengan membawa tali pinggangnya. Aku sudah ketakutan. Aku kena lindung anak aku.

“Kau gugurkan kandungan kau! Budak dalam perut kau tu bukan anak aku! Kau faham?!” Lutfi melibas aku menggunakan tali pinggangnya dengan perasaan marah yang meluap-luap.

“Awak... sakit. Jangan lah buat saya macam ni. Apa salah saya?” rayu aku.

“Salah kau? Kau boleh tanya salah kau apa! Salah kau sebab muncul dalam hidup aku dan aku terpaksa kahwin dengan kau! Dan sekarang kau mengandung! Kau memang malang, Shafiyyah!!!” teresak-esak aku menangis. Aku tidak berdaya lagi. Lemah. Aku cuba mengagahkan diriku untuk melindungi anakku.

“Lutfi!!!” tiba-tiba aku ternampak Rifqi dan Waza masuk ke dalam rumahku. Rifqi menumbuk muka Lutfi. Lutfi terjelepok jatuh ke atas lantai. Mulutnya berdarah. Waza memangku aku sambil menangis melihat keadaanku. Aku dibawa ke hospital. Aku berdoa agar kandunganku selamat.

Aku tidak balik ke rumah selepas dirawat dihospital sebaliknya aku pulang ke rumah umi. Aku duduk di rumah umi sehingga Lutfi dalam keadaan yang tenang. Aku rasa dia tak akan tenang. Baran dia semakin menguasai dirinya sendiri. Mungkin semua ini mengenai aku... aku yang salah.

Pagi itu selepas solat subuh, aku hanya berehat di dalam bilik. Waza sudah berangkat ke tempat kerja seawal 7:30 pagi. Walid juga sudah pergi bekerja. Aku hanya tinggal bersama umi. Sedang aku sahaja memejam mata, telefonku berdering. Aku sangkakan Lutfi menelefonku namun sangkaanku meleset sebaliknya Ammar yang menghubungi aku.

“Assalamualaikum Yusra, ni abang.” Ammar masih lagi mengelar dirinya ‘abang’ tetapi aku sudah kekok untuk memanggilnya ‘abang’.

“Waalaikumussalam Ammar.” Aku menjawab salam.

“Yusra, boleh datang ke hospital? Ibu sejak dua menjak ini asyik memanggil nama Yusra sahaja. Ibu di hospital besar Kuala Lumpur.” Aku terkejut lalu memberitahu Ammar yang aku akan datang sebentar lagi bersama umi.

********

Perlahan sahaja aku melangkah masuk ke dalam wad ibu bersama umi. Aku lihat umi hanya termenung sahaja. Ammar pula sedang mengendong Aisya. Kak Maila aku tidak kelihatan.

“Assalamualaikum...” suara aku memecah kesunyian di dalam wad ibu. Ibu yang termenung terus mencari-cari suara aku. Tangannya mengapai-ngapai mintaku sambut. Aku mendekati ibu lalu aku menyambut tangan ibu yang sudah semakin tua itu. Aku cuba menahan tangisanku. Umi pula berdiri di hadapan katil ibu.

“Yus..ra... Yusra...” panggil ibu dengan suaranya yang serak-serak basah.

“Ya ibu...” aku mengucup lembut dahi ibu yang dibasahi peluh itu. Terus ibu menangis teresak-esak. “Ampunkan ibu, nak... ibu sayangkan Yusra. Maafkan ibu.” Perlahan aku memangku ibu lalu memeluknya erat.

“Ibu.. jangan begitu. Sepatutnya Yusra yang minta maaf pada ibu. Ibu tiada buat apa-apa salah pada Yusra. Yusra yang banyak menyusahkan ibu dan arwah ayah. Memang betul kata ibu, Yusra tak sepatutnya dilahirkan.” Kata aku tersedu-sedan.

“Tak, nak... salah ibu... Yusra...anak yang solehah... Yusra penjamin syurga.... untuk ibu. Yusra, jangan tinggalkan ibu, nak. Ibu tak kisah....Yusra nak marah dan hukum ibu cuma jangan jauhkan diri....daripada ibu lagi.” Gumam ibu tergagap-gagap. Aku mencium pipi ibu beberapa kali.

“Yusra juga manusia biasa. Yusra hanya hamba Allah yang lemah dan hina, ibu. Tak layak menghukum manusia yang membuat kesalahan sedangkan banyak lagi dosa Yusra, ibu.” Tangan ibu memegang lenganku kuat.

“Mata ibu tak dapat nak melihat wajah beriman Yusra. Tak sempat ibu nak menatap lama wajah Yusra. Ibu dah buta selama-lamanya. Kaki kiri ibu juga sudah kena potong. Ini semua balasan daripada Allah SWT kerana ibu mengabaikan penjagaan dan mendera Yusra.” Air mata tidak putus-putus mengalir jatuh ke pipi.

Aku menemani ibu sehingga ibu tertidur dengan nyenyak. Mungkin kepenatan kerana menangis. Aku melabuhkan punggung di sebelah Ammar, kelihatan Ammar juga menangis. Aku tersenyum memandangnya.

“Boleh Yusra pegang Aisya?” Ammar mengangguk lalu memberi Aisya kepadaku. Lena sungguh Aisya tidur dipangkuanku.

“Ammar... mana kakak?” dari tadi aku tidak nampak kelibat kak Maila. Ammar aku lihat dia mengeluh lalu air matanya mengalir semula.

“Maila dah tinggalkan abang, Aisya dan ibu. Dah seminggu dia melarikan diri ke London bersama kekasih lamanya dan mungkin mereka sudah berkahwin. Sebelum mereka melarikan diri ke London. Maila membuat permohonan penceraian dan hak penjagaan Aisya diberi bulat-bulat kepada abang.” Kata Ammar lalu meraup wajah. Aku lihat dia tidak terurus. Berjambang. Rambut panjang. Kasihan aku melihat Ammar menjadi begini.

“Ya Allah, sampai hati kakak tinggalkan Aisya yang masih kecil ini. Dia perlukan ibunya. Kasihan Aisya. Ya Allah...” menangis aku apabila melihat muka si kecil yang lena tidur. Mukanya ada iras-iras Ammar.

“Dan... Maila turut jual rumah arwah ayah untuk ke London. Sekarang abang hanya tidur di masjid berdekatan bersama Aisya.” Aku beristighfar panjang.

“Ammar, selepas ini tinggallah di rumah umi. Pintu rumah umi sentiasa terbuka untuk orang yang memerlukan.” Kata umi dengan nada suaranya sedih.

“Terima kasih... u..mi.” ucap Ammar.

“Ammar, bila ibu boleh keluar?” tanya aku. “Sepatutnya petang semalam sudah boleh keluar tetapi abang minta tempoh sampai esok sebab abang belum jumpa rumah sewa yang murah.” Aku mengangguk.

“Sebentar lagi ibu sudah bangun, kita balik ya. Ammar, lapar tak?” Ammar tersenyum lemah.

“Umi, Yusra minta tolong umi temankan ibu, ya. Ammar dan Yusra mahu pergi ke pasaraya sebelah sana.” Aku turut membawa Aisya bersamaku. Umi mengangguk lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil ibu.

*****

“Yusra, maafkan abang menyusahkan Yusra lagi.” Aku mengendong Aisya manakala Ammar mengambil sedikit keperluan Aisya seperti susu dan lampin. Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala.

“Tak ada apa yang menyusahkan Yusra sebaliknya Yusra yang rasa gembira.” Aku mencium pipi Aisya yang lembut itu.

“Semuanya RM131.60, cik.” Beritahu juruwang tersebut. Aku mengeluarkan dompetku lalu mengeluarkan dua keping not RM100 lalu beri kepada juruwang itu. Juruwang itu memberi aku semula bakinya. Setelah barang keperluan tadi di dalam but kereta. Ketika aku mahu masuk ke dalam badan kereta bersama Aisya. Lutfi melaung kuat namaku.

“Syabas Shafiyyah Yusra!!” Lutfi mendekati aku lalu anak matanya merenung Aisya.

“Anak ke? Tu kekasih gelap?” gelak Lutfi. Tanganku terasa ringan sahaja untuk menampar pipi lelaki yang bernama Lutfi Khairuddin ini.

“Ini kawan sekolah Shafiyyah dan ini anak dia. Jangan salah faham, awak.” Kata aku dengan suara sedikit keras.

“Kawan sekolah? Ooohh.. I see...” Lutfi menyambung gelak semula.

“Pandai sekarang Shafiyyah Yusra ni keluar dengan lelaki lain,ya. Bagus ciri-ciri isteri mithali first class...” kata Lutfi sambil menepuk kedua-dua belah tangannya.

“Kalau awak boleh, kenapa saya tak? Awak buat saya seperti perempuan simpanan awak sahaja bukan isteri. Tak pernah awak layan saya dengan baik. Saya tak minta lebih. Cuma kasih sayang daripada seseorang yang bergelar suami. Saya mengandung anak awak, awak cakap anak ini anak orang lain. Baguskan ciri-ciri seorang suami mithali yang memimpin isterinya ke neraka dan bukan syurga?” wajah Lutfi seperti mahu menerkam aku. Lutfi sudah mengangkat tangannya untuk menampar aku, aku hanya memejamkan mata sahaja. Aisya aku memegangnya kuat supaya tidak terkena terkaman Lutfi.

“Lutfi!” Ammar menghalang Lutfi daripada menampar aku. Lutfi menepis kuat tangan Ammar.

“Kau jangan masuk campur dalam hal rumah tangga aku!” Ammar geleng. “Kau dah lebih, Lutfi!” Lutfi menarik kolar baju Ammar lalu membelasahnya dengan teruk tetapi setelah Ammar membuka langkah silatnya, Lutfi yang tersembam mencium jalan tar.

“Awak...” aku lihat Lutfi seperti tidak bermaya. Hidung dan mulutnya berdarah. Mata sebelah bengkak.

“Ahh.. jangan sentuh aku!” Lutfi bangun lalu meninggalkan kami. Aku melihat sahaja Lutfi beredar dari situ. Aku memandu semula ke hospital.

**********

“Ibu, kita pulang ya. Pulang ke rumah umi Waza.” Sedang aku menolong ibu untuk duduk di kerusi roda. Waza masuk ke dalam wad bersama Rifqi.

“Yusra... awak okey?” aku mengangguk lalu tersenyum ke arah Rifqi. Aku, ibu dan Ammar serta Aisya menaiki kereta Rifqi manakala umi menaiki kereta yang dipandu oleh Waza.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus membersihkan Aisya lalu meletakkannya di atas tilamku. Matanya besar membulat. Waza yang melayan dia. Aku pula menolong ibu membersihkan dirinya. Setelah ibu bersiap, aku mengurut-urut bahunya.

“Yusra... kamu hamil? Mana suami kamu? Dia tak datang jumpa ibu, kah?” aku tak dapat nak berselindung. Aku terpaksa menceritakan hal yang sebenar yang terjadi pada aku. Ibu hanya diam sahaja apabila aku bercerita, yang berubah pada wajah ibu adalah tangisannya.

“Kasihan kamu, nak. Ini semua salah ibu.” Sekali lagi ibu menyalahi dirinya. Ini yang aku tak suka, sama sekali tak suka!

“Ibu... Yusra luahkan kepada ibu. Bukan salah ibu..” aku memeluk ibu lalu mencium kepala ibu. Ibu tersenyum lemah.

Malam itu kami makan malam bersama-sama. Kemudian kami berkumpul di ruang tamu. Berborak-borak kosong. Aku menyatakan kepada mereka esok aku pulang ke rumahku untuk berbincang dengan Lutfi.

“Yusra, kau sure?” aku mengangguk. Aku sudah nekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience