BAB SEBELAS

Romance Completed 42752

Hari ini Lutfi akan datang meminang aku. Aku membuat solat hajat supaya semuanya berjalan dengan lancar. Lutfi akan datang bersama keluarganya yang lain pada jam 11 pagi. Bermakna ada lagi setengah jam untuk aku bersiap. Aku membuka almari bajuku lalu mengeluarkan sehelai baju kurung bercorak bunga ros halus dan berwarna putih. Tudung pula aku menggayakannya seperti pelakon Mira Filzah. Setelah aku bersiap, aku turun kebawah. Beberapa kali aku berselawat di dalam hati. Aku terasa sangat takut.

Jam sudah pukul 11 pagi, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah. Mereka sudah sampai. Aku menyorok dulu di dapur. Waza yang membuka pintu untuk mereka. “Assalamualaikum...” Puan Sri memberi salam setelah pintu dibuka oleh Waza.

“Waalaikumussalam..Silakan masuk Tan Sri dan Puan Sri. Maaflah rumah kami agak kecil.” Kata walid merendah diri. “Eh tak mengapa. Terima kasih.” Aku ternampak Tan Sri dipapah oleh Lutfi. Kemudian Lutfi bersalam dengan walid. Aku keluar dari dapur lalu bersalam dengan Puan Sri. Aku melabuhkan punggungku disebelah Waza.

“Lutfi beritahu hajat kamu.” Kata Puan Sri. Muka Lutfi tampak lain seperti.... tidak rela dengan semua ini.

“Saya Lutfi Khairuddin berhajat bertandang ke rumah pak cik dan mak cik untuk meminang Shafiyyah Yusra menjadi isteri saya yang sah.” Hajat Lutfi dengan hanya satu nafas.

“Alhamdullilah. Terima kasih menerima Shafiyyah Yusra untuk menjadi teman hidup kamu.” Kata walid sambil mengukirkan senyuman.

“Alhamdullilah. Jadi macam mana prosedurnya?” tanya umi.

“Kami akan terus bernikah. Awal bulan depan.” Beritahu Lutfi.

Awal bulan depan? Cepatnya, ikutkan hanya lagi dua minggu sahaja nak ke bulan hadapan. Aku memandang Lutfi. Dia turut memandang aku sinis.

“Baiklah kalau itu rancangan asalnya.” Kata walid.

“Biar saya dan suami saya akan uruskan pernikahan mereka. Persandingan mereka kita buat di dalam sebuah dewan di Putrajaya. Kita akan membuat pesanan makanan menggunakan cara katering. InshaAllah semuanya akan lengkap.” Beritahu Puan Sri.

“Terima kasih banyak Tan Sri, Puan Sri.” Kata umi.

“Shafiyyah, boleh ikut saya ke luar sekejap? Nak cakap sikit.” Aku mengangguk lalu mengekori Lutfi sehingga ke luar rumah.

“Kau jangan suka sangat dengan perkahwinan kita ni. Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa, sebab papa. Aku nak pesan dekat kau, aku tak dan tak akan mencintai kau. Aku akan ceraikan kau bila kita dah tiga tahun berkahwin. Ingat tu?” hatiku luluh. Aku akan dipermainkan oleh lelaki sekali lagi?

“Baiklah.” Kakiku melangkah masuk ke dalam rumah semula.

******

Aku meminta Waza menemani aku untuk ke rumah ibu. Aku masih tidak berani nak berhadapan dengan ibu tetapi aku kuatkan diriku. Kereta diparkir dihadapan rumah, kemudian aku dan Waza mengetuk pintu rumah. Dari dalam aku terdengar seseorang tengah memarahi bayi yang menangis kuat. Aku terus membuka pintu tersebut. Kelihatan Kak Maila yang dalam keadaan berpantang sedang mengherdik bayinya yang terbaring di atas lantai tanpa ada alas pun.

“Kakak!” jerit aku. Terus aku mengendong bayi itu.

“Kau siapa nak panggil aku kakak, hah? Lupa daratan!” diherdiknya aku pula.

“Kakak bawa mengucap! Kakak tu sedang berpantang tidak sakitkah? Kasihanlah pada bayi ini kak!” aku mencari-cari kelibat ibu tetapi tiada. Ammar juga tiada.

“Apa yang kau cari?!” Kak Maila masih dengan suara lantangnya.

“Mana ibu?” Kak Maila mendengus kuat.

“Ibu kau tu setiap hari menyusahkan aku. Dia sekarang dekat hospital dengan si Ammar! Dan kau kenapa pula nak datang ke sini, gila?” aku terdiam. Tiba-tiba pintu pagar terbuka menandakan ada orang masuk.

“Yusra?” kata Ammar sambil menolak kerusi roda ibu. Aku lihat mata ibu berbalut. Apa yang sudah jadi pada ibu? Perlahan-perlahan aku mendekati ibu lalu mengucup lama tangannya. Ibu tidak pula menepis atau menarik tangannya kembali. Dia cuma diam dan kaku.

“Maila apa yang kau sudah buat dengan Aisya?” Kak Maila menjeling. Ammar mengambil Aisya daripadaku. Maila membuat muka menyampah lalu masuk ke dalam biliknya. Waza yang dari tadi mendiamkan diri lalu memegang lenganku. Dia cuba mengingatiku untuk memberitahu tentang perkahwinan aku. Aku mengangguk perlahan.

“Ammar... kenapa dengan ibu?” tanya aku dengan nada berbisik.

“Mata ibu sudah tidak dapat melihat lagi kerana penyakit kencing manisnya sudah lebih sehingga ke mata. Doktor memasukkan ubat di dalam mata ibu dan kemudian dibalutnya.” Kata Ammar. Aku diam. Hatiku menangis.

“Ibu...” panggil aku. Ibu seperti terkejut apabila aku memegang tangannya lembut.

“Ibu tahukan ini Yusra. Maafkan Yusra kalau kedatangan Yusra ini membuat ibu marah sangat. Yusra tahu. Yusra cuma nak minta restu ibu. Yusra akan bernikah bersama Lutfi Khairuddin, anak majikan Yusra. Lagi dua minggu Yusra akan menjadi isterinya.” aku lihat ibu tiada respons. Tangannya sedikit-sedikit bergerak sahaja.

“Yus...Yusra nak berkahwin?” kata Ammar gagap.

“Ya Ammar. Yusra akan berkahwin.” Ammar diam sahaja. Mungkin terkejut.

“Tak perlu kau datang semata-mata nak beritahu aku. Aku bukan sesiapa buat kau. Pergilah, tak payah kau nak datang ke sini. Bukankah aku dah pesan, jangan datang lagi.” Aku terkejut apabila tiba-tiba ibu bercakap. Aku menangis apabila ibu berkata seperti begitu.

“Ibu, ibu kandung Yusra. Yusra perlu beritahu ibu.” Kata aku.

“Aku dah cakap, aku bukan ibu kau kan? Keluar!” suara ibu sudah bertukar menjadi nada marah.

Waza menarik lembut lenganku. Aku meminta izin ibu dan Ammar untuk pulang ke rumah. Sempat lagi aku mengucup dahi anaknya Ammar, Aisya. Masuk sahaja ke dalam badan kereta, tersedu-sedan aku menangis. Waza yang sedang menghidupkan enjin kereta turut menangis melihatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience