BAB TERAKHIR

Romance Completed 42752

Siti Luwazah sudah menjadi isteri yang sah kepada Muntazar Rifqi. Mereka kelihatan sangat bahagia di atas pelamin itu. Aku dan Lutfi sekarang sudah menjadi pasangan suami isteri yang sangat bahagia. Dhaifah semakin lama semakin membesar. Lutfi dan aku berjanji akan mendidik Shiddiqah Dhaifah menjadi anak yang solehah. Mama pula sudah memaafkan Lutfi. Syarikat papa semakin maju. Beberapa cawangan sudah dibuka di seluruh negeri. Setiap hari minggu, Lutfi akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata dan kakinya dan Alhamdullilah kaki Lutfi sudah boleh berjalan semula tetapi menggunakan tongkat.

Kakak aku, Maila sudah pulang ke pangkuan keluarga semula. Ammar menerimanya semula kerana Aisya. Aku sedih melihat Kak Maila kerana dia sekarang menghidapi barah hati. Dia memerlukan pembedahan tetapi masih belum jumpa penderma hati untuknya. Aku bersyukur kerana Allah SWT memakbulkan doaku untuk merasai kasih sayang daripada seorang ibu kandung. Aku dan Ibu semakin akrab. Aku sekarang juga sudah menjadi anak yang manja buat ibu.

“Yusra sinilah! Ajak Dhaifah dan Lutfi. Kita selfie!” tergelak aku. Aku menolak kerusi roda Lutfi manakala Dhaifah mengekori aku naik ke atas pelamin. Beberapa kali gambar kami ditangkap. Disuruhnya aku dan Lutfi pula duduk di atas pelamin. Waza...Waza... kemudian Dhaifah dan Aisya duduk di atas pelamin sambil memegang bunga. Macam macam ragam.

*******

Malam itu, aku bangun jam 3:30 pagi dan menunaikan solat taubat dan solat hajat. Aku meminta ampun kepada Allah kerana selama ini aku telah mengabaikan tanggungjawabku sebagai isteri dan aku juga telah banyak melakukan dosa. Aku menangis teresak-esak minta Allah ampunkan. Aku berdoa agar perkahwinan aku dan Lutfi kekal sehingga ke Jannah dan Allah merahmati perkahwinan ini. Aku berdoa agar Shiddiqah Dhaifah Binti Lutfi Khairuddin menjadi anak yang solehah dan menghindarinya daripada pekara-pekara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Selesai berdoa, aku memandang wajah Lutfi dan Dhaifah yang sedang tidur bersama di atas katil. Si kecil itu sudah pandai meminta untuk membelikannya tudung.

“Ibu... ifa nak akai (pakai) udung (tudung) oleh (boleh) tak? Ifa suka tenok (tengok) ibu akai (pakai) udung (udung). Omell! (comel). Belikan ifa udung (tudung), ibu....”

Aku tersenyum. Lutfi yang mendengar anak perempuannya mahukan tudung. Terus dibawanya ke shopping mall. Bermacam-macam jenis tudung dibeli untuk si kecil dan juga baju muslimah serta telekung untuknya. Gembira sangat Dhaifah apabila keinginannya tercapai.

Aku mengambil buku tentang Perkahwinan Islam yang aku beli di Popular Bookstore pagi tadi bersama mereka selepas membeli pakaian dan tudung untuk Dhaifah. Helaian demi helaian aku baca.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma'ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

"Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: "Wanita solehah adalah yang taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya." (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

*****

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.

Tips Keluarga Bahagia

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

********

Hidup bujang lain. Hidup berkahwin lain. Semasa bujang, bila lapar boleh cari makan sendiri. Bila berkahwin, sudah kena suap mulut dua orang. Bila dah ada anak, kena suap mulut tiga orang pula.

Tidak boleh sesuka hati melayan isteri yang kita nikahi. Isteri pula tidak boleh layan suami sesuka hati.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

********

Aku cuba perlahan-perlahan memahami isi kandungan yang ditulis di dalam buku ini. Banyak yang aku belum tahu untuk membuat perkahwinan ini menjadi kekal bahagia dirahmati Allah SWT. Aku meneliti tips yang diberi di dalam buku ini. Perlahan aku menutup buku itu lalu meletakkan di atas meja lampu.

Ya Allah, engkau Maha Pengampun, Maha Pengasihani dan Maha Mengetahui. Aku sangat bersyukur padamu Ya Allah kerana memberi aku kesabaran yang cukup maksimum. Aku akan cuba sedaya upaya lagi untuk menjadi hambamu yang taat pada perintahmu.

Ya Allah kekalkanlah perkahwinan bahagia ini bersama anak-anak kami. Hindarilah kami daripada pekara yang tidak dingini seperti fitnah dan salah faham. Terima kasih kerana membukakan hati suamiku untuk mendekati pada ajaranmu Ya Allah. Terima kasih kerana telah melembutkan hati ibuku untuk menyayangiku. Ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa suamiku. Ampunkanlah dosa ibu dan arwah ayahku serta papa dan mama Ya Allah. Ampunkanlah dosa anakku dan Ampunkanlah dosa-dosa semua ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku.

Ya Allah, tempatkanlah arwah Ayah berada dalam golongan orang yang beriman dan berada di dalam syurgamu Ya Allah. Ya Allah hindarilah kami semua dari azab api nerakamu dan azab seksa kubur Ya Allah. Tolonglah hamba-hambamu yang lemah ini Ya Allah.

Rahmatilah kami. Berkatilah kami.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Aku membuka telekungku lalu menyidai di tempat disediakan. Perlahan aku merebahkan diri disebelah Dhaifah. Aku banyakkan berzikir sementara menunggu azan Subuh berkumandang.

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X

Allahuakhbar.... Allahuakhbar....

Aku mencelik mataku, azan Subuh sudah berkumandang. Terus aku bangun lalu mengejut Lutfi dan Dhaifah untuk solat Subuh berjemaah. Terpisat-pisat Dhaifah apabila aku mengejutnya dari tidur. Aku menolong Lutfi untuk membersihkan dirinya kemudian Dhaifah.

Alhamdullilah, kami dapat solat Subuh berjemaah. Selesai solat aku mengajar Dhaifah membaca Iqra manakala Lutfi membaca Al-Quran. Lunak suara Lutfi membaca Surah Al-Baqarah, membuatkan hatiku tersentuh. Selesai mengajar Dhaifah membaca Iqra, aku pula membaca Al-Quran, Dhaifah hanya melihatku membaca Al-Quran sambil bertarranum.

Saddaqahallah Hullazim....

“Ibu... sedap shuara ibu baca Quran. Nanti ibu ajar Ifa yeh!” Puji Dhaifah. Aku mengangguk sambil mengusap wajah si comel ini.

“Ajarlah abang juga...” kata Lutfi sambil tersenyum. Aku ketawa kecil.

“Nanti kita belajar sama-sama ya.” Mereka mengangguk serentak.

“Ibu marilah kita sharapan... ifa lapar... nak chucu...” aku mengangguk lalu meletakkan semula Al-Quran dan juga Iqra di dalam rak. Kemudian aku menolong Lutfi bangun dan mengambil tongkatnya. Dhaifah pula aku dukung kemudian kami bersama-sama turun ke bawah untuk menikmati sarapan bersama keluarga tersayang. Aku menyayangi mereka sepenuh hatiku kerana Allah SWT. Semua yang aku lakukan ini kerana Allah SWT. Semuanya aku niat kerana Allah SWT.

~TAMAT~

*******

Kita hanya hamba Allah yang hina dan lemah. Kita sebagai manusia perlu menasihat-nasihati antara satu sama lain. Kita juga tidak boleh sesuka hati menghukum orang lain kerana itu bukan pekerjaan kita sebaliknya Allah SWT. Allah SWT yang Maha Berkuasa. Jangan pernah mengeluh sekiranya diduga kerana Allah mahu menguji kesabaran kita. Dan sekiranya bersabar dengan semua dugaan yang diberi olehNya, nescaya Allah akan menyediakan Syurga buat seseorang itu. Jadi tak rugi untuk kita menjadi seorang yang penyabar.
InshAllah....

>Terima kasih kerana sudi membaca karya NurShaza yang bertajuk Ya Allah, DemiMu Aku Bersabar. Semoga cerita ini memberi sedikit pengajaran buat kita semua sebagai umat Islam. InshaAllah<

Penulis - NurShaza

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-27 21:56:36 

terbaik jln ceta ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience